CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11658|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tidak mengaku pecah amanah, tipu dan salah guna harta syarikat RM13.4 juta

[Copy link]
Post time 29-3-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Tidak mengaku pecah amanah, tipu dan salah guna harta syarikat RM13.4 juta


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Seorang ahli perniagaan Chan Eng Leong, 50, hadir di Mahkamah Butterworth, atas enam pertuduhan berkaitan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat membabitkan nilai hampir RM13.4 juta, lima tahun lalu. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat membabitkan nilai hampir RM13.4 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Chan Eng Leong, 50 membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan satu hingga tiga, tertuduh didakwa menipu pengarah syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn Bhd dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan datang membuat serbuan serta rampasan dan sita wang tunai di bawah Akta Pencegahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Penguatkuasaan itu kononnya berhubung siasatan kes cukai eksais rokok cerut yang tertuduh maklumkan kepada mangsa boleh diselesaikan bersama pihak JKDM hingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah hampir RM11 juta.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Berjaya Indah dan Jalan Bukit Teh, Machang Bubok dalam daerah Seberang Perai Tengah, antara 11 April 2019 hingga 21 November 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika disabitkan.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan keempat hingga enam kerana melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat sama membabitkan nilai RM2.4 juta antara 1 Oktober 2019 hingga 3 Oktober 2019 di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar yang memohon tertuduh dikenakan jaminan secara kumulatif bernilai RM200,000.

Peguam RSN Rayer yang mewakili Chan kemudian merayu jaminan lebih rendah mengambil kira anak guamnya memberi kerjasama yang sangat baik, malah pernah dihadapkan ke mahkamah pada 2021 atas pertuduhan sama sebelum kes itu dilepas tanpa dibebaskan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes.



Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 1:59pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070514 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list