CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4144|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 sorong motosikal tepi lebuh raya

[Copy link]
Post time 31-3-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan 14 penunggang motosikal yang ditahan selepas terbabit lumba haram dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan dekat Sama Gagah.

Bukit Mertajam: Empat belas lelaki yang berlumba haram dan melakukan aksi bahaya di Kilometer (KM) 131 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Sama Gagah, di sini ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, hari ini.

Mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 30-an sebelum itu tular di media sosial selepas video menunjukkan gelagat mereka menolak motosikal di tepi lebuh raya sambil dikawal peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata, operasi itu digerakkan bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi selepas mengesan aktiviti menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya dan melawan arus.

"Seramai 60 penunggang motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu, 14 lelaki yang didapati melakukan aksi berlumba berkumpulan dan melawan arus hingga membahayakan nyawa ditahan untuk tindakan lanjut.

"Dalam pada itu, polis turut menyita 20 motosikal, selain mengeluarkan 100saman atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Helmi berkata, operasi itu digerakkan 57 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bukit Aman.

Turut serta pihak PLUS Malaysia Berhad.

"Operasi yang dijalankan pada bulan Ramadan ini diharap dapat mengurangkan aktiviti lumba haram," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kal-tepi-lebuh-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.470769 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list