CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7788|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas jejas musim tanaman padi baharu

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:31 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Cuaca panas akibat fenomena El Nino dijangka memberi kesan ke atas sawah padi yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan dan air bukit untuk memulakan musim tanaman baharu.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) Abdul Rashid Yob berkata, kebanyakan sawah padi ini terletak di luar kawasan tanaman Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Menurutnya, terdapat sawah padi di luar kawasan Mada dilaporkan sudah mengalami masalah tanah merekah berikutan ketiadaan sumber air mencukupi untuk pengairan.

"Di Kedah, kita ada kira-kira 20,000 hektar sawah di kawasan luar Mada, mereka juga antara penyumbang kepada keterjaminan makanan negara. Begitu juga sawah di negeri lain, terdapat kawasan sawah di Melaka contohnya turut terkesan dengan cuaca panas sekarang.



"Saya dimaklumkan ada pesawah di luar Mada mula alami tanah sawah merekah kerana tiada hujan, jadi keadaan ini membimbangkan untuk mereka memulakan tanaman musim seterusnya.

"Jika keadaan cuaca panas berterusan tanpa hujan, kita khuatir mereka akan menangguh jadual penanaman padi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, cuaca terlalu panas ketika ini juga mengakibatkan ramai pesawah terpaksa menghadkan aktiviti di sawah.

Katanya, ramai pesawah memilih keluar ke sawah awal iaitu selepas waktu Subuh dan kembali ke rumah pada 10 pagi sebelum kembali semula ke sawah pada 5 petang.

"Waktu antara 1 tengah hari hingga 2 petang sangat panas, kita akui aktiviti di sawah agak terganggu.

"Justeru, kita menasihatkan pesawah untuk jaga kesihatan kerana ramai pesawah ini berusia 50-an ke atas dan mereka agak berisiko untuk terkena strok haba.

"Bagaimanapun, bekalan air untuk sawah di kawasan Mada tidak banyak terjejas dan kini sudah lebih 10 peratus padi sudah dituai," katanya.

Katanya, agensi berkaitan seperti Mada, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) perlu membuat persediaan untuk menghadapi fenomena El Nino yang dijangka lebih buruk pada 2025.

"Kita bimbang apabila musim tanaman lewat dimulakan akibat taburan hujan berkurangan, maka ia akan memberi kesan kepada musim seterusnya dan ini boleh menyebabkan masalah lebih besar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tanaman-padi-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055204 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list