CARI Infonet

Title: Air tambah kesegaran laman & Hiasan taman air [Print this page]

Author: Syd    Time: 7-7-2006 05:52 PM
Title: Air tambah kesegaran laman & Hiasan taman air
Air tambah kesegaran laman
Oleh Norakmah Mat Youb



ELEMEN air amat penting bagi menjadikan laman rumah lebih indah dan sedap mata memandang.

Deruan airnya yang melekakan dan perubahan refleksi dihasilkannya secara berterusan menambahkan lagi cahaya dan ceria kepada taman.

Pancutan air membantu menambahkan rasa segar sekali gus mengubah mood orang yang berada di sekitarnya. Disebabkan itu, elemen air jarang ditinggalkan ketika pembinaan sesebuah taman.



Arkitek landskap, Norhaliza Hanifah, berkata elemen air boleh digunakan dalam pelbagai reka bentuk taman dan landskap. Penggunaan air sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan semua jenis taman kerana mampu mengubah visual sesuatu kawasan.

Contohnya, sebuah laman yang panjang boleh kelihatan pendek dengan adanya kolam air besar melintangi laman berkenaan, manakala laman kecil kelihatan besar dan panjang dengan adanya kolam air yang kecil.

揓ika kita ingin laman kecil kelihatan luas, keupayaan air untuk menjadi satu bentuk pembalikan cahaya wajar digunakan.

Kolam air, tanpa mengira saiznya, ternyata memberi impak tambahan selain berupaya menghidupkan laman yang lesu dan meningkatkan keceriaan laman. Air yang mengalir juga membalikkan garis cahaya siang dan bulan pada malam hari,
Author: Syd    Time: 7-7-2006 05:54 PM
Pasang siap lebih praktikal
Oleh Norakmah Mat Youb



TAMAN tanpa air bagaikan kopi tanpa gula. Tanpa unsur air, taman hi lang kesan `sejuk
Author: Syd    Time: 7-7-2006 05:56 PM
Tips memasang pancuran sendiri



MEMBINA taman mini dan memasang sendiri pancuran dapat menjimatkan kos. Tambahan pula, kita bebas memilih gaya yang sesuai dengan kehendak. Antara panduan keselamatan memasang pancuran sendiri.

* Pastikan memasang punca kuasa kalis air sekurang-kurangnya 1.7 meter dari pancuran. Jika tidak mempunyai kemahiran, upah juru elektrik demi keselamatan. Wayar seelok-eloknya dibalut dengan bahan anti reput untuk mengelakkan litar pintas.

* Tutup suis sebelum memasang pancuran kerana dikhuatiri membahayakan pemilik ketika proses pemasangan dijalankan.

* Bagi memastikan air memancut dengan baik, pastikan di bahagian atas mempunyai lubang cukup besar. Ini penting terutama bagi dekorasi lain sebagai pancutan.

* Perhatikan paras air. Batang paip hendaklah di bawah paras air supaya tidak kelihatan semak.

* Paras air juga tidak boleh lari daripada sepatutnya. Pastikan air cukup supaya motor pengepam tidak rosak kerana air kering.

* Jangan lupa dengan pencahayaan. Pastikan lampu berkuasa rendah dan kalis air dipasang supaya pancuran dapat dinikmati waktu malam.

* Biar apa pun rekaan pancuran anda, yang penting cara membersihkan dan membuang air dengan sistematik.
Author: faraway    Time: 7-7-2006 11:17 PM
contoh

Author: maklong3    Time: 2-8-2006 09:29 PM
TK syd kerana kongsi maklumat. Bagi yang percaya kepada Feng Shui, boleh intergrate sekali prinsip-prinsip bagi menempatkan kedudukan air.
Author: hamizao    Time: 22-8-2006 01:55 PM
Ni water feature kat rumah Hami.....simple je sebab tempat tu dulu indoor garden dan asyik diguna oleh kucing2 buat toilet!



Sorry terlupa "onkan" air dia. Konon konsepnya "zen" - tak nampak air di kolam - dipileh kerana keselamatan anak2 kecil. Itupun kalau anak2 buah datang banyak batu2 dimasukan kedalam pasu!

Ttg fung shui Hami tak tahulah samaada positif atau tidak!!
Author: CivicSI    Time: 22-8-2006 02:38 PM
Originally posted by hamizao at 22-8-2006 01:55 PM
Ni water feature kat rumah Hami.....simple je sebab tempat tu dulu indoor garden dan asyik diguna oleh kucing2 buat toilet!



Sorry t ...


Kalau nak buat macam mini kolam and jgn bagi budak budak boleh letak kan tampered glass ayau plastik atas itu. tapi kosnya x sure.
Author: hamizao    Time: 23-8-2006 11:58 PM
Benar, Civic. Kita ni kalau nak buat apa2 perlu fikirkan bebudak kecil. Ada ketikanya tak sanggup nak buat apa2. Fikirkan kalau tiap2 hari raya tiang garden lights tumbang atau lampu dia pecah sebab bebudak suka main bola....:geram:
Author: maklong3    Time: 26-8-2006 11:37 PM
Hami,

Kalau ikut pantang larang Feng Shui, air tak boleh letak ikut suka hati.

Contohnya, kalau kita berdiri di pintu rumah memandang keluar, water feature mestilah terletak di sebelah kiri pintu. BUKAN sebelah kanan pitu. Kalau sebelah kanan, ini menggalakkan suami ada affair atau buat skandal.

Tak taulah betul ke tidak. Tapi, Lilian Too beriya-iya sangat ingatkan tentang tu.

Kat mana pintu rumah Hami dalam gambar ni?

[ Last edited by  maklong3 at 26-8-2006 11:38 PM ]
Author: noor_hannah    Time: 27-8-2006 12:01 AM
Originally posted by maklong3 at 26-8-2006 11:37 PM
Hami,

Kalau ikut pantang larang Feng Shui, air tak boleh letak ikut suka hati.

Contohnya, kalau kita berdiri di pintu rumah memandang keluar, water feature mestilah terletak di sebelah kiri  ...



hi maklong.. salam perkenalan dari kak noor..

ok, nak menyelit skit.. kak noor tak percaya sgt lah feng shui ni.. kalau semua tu boleh di tentukan.. senang lah.. kita semua boleh jadi kaya raya.. yg pasti.. yg kaya si lillian dan apek2 tu semua..

mcm kalau beli rumah.. no 4 tk boleh.. mengadap simpang 3 tak boleh.. sebenarnya ada sebab mengapa.. tapi saja2 je diorang ni create mcm2..
Author: noor_hannah    Time: 27-8-2006 12:09 AM
syd and hami.. cantik2 nya water feature tu.. tapi rumah kak noor ni kocik je.. semua nak masuk..
Author: maklong3    Time: 27-8-2006 01:59 PM
Hi Noor,

Selamat berkenalan, Noor.

Maklong pun bukannya percaya sangat benda-benda ni. Tapi kan, buat apa kita sengaja-sengaja cari penyakit. Bukannya susah sangat nak letak air sebelah kiri instead of sebelah kanan. Mudah-mudahan perkara yang menyakitkan tu tak berlaku. Kalau nak jadi jugak, nasiblah.

Memang Feng shui ni banyak kerenah. Tapi, kalau kita beli jugak rumah depan simpang, time kita nak jual nanti, takde siapa nak beli. Kalau adapun, harganya rendah drpd rumah lain. Rumah jiran sebelah maklong bertahun tak boleh jual, sebab letaknya betul-betul depan simpang. Last last jual jugak pada orang Melayu, tapi 150K bawah pada harga biasa. Tu lah sebabnya. Bukan kerana Feng shui, tapi kerana ramai orang percaya Feng Shui. Terutama di Penang.

Sorry Noor. Menyimpang jauh pulak.
Author: hamizao    Time: 28-8-2006 12:13 PM
Assalamualaikum, Maklong3 dan selamat berkenalan.

Ttg Fung Shui ni memang ada prinsip2nya yang makan dik akal seperti rumah di "T" junction - merbahaya dan selalu digangu dgn lampu kenderaan bila malam, longkang besar di depan rumah- senang masuk air- kalau hujan lebat, banjir tak kira longkang di depan atau tidak kan? Lain2 Hami tak berapa ingat. Heheh.........yang pastinya Lilian Too dah kaya dengan penulisannya!

Insyaallah, Tuhan jauhilah apa2 yang tak baik.
Author: artificialive    Time: 11-9-2006 08:50 AM
Assalamu'alaikum wbt..

Semuanya akan berada dalam keadaan baik insyaAllah jika kita mempunya taqlid yg putus.. :lebai: jgn percaya sgt fengshui ni, sbb seolah2 ada satu kuasa lain dari yang maha pencipta pulak yg menentukan nasib kita.. if pandangan lebih menarik utk letak air di sebelah kanan instead of kiri, kenapa tidak?

sekadar utk renungan..
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-At-Taubah ayat 129

p/s: bukan niat utk menyakiti sesiapa, sekadar ingat mengingatkan diri sendiri dan saudara seagama selaras dgn kehendak yang maha Esa, insyaAllah.. ;)
Author: Syd    Time: 11-9-2006 10:58 AM
Pancuran air serikan ruang kecil
Oleh Norakmah Mat Youb


Pembinaan kolam ikut keluasan tanah perlu ketelitian

ELEMEN air dalam sesebuah taman dikatakan mampu menyejukkan suasana selain berupaya menimbulkan keharmonian di antara manusia dan alam sekitar.


ELEMEN air dapat
menenangkan mereka yang
berfikiran kusut.

Kolam pula, satu elemen penting membantu melengkapkan keindahan landskap dan keceriaan sesebuah taman. Tidak kira sama ada kolam semula jadi, gentian kaca, batu konkrit mahupun kolam pasang siap.

Pembinaan kolam mengikut kesesu­aian berdasarkan saiz keluasan taman memerlukan perancangan yang teliti bagi memastikan keindahannya terserlah dan kena dengan konsep diingini.

Berdasarkan sejarah, masyarakat Arab lebih berminat kepada seni bina kolam yang cantik dengan imaginasi sebuah tasik lengkap air terjun, dicipta dan ditempatkan di kawasan rumah mereka.

Kolam dibina dalam bentuk geometri digabung dengan beberapa gubahan bangunan kecil di kawasan persekitarannya. Mereka menggunakan kreativiti tersendiri supaya persekitaran kolam mampu menampilkan keunikan termasuk bunyi gerakan air seperti aliran air terjun dari kawasan bukit tinggi.

Bagi masyarakat Cina pula, lebih mementingkan perhatian terhadap penciptaan reka bentuk kolam tidak seragam (bercelaru) tetapi bijak memanfaatkan pelbagai jenis pokok sama ada yang sudah dikatikkan atau sebaliknya.


PANCURAN air berkonsep
Bali adalah yang
paling menjadi pilihan.

Justeru, bagi mereka yang inginkan suasana damai di dalam atau luar rumah, boleh memilih binaan pancuran air yang praktikal tetapi tetap menampilkan pelbagai ciri menarik dengan harga berpatutan.

Pengurus Tropic Garden Design, Shereen Chong, berkata, kini pancuran air pelbagai bentuk dan warna mendapat permintaan tinggi terutama bagi mereka yang mempunyai kewangan dan halaman terhad.

Beliau berkata, pelbagai jenis, bentuk dan saiz pancuran air terdapat di pasaran sesuai dengan bajet pembeli, asalkan mempunyai ruang bersesuaian untuk diletakkan di dalam atau luar kediaman.

揓ika pemilik mahukan pancuran air yang ringkas, cukup sekadar meletakkan batu tanpa tumbuhan air atau ikan. Tidak semua orang mempunyai cita rasa sama. Ada yang inginkan ketenangan dengan bunyi air dan merehatkan mata dengan tumbuhan hijau tetapi ada juga hanya mahukan kolam ringkas tanpa apa-apa hiasan tambahan,
Author: hamizao    Time: 14-9-2006 01:58 PM
Haa ni dia water feature Hami dengan airnye sekali....



Seronok bila mendengar aliran air .....amat menenangkan.:cool::cool:
Author: jati    Time: 14-9-2006 02:05 PM
Bilalah dapat buat kat rumah ni
Author: ecam    Time: 14-9-2006 02:29 PM
assalamualaikum

mana nak carik lampu yg water proof nih? ade idea? umah area bangi
Author: hamizao    Time: 14-9-2006 03:14 PM
Originally posted by ecam at 14-9-2006 02:29 PM
assalamualaikum

mana nak carik lampu yg water proof nih? ade idea? umah area bangi


ecam, mana2 kedai landscape ada jual gak. Heheheh..Hami teringat Hami punya Hami terlupa rendam dalam air lalu dia terpeleot! Sampai lani belom ganti2. So jangan lupa nanti kalau jenis yang perlu diletak dalam air .....JANGAN TAK LETAK DALAM AIR!
Author: ecam    Time: 14-9-2006 04:46 PM
Title: Reply #19 hamizao's post
tepeleot sbb panas sgt ker?? baper watt lampu tu?
tak sangka lak kat kedai lanskep ade jual.. nanti haku pi tgk :tq:
Author: hamizao    Time: 15-9-2006 06:44 PM
Benar panaslah tu. Bila diletak dalam air, air akan menyejukkan dia. Entah apasal kepalaotak Hami masa tu tak teringat! Kene mare lepas tu sebab bukan barang murah(buat Hamilah). Watt dia Hami dah tak ingat. Benda ni bila di letak dalam air nanti ada cahaya kat siling. Bila onkan fountain cahaya itu akan bergerak2. Aduh...tak tahan mengenangkan nya..

Yang jenis diletak ditepi2 kolam mungkin tahan panas kot!
Author: Syd    Time: 18-12-2006 03:43 PM
Elemen air suntik ketenangan, santai
Oleh Norakmah Mat Youb


Taman kecil dengan keluasan kira-kira 12 meter persegi, perlu reka bentuk landskap yang kemas, ringkas

PENATAAN ringkas dengan penyelenggaraan mudah, menjadi kriteria utama sebuah taman kecil di kediaman terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya dan hanya mempunyai sedikit masa untuk menjaganya.

Bagi kediaman yang mempunyai keluasan agak besar dan inginkan kesegaran di dalamnya, pembinaan taman dalam rumah (courtyard) adalah alternatif terbaik tanpa perlu peruntukan besar semata-mata mahu menikmati keindahan taman di luar.

Pilihan taman mini Jepun yang menitik beratkan ketenangan persekitaran dengan gaya hiasan sederhana sering menjadi pilihan kebanyakan pemilik kediaman yang mahukan kedamaian tanpa perlu mempunyai hiasan keterlaluan.

Pemilik kediaman, Aminuddin Zakaria, berkata bagi menyuntik dunia yang lebih segar dan berbeza untuk kediaman yang baru, beliau dan isteri, Azwin Abdul Aziz, membina taman berkonsepkan Jepun dengan mewujudkan elemen air bagi menyuntik ketenangan.

Beliau berkata, dengan keluasan kira-kira 12 meter persegi, taman dalam ini memerlukan reka bentuk landskap yang kemas, ringkas dan mudah kerana mahu dijadikan sebagai sebuah ruang santai privasi.

揂pabila berpindah ke rumah baru ini, saya memang berhasrat mewujudkan elemen air bagi menyuntik ketenangan dan mahu bersantai bersama keluarga sama ada pada waktu pagi atau petang hujung minggu.

揙leh kerana saya masih mempunyai anak yang masih kecil, konsep taman Jepun ini adalah satu langkah tepat kerana ia tidak menggunakan terlalu banyak ornamen landskap (hiasan) dan tidak padat,
Author: dealova77    Time: 19-12-2006 01:34 PM
Title: Reply #16 hamizao's post
suka tgk water feture ni.. simple tp menarik...
Author: hamizao    Time: 19-12-2006 04:37 PM
Originally posted by dealova77 at 19-12-2006 01:34 PM
suka tgk water feture ni.. simple tp menarik...


Makasih dealova77.....berpatutan dgn harganya yang sederhana pada masa itulah...
Author: Raindancer    Time: 20-12-2006 10:21 AM
teringin tul nak ade pancuran air ni kat rumah.....sejuk je mata memandang....
Author: Syd    Time: 26-12-2006 10:33 PM
Kehijauan, deruan air reda tekanan
Oleh Norakmah Mat Youb


Mustafa Shaharin ruang sedia ada bina taman idaman keluarga untuk dijadikan tempat beriadah

MENDUDUKI kediaman lot tepi dengan halaman luas berbanding kediaman lain adalah satu kelebihan kepada pemilik rumah kerana mereka boleh memanfaatkan ruang untuk membina taman idaman tanpa gusar ruang terhad.

Tidak ketinggalan, pemilik rumah minggu ini, Mustafa Shaharin, 49, yang ternyata berjaya menggunakan ruang sedia ada dengan membina taman idaman sekeluarga untuk dijadikan tempat beriadah setiap kali mempunyai masa terluang.

Penataan ringkas dengan penyelenggaraan mudah kini menjadi kriteria utama membina taman kecil di kediaman terutama di bandar kerana kesibukan penghuninya bekerja dan mempunyai masa agak terhad untuk penjagaan.



Tiada konsep tertentu apabila membina taman ini kerana paling penting ialah selesa dan penjagaan mudah tetapi masih mengekalkan identiti Melayu tradisional berikutan pemiliknya amat menggemari ukiran kayu pelbagai motif.

Pembinaan wakaf yang sarat dengan ukiran kayu bermotifkan tradisional sudah cukup menjadikan taman ini menarik. Ditambah pula dengan pemilihan tumbuhan ringkas, ternyata ia mendamaikan sesiapa saja yang berada di situ.

Kebanyakan pokok dibonsaikan menepati kehendak dan pokok renek yang kurang memerlukan pancaran matahari serta mudah penjagaannya tidak ketinggalan menghiasi taman berkenaan bagi memastikan nampak lebih sempurna.

Bagi menambahkan keceriaan, beliau berkata, kontraktor mencadangkan supaya meletakkan air pancuran tambahan berbentuk buluh yang sinonim dengan pokok jenis bonsai. Kolam pula diletakkan ikan yang pastinya membuatkan kita terleka melihatnya.

?enggunaan batu sungai atau pebble stone di tepi pokok, mengurangkan kos perbelanjaan bahan penataan taman, malah ia cukup sesuai dengan konsep yang diimpikan kami iaitu inginkan taman ringkas,? katanya.

Beliau berkata, alternatif bagi meminimumkan penyelenggaraan di taman, laluan pemijak kaki adalah cara paling sesuai kerana tidak perlu lagi bersusah payah menjaga rumput hiasan yang agak mahal harganya terutama ketika pembersihan dilakukan.



Selain membina taman di tepi kediaman, Mustafa berkata, mereka turut membina kolam dan air terjun buatan di depan pintu masuk bagi menyederhanakan suhu sekeliling dan deruan air menjadi santapan telinga sekeluarga.

?aya tidak menetapkan konsep ketika bercadang membina taman. Selepas perbincangan bersama isteri, kami sepakat membuatnya mengikut kehendak sendiri dengan bantuan kontraktor mahir, asalkan menyenangkan kami.

?agi pemilihan pokok pula, saya lebih menyukai pokok berdaun kerana ia tahan lama dan lasak. Lagipun, penjagaannya tidak sesukar pokok berbunga. Paling penting taman ini ialah ia senang diurus tetapi pada masa sama mendamaikan,? katanya.

Pada masa ini, beliau berkata, membina taman pada setiap kediaman sangat digalakkan kerana dengan kehijauan dan deruan air, mampu membuatkan sesiapa yang berada dalam tekanan mampu meredakannya tanpa perlu pergi jauh. Ketenangan di depan mata.
Author: Syd    Time: 4-11-2007 01:33 PM
Keajaiban unsur air dalam taman
Oleh Desmond Ho


ELEMEN air penyejuk laman.


Pancutan air di kolam beralun jadi terapi minda, tenangkan jiwa

WAKTU senja seperti biasa adalah masa yang tenang bagi saya untuk menikmati keindahan dengan bersiar-siar di taman. Berhenti sejenak di pinggir kolam sambil menarik nafas sedalam-dalamnya, lebih-lebih lagi pada hari itu adalah hari yang amat tegang dan sudah hampir sampai ke kemuncak kesabaran saya.

Ketika hati asyik digolak emosi, pancutan air di kolam yang beralun menusuk ke kalbu lantas menyejukkan hati yang diamuk amarah tadi. Tanpa disedari, fikiran saya menjadi tenang dan mulut yang terkumat-kamit ketika kusut tadi kian mengukir senyuman.



Tersentuh hati bila memikirkan bagaimana elemen yang mudah seperti pancutan air kolam bisa mengubah 'mood' seseorang hanya dengan bunyi-bunyian yang terhasil apabila bebuih air tersentuh dengan daun teratai berjuntai ke atas permukaan kolam.

Sesekali terasa dingin dan segarnya udara di muka apabila renjisan air meresap dan bersatu bersama hembusan angin.

Merenung ke langit pula, saya terpana melihat kebesaran-Nya sekali lagi pada petang itu. Lakaran merah-keemasan terhampar di langit tanpa batasan membuktikan tiada artis sehebat Tuhan yang Maha Agung. Inilah karya seni yang paling unggul, saya akui dalam diam.



Apabila memikirkan amukan jiwa saya sejenak tadi, terasa lucu pula. Saya akui, dalam kesibukan mengejar masa dalam urusan harian menyebabkan saya jadi begini.

Kelewatan pembekal, konflik antara pekerja dan majikan, tiba-tiba hilang tanpa disedari bila dikelilingi oleh suasana hening dalam taman ini. Seekor burung ekor kuning terbang merentas penglihatan dan saya tertanya-tanya apakah spesiesnya? Apa pula erti nyanyiannya itu? Adakah untuk menarik perhatian pasangannya?

Sang Suria semakin menghilang di balik tabir senja di kala isteri saya memberitahu bahawa makan malam sudah tersedia. Perasaan gembira dan syahdu bercampur-baur apabila memikirkan betapa beruntungnya saya kerana masih bernyawa dan pula disayangi.

Saya melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang kembali ceria. Keajaiban taman kecil saya ini dimanfaatkan sekali lagi, terutama untuk ketenangan jiwa.

> Elemen semula jadi

Air sudah menguasai fikiran, kepercayaan dan amalan manusia di seluruh dunia dan budaya, menerusi sejarah perkembangan tamadun manusia itu sendiri.

Banyak bekas tinggalan tamadun pribumi ditemui berhampiran dengan sumber air di permukaan bumi seperti sungai dan tasik; misalnya Tamadun China yang terletak di sepanjang tebing Sungai Kuning, Tamadun Mesir di Sungai Nil dan Tamadun Arab di Lembah Tigris dan Euphrates.

Manusia purba mempelajari bagaimana untuk memanipulasi sumber air untuk mengairi dan menyubur tanaman mereka menerusi sistem pengairan buatan manusia seperti parit dan kolam tadahan. Mereka turut menggunakan elemen air sebagai sumber pemulihan spiritual dan mental; suatu amalan yang turut kita warisi hingga ke hari ini.

Amalan ini terbukti apabila elemen air dalam projek perumahan baru menjadi salah satu faktor tarikan kepada pembeli. Penduduk di kawasan perumahan mewah seperti di 'sub-urban' dan juga kondominium juga amat tertarik dalam memastikan kewujudan elemen air berhampiran mahu pun dalam kawasan kediaman mereka sama ada yang semula jadi atau buatan manusia.

Oleh kerana elemen air begitu popular dalam rekaan taman di seluruh pelusuk dunia dan di negara kita khususnya, tumbuhan akuatik seperti teratai dan 'lotus' sentiasa menjadi pilihan.

> Tumbuhan akuatik sebagai simbol budaya

Bunga 'lotus' selalu dianggap sebagai simbol metafora yang suci dalam seni bina dan keseniaan dalam kepercayaan Hindu. Fakta ini saya anggap kurang tepat kerana motif bunga 'lotus' juga ditemui di binaan Masjid Najina, di Agra dan di Taj Mahal.

Bukti ini menjelaskan bahawa tamadun Islam juga menjadikan bunga 'lotus' sebagai simbol rekaan yang mempunyai nilai penting dalam aspek estetik yang membawa maksud tersendiri.

Dalam kepercayaan agama Hindu, dikatakan Brahma menjelma daripada benih bunga 'lotus' ajaib dan pada ketika itu seluruh bumi pula terletak di bawah permukaan air. Agama Hindu juga menganggap 'lotus' sebagai simbol harapan dalam menghadapi sesuatu dugaan. Seperti bunga 'lotus' yang berkembang, setiap kelopak mewakili kejayaan yang muncul daripada dugaan yang ditempuhi.

Dalam ideologi kepercayaan Buddha pula, bunga 'lotus' juga adalah simbol kelahiran abadi. Ini diwakili oleh kelopak 'lotus' yang mekar seperti api yang marak yang bermaksud permulaan yang abadi oleh Buddha.

Diceritakan, setiap kali Gautama Buddha melangkah, sekelopak bunga 'lotus' akan mekar daripada permukaan tanah.

Selain kepentingan dari segi simbol kepercayaan, tumbuhan akuatik juga turut diintepretasikan dalam bentuk kesenian terutama dari tamadun China. Ini dapat dilihat kepada hasil kerja artis Cina purba.

Taman Larangan di China adalah contoh peranan utama yang dimainkan oleh taman dan tumbuhan akuatik dalam perkembangan tamadun purba pada masa itu.

Air dan elemen berkaitan dengannya berperanan penting dalam ciptaan sesebuah taman yang lengkap. Ini dapat dilihat melalui artifak kelopak bunga teratai terawet berusia lebih 4,000 tahun yang ditemui di dalam keranda mumia Raja Mesir Imhotep dan juga keindahan motif bunga teratai terukir di sebuah Gereja pada abad ke 16 di Goa. Elemen air dan tumbuhannya adalah motif yang menjadi inspirasi kepada manusia sejak dulu lagi.

Kebanyakan kenalan dan sahabat bermimpi untuk memiliki taman seindah Taj Mahal di kediaman masing-masing dengan adanya tumbuhan akuatik, walaupun di rumah teres. Saya katakan, "Mengapa tidak?".

Sebahagian daripada tugas dan kepakaran kami di Terra Garden adalah mewujudkan sebuah taman impian anda melalui transformasi minda dan ruang kepada kecantikan serta kenikmatan bila berada dalam taman.

Tambahan pula, konsep Neo Nusantara yang diketengahkan di Terra Garden memang menekankan elemen air sebagai satu fokus utama dalam sesebuah taman. Kewujudan elemen air, sama ada dalam bentuk lelehan atau pancuran, bukan saja sedap mata memandang malah ia sebagai satu unsur terapi tanpa kita sedari. Inilah! keajaiban unsur air dalam sebuah taman.
Author: 4u2luv    Time: 31-12-2007 11:48 AM
saja nak tepek ni...
tringin nak wat camni..
takut plak nyamuk branak pinak...
tak pasal-2 kang kena saman plak


Author: Mas916    Time: 31-12-2007 02:16 PM
Title: Reply #28 4u2luv's post
segarnya kiambang kobis dia....
luv..taruk ja abata......
Author: mizahanan    Time: 31-12-2007 02:53 PM
Title: Reply #29 Mas916's post
off topik:
penah letak dlm akuarium..... x lame.. abis kene ngap dgn 'si jerung'
Author: Mas916    Time: 31-12-2007 03:18 PM
Title: Reply #30 mizahanan's post
apa yg kena ngap? kiambang tu ka? sedap  kot..
Author: maizana    Time: 31-12-2007 05:22 PM
I pun nak share my water features yang ada... memang best.. kalau masa panas.. duduk tepi kolam dan dengar bunyi air jatuh dan melihat ikan2 didalamnya.







Semalam baru tanam sejenis creepers kat kiri dan kanan planter box tu... my bird nest tu pun dah I alihkan.. nanti I update dari masa ke semasa bagaimana rupanya bila tumbuhan dah mula naik.
Author: 4u2luv    Time: 2-1-2008 12:23 PM
Originally posted by Mas916 at 31-12-2007 14:16
segarnya kiambang kobis dia....
luv..taruk ja abata......



bukan saya punyer..
ni kat resort janda baik..
Author: Syd    Time: 15-7-2008 10:48 AM
Pancutan air ceriakan laman
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



MENARIK: Penyejuk alam pelengkap landskap

Kolam mini dihias aksesori pilihan penyeri landskap

KEBELAKANGAN ini pancutan air dan kolam kecil menjadi pilihan pengguna dalam menghias taman rumah sama ada banglo, teres, apartmen mahupun rumah tradisional.

Ini kerana hiasan berkenaan menjadi elemen penting untuk melengkapkan keindahan landskap selain menceriakan lagi laman kediaman.

Pengurus Jualan Pheonix Ocean Trading, Shirley Hong, berkata perkara utama yang perlu di ambil kira sebelum membeli pancutan air dan kolam kecil pasang siap adalah keluasan laman.

Katanya, saiz pancutan air atau kolam kecil pasang siap perlu disesuaikan dengan saiz dan keluasan laman. Jika tidak, fungsinya sebagai pelengkap landskap atau menyeri laman tidak dapat ditonjolkan.

"Jika saiz pancutan air terlalu besar sedangkan lamannya kecil, hiasan laman akan nampak berserabut dan tidak menyerlahkan keindahan taman.


PANCUTAN air daripada batu pasir corak bertingkat.

"Begitu juga sebaliknya, jika laman luas tetapi pancutan air terlalu kecil sehingga kewujudannya tidak kelihatan atau lebih sekadar aksesori biasa," katanya.

Justeru, sebelum membeli pancutan air atau kolam kecil pasang siap, pengguna perlu tahu saiz laman dan kedudukan sudut laman yang mahu diletakkan hiasan berkenaan, sama ada ia untuk hiasan di luar atau di dalam rumah.

Harga bukan ukuran tetapi kini pengguna ada pilihan sama ada mahu membeli pancutan air daripada batu pasir atau fiber. Fiber lebih mahal namun mudah dibersihkan manakala pancutan air batu pasir murah juga mudah kotor atau ditumbuhi lumut.

Kebiasaannya, jika anda mahu membeli pancutan air pasang siap, pembekal atau penjual akan menawarkan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan mengikut pakej ditawarkan.


CENDAWAN seramik antara hiasan pilihan untuk kolam kecil dan penentu air.

Ada sesetengah pakej menawarkan pokok dan ikan hiasan untuk kolam kecil dan pancutan air pasang siap yang kini banyak di pasaran.

Namun, pancutan air dan kolam kecil yang mempunyai ikan dinasihatkan diletakkan di luar rumah kerana ia mudah kotor dan perlu penjagaan rapi berbanding pancutan air yang disertakan dengan aksesori tiruan.

Antara pokok yang sesuai ditanam bersama pancutan air adalah Scindapsus Aureus (kelampayang besar atau pokok duit), kiambang, teratai dan melati air.

Hiasan tiruan yang cantik termasuklah, burung flaminggo seramik, cendawan seramik, bunga teratai dan kiambang plastik.

Tip membina kolam di laman rumah

# Tentukan dulu lokasi yang akan dibina kolam pancuran ini. Lokasi perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kolam boleh dinikmati dari sudut dan arah yang tepat seperti arah teras, ruang duduk, ruang kerja atau di luar rumah.

# Penentuan jenis dan material. Jangan sampai kehadiran kolam memberi kesan sempit dan menyemakkan mata sehingga mengganggu pandangan dari arah lain.

# Setiap pancuran memerlukan tempat untuk menampung tumpahan air dari alat pancuran berkenaan. Pastikan bentuk kolam dan kedalaman mampu menampung curahan air itu.

# Sistem putaran air sangat menentukan kelancaran air pancuran. Gunakan pam yang sesuai dengan keluasan kolam bagi memastikan putaran air berjalan lancar

# Usahakan supaya air kolam sentiasa bersih terawat. Kotoran pada air dapat mengganggu kelancaran putaran air. Boleh juga diletakkan ikan hiasan seperti

# Sebaiknya, kolam tidak ditanam tanaman hias air yang mengotori atau menghalang gerakan air pada pancuran.

FAKTA: Pokok Scindapsus Aureus atau Kelampayang Besar atau Pokok Duit

# Bagi masyarakat Cina, scindapsus aureus dikenali tumbuhan membawa tuah sesuai dengan namanya pokok duit.

# Pokok ini sejenis tumbuhan memanjat dengan menggunakan akar angin dan akar melekap. Pokok ini boleh jadi besar jika keadaan hidupnya baik.

# Ada kepercayaan, tuan punya pokok akan menjadi kaya jika daun pokok ini menjadi besar. Nama tempatan pokok ini iaitu pokok duit.
Author: khg    Time: 16-7-2008 12:43 PM
Share mine.......

amatur buat nih, buat sendiri je....kos less 300 (excluded filter dan accessories dlm tu)


Author: elle_gogo    Time: 16-7-2008 07:51 PM
Title: Reply #32 maizana's post
mai.. cantik.. tapi kalau u letak pokok2 yang berjurai dekat atas tiang2 dia lebih nampak cool... sejuk je... best nye dapat wat macam ni.. nasib le rumah elle kat atas.. tak de ruang
Author: hattassan    Time: 4-8-2008 09:38 AM
Originally posted by khg at 16-7-2008 12:43 PM
Share mine.......

amatur buat nih, buat sendiri je....kos less 300 (excluded filter dan accessories dlm tu)

http://i208.photobucket.com/albums/bb4/khg9973/Image1918.jpg


Khg,

my case lain pulak.. cause i tak ada tempat jenis tanah boleh letak pond macam you buat tu.. cantiknya nampak..
ada air pancut tak? cause i nak size macam 3 kaki x 2 kaki sebesar tu.. with fountain sekali...
ada plastic pond jual tak kat pasaran tak? Kasi sikit advice from all of you?
Author: khg    Time: 4-8-2008 03:44 PM
Title: Reply #37 hattassan's post
what do u mean by x de jenis tanah ? Kalau ada tanah, luas 3x2...blh buat......dig dalam 2-3 kaki, jadi lah seperti diatas.....tapi nak korek tu...mak aii...penatnya (klu wat sendiri). klu upah, tinggal kuar duit je.....



ada jual pvc yg mcm2 saiz, klu nak korek tanah..letak pvc tu dlm tanah pun blh....atau malas nak korek, tutup dengan batu2 yg mcm2 jenis...jgn kasik nampak pvc. Pegi sg buloh...mcm2x ada!!
Author: hattassan    Time: 4-8-2008 05:15 PM
Title: Reply #38 khg's post
Oh thank you khg..
berepa besar pvc sana ada...colour jenis apa?
sebab i just letak atas tiles saja tak nak gali lubang..
nanti akan tutup batu batu saja..
Author: khg    Time: 5-8-2008 11:20 AM
Title: Reply #39 hattassan's post
mcm2x saiz ada........semua dah pasang siap, x yah nak piki2 camana nak design pond spy nampak cantik... ye la, klu pakai pvc....nnti musti terpk camana nak kasik tutup pvc yg hitam/biru x cantik tu...

Klu kat sg. buloh semua dah ada complete dengan batubata, waterpump, fountain etc....

klu pond nak letak koi, taruk satu filter......filter portable blh beli yg kecik dlm RM100++ letak koi yg besar2x sikit.....terapi air tuhhh!!!



Klu kat air hitam Johor, yg pasu byk2x tu...ada jugak.....rasanya lagi besar2x kedai dia...harga? rasa2x nya sg buloh lagi murah kot......
Author: hattassan    Time: 5-8-2008 11:39 AM
Title: Reply #40 khg's post
Tq your recommendation.i cuba survey dulu
nanti bagi inform accordingly...
Author: hattassan    Time: 21-8-2008 03:37 PM
Recently read the news at puchong puteri found that MPSJ take actions against to house owner who doing the renovation house and fish pond maker. The summon has been issue to the house owner need to be pay RM25,000 for fine and destroy within a month.
Author: alifinara    Time: 21-8-2008 04:01 PM
Originally posted by hattassan at 21-8-2008 03:37 PM
Recently read the news at puchong puteri found that MPSJ take actions against to house owner who doing the renovation house and fish pond maker. The summon has been issue to the house owner need  ...


Oh yeke, kena mintak kebenaran majlis jugak ker?
Author: hattassan    Time: 21-8-2008 04:52 PM
Title: Reply #43 alifinara's post
tapi i beli standard plan dari mpsj, tambahan belakang, tambahan tepi, tambahan depan car porch dan tembok pagar saja list kat booklet tu.
Yang standard plan ini tak boleh involve apa-apa pecahan struktur rumah.
Tapi mereka tak cakap pond tak boleh.. fish pond yang kena roboh macam maizana #32 jenis tu...
tak tau la takut kena saman nanti
Author: alinone78    Time: 21-8-2008 08:27 PM
Title: Reply #44 hattassan's post
erk???? bio  betul..??? tp klu rumah ada tanah tepi n pond tuh kt tnh tepi tak kacau structure tak per kot ...

yg disaman tuh yg renovate bwh porch gamaknya ,,,
Author: _mangifera_    Time: 22-8-2008 02:38 PM
uik ye ker?..baru cadang nak buat kat tanah tepi rumah tuh..kalau tak korek kena gak ker?
Author: hattassan    Time: 25-8-2008 04:53 PM
yang tu tak tau la
u tau la MPSJ
suka suka saja saman orang ... yang owner tu rasa tak puas hati lalu report to ahli parlimen kat puchong dan tersiar kat surat khabar..
tapi i tengok pond dia juga besar...memang cantik, air panjut kat tepi jiran rumah..
barangkali complaint kat jiran kut...
Author: Syd    Time: 29-9-2008 12:01 PM
Tip: Menyelenggara kolam

# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.

# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.

# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.

# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.

# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.

# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.
Author: khg    Time: 16-10-2008 08:47 AM
# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.


ni nak share...

kulat dan lumut, x cukup dgn filter....span dlm filter x tapis lumut sbb small micron, so lumut tu leh lepas...

guna UV.....yg siap ada motor..jgn beli lampu saja..guna yg ada motor...

kolam anda akan jernih sentiasa....
Author: Syd    Time: 22-5-2009 02:49 PM
'Ekor kucing' tahan lasak
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



Pokok Cattail boleh hidup di kawasan paya, air masin selain diguna bagi rawat parut

PERNAHKAH anda mendengar nama pokok cattail? Mungkin ramai agak asing dengannya tetapi pasti pernah melihat tumbuhan pelik seperti seperti cerut dan sosej dicucuk lidi.

Apa yang pasti, Cattail atau Banat kini kian popular dan menjadi tarikan baru dalam seni hiasan landskap untuk taman air.

Cattail atau sesetengah orang memanggilnya, rumpai ekor kucing ialah tanaman monokot yang mempunyai kira-kira 11 spesies dalam keluarga pokok Typhaceae. Namun, ramai yang keliru yang menyatakan pokok ini sebagai bulrush daripada genre pokok Scirpus.

Ia yang cuma sesuai hidup di kawasan lembap dan berair, boleh mencecah setinggi satu hingga tujuh meter dan daun berbentuk seperti pedang memanjang dan biasanya hidup dalam bentuk rumpun. Akar pokok biasanya terendam dalam lumpur dan tanah lembap manakala batangnya mampu terapung dalam air.

Lebih tepat lagi pokok ini ialah tumbuhan sesuai untuk kawasan paya, lembah dan dalam tasik. Sekali pandang pokok ini seperti lalang, namun apabila dalam kuantiti yang banyak ia nampak hebat dan memberikan pemandangan menarik untuk laman.


Bunga yang tumbuh di hujung adalah bunga jantan dan bunga betina tumbuh di pangkal pokok.

Bunganya biasanya berwarna keemasan, kuning jingga atau coklat gelap berbentuk seperti cerut dan sosej dicucuk lidi. Biasanya ia membiak melalui pendebungaan menerusi angin. Bunga Cattail digemari haiwan seperti itik dan angsa, malah menjadi sumber makanan bagi spesies ikan dalam kolam.

Malah, di tasik dan kawasan berpaya, ikan suka bertelur di celah akar pokok Cattail, manakala burung kecil dan haiwan amfibia seperti katak suka berteduh, membuat sarang dan bermain berdekatan pokok ini. Daun Cattail digunakan burung sebagai bahan untuk membina sarang. Di kawasan lembap di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, rusa juga berlindung untuk menyamar daripada serangan musuh.

Sistem akar pokok ini mampu mencegahnya daripada menghakis tanah dan ia juga boleh hidup dalam tanah yang mengandungi organik. Dalam tanah mineral, pokok ini juga boleh hidup.

Selain menjadi tanaman hiasan, pokok ini banyak digunakan untuk menjadi barang kraftangan yang mana daun dan batangnya digunakan membuat pelapik tempat tidur, tikar, jerami atap, bakul, bot, tali, kasut dan kertas.



Gambar atas, bunga banat yang kering seperti kapas menjadi bahan membuat bantal dan selimut. Gambar tengah, bunga banat kering menyerupai bunga lalang. Gambar bawah, tumbuhan air pilihan peminat hiasan landskap.

Masyarakat kaum pribumi di Amerika Syarikat menjadikannya salah satu makanan yang dimasak bersama sayuran, manakala batang muda pokok dimakan mentah atau dimasak. Putik bunga Cattail pula dibakar sebelum dimakan.

Bunga yang sudah tua pula dijadikan Orang Asli di Amerika untuk membuat bantal atau bahan dalaman lampin, sama seperti fungsi kapas dan kekabu.

Dalam perubatan tradisional orang asli Red Indian, lendir daripada batang Cattail digunakan merawat luka, melecur selain masalah kulit seperti parut akibat campak dan jerawat, manakala bunganya dibakar untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan agas. Tumbuhan ini juga kini sedang dikaji untuk dijadikan bahan bakar dalam teknologi biomas sebagai tenaga baru yang diperbaharui.

Di Asia, Cattail jenis Typha augustifolia banyak ditemui terutama di Malaysia dan Singapura. Menariknya, Cattail daripada jenis ini boleh hidup dalam air masin dalam paya serta tempat lembap di kawasan pergunungan setinggi 1,700 meter.

Bunga Cattail ada dua jantina iaitu bunga jantan biasanya tumbuh di hujung batang dengan debunga berwarna kuning manakala bunga betina tumbuhan di bahagian bawah dan biasanya berbentuk seperti sosej dan lebih gemuk.

INFO: Jenis Cattail

# Typha angustifolia - Menyerupai Bulrush dan mempunyai daun lebih runcing dan lurus.

# Typha angustifolia x T. latifolia - Hibrid dan dikenali sebagai Cattail Putih

# Typha domingensis

# Typha latifolia

# Typha laxmannii - Laxman's Bulrush

# Typha minima - Bulrush renek

# Typha orientalis dan Typha muelleri - Raupo

# Typha shuttleworthii - Shuttleworth's Bulrush.
Author: Syd    Time: 29-6-2009 07:26 AM
Taman air unik
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my




Binaan serba eksklusif lebih menarik dengan deruan air, suasana redup

RAMAI pereka landskap China, Jepun dan India percaya kehadiran air dalam sesebuah taman, menandakan keseimbangan alam iaitu keharmonian suasana yang diwujudkan serta antara tanah dan air.

Untuk itu, ruang yang kecil di belakang atau hadapan rumah jangan dibazirkan sebaliknya boleh dijadikan tempat istirahat keluarga dihiasi dengan taman air.

Lebih menarik jika ada ruang khas yang eksklusif untuk membina taman air ini. Seelok-eloknya, taman air yang dibina perlu mempunyai suasana mendamaikan - bunyi aliran air dan persekitaran serba redup. Malah, seperti diakui ramai, taman air ini boleh diibaratkan sebagai nadi landskap di kawasan laman. Ia bukan sekadar penyeri laman, tetapi mampu memberikan ketenangan.

Bagi mereka yang berani, tidak salah rasanya untuk mencuba kelainan dengan membina taman air dalam rumah atau di tengah beranda rumah. Ia juga dianggap salah satu trend semasa yang dapat memberi keunikan tersendiri kepada rumah berkenaan.

Reka bentuk taman air ini pula terpulang kepada cita rasa dan kemampuan dan tidak semestinya anda mengikut corak tradisional seperti kolam buatan yang rendah separas tanah. Jika mahukan sentuhan profesional, mereka yang berkemampuan boleh mengupah pereka hiasan landskap atau imaginasi sendiri.



Antara kontraktor landskap yang serba serbi mahir dalam usaha penghasilan taman air dengan konsep nusantara dan tropika adalah Kosmo Tropical Concept, (Kosmo Wood) yang berpejabat di Cheras, Selangor.

Rekaan yang dihasilkan bukan saja eksklusif dan menggunakan bahan asli yang lebih tahan lama, tetapi turut menawarkan reka bentuk tradisional kontemporari.

Sesetengah orang berpendapat menghias laman kediaman dengan rekaan eksklusif adalah lambang kemewahan dan kepuasan serta kebanggaan walaupun harga untuk membinanya mahal.

Eksekutif Jualan Kosmo Wood, Danny Lee, berkata Kosmo Wood hanya memberi jaminan setiap rekaan taman air nusantara atau tropika yang dihasilkan hanya satu untuk satu pelanggan.

“Setiap reka bentuk taman air yang dihasilkan tidak akan sama dengan orang lain dan pelanggan hanya mendapat taman air eksklusif yang tidak pernah dibina di tempat lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kosmo Wood turut menawarkan rekaan tradisional kontemporari kerana ramai yang lebih berminat kepada konsep sedemikian berbanding konsep Bali.

“Bagi sesetengah orang mereka berpendapat konsep Bali sangat misteri dan ada yang percaya mempunyai unsur menyeramkan. Maka, ramai yang sukakan gaya tradisional yang ada elemen moden. Peminat landskap kini sukakan unsur kayu dalam laman mereka tetapi tidak mahu nampak terlalu tradisional,” katanya.

Untuk itu, dalam rekaan taman air, masih ada motif flora dan fauna dijadikan penghias dinding kolam dengan susunan batu granit kecil berwarna jingga dan coklat.

Taman air dilengkapi pelantar, kerusi dan meja daripada kayu berlian dan resak manakala dinding kolam dihiasi binaan kayu yang sama berwarna coklat kehitaman dengan corak bersegi empat.

Bagi membangkitkan suasana tradisional, belanga seramik dijadikan tempat pancuran air jatuh dan lebih menarik air keluar daripada celah lubang hiasan belanga berkenaan.

Kolam pula dibina menggunakan konkrit biasa. Namun, ia tidak jelas dilihat kerana kolam dihiasi ikan koi dan melati air yang ditanam dalam pasu dan direndam di dalam kolam.

Bagi menyerlahkan lagi rekaan, anak paku pandan dan pokok duit-duit di tanam di tepi belanga manakala palma dan calathea menghiasi ruang di pelantar di tepi perabot laman.

Iris pula ditanam dalam pasu unik. Pasu berkenaan dihiasi batu sungai yang disusun bertingkat-tingkat menampilkan kelainan dalam konsep nusantara taman air.

Satu yang menarik mengenai taman air ini, kawasan kolam dibiarkan terdedah tanpa sebarang bumbung menutupnya, membolehkan sinaran matahari menembusi kolam dan meninggalkan impak yang menyerlah air dalam kolam.
Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:26 AM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:28 AM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:29 AM

Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:46 AM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:47 AM

Author: ng58339    Time: 11-9-2009 11:59 AM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 12:00 PM

Author: ng58339    Time: 11-9-2009 12:13 PM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 12:14 PM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 12:15 PM



Author: ng58339    Time: 11-9-2009 12:16 PM

Author: ng58339    Time: 15-9-2009 09:19 AM



Author: ng58339    Time: 15-9-2009 09:22 AM



Author: ng58339    Time: 15-9-2009 09:24 AM



Author: Syd    Time: 28-9-2009 12:02 PM
Penyeri laman kecil
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Pancuran air hidupkan ruang terhad

LAMAN dengan ruang yang terhad tidak bermakna usaha mengindahkan landskap kediaman juga terbatas, sebaliknya ada pelbagai cara mudah dan ringkas yang boleh dilakukan seterusnya menjadikan ruang berkenaan menarik.

Salah satu konsep yang boleh dilaksanakan dan sesuai untuk laman terhad adalah pembinaan pancuran air mini yang boleh dibina sendiri tanpa mengupah kontraktor landskap.

Pancuran air akan mewujudkan kelainan kepada laman kediaman kerana ia bukan saja menarik tetapi mengeluarkan bunyian air yang menenangkan serta dapat mengalihkan bunyi hiruk pikuk kesibukan kawasan kejiranan seperti bunyi kenderaan.

Dengan membina pancuran air, bukan saja dapat menjadikan ia titik tumpu laman, malah akan menjadi kawasan tumpuan ketika tetamu tiba di kediaman.

Kawasan yang ada pancuran air juga boleh dijadikan tempat istirahat keluarga serta ruang menenangkan selepas seharian penat bekerja.

Bunyian daripada pancuran air turut menarik kehadiran unggas dan serangga kecil seperti pepatung dan juga rama-rama.

Apa yang diperlukan bagi membina pancuran air adalah bekas besar seperti tempayan, takar atau mana-mana bekas yang tidak berlubang, pam dan alat penyembur air.

Bagi menghidupkan suasana dan nampak lebih menarik, letakkan pelbagai pokok hiasan, batu, kemasan kayu dan hiasan laman lain. Limpahan air juga menghasilkan bunyi yang menenangkan untuk laman kediaman.

Malah deruan air yang mencurah ke atas batu menghasilkan bunyi yang asli serta mewujudkan suasana hidup serba mendamaikan.

Pokok yang sesuai untuk pancuran air adalah ekor kucing (cat tail), kiambang, keladi bunting dan teratai. Pokok lain yang boleh dijadikan pilihan adalah duit-duit, calathea dan papyrus.

Bagi menambahkan seri serta menghidupkan laman, hiasan replika haiwan diperbuat daripada tembikar dan gentian kaca seperti katak dan kura-kura juga akan menghidupkan lagi laman kediaman. Begitu juga hiasan seperti pasu dan labu air.

Demi memastikan laman itu turut berseri pada malam hari, tidak salah jika meletakkan lampu laman tahan karat dan air di dalam kolam pancuran sebagai pencahayaan yang menampakkan kolam lebih menarik.

INFO: Pancuran buatan sendiri

Barang Diperlukan bagi Membina Pancuran

    * Pam pancuran (boleh gunakan pam solar lebih jimat tenaga)
    * Tiub silinder yang akan menghubungkan wayar dengan pam
    * Corong air (buluh, batang paip)
    * Apa-apa bekas yang tidak berlubang dan dapat menampung air seperti mangkuk sederhana besar, kuali lama, periuk tanah, labu atau pasu besar (paling sesuai 30.5 sentimeter tinggi dan diameter 30.5 sentimeter)




Welcome to CARI Infonet (https://mforum2.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4