CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Borneo] Kontraktor didakwa guna dokumen palsu

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:35 PM | Show all posts |Read mode


LABUAN: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender di Kolej Matrikulasi Labuan pada 2019.

Mohd Asyraf Kula, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Surat Kebenaran Khas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi mendapatkan tender kerja-kerja sistem retikulasi air luaran dan lain-lain kerja berkaitan di Kolej Matrikulasi Labuan bernilai RM1.6 juta daripada Jabatan Kerja Raya Labuan.

Mohd Asyraf dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Jabatan Kerja Raya Labuan pada 11 Oktober 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Katherina Nais manakala Mohd Asyraf diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh.

Abu Bakar membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Beliau kemudiannya menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054411 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list