CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3160|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah guna cek palsu dalam prosiding mahkamah

[Copy link]
Post time 14-5-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah guna cek palsu dalam prosiding mahkamah


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 14, 2024 @ 1:59pm bhnews@bh.com.my




Ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. - NSTP/Zuhainy Zulkiffli




GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi prosiding sivil di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Datuk Lai Boon Kiat, 59, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dokumen yang dipalsukan, iaitu cek bernilai RM300,000, untuk prosiding kes sivil di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 26 Jun 2023.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam, Woon Choon.

Terdahulu, Nadratun Naim mencadangkan jumlah jaminan RM7,000 namun peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada anak guamnya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.342140 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list