CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3164|Reply: 8

Masih punya aura: Adibah, Misha & Jaclyn bersatu

[Copy link]
Post time 24-4-2013 02:35 PM | Show all posts |Read mode
        SEBUT sahaja nama Adibah Noor, Misha Omar dan Jaclyn Victor, sememangnya tiga nama besar ini sinonim dengan kemantapan vokal mereka yang tersendiri.
       
        Pernah digandingkan bersama tahun lalu menerusi sebuah konsert gilang-gemilang yang diadakan di Esplanade, Singapura, kali ini ketiga-tiga penyanyi tersebut ditampilkan semula untuk menghiburkan peminat tempatan dengan persembahan Konsert 3 Permata anjuran Dangerous Event.


        Apa yang menariknya, konsert kali ini bakal dijalankan di enam lokasi berbeza bermula pada 21 September hingga 2 November tahun ini.
       
        Konsert 3 Permata ini akan membuka tirai di lokasi pertama iaitu di negeri Sarawak seterusnya ke Sabah, Johor, Pahang, Kedah dan diikuti destinasi terakhir di Kuala Lumpur.


                                                                                                                                                                        

                                                                Adibah, Misha & Jaclyn bersatu demi peminat                                                               



       
        Pastinya, konsert 90 minit ini bakal mengukir sejarah tersendiri dan secara tidak langsung bakal meninggalkan kesan yang bernilai buat peminat muzik tempatan yang hadir pada konsert itu nanti.
       
        Sungguhpun industri muzik sentiasa dihiasi bakat-bakat baru, namun aura 'orang lama' seperti Adibah, Misha dan Jaclyn masih melekat di hati peminat.
       
        Adibah ragu-ragu
       
        Walaupun usia kariernya dalam industri muzik sudah berada pada tahap matang, namun Adibah Noor akui pada awalnya agak ragu-ragu untuk menerima tawaran menjayakan konsert pertamanya di negara ini.
       
        Menurut Adibah, perkara itu berlaku kerana dia bimbang dengan mentaliti masyarakat tempatan yang mungkin akan menyebabkan konsert itu tidak mendapat sambutan yang baik.
       
        "Secara jujurnya, saya akui pada awalnya agak risau dan tidak yakin dengan tawaran yang diberikan pihak penganjur untuk melaksanakan konsert ini.
       
        "Bukan apa, saya melihat masyarakat kini lebih selesa menghadiri konsert percuma daripada konsert yang berbayar dan itu sedikit sebanyak memberi kerisauan kepada saya.
       
        "Tapi setelah diyakinkan penganjur, akhirnya saya terima untuk turut serta dalam persembahan ini," ujarnya yang ditemui ketika pelancaran konsert itu di The Terrace, The Curve.
       
        Tambah Adibah lagi, pengalaman berkongsi pentas bersama suara emas, Anuar Zain pada konsert solo penyanyi itu sedikit sebanyak menguatkan lagi keyakinannya terhadap sambutan konsert daripada peminat muzik tempatan.
       
        "Walaupun hanya berpeluang berkongsi pentas bersama Anuar Zain selama seminit, namun saya dapat rasai aura dan sokongan peminat pada malam itu dan mengharapkan perkara yang sama akan berlaku pada konsert yang akan dijalankan nanti.
       
        "Saya rasa masyarakat kini mungkin lebih matang dan bijak dalam menilai sesuatu persembahan. Saya juga percaya mereka yakin dengan keupayaan kami dalam menyampaikan persembahan pada konsert yang akan dijalankan nanti," jelasnya.
       
        Bukan perkara mudah
       
        Menyentuh mengenai persembahan konsert, Adibah memberitahu selain menyampaikan lagu-lagu nyanyian mereka sendiri, konsert itu juga turut diselitkan segmen tribute di mana mereka akan bergandingan dalam beberapa buah lagu.
       
        Menurut Adibah, kemungkinan terdapat sedikit kelainan dan pembaharuan yang akan dilakukan pada setiap destinasi konsert untuk menarik perhatian penonton.
       
        "Konsert kali ini kami lebih menonjolkan persembahan bersama daripada solo kerana bagi kami persembahan seperti ini mampu memberi impak yang berkesan dan kami percaya peminat juga teruja untuk menyaksikannya.
       
        "Bagaimanapun kami akui antara kami bertiga sememangnya memiliki peminat yang tersendiri dan untuk itu, kami cuba untuk melakukan kombinasi yang bersesuaian bagi kepuasan penonton yang hadir," jelasnya.
       
        Bertanyakan sama ada terdapat perancangan untuk bergabung seperti '3 Suara' selepas konsert berlangsung, Adibah akui ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.
       
        "Setakat ini kami tidak ada perancangan seperti itu lagi. Lagi pun ia mungkin tidak mudah dilakukan kerana kami masing-masing memiliki kerjaya yang tersendiri yang mungkin sukar untuk kami tampil bersama pada masa akan datang," ujarnya.
       
        Jaclyn tak sabar
       
        Bekas juara One In A Million musim pertama, Jaclyn Victor akui teruja kerana diberi peluang oleh pihak penganjur beraksi pada konsert jelajah ini.
       
        Jelas Jaclyn, ia adalah konsert jelajah pertamanya di Malaysia sejak bergelar artis dan tidak sabar untuk bertemu peminat dengan lebih dekat pada setiap enam destinasi berbeza.
       
        "Walaupun sebelum ini saya pernah terlibat dengan projek 3 Suara bersama Ning Baizura dan Shila Amzah, namun pengalaman itu berbeza daripada menjalani konsert seperti ini.
       
        "Ia adalah sesuatu yang istimewa buat diri saya kerana sepanjang bergelar penyanyi, inilah konsert pertama saya pernah terlibat.
       
        "Saya memang tidak sabar untuk beraksi bersama Adibah dan Misha memandangkan kami memang ada keserasian yang baik dan saya akui selesa dan gembira terlibat
        dalam konsert yang di jalankan di Singapura tahun lalu bersama mereka," katanya.
       
        Tunggu konsert solo
       
        Selain itu, Jaclyn turut menjelaskan mengambil keputusan untuk sertai Konsert 3 Permata dan Projek 3 Suara bukanlah faktor dirinya tidak selesa tampil secara solo, tetapi dia menganggap ianya sebagai peluang positif untuk kerjaya nyanyiannya.
       
        "Saya seorang yang suka mengambil peluang yang ada depan mata untuk meluaskan lagi karier nyanyian. Jika ia beri kebaikan, saya akan terima dan mungkin rezeki nyanyian secara solo masih belum sampai.
       
        "Tambahan pula, peluang seperti ini memberi kesan positif yang berlainan dan bagi saya ia satu perkembangan yang positif," jelasnya.
        Dalam perkembangan lain, Jaclyn memberitahu dia bakal tampil dengan album terbarunya yang dijangka akan dilancarkan pada Jun ini.
       
        Masih ada peminat: Misha
       
        Bersyukur dengan tawaran yang bakal memberi impak terhadap kariernya yang kembali aktif, Misha Omar berterima kasih kepada penganjur kerana beri kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian yang akan menjayakan konsert itu.
       
        "Dalam pada itu, single terbaru saya Angin Syurga mula menarik perhatian pendengar dan bakal disusuli dengan pengeluaran album terbaru, saya rasa konsert ini bakal memberi impak yang baik terhadap karier nyanyian saya.
       
        "Saya amat teruja untuk bertemu peminat dan pada masa yang sama tidak sabar untuk berkongsi pentas bersama penyanyi hebat seperti Adibah dan Jaclyn.
       
        Misha berkata, kehangatan yang dirasai semasa beraksi di pentas konsert yang di jalankan di Singapura tahun lalu banyak memberi kenangan manis buat dirinya dan mengharapkan perkara itu akan berulang di konsert akan datang.
       
        "Saya tidak sangka sambutan konsert tahun lalu begitu menggalakkan. Dari situlah saya sedar masih ramai peminat yang menghargai bakat kami sebegini penyanyi.
       
        "Kami ini khas untuk peminat tempatan, kami akan lakukan persembahan yang lebih baik untuk memberi kepuasan kepada penonton yang kana hadir pada konsert kami nanti," katanya.
       
        Terpaksa tangguh perkahwinan
       
        Melihatkan kesibukannya dalam menjalani karier anak seni yang kini semakin melonjak naik, Misha Omar tidak lari daripada menjawab persoalan mengenai penundaan majlis perkahwinannya.
       
        Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Misha menjelaskan pada dasarnya dia sendiri berhasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Firos Ezzwan Rosly namun atas tuntutan kerja, dia terpaksa menangguhkan keinginannya itu buat sementara waktu.
       
        "Kalau diikutkan perancangan kami sebelum ini, majlis akan berlangsung tahun ini tapi memandangkan kami masing-masing sibuk dengan kerjaya, saya terpaksa tangguh.
       
        "Saya mahu melangkah ke arah perkahwinan dengan suasana nyaman dan saya tak nak persiapan saya itu nanti diganggu dengan kesibukan kerja dan saya percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 02:48 PM | Show all posts
ini ada kene mengena ngn program PERMATA DS ROSMAH ke ney?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 09:08 AM | Show all posts
gudlak lah buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 10:27 AM | Show all posts
"Bekas juara One In A Million musim pertama, Jaclyn Victor akui teruja kerana diberi peluang oleh pihak penganjur beraksi pada konsert jelajah ini."

pls take note, jac adalah juara pertama Malaysian Idol

huhu, ni mesti best
tp jgn la letak harga tiket tu mahal sgt eh
rasanya konsert gabungan mcm ni blh pegi jauh

tak sabar plak rasanya
btw harap jac kuar album yg lebih best dr sblm ni
good luck jac!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:19 AM | Show all posts
wow..tiga2 artis suara mmg besh..
apapun semoga konsert berjalan dengan lancar
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:46 AM | Show all posts
mesti best gabungan 3 suara ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2013 11:59 AM | Show all posts
Ai suka adibah noor je...yg lagidua tak suka huhuuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 06:51 PM | Show all posts
Bekas juara One In A Million musim pertama, Jaclyn Victor akui teruja kerana diberi peluang oleh pihak penganjur beraksi pada konsert jelajah ini.

bila masa jakeling juara 1in million...malaysian idol la bhai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 11:45 PM | Show all posts
suka tetiga ni nyanyi sume besttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064820 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list