CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3349|Reply: 11

Rima Rashidi buka sekolah vokal

[Copy link]
Post time 21-4-2013 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Rima Rashidi antara artis popular awal 1990-an dengan lagu Kasih Berbunga Lalang. Cintanya pada seni terbukti apabila mula menceburi nyanyian ketika usia 15 tahun. Daripada nyanyian beralih kepada bidang lakonan, kemudian wajahnya terus hilang.
  Lama menyepi tidak bermakna dirinya melupakan bidang seni. Sebaliknya Rima, 41, memilih untuk aktif di belakang tabir dengan menubuhkan sekolah vokal.

  Kini bahagia sebagai isteri dan ibu kepada dua anak, dia turut menjadi pelatih kumpulan Nova Nona yang dianggotai anaknya, Adrenna Roze Noah atau Yna, 12, bersama adik pelakon terkenal Fasha Sandha, Nurelisya Mohd Faizal, 14, dan Diana Yasmin Mohd Helmy Rizal, 12.


  Sewaktu ditemui di sesi latihan diadakan bersama Nova Nona di sekolah vokal ditubuhkan, Vocal Wealth Networks yang terletak di Desa Melawati, Rima berkata, dia kini lebih selesa menjadi tenaga pengajar di samping mengembangkan bakat dalam bidang penciptaan lagu.




  “Selepas berkahwin dan melahirkan Yna, saya tidak lagi aktif menyanyi dan berlakon. Sebaliknya, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Vocal Wealth Networks yang dibuka bersama guru vokal, Siti Hajar.

  “Sebelum ini kami beroperasi di Ampang. Bagaimanapun, mengenangkan kapasiti sekolah vokal semakin berkembang, kami memindahkan operasi di Desa Melawati,” katanya.


  Memberi bimbingan dan tunjuk ajar memberikan kepuasan sama seperti mana dia aktif menyanyi dan mengadakan persembahan pentas sebelum ini. Jelas Rima, muzik sentiasa ada dalam dirinya.

  “Memang ada rakan artis sendiri bertanya, tidakkah saya rindu dengan dunia nyanyian? Anehnya, saya tidak pernah rasa begitu kerana kepuasan sama saya peroleh apabila mengajar.

  “Sesekali saya akan berkaraoke di rumah bersama keluarga bagi melepaskan gian untuk menyanyi,” katanya.

  Menceritakan lebih lanjut mengenai usahanya membuka sekolah vokal jelas Rima, dia mempunyai kelulusan dalam bidang itu selepas mengikuti pengajian di bawah bimbingan Siti Hajar selama empat tahun.

  Malah, dia menjadi antara pelajar awal guru vokal terkenal itu di bawah Akademi Seni Classicom.

  “Pada peringkat awal, saya bertindak sebagai pembantu Siti Hajar dengan mengadakan seminar dan ceramah membabitkan bidang berkait rapat dalam bidang vokal.

  “Apa yang kami lakukan tidak terhad kepada seni persembahan saja tetapi lebih daripada itu, termasuk bagaimana hendak bercakap di khalayak ramai, lontaran suara dan membina keyakinan diri.

  “Selepas menimba banyak pengalaman, akhirnya saya berasakan mahu memulakan perniagaan dalam bidang ini dan menubuhkan Vocal Wealth Networks bermula 2008,” katanya.

  Mengenai peranannya dalam menubuhkan kumpulan Nova Nona, jelas Rima, berdasarkan pengalaman diperoleh hampir 20 tahun dalam bidang seni, dia mahu mengembangkan lagi perniagaan dibuka dengan menubuhkan jabatan pengurusan artis.

  “Segala bermula apabila Yna, Diana dan Elisya mahu menubuhkan satu kumpulan tarian. Memandangkan ketiga-tiga mereka turut menerima pendidikan dalam bidang vokal, saya cadangkan mengapa tidak mereka tubuhkan kumpulan menyanyi.

  “Sekitar awal 1990-an kita ada kumpulan vokal wanita popular seperti Feminin, Res’2, M’steen dan Elite. Namun sekarang tidak ada kumpulan seperti itu, jadi saya melihat penubuhan Nova Nona sebagai satu peluang.

  “Saya katakan kepada mereka, kalau mereka menyanyi dan menari lagu didendangkan sendiri, pasti kepuasan lebih akan diperoleh,” katanya.

  Namun Rima menegaskan, apa dilakukan anggota Nova Nona bukan sesuatu yang diambil serius, sebaliknya hanya untuk memeriahkan industri muzik tempatan.

  Biasa dengan dunia komposisi muzik, Rima turut mengembangkan kebolehannya dengan mencipta lagu apabila single pertama Nova Nona dihasilkan sepenuhnya olehnya berjudul Randy.

  “Ilham lagu itu saya peroleh daripada minat ketiga-tiga anggota kumpulan Nova Nona terhadap artis seberang Randy Pangalila.

  “Saya mengharapkan lagu dihasilkan ini dapat memberikan sesuatu kepada kumpulan ditubuhkan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2013 04:25 PM | Show all posts
Ni cite tahun bila? Last time aku jumpa depa sekeluarga, anak2 dia dah besar. Husband dia pun dh kurus, yg maintain ahkak rima sorang je. Btw, dia masih kerja dgn siti hajar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 05:45 PM | Show all posts
beliaukah yg meletup sekejap ketika itu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 06:53 PM | Show all posts
Ada ka yang yakin dgn dia ni sbb zaman dia buat album dulu pun tak laku.....Cuma muka ja yang penuh majallah..:-D
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 10:22 PM | Show all posts
All the best la rima
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 11:55 PM | Show all posts
nama dia iols ingat la, tapi lagu dia haram tak tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2013 01:38 AM | Show all posts
all da best yer!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 02:17 AM | Show all posts
Dia ada blog.. Search big but beautiful ada sampai 5siri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 09:03 AM | Show all posts
Popular juga dia ni dulu tapi biasalah bila tiada produk baru akan terus tenggelam, contoh artis lain tenggelam selepas 1 album meletup ialah Tila, Shasha, Wan Hardiah, Haida, Nouri, Eisya, Feeza, Illa Sabri dan ramai lagi. Dulu pernah juga orang bandingkan Nija Akademi Fantasia tu dengan dia ni, pada aku dia ni lebih pada Ziela Jalil dari segi wajah. Artis sekarang yang lebih kurang ikuti jejak dia Dia Fadila dan Sheila Abdul sebab suara ada tapi nak tembus pasaran memang susah tapi dalam masa sama bervokal baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:22 AM | Show all posts
macam cite dah lama je nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:32 AM | Show all posts
dia foremer cari @spiderjane
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:40 AM | Show all posts
rs masih lg dgn ct hajar, ada ternampak...gambo atas tu je lama kot. dia mmg masih lg mengajo...
satu yg aku nmpk muka dia...dulu kini sama shj, x nmpk tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094480 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list