CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bergaduh sebab tak puas hati keputusan pengadil

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Bergaduh sebab tak puas hati keputusan pengadil


Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 27, 2024 @ 10:14am  bhnews@bh.com.my




Tidak berpuas hati keputusan pengadil dalam satu perlawanan bola sepak menyebabkan sekumpulan lelaki bergaduh sehingga video memaparkan perbuatan mereka itu tular di media sosial. - Foto viral




BUTTERWORTH: Tidak berpuas hati keputusan pengadil dalam satu perlawanan bola sepak menyebabkan sekumpulan lelaki bergaduh sehingga video memaparkan perbuatan mereka itu tular di media sosial, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata pihaknya menerima satu laporan insiden berkenaan.

Tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Polis semalam mengesan satu rakaman video tular di media sosial berkenaan pergaduhan sekumpulan individu selepas selesai perlawanan bola sepak di Butterworth.

"Kejadian telah berlaku kelmarin (25 Februari) dan tindakan telah diambil dengan menahan tiga suspek (pada hari kejadian) selepas satu laporan polis berhubung insiden itu diterima," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Siti Nor Salawati berkata, punca kejadian adalah disebabkan tidak puas hati keputusan pengadil.

"Pada masa sama terdapat perbuatan provokasi sesama pihak dengan cara mempamerkan mimik muka dan gerak badan ketika perlawanan berlangsung," katanya.

Jelasnya, seorang daripada tiga suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha bagi mengesan individu lain yang terlibat sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19656 Replies : 77
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26275 Replies : 196
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4662 Replies : 69
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161916 Replies : 3925
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.813937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list