CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang

[Copy link]
Post time 11-5-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

11 Mei 2024 01:40pm








Pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan di Jalan Macalister pada pagi Sabtu.




GEORGE TOWN - Lima kenderaan rosak selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Macalister di sini pada Sabtu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.59 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas le lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.



Menurutnya, operasi mengalihkan pokok tumbang itu turut melibatkan petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis.

"Kerja-kerja pengalihan pokok tumbang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran dan pergerakan kenderaan.



"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan insiden pokok tumbang itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, MBPP perlu ada pelan tindakan yang agresif untuk menjadualkan kerja-kerja pemangkasan pokok.

Beliau berkata, kejadian pokok tumbang telah merosakkan pagar dan struktur bangunan di lokasi berhampiran.

Katanya, kejadian itu sama seperti insiden di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.






Anggota bomba giat menjalankan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang.




"Pada 26 April lalu ada sebatang pokok juga telah tumbang dan merosakkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Scott, Pulau Tikus. Nasib baik tiada siapa yang cedera pada hari tersebut dan hari ini berlaku lagi.

"Staf pusat khidmat saya kerap berhubung dengan pihak MBPP untuk memastikan semua pokok ini dipangkas terutamanya pokok-pokok yang besar di sepanjang empat jalan ‘koridor hijau’ di Pulau Tikus, Jalan Kelawai, Jalan Burma, Jalan Macalister dan Jalan Utama," katanya.

Joshua berkata, terdapat beratus-ratus batang pokok besar dan berusia di kawasan itu berbanding di kawasan lain dan landskap pokok sangat penting untuk bandar ini dan bertindak sebagai ‘jantung hijau’ di kawasan urban ini.

"Jika ada keperluan untuk memotong pokok-pokok yang berbahaya ini, pihak MBPP diingatkan supaya tidak mengabaikannya demi memastikan keadaan kawasan awam dan jalan selamat untuk para pengguna.

"Keutamaan kita adalah keselamatan penduduk di negeri ini," katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.603109 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list