CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6615|Reply: 1

[Pulau Pinang] Budi baik jadi kenangan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Tetamu-tetamu kehormat bergambar bersama murid-murid yang menerima sumbangan pada Program Titipan Kasih Harian Metro bersama PTPTN di SK Ayer Itam. FOTO SADIQ SANI

Georgetown: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya bekerjasama dengan Harian Metro menerusi Program Titipan Kasih 'Back To School' yang memberi manfaat kepada 200 murid di dua sekolah di sini, kelmarin.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan itu diadakan bagi meringankan beban golongan keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, program juga meraikan murid yang melangkah masuk ke sesi persekolahan dengan kelengkapan set pakaian serta beg baharu.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Itam dan SK Sri Aman dipilih bagi menerima sumbangan set pakaian dan beg sekolah berjumlah RM35,000.


Manakala Media Prima Berhad turut memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime berjumlah RM20,000 yang mana setiap murid menerima RM100 seorang.

"Objektif program bagi memberi informasi kepada ibu bapa mengenai pentingnya Simpan SSPN bagi masa depan anak mereka yang mana manfaatnya akan diperoleh terutama jika kanak-kanak itu mahu menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kelak serta tidak perlu berhutang dengan PTPTN.

"Selain bersama Harian Metro, PTPTN banyak mengadakan program bersama pelbagai agensi bagi mengubah minda ibu bapa daripada berhutang kepada menabung seawal usia.

"Tidak perlu menyimpan dalam jumlah besar, jadi jika ada lebihan duit raya nanti boleh terus menabung serendah RM30 dalam Simpan SSPN Plus," katanya.

Terdahulu, Norliza ditemui selepas perasmian program berkenaan di SK Ayer Itam, di sini dan hadir sama ialah Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro Husain Jahit dan Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pejabat Pengerusi, Media Prima Berhad Azlan Abdul Aziz.

Sementara itu Husain berkata, Program Titipan Kasih Harian Metro mula dilaksana pada 2007 bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan tahun ini, pihaknya berbesar hati dapat berkolaborasi dengan PTPTN.

"Program berkenaan usaha sama antara PTPTN dan Media Prima bagi memartabat pendidikan demi kesejahteraan masyarakat.

"Kita rasakan wajar diberi sumbangan dalam bentuk Simpan SSPN yang lebih banyak manfaat, malah murid turut menerima baucar langganan Tonton percuma selama tiga bulan," katanya.

Sementara itu Azlan berkata, program ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak memulakan tabungan untuk masa depan.

Selain disediakan kaunter pendaftaran dan informasi PTPTN, pada program itu juga turut diagih 1,000 pek bubur lambuk kepada jemputan dan penduduk sekitar.

Guru Besar SK Ayer Itam, Rafi'ah Ismail berkata, pihaknya berbesar hati dengan usaha PTPTN dan Harian Metro kerana tidak lupa terhadap murid kurang berkemampuan.

Katanya, sumbangan diberi sangat tepat bagi mendidik generasi muda menabung untuk pendidikan masa depan.

"Dengan kejayaan dan objektif program diharap dapat membuka mata bahawa kemiskinan bukan penghalang meneruskan persekolahan dan pembelajaran, malah terus membakar semangat murid dalam menuntut ilmu," katanya.

Manakala bagi Pemangku Guru Besar SK Sri Aman Hasliza Mat Hashim pula berkata, kebanyakan murid tinggal di kawasan itu terdiri daripada keluarga asnaf.

"Saya penduduk di sini dan berterima kasih dengan pengisian program yang bermanfaat kepada warga sekolah serta kepada penduduk dengan pengagihan bubur lambuk yang secara tidak langsung merapatkan ukhwah," katanya.

Sementara itu pekerja sambilan, Khairul Azlan Abdul Malik, 39, berkata, pemberian Simpan SSPN sebagai batu loncatan bagi dua anaknya di SK Ayer Itam melakukan tabungan sejak usia kecil.

Bagi Nurul Shazren Kamarudin, 30, banyak informasi diperoleh terutama mengenai tabungan menerusi Simpan SSPN yang boleh membiayai pengajian anak kelak.

"Sebagai ibu, saya bimbang masa depan anak yang mungkin memerlukan kos tinggi bagi menyambung pengajian pada masa depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -baik-jadi-kenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 11:20 AM | Show all posts
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang jua.

Selama ni mati mati aku ingat budi pekerti, rupa-rupanya budi tu nama orang dekat pulau pandan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157374 Replies : 3854
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4131 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18994 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 2525 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 2929 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187889 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 1.162065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list