CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3708|Reply: 0

[Selangor] Penunggang luka dagu, jari kena benang di Lebuh Raya Suke

[Copy link]
Post time 14-5-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Antara gambar kecederaan yang dikongsikan mangsa di X, semalam.

AMPANG – Penunggang motosikal yang membuat hantaran berkenaan dagu terkoyak akibat terkena benang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) menghala Tol Bukit Teratai, di sini, digesa agar membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya mengesan hantaran itu di laman sosial semalam.

“Lelaki itu menyatakan bahawa pada pukul 6.30 petang, dagunya terkoyak akibat dari terkena benang yang melintang jalan di Lebuh Raya Suke selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berkait dengan insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, pihaknya meminta kerjasama mangsa berkenaan untuk tampil ke balai berhampiran bagi membuat laporan berkait insiden berkenaan.

“Sekiranya ada saksi lain, diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan. Pada masa sama, kita akan buat siasatan awal dan perjumpaan dengan pengendali Lebuh Raya SUKE untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Menjengah hantaran Muas Rosdi di X hari ini, dia berkata, pihak lebuh raya sudah menghubunginya bagi meminta keterangan berhubung kejadian terbabit.

“Harapnya rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan lepas ni,” pintanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... di-lebuh-raya-suke/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list