CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2271|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemuda maut, Toyota Vios rempuh pembahagi Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta mangsa yang terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 3.7 Jambatan Pulau Pinang, lewat malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemuda maut selepas kereta jenis Toyota Vios yang dia pandu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 3.7 Jambatan Pulau Pinang, lewat malam tadi.

Mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggalkan dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Shahrul Munawer Taharen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 12.20 malam dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki telah tersepit pada bahagian depan kenderaan ini,” katanya di sini, hari.

Menurutnya, pihak bomba telah membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit kurang tempoh 10 minit.

“Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pada pukul 12.44 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.21 pagi tadi,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... batan-pulau-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045868 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list