CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8113|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Abang lari, menangis selepas disimbah air panas' - Adik

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

A KRISHNA Armi adik perempuan kepada mangsa Solai Raj ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Keluarga kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah air panas dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, mendakwa tidak pernah berkomunikasi dengan wanita terbabit.

Adik mangsa, A Krishna Armi, 23, berkata pada hari kejadian dia yang baru pulang bekerja syif malam dikejutkan daripada tidur oleh ibunya kira-kira 10 pagi.

Menurutnya, ibunya memberitahu abangnya, Solai Raj, 33, menangis kesakitan dengan keadaan kulit melecur dan terdapat bahagian yang sudah mengelembung.

"Dia (abang) lari naik sendiri ke rumah kami di tingkat 16 panggil emak sambil menangis. Saya bagi abang duduk dekat kipas dan dalam sejam kemudian baru dapat hantar abang ke klinik di Bayan Lepas sebelum ambulans bawa dia ke Hospital Pulau Pinang (HPP).


"Setahu saya, abang tidak berselisih faham dengan sesiapa. Dia orang yang disenangi ramai walaupun OKU. Dia biasa berjalan bersendirian tanpa perlu ditemani untuk ke kedai dan sebagainya.

"Perempuan itu (suspek) kami tak kenal. Kami tak pernah sembang dengan dia dan tak tahu apa masalahnya. Jadi kami hubungi pihak pengurusan pangsapuri dan minta periksa rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Krishna Armi berkata demikian ketika ditemui selepas Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim melawat Solai Raj di HPP, di sini, hari ini.

Katanya, keluarganya sudah merujuk perkara itu kepada peguam dan berharap kes abangnya yang juga anak ke-13 daripada 14 beradik mendapat pembelaan sewajarnya.

Sementara itu, Pengarah HPP Dr Goh Hin Kwang berkata, mangsa mengalami kecederaan melecur meliputi enam peratus daripada permukaan kulitnya dengan tempoh pemulihan dijangka kira-kira dua minggu untuk pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, daripada segi klinikal, punca kecederaan disebabkan air panas dan mangsa kini ditempatkan di Unit Perawatan Kebakaran.

"Dia dijangka boleh dibenarkan pulang dalam masa seminggu, jika proses pemulihan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, Siew Khim berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

"Saya berbual dengan mangsa dan saya lihat dia seorang yang positif, malah nampak ceria dan ramah berbual siap mahu belanja saya makan walaupun pertuturan nampak ada kesulitan.

"Saya juga ingin melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku dan ingin menyeru masyarakat supaya lebih peka dan sensitif terutama dalam melibatkan insan istimewa," katanya yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pembantu jualan berusia 39 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian menyimbah air panas terhadap mangsa.

Sebelum itu, mangsa melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh wanita terbabit pada 9.20 pagi semalam.

Mangsa kini dirawat di HPP dan berada dalam keadaan stabil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbah-air-panas-adik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078365 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list