CARI Infonet

Title: ANEKA BBQ & MAKANAN SAMPINGAN [Print this page]

Author: estrella    Time: 26-11-2004 12:05 PM
Title: ANEKA BBQ & MAKANAN SAMPINGAN
Ada sesiapa tahu resipi ini.. Pernah buat sendiri tapi dah lah tak sedap.. hangus pulak tu.:ketuk:. hitammm..tapi kat dalam masih mentah.. biasa nampak yang dijual pulak cantik tak hangus pun..

Anybody yang sudi bagi resipi ni.. TQ!:tq:

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 22-12-2008 09:19 AM ]
Author: cranko21    Time: 26-11-2004 09:31 PM
estrella
chicken wing bakar ni mcm2.. u nak yg camna...
specific sket...

what style??
dlm otak I ni ada 3 mcm

cara indon (berjintan, ketumbar dan buah keras)
cara bbq (paling simple dan paling I suka.. )
cara western (yg ni dorang panggil buffalo wings)

soo yg mana satu u nak???
Author: cranko21    Time: 26-11-2004 10:29 PM
estrella..
since I wil not be online for the next 3 hari.. I tempek la resipe2 ayam bakar I  k...
u pilih mana yg u suka.. tapi my feberet is the bbq one laaa.. hikhikhik

this is in order of my liking k...


CHICKEN WINGS BBQ

1kg kepak ayam
6 biji bawang putih - mesin halus
5 sdm oyster sos
2 sdm serbuk lada (nak pedas tambah lagi)
2 sdm gula
sedikit garam

Cara : gaul semua bahan dan perap tuk sekurang2nya 1/2 jam
bakar dlm ketuhar hingga ayam masak dan kulit garing
(boleh gak goreng or buat bbq laaa)

* * * * * * * * * *

BUFFALO CHICKEN WINGS

1 kg kepak ayam (belah dua)
1/2 cwn Hot BBQ sos
150 gm mentega
minyak untuk mengoreng ayam

Cara:
1. Cairkan mentega dlm periok dan masukkan BBQ sos...
2. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam tadi, tapis minyak dan masukan ayam ke dalm periuk berisi sos dan gaul... keluarkan dan susun dlm tin pembakar dan bakar dlm ketuhar (350 deg) selama 10 minit

* * * *  * * * *  *

[ Last edited by cranko21 on 26-11-2004 at 10:31 PM ]
Author: ahysa    Time: 27-11-2004 08:46 AM
ni pulak yg syah selalu buat. boleh dibakar dalam oven or on the bbq pit.

black pepper wings

2kg chicken wings atau ayam sekor potong 12
6 ulas bawang kecil
10 ulas bawang putih
5 hiris halia
3 sudu makan lada hitam (yg biji nyer, boleh tambah kalau suka pedas lagi)
5 sudu makan oyster sauce (the best that u r willing to pay for)
3 sudu makan brown sugar atau honey atau gula biasa

blend semua bahan. sblm bahan tadi dilumurkan pada ayam, make sure ayam bebetul kering. seeloknya perap dalam fridge 1 malam. kalau takde masa pun tak kesah tapi lebih lama perap lebih sedap.

susun atas baking rack dan bakar pada suhu 200 degree celcius. kalau tak guna rack, ayam tak garing sbb tertakung ayam nyer juice. masa tengah bake tu kalau rajin sapukan lebihan rempah ayam from time to time.

selalunya lebihan rempah utk perap ayam tu syah masak atas api yg kecil hingga pekat. bila dah pekat baru guna utk sapu pada ayam waktu membakar.
Author: Baiduri Othman    Time: 27-11-2004 08:49 AM
Bestnya resipi Chicken Wing Bakar ni. Tak sangka chicken wing boleh dipanaskan dgn mentega terlebih dulu sebelum bakar dlm oven. Nanti boleh cuba.
Author: ninoZ    Time: 1-12-2004 11:47 AM
selain dari cara2 biasa
me penah try marinate ciken wing sebijik cam marinate utk ayam pandan..
not bad la..sedap gak

just taruk :
akar + btg pokok ketumbar yg ditumbuk, lada sulah, sos tiram, garlic, sos ikan sket, gula sket, daun pandan yg disiat2..
Author: cranko21    Time: 14-12-2004 02:14 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 27-11-2004 08:49:
Bestnya resipi Chicken Wing Bakar ni. Tak sangka chicken wing boleh dipanaskan dgn mentega terlebih dulu sebelum bakar dlm oven. Nanti boleh cuba.



oo yg tu Buffalo Chicken kan Bai..
very the famous in US Bai
resepi tu kawan I kat texas kasi..

[note::archived]

[ Last edited by NoorMasri on 13-3-2005 at 08:55 PM ]
Author: mesmerize    Time: 16-5-2005 05:43 PM
Title: bahan perap BBQ
cemana nak buat bahan perap untuk BBQ? tolong ye akak2 serta adik2 yang pernah buat ingredients untuk perap BBQ ni kasik ilmu sket.. raya tahun ni ingat nak buat BBQ ayam la..
Author: noor_hannah    Time: 16-5-2005 05:59 PM
Originally posted by mesmerize at 16-5-2005 05:43 PM:
cemana nak buat bahan perap untuk BBQ? tolong ye akak2 serta adik2 yang pernah buat ingredients untuk perap BBQ ni kasik ilmu sket.. raya tahun ni ingat nak buat BBQ ayam la..




Ini ada satu resipi cranko yang kak hannah dah try dan proven sure sedappp!!! (wa tolong promote benda baik...:bodek::bodek::bodek

Dah buat banyak kali, tapi asyik tak sempat ambik gambar, sebab asyik kena sambar... hehehe... lenkali wa bikin senyap2, kasi tutup lubang hidung anak2 n suami wa, dah siap baru boleh bukak.. hahaha!!!!:lol

CHICKEN WINGS BBQ - CRANKO

1kg kepak ayam
6 biji bawang putih - mesin halus
5 sdm oyster sos
2 sdm serbuk lada (nak pedas tambah lagi)
2 sdm gula
sedikit garam

Cara : gaul semua bahan dan perap tuk sekurang2nya 1/2 jam
bakar dlm ketuhar hingga ayam masak dan kulit garing
(boleh gak goreng or buat bbq laaa)

Selain tu mersmerize, nak perap ni, berbagai2 cara, semua boleh jalan... paling senang, just kicap pun boleh dik...:bgrin:
Author: sarah    Time: 16-5-2005 06:05 PM
Ini dia resepi yang ada dlm simpanan sarah.

Perapan BBQ ni agak banyak bahannya, tapi hasilnya pada saya, sedap juga.
Sukatannya agak-agak, so kengkawan boleh adjust ikut citarasa
masing-masing.  Perapan ni boleh untuk ayam, daging, kambing, dan sosej.

Bahan-bahan

6 ketul dada ayam (dikelar-kelar supaya perapan lebih meresap ke dalam)
1 botol sos BBQ jenama Knorr (perisa tradisional)
1 labu bawang besar
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 tangkai serai
3/4 inci halia
1/4 inci lengkuas
1 1/2 sudu besar madu
1/2 cawan kicap pekat manis (saya suka guna cap ABC dari Indonesia - ada
jual di Makro)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh garam atau secukup rasa
1/2 cawan gula merah
2 sudu besar margerin

Cara-cara

1.Tumbuk/giling/kisar (jangan tambah air) bawang besar, bawang merah,
bawang putih, serai, halia dan lengkuas.
2.Gaul rata sos BBQ, bahan kisar, madu, kicap manis, serbuk cili, serbuk
kunyit, garam, gula merah dan margerin.
3.Masukkan ayam dan gaul rata.
4.Biarkan pada suhu bilik selama 2 jam sebelum dimasukkan ke dalam peti ais
(kalau nak masak dalam tempoh 4 jam lagi, tak perlu masuk freezer/dingin
beku)


Tips/Nota

1. 6 ketul dada ayam boleh digantikan dengan 500 gram daging (hiris
lebar-lebar & setebal 3/4 inci) ATAU 6 keping lamb shoulder.  Apa jenis
pun, dicadangkan supaya daging tu dikelar-kelar sikit supaya perapan lebih
meresap.
2. Gula merah boleh ganti dengan gula perang (tapi, kurang lemak rasanya)
ATAU gula melaka ATAU gula kabung.  Kalau guna gula melaka/kabung, tumbuk
dulu gulanya supaya mudah sebati dengan bahan-bahan lain.
3.Margerin boleh digantikan dengan mentega atau minyak sapi.
4.Untuk ayam, sebelum dipanggang saya cadang kukus dulu sehingga setengah
masak.  Dengan cara itu, ayam tak akan menjadi terlalu garing/kering
sewaktu dipanggang nanti & masa yang diambil untuk panggang pun taklah lama sangat.

[archived]

[ Last edited by NoorMasri at 17-9-2005 11:33 PM ]
Author: NoorMasri    Time: 16-5-2005 07:19 PM
akak kalau buat BBQ, ada 4 cara yg sering akak buat:

cara I --> perap ayam guna rempah tandoori + yogurt
cara II --> perap ayam stail rempah sate (ni bila malas nak potong kecik2 isi ayam dan cucuk2 kat lidi ) kes nak cepat guna aje kepak ayam/peha ayam
cara III --> lamb chop (bahagian rib) perap guna lada hitam + bawang putih + garam + minyak masak sket...mabeles
cara IV --> ikan belah belakang, sumbat dgn sambal tumis bawang/belacan kemudian balut daun pisang/aluminum foil..perghhh letak atas arang bau sambal tumis tu mmg mabeles...nak2 guna ikan kembung yg segar bugar tu...ratah panas2...silap2 kucing pon tak dpt merasa hahahaa :lol

Author: hanieliza    Time: 16-5-2005 08:15 PM
AYAM BAKAR BBQ   

bahan:
1 ekor ayam [potong 8]
2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.



gambar hiasan ...
[tak sempat nak posing ngan ayam2 ni sebab kes serupa ngan hannah...:nerd:]

Author: hanieliza    Time: 16-5-2005 08:41 PM
Title: ada lagiiiikkk..
AYAM  PANGGANG MADU

bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]

Bahan perap
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b cili mesin
1 s/b lada hitam
1 s/b rempah kari ayam
1 s/k garam
2 s/b madu

Cara
1. Gaul dan perapkan semua bahan dengan ayam selama 3 atau 4 jam
2. Bakarkan dalam oven 200'c selama 1 jam.

atau..
Bakar jer atas pembakar didapur gas atau arang..

atau goreng jer..
tapi agak melekit2 sikit lah sebab ada madu tu..

Author: hanieliza    Time: 16-5-2005 08:44 PM
AYAM PANGGANG TOMYAM

Bahan
1 ekor ayam [anggaran 1.8 kg..potong 4]
6 helai daun limau purut [hiris halus]
2 s/b jus limau nipis [2 biji]

bahan mesin
3 batang serai
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
3. Perapkan ayam selama 4 jam atau lebih.
4. Masukkan ayam dalam amngkuk dan bakarkan dlam microwave selama 15 minit pada kuasa HIGH sederhana.
5. Semasa membakar, balikkan ayam dan renggangkan penutup mangkuk.
6. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven 200'C selama 20 minit.

Author: mesmerize    Time: 17-5-2005 11:09 AM
mak oii.. best2 nye resipi BBQ korang ni.. taktau nak pilih mana satu na..:gila:..
takpe la raya karang boleh buat 8 jenis perisa ayam BBQ.. baru la tetamu banyak choice nak makan perisa apa.. perisa tomyam ada.. lada hitam ada.. kicap ada.. semua ada..

Bukannya apa.. aritu gi umah auntie saya, dia masak BBQ tapi dia beli ayam yang dah siap perap kat Carrefour tu.. tapi masalahnya, kat kampung saya mana ada Carrefour.. takkan nak angkut ayam dari KL balik kampung kat Johor nun.. tak seswei.. tu pasal ingat nak beli ayam, then perap dia buat sendiri..

Pepehal, THANKS ALL for the recipe :solute:

[ Last edited by mesmerize on 17-5-2005 at 11:12 AM ]
Author: cranko21    Time: 17-5-2005 03:31 PM
Originally posted by noor_hannah at 16-5-2005 17:59:




Ini ada satu resipi cranko yang kak hannah dah try dan proven sure sedappp!!! (wa tolong promote benda baik...:bodek::bodek::bodek

Dah buat banyak kali, tapi asyik tak sempat ambik gam ...



meaceh Kak.. hehehe. kerana promote resepi Mak saya...
tapi yg paling saya suka resepi ni.. mudah, dan sedappppppppppp :cak::cak:

resepi ni.. dok goreng pun sedap gak kak.. hehehehehe

[ Last edited by cranko21 on 17-5-2005 at 03:33 PM ]
Author: cikdak    Time: 17-5-2005 10:13 PM
Originally posted by noor_hannah at 16-5-2005 05:59 PM:




Ini ada satu resipi cranko yang kak hannah dah try dan proven sure sedappp!!! (wa tolong promote benda baik...:bodek::bodek::bodek

Dah buat banyak kali, tapi asyik tak sempat ambik gam ...


maid wa dulu pun marinate ayam sebijik macam kenko punya resepi.....bila dah kena BBQ tu....dengan api arang lah..... punya la sedap.... kalau perap sampai overnight lagi lah sedap..... alamak lamanya tak buat BBQ...;);)
Author: noor_hannah    Time: 18-5-2005 12:26 AM
Originally posted by mesmerize at 17-5-2005 11:09 AM:
Bukannya apa.. aritu gi umah auntie saya, dia masak BBQ tapi dia beli ayam yang dah siap perap kat Carrefour tu.. tapi masalahnya, kat kampung saya mana ada Carrefour.. takkan nak angkut ayam dari KL balik kampung kat Johor nun.. tak seswei.. tu pasal ingat nak beli ayam, then perap dia buat sendiri.. ...



mesmerize, maafkan kak hannah ye... hihihi... kak hannah seram kalau tgk ayam yg dorang dah siap perap tu... hmmm;) tgn siapalah yang buat kerja2 perap tu... hihihi... jgn marah ye... gurau2 mlm pengantin...:lol

Tapi kan, lebih afdhal buat sendiri, gerenti bersih, kalau masuk pun, daki kita sendiri...dah sebati... ye tak?:bgrin:
Author: noor_hannah    Time: 18-5-2005 12:28 AM
Originally posted by cranko21 at 17-5-2005 03:31 PM:



meaceh Kak.. hehehe. kerana promote resepi Mak saya...
tapi yg paling saya suka resepi ni.. mudah, dan sedappppppppppp :cak::cak:

resepi ni.. dok goreng pun sedap gak kak.. hehehehehe

[[ ...



No hal dear, wa suka tolong2 kawan promote resipi2 sedap... nak belanja depa semua wa tak larat... wa tolong kabo2 kan jer lah... hihihi...

Mmg simpoi dan mudah, and bebudak pu suka...:bgrin:
Author: Arwen    Time: 18-5-2005 09:03 AM
resepi yg arwen selalu buat lebih kurang sama ngan kak hannah....resepi ni sesuai utk semua orang termasuk kanak2 sebab tak pedas....cuma arwen selalu sapukan sikit dgn mentega (just gaul sikit je).  hari tu buat masa family gathering mak mertua puji sodap...
Author: ashra    Time: 18-5-2005 09:46 AM
sabtu lepas balik kg buat bbq ayam & nasi goreng cina makan dekat tgh laman..resepi lebih kurang cam kak hannah bagi tu cuma tambah jintan manis sket
Author: thasya    Time: 18-5-2005 11:24 AM
Title: meditteranean style
if u all wanna try something different, can give this a try. it's more to meditteranean/spanish kinda marinade before grilling.

a cup of plain yoghurt(or u can vary it by using mango-flavored)
1tbsp ground dried ginger(can also use ground fresh ginger)
1tbsp ground cumin
1tbsp ground garlic
1tbsp paprika (can use chili powder but half the amt)
chopped parsley or rosemary(optional and can be substitute with dried herbs)
juice from 1 lemon
2 tbsp of olive oil
salt and pepper to taste

mix all ingredients and marinate meat for at least 1hr, overnite lagi sedap.
this marinade is suitable for all types of meat.

kalau guna lamb, gantikan herb tu dgn fresh daun pudina yg dihiris halus dan gunakan mango-flavored yoghurt. if u only have plain yoghurt, mix in 1tbsp of orange/strawberry/apricot jam. and go easy on the ginger. believe me, this'll change ur mind abt eating lamb. :bgrin:
Author: cranko21    Time: 18-5-2005 01:54 PM
wah.. thasya.. ingredients sounds tempting..
will try thanks
Author: thasya    Time: 18-5-2005 07:35 PM
Originally posted by cranko21 at 18-5-2005 13:54:
wah.. thasya.. ingredients sounds tempting..
will try thanks


happy to share cranko it's my hubby's recipe, actually :bgrin:

oh yeah...another note...this marinade works better on whole chicken, chicken breast or deboned chicken thigh...not so much on chicken wings cost of their lesser surface area to retain the marinade.
Author: sweetgal    Time: 18-5-2005 10:38 PM
Originally posted by hanieliza at 16-5-2005 09:41 PM:
AYAM  PANGGANG MADU

bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]

Bahan perap
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b cili mesin
1 s/b lada hitam
1  ...



nak tanya sket.  bawang2 tu blender ke potong kecik2 je?

suka btol resepi kak liza sbb tersusun lawa..:love:
Author: ste_kk    Time: 14-6-2005 07:45 AM
saya ingin tahu bagai mana cara dan bahan yang digunakan untuk BBQ daging kambing.....
Author: noor_hannah    Time: 14-6-2005 07:37 PM
Originally posted by Arwen at 18-5-2005 09:03 AM:
resepi yg arwen selalu buat lebih kurang sama ngan kak hannah....resepi ni sesuai utk semua orang termasuk kanak2 sebab tak pedas....cuma arwen selalu sapukan sikit dgn mentega (just gaul sikit je) ...




pembetulan:  resipi cranko tu arwen... kak hannah promote je...

wah, rasa nak makan saat ni jugak... hmmm... kalau suami rajin singgah ayamas kang boleh lah buat ...
Author: noor_hannah    Time: 14-6-2005 07:41 PM
Originally posted by ashra at 18-5-2005 09:46 AM:
sabtu lepas balik kg buat bbq ayam & nasi goreng cina makan dekat tgh laman..resepi lebih kurang cam kak hannah bagi tu cuma tambah jintan manis sket


Originally posted by Arwen at 18-5-2005 09:03 AM:
resepi yg arwen selalu buat lebih kurang sama ngan kak hannah....resepi ni sesuai utk semua orang termasuk kanak2 sebab tak pedas....cuma arwen selalu sapukan sikit dgn mentega (just gaul sikit je) ...




pembetulan:  resipi cranko tu arwen, ashra... kak hannah promote je...

wah, rasa nak makan saat ni jugak... hmmm... kalau suami rajin singgah ayamas kang boleh lah buat ...
Author: noor_hannah    Time: 14-6-2005 07:43 PM
Originally posted by thasya at 18-5-2005 11:24 AM:
if u all wanna try something different, can give this a try. it's more to meditteranean/spanish kinda marinade before grilling.

a cup of plain yoghurt(or u can vary it by using mango-flavored)
...



wow, dah terasa2 kesedapannya ni... mmg meliurkan.. thanx for sharing this great recipe withus thasya, nan kak hannah nak try...
Author: azaleena    Time: 15-6-2005 05:01 PM
penah try tak rempah 5-spices??
memang sedap kalau nak perap ayam/kambing/daging utk bbq ...

ada jual dlm peket kat supermarket
Author: ste_kk    Time: 16-6-2005 12:49 PM
apa brand nya????
Author: inai    Time: 22-7-2005 03:59 AM
Kalau kita nak bbq makanan laut camne pulak bahan2 perapnya yer?:stp: Kakak2 chef sekalian ada respi tak?..K.Liza, K.Noor, K.Crank, Ninozz, K.Han dll tulunnnnnnnn...nak p bbq weekend ni..last week dah bbq ayam & daging...kali ni nak seafood lah pulak
Author: cranko21    Time: 22-7-2005 08:13 AM
Originally posted by azaleena at 15-6-2005 17:01:
penah try tak rempah 5-spices??
memang sedap kalau nak perap ayam/kambing/daging utk bbq ...

ada jual dlm peket kat supermarket


yes.. betul tu aza..
5-spices mmg sedap gak tuk marinate makanan

satu lagi allspice... pun mengancam
Author: cranko21    Time: 22-7-2005 08:17 AM
Originally posted by ste_kk at 16-6-2005 12:49:
apa brand nya????



refer kat sini dik.. I ada tepek the gambo

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=166798&fpage=3

tapi rasanya 5 spice lebih senang dapat dari allspice.
Author: niceghost99    Time: 22-7-2005 08:18 AM
Originally posted by ste_kk at 16-6-2005 12:49:
apa brand nya????


Mc Cormick

Assalamualaikum semuer,

Teman selalu gak buat BBQ kat ghumah/kampung.
Selalu nya sebelum n selepas raya.
Buat kat padang........so ada ler around 50 orang datang.

Spt Kak NoorMasri, ada pelbagai cara n bahan yg bolih di panggang.
Yang teman perati di sini, forumis kebanyakkan nya pakai microwave dahulu.
Kemudian baru di masukkan ke dalam oven.

Ini agar bahagian dalaman dan tulang akan terlebih dahulu MASAK.
So, biler di masukkan di dlm oven, hanya bahagian luaran sahaja yg perlu di masakkan sahaja.

TETAPI bagi forumis yg TIADA microwave, bolih laa guna CARA KUKUS.
Ayam yg telah di potong tersebut di kukus terlebih dahulu.
Kemudian baru lah marinate di antara 30min-4 jam.

Ada pelbagai CARA untuk 'mewangikan' makanan tersebut.
Di antara nya ialah:
1. daun kari
2. thymes
3. balsam
4. daun limau purut
5. serai
6. jintan manis
7. jintan putih
8. lada hitam
9. lemon juice
10.garam masala
11.5-spices l

Setiap bahan di atas akan mengeluarkan AROMA nya yg tersendiri.

Then bahagian kuah or bahan memekat n pewarna.
1. yoghurt
2. susu masam or tairu (bley guna Ideal milk + air limau)
3. santan
4. papriyka(merah)

Bahan minyak nya:
1. butter/margarin
2. olive oil/minyak masak

Tenderizer nya:
1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Halia
4. yoghurt

Jadi seseorg tukang masak yg creatif, dier bolih adunkan bahan bahan di atas mengikut kehendak nya.

Sesiapa yg ada lain lain herba, bolih ler tambah. (raser nya ada lagi)

Wasalam

Author: cranko21    Time: 22-7-2005 08:32 AM
Originally posted by inai at 22-7-2005 03:59:
Kalau kita nak bbq makanan laut camne pulak bahan2 perapnya yer?:stp: Kakak2 chef sekalian ada respi tak?..K.Liza, K.Noor, K.Crank, Ninozz, K.Han dll tulunnnnnnnn...nak p bbq weekend ni..last week  ...


Inai....

bahan perap BBQ ayam mak akak tu sesuai gak tuk Seafood especially udang, sotong, crayfish, ikan dan etc.. tapi for ikan, just add sedikit chillie flakes to give that extra kick....

6 biji bawang putih - mesin halus
5 sdm oyster sos
2 sdm serbuk lada (nak pedas tambah lagi)
2 sdm gula
sedikit garam
Author: niceghost99    Time: 22-7-2005 08:42 AM
Assalamualaikum semuer,

Teman pernah panggang ikan kerapu/siakap Lebanese style.
Actually maser tu baru jer balik lunch dari Lebanese Restaurant di Sg Wang. (Restaurant Tarbush)

Sos nya tak sempat plak nak teliti, sedap gak.
Ada 4-5 macam sos nya.

Ikan kerapu tersebut di BELAH secara SUNNAH Nabi saw.
Yakni di belah dari bahagian kepala hingga ke ekor dari bahagian atas nya.
Di hiris sampai ler ke bahagian perut dan di buka 2 tanpa putus.
Kemudian di basuh bersih dgn air asam jawa.

PASTE nya:
1. bawang putih/merah/halia di blend.
2. kari ikan
3. santan
4. garam
5. daun kari

Bahan2 ini di masak terlebih dahulu dgn minyak di dlm kuali.
Selepas masak....di angkat dan di lumur pada isi ikan td.

Next, panggang sehingga masak.

Wsalam

p/s lagi bagus guna Ikan Kerapu, ranggup walaupun sejuk

Author: ninoZ    Time: 22-7-2005 05:28 PM
Originally posted by inai at 2005-7-22 03:59:
Kalau kita nak bbq makanan laut camne pulak bahan2 perapnya yer?:stp: Kakak2 chef sekalian ada respi tak?..K.Liza, K.Noor, K.Crank, Ninozz, K.Han dll tulunnnnnnnn...nak p bbq weekend ni..last week  ...



bbq seafood eh..
ni antara resepi marinate yg sempoi
[kuantiti bahan kene agak2 la eh..agak2 ape yg kita suka tu bleh la taruk lebih sket]

Bahan Perap utk BBQ Seafood

4 bwg besar
sedikit halia
2 btg serai [kalau x suka serai takyah taruk pun x pe]
3-4 cili merah
santan pekat secukupnya
garam n gula secukup rasa
daun kunyit
sedikit kunyit hidup
lada hitam - jika suka
sedikit cuka

kisarkan semua bahan hingga halus [bahan kisar shud be kekuningan..jgn too generous dgn cili]
perapkan bhn mentah yg hendak dibbq terlebih dahulu [agak2 la dlm 20-30 minit..kalau lama sgt nanti berair] tp kalau takde masa tak marinate pun tak pe
pastu bakar/grill seperti biasa

selamat mencuba


[archived]

[ Last edited by NoorMasri at 17-9-2005 11:38 PM ]
Author: inai    Time: 26-7-2005 06:01 AM
Terima kasih bebanyak to K.crank & Ninoz..
Inai dah cuba respi ninoz weekend lepas...buat bbq udang dan sotong...di tepi tasik Loch Lomond...terangkat wa cakap lu..lenkali nak try K.crank nye lak...Thanks again for sharing the recipes:tq:
Author: psstt..psstt    Time: 24-9-2005 04:46 PM
Title: ayam panggang
sapa ada resipi ayam panggang? kalau bulan puasa, saya suka makan ayam panggang
Author: Index    Time: 24-9-2005 06:35 PM
boleh rujuk kat sini tuk cari resepi2 hidangan yg disukai..klik ler pd mana2 tajuk yg disukai. pastu cariler yg mana berkenan.Lokasinyer..pd page pertama bod Food And resepi ni..bhg atas sekali ada tulis  Food and Recipe Archive

http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=174


Harap dapat membantu ......

[ Last edited by Index at 24-9-2005 06:43 PM ]
Author: hanieliza    Time: 24-9-2005 09:04 PM
betui saperti Index tulis tu..
cuba klik :dia: KOMPILASI MASAKAN AYAM

Author: cik_hazz    Time: 21-11-2005 02:22 PM
Title: bbq resipi
akum...sume2,...xtau dh ade ke belum topik ni...

ekcelli sy tgah mencari resipi utk wat barbeque ayam....

ape bahan2 utk perak tu n so n so..

harap sume chef2 bleh kasi yer,,

p/s kalo topik dh ujud...merge jer ler..

tnkiyu:love:
Author: RHB    Time: 21-11-2005 06:27 PM
Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam
4 sudu besar serbuk cili
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 batang serai(dihiris halus)
2 sudu besar jintan manis (blender kering)
1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

caranya

Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.
Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap) .cuba la.
Author: Kacip_Fatimah    Time: 21-11-2005 07:00 PM
Originally posted by cik_hazz at 21-11-2005 02:22 PM
akum...sume2,...xtau dh ade ke belum topik ni...

ekcelli sy tgah mencari resipi utk wat barbeque ayam....

ape bahan2 utk perak tu n so n so..

harap sume chef2 bleh kasi yer,,

p/s kalo t ...



selamat datang ke bod FnR..
mmg dah ada sebelum nie thread2 sebegitu..
kebanyakannya dah diarkib pun [archieve]
boleh jugak klik sini :-

ARCHIEVE


[ Last edited by Kacip_Fatimah at 21-11-2005 07:02 PM ]
Author: mrs_livingstone    Time: 22-11-2005 12:10 AM
Title: nak tambah resepi yg sedia ada:
BBQ AYAM/DAGING

Bahan
*sekor ayam potong 4 atau 8 ikut suka
*bawang merah
*bawang putih
*bawang besar
*halia
*serai
*kunyit/serbuk kunyit
*1 sudu makan lada hitam
*sedikit cili kering(kalau mahu)
*sos tiram
*sedikit gula


Cara
*semua bahan (kecuali ayam) di blend
*gaul rata pada ayam dan perap beberapa jam
*bakar

Author: bintanghati    Time: 20-3-2006 03:08 PM
Title: BBQ Party
Hi..
nak mintak tolong forumer sekalian..
camna nak sediakan BBQ...??
bahan2 yang diperlukan apa hah...??
then apa yang kita leh wat BBQ tu..??
ayam..?? daging..?? ikan..?? sotong..?? udang..??
kalau ikan lak.. ikan jenis apa yang sesuai..??
rempah ratus dan cara penyediaan dia macam mana..??


sorry lah kalau dah ada dalam posting terdahulu..
dah try searching tadik.. server lak tak berapa elok..
so terus post kat sini..
tolong ekk...
tq very much..
Author: hanieliza    Time: 11-4-2006 06:37 PM
Originally posted by Zeeqa at 7-4-2006 062:42 PM


Assalamualaikum Kak Liza,

nak tanya kalau ada resepi cam makan kat Kenny Rogers tu....sedap sungguh la....kalau buat sendiri bleh makan ulang2....kalau ada bleh share tak?

mekasih ye.....




waalaikumusalam...
kak liza selalu buat..served ngan sos lada itam..
kalau nak sos cendawan atau sos rempah pun sedap...



ROASTED CHICKEN aka AYAM PANGANG

Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ sos

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

GRAVY LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop]


SOS CENDAWAN

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH

bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.


[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:18 AM ]
Author: pinatbate    Time: 11-4-2006 06:45 PM
Terima kasih kak Liza,

asben saya beria-ia sangat nak buat ayam ni...tungguu!! tengah datang angin rajin la tu...
Author: hanieliza    Time: 12-4-2006 06:15 PM


CHICKEN WING BBQ

bahan
1 kg chicken wing [kepak ayam]
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

Bahan Perap [mesin halus]
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
10 tangkai cili kering
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
garam



Cara.
1. Perapkan kepak ayam bersama bahan yg dimesin selama beberapa jam.
2. Bakar gunakan arang sehingga masak dan garingsambil renjiskan minyak menggunakan seai ketuk.
3. Hidangkan bersama salad dan juga cili sos


[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:20 AM ]
Author: Zeeqa    Time: 13-4-2006 12:38 PM
Originally posted by hanieliza at 11-4-2006 06:37 PM




waalaikumusalam...
kak liza selalu buat..served ngan sos lada itam..
kalau nak sos cendawan atau sos rempah pun sedap...

http://i38.photobucket.com/albums/e122/hanieliza10/RoastedChick ...


thanks kak liza...
nampak senang nak buatnya ye...
insyaAllah sy try weekend ni
Author: Diba_79    Time: 13-6-2006 12:01 PM
Title: Ayam Tandoori
Kak Lieza....Kita dah try resipi kak lieza... Sedapnyeee... tak sangka senang je buat tandoori ni.Mekacih ye...

Ayam Tandoori...[hanieliza]
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 ici halia............................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................]mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula........]
1 sudu besar minyak.............]
garam secukupnya................]

1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2.  Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.



tapi akak jgn marah ye..diba dah ejas sikit resipi akak tu sbb yogurt takde, cili mesin pun tak de...

Ayam Tandori main hentam versi Diba
bahan2:
1 ekor ayam (potong kecik2)

1 1/2 cwn full cream milk
3 biji limau nipis - perah jus nye
6 - 7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
4-5 sudu besar serbuk cili
2-3 sudu besar serbuk kari (apa2 pun boleh)
1/2 genggam daun ketumbar - diracik halus
Garam / Gula secukup rasa

*Mula2, tuang susu n jus limau - kacau sampai sebati (nanti rupa dia akan jadi ala2 susu masam)
* letakkan pula serbuk cili dan serbuk kari
* letakkan bawang merah, bwng putih n halia yg telah ditumbuk / blend
* garam & gula secukupnye
* masukkan pulak daun ketumbar.

Bahan2 diperap dengan ayam selama 2-3 jam, pastu bolehla dibakar dengan suhu 180 selama 30-40 minit ( agak2 jesbb ayam kita ptg kecik je)



Kita perap lama2 sampai rasa dia menusuk kalbuku..hehehe

[ Last edited by  Diba_79 at 13-6-2006 08:20 PM ]
Author: airynz    Time: 29-6-2006 01:11 PM
Title: Barbeque marinated recipe
saya dah selak² tp tak jumpa....

saya nak tanya sapa² kat sini terror/tahu camana nak buat barbeku marinated herbs tu tak? apa² bahan yg dia guna tuk marinated ayam/daging/lamb tu ...

and olso camana nak buat sauce dia ek?
Author: Baiduri Othman    Time: 11-8-2006 08:08 PM
Title: CHICKEN WINGS
Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or ketumbar serbuk
Jintan putih
Jintan manis
Madu
garam to taste

Cara2 membuatnya:-

1. Bahan2 spt serai, ketumbar, jintan putih+manis digiling hingga lumat. Lepas tu lumur kat chicken wings bersama garam. Baru masukkan madu. Madu ni yg buat ayam tu manis.

2. Perap ayam mcm biasa - dlm 1 - 2 jam. Lepas tu baru panggang mcm biasa hingga masak.

PS. Pandai2lah agak bahan2 dia sebab Puan Nurmimie kasi resipi mcm tu je. Anyone yg dah cuba buat boleh paste kat sini.

[archived]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-11-2007 10:28 AM ]
Author: puansri    Time: 11-8-2006 08:43 PM
saya pernah buat resepi macam nie tapi without the jintan tapi tak panggang fry.Ini ada jintan mesti lagi sedap.Can't wait to try........
Author: cranko21    Time: 11-8-2006 09:12 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 08:08 PM
Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or  ...



Bai tengok jer bahan2 dah buat I terliur dah..
hmmmm mesti harummmmmm
Author: puansri    Time: 11-8-2006 09:16 PM
memang bila tengah masak tu harummmmmm
Author: Baiduri Othman    Time: 11-8-2006 09:51 PM
PuanSri & Cranko, saya tak pernah cuba lagi. Baru je dpt resipi ni dr Puan Nurmimie. Bila tengok resipi memang betul, gerenti sedap chicken wings panggang/bakar ni. PuanSri, Puan Nurmimie cakap resipi yg dia bagi utk bakar punya. Kalau goreng bolehlah tapi lagi sedap kalau dibakar. Dahlah nak dekat bulan puasa ni.
Author: puansri    Time: 12-8-2006 06:19 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 09:51 PM
PuanSri & Cranko, saya tak pernah cuba lagi. Baru je dpt resipi ni dr Puan Nurmimie. Bila tengok resipi memang betul, gerenti sedap chicken wings panggang/bakar ni. PuanSri, Puan Nurmimie cakap ...


nanti saya akan cuba bakar.....
Author: maisya    Time: 12-8-2006 08:43 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 11-8-2006 08:08 PM
Okay, last2 dpt jugak resipi ni dr. Puan Nurmimie. Harap Maisya nampak thread. Nanti kejap lagi nak pm dia.

Chicken Wings Panggang Sabah

Bahan2nya:-

Chicken wings
Serai
Ketumbar biji or  ...


TQ Bai...:love: nanti boleh saya beri resepi ni pada my sis yg mintak tu..... kalau my sis dah try nanti nak suruh dia kasi report...he..he..thank you so much!!
Author: antiQue    Time: 12-8-2006 09:05 AM
Kalo saya buat BBQ, my resepi nak perapkan ayam lebih kurang yg resepi kat atas tu. Cuma saya tambah sedikit bawang dan halia yg ditumbuk.
Author: Baiduri Othman    Time: 13-8-2006 12:53 PM
Originally posted by maisya at 12-8-2006 08:43 AM


TQ Bai...:love: nanti boleh saya beri resepi ni pada my sis yg mintak tu..... kalau my sis dah try nanti nak suruh dia kasi report...he..he..thank you so much!!


Sama2 maisya. Nanti boleh paste gambar kat sini. Saya nak cuba jugak. Kira unik resipi ni. Kat rumah ada ketumbar & serai ttp tak jintan manis, jintan putih & madu. Kena panggang dlm oven je lah sebab tak tempat utk bakar. Lagi sedap kalau bakar kan.
Author: Baiduri Othman    Time: 13-8-2006 12:54 PM
Originally posted by antiQue at 12-8-2006 09:05 AM
Kalo saya buat BBQ, my resepi nak perapkan ayam lebih kurang yg resepi kat atas tu. Cuma saya tambah sedikit bawang dan halia yg ditumbuk.


Sis, kalau dah cuba, nanti komenlah rasa ayam panggang Sabah ni.

PS. Cute avatar sis tu. Apasal asyik menyapu je kerja dia? :lol:nana:
Author: antiQue    Time: 13-8-2006 01:47 PM
Originally posted by Baiduri Othman at 13-8-2006 12:54 PM


Sis, kalau dah cuba, nanti komenlah rasa ayam panggang Sabah ni.

PS. Cute avatar sis tu. Apasal asyik menyapu je kerja dia? :lol:nana:


Saya memang selalu buat, sis... cuma saya punya resepi campur bawang dan halia kisar je... kalo saya buat BBQ dgn kawan2, itu lah resepi yg saya guna...

ff:Avatar tu, ni lah ha sejak 2-3 menjak ni, asyik "menyapu" je kat board MM tu.. banyak benor sampahnya... la nih dah sama tahap kediktatoran dgn amorist dah.. asyik menyapu je kejenya :lol

[ Last edited by  antiQue at 13-8-2006 01:48 PM ]
Author: Kero_kero    Time: 13-8-2006 04:54 PM
Mmg sedap chicken wings panggang kat Sabah tu...masa Kero gi sana..lg kalau kita bakar dgn arang.

kero pun biasa campur halia dgn bawang putih...kasi terangkat skit...
Author: Baiduri Othman    Time: 14-8-2006 08:10 AM
Originally posted by antiQue at 13-8-2006 01:47 PM


Saya memang selalu buat, sis... cuma saya punya resepi campur bawang dan halia kisar je... kalo saya buat BBQ dgn kawan2, itu lah resepi yg saya guna...

ff:Avatar tu, ni lah ha sejak 2-3  ...


Sis, saya pulak selalunya memang ramuan dia ketumbar, halia, bawang, halia, garam & madu or gula. Tak pernah masukkan jintan manis, jintan putih. Ni lah tak sabar nak cuba buat.

ff: Bnyk sgt ke nak kena bersihkan kat Board MM? Siapa yg punya angkara? :jeler:
Author: Baiduri Othman    Time: 14-8-2006 08:13 AM
Title: Reply #12 Kero_kero's post
Memang kena bakar dgn arang barulah terangkat. Kalau di Kuching, ramai jugak org jual ayam panggang termasuk chicken wing panggang. Warna dia merah oren mcm tu & memang sedap. Tak taulah apa ramuan mrk guna. Ada yg cakap ada rempah yg dah ready dibungkus. Tu yg mrk guna. Ni lebih kurang mcm rempah buat daging kicap Swak.
Author: CoKeLat-RaWkZ    Time: 14-8-2006 09:02 AM
Originally posted by Baiduri Othman at 14-8-2006 08:13 AM
Memang kena bakar dgn arang barulah terangkat. Kalau di Kuching, ramai jugak org jual ayam panggang termasuk chicken wing panggang. Warna dia merah oren mcm tu & memang sedap. Tak taulah apa ra ...


warna merah? bukan minyak char sio pakey nya kah? kamek urang salu meli nok jenama Lee Kum Kee dlm botol.  sedap ya bai pakei melumur ciken wing becos nya ada manis2 sikit lah.
Author: Baiduri Othman    Time: 14-8-2006 09:06 AM
Title: Reply #15 CoKeLat-RaWkZ's post
Halalkah minyak ya Cokelat? Kata org yg berjual ayam panggang ya - sidak guna rempah dlm bungkus pakei nyuruh ayam/chicken wings warna mcm ya. Sigek gik mun dah rempah yalah nyuruh ayam/chicken wings panggand sidak ada kick. Nang ada jual rempah ya. Mcm rempah pakei molah daging masak itam Swak.

Cokelat, mun halal mauk kamek beli minyak brand Lee Kum Yee ya.
Author: ciku_nunu    Time: 15-8-2006 10:08 AM
Originally posted by cranko21 at 27-11-2004 12:29 AM
estrella..
since I wil not be online for the next 3 hari.. I tempek la resipe2 ayam bakar I  k...
u pilih mana yg u suka.. tapi my feberet is the bbq one laaa.. hikhikhik

this is in order of  ...


kak cranko, nunu nak try resepi no 2 tu(buffalo chicken wing) but me confuse ayam tu goreng cenggitu je ke? takyah perap ngan pa pe even garam?
Author: ciku_nunu    Time: 17-8-2006 06:44 AM
meh pakat2 cuci mata ngan ayam bbq kita ni.. resepi kak cranko..

Author: eonis_balqis    Time: 17-8-2006 09:52 AM
Originally posted by hanieliza at 11-4-2006 06:37 PM




waalaikumusalam...
kak liza selalu buat..served ngan sos lada itam..
kalau nak sos cendawan atau sos rempah pun sedap...

http://i38.photobucket.com/albums/e122/hanieliza10/RoastedChick ...



untie... yang ni leh buat mkn pegantin gak kan? tgh mencari resepi nk try ni...
Author: crystal_biru    Time: 17-8-2006 10:23 AM
Title: Reply #55 ciku_nunu's post
macam best jer...

tapi nunu letak madu yer...
Author: ciku_nunu    Time: 17-8-2006 10:29 AM
dokkkk... guna sos bbq ngan butter jek..
Author: crystal_biru    Time: 17-8-2006 10:55 AM
Title: Reply #58 ciku_nunu's post
nunu,
citerlah skit macam mana buat tu...
Author: ciku_nunu    Time: 17-8-2006 11:17 AM
malulah:nyorok:... nunu memang ikut resepi kak cranko.. cuma ubah sket2 je..

ni nunu bagitau secara detail..
bahan:
ayam
1 s/k garam
2 s/b marjerin/ butter
sos bbq (nunu guna brand fountain)- agak2 je nak pakai banyak mana..

cara2:
-perap ayam selama setengah jam  ngan 1s/k garam dan 3 s/b sos bbq.
- goreng sampai ayam masak. tapi jangan garing sangat. ngam2 je..
-dalam periuk kecik, butter dimasak bersama sos bbq. bila butter dah sebati ngan sos tu, tutup api.
-celup/ lumur ayam yang dah digoreng dengan bahan sos yang telah dimasak. biarkan selama 30 minit.
- masak dalam oven selama 10 minit pada suhu 220C.

siap!!!
Author: cranko21    Time: 17-8-2006 11:19 AM
Originally posted by ciku_nunu at 15-8-2006 10:08 AM


kak cranko, nunu nak try resepi no 2 tu(buffalo chicken wing) but me confuse ayam tu goreng cenggitu je ke? takyah perap ngan pa pe even garam?



nunu.. sorry..akak baru nampak soklan nunu

tak perlu perapan.. dan no garam kerana sos HP sos & butter dah ada rasa masin.
Author: cranko21    Time: 17-8-2006 11:21 AM
Originally posted by ciku_nunu at 17-8-2006 11:17 AM
malulah:nyorok:... nunu memang ikut resepi kak cranko.. cuma ubah sket2 je..

ni nunu bagitau secara detail..
bahan:
ayam
1 s/k garam
2 s/b marjerin/ butter
sos bbq (nunu guna brand fountain ...




hehehee nunu. like I always say..
ikut kesesuaian masing2...
yg penting kita makan sedapppppp
Author: crystal_biru    Time: 17-8-2006 11:29 AM
Originally posted by ciku_nunu at 17-8-2006 11:17 AM
malulah:nyorok:... nunu memang ikut resepi kak cranko.. cuma ubah sket2 je..

ni nunu bagitau secara detail..
bahan:
ayam
1 s/k garam
2 s/b marjerin/ butter
sos bbq (nunu guna brand fountain ...


10Q nunu....:tq:
Author: ciku_nunu    Time: 17-8-2006 11:48 AM
kak crank, nunu punya sos tu manis sket sb tu taruk garam dulu kat ayam...

huhuhu... nape arini baru akak nengok soklan tu... penat oooo tunggu akak ari tu...
Author: Baiduri Othman    Time: 17-8-2006 11:54 AM
Title: Reply #55 ciku_nunu's post
Sedapnya....! Ni bakar dlm oven or bakar dgn arang?
Author: cranko21    Time: 17-8-2006 01:29 PM
Originally posted by ciku_nunu at 17-8-2006 11:48 AM
kak crank, nunu punya sos tu manis sket sb tu taruk garam dulu kat ayam...

huhuhu... nape arini baru akak nengok soklan tu... penat oooo tunggu akak ari tu...




heheehehe.. sorry yang.. lain kali lepas post soklan kat thread pm la akak.. coz kekadang akak tak masuk board FnR.. hehehee
muahhhssss
Author: ciku_nunu    Time: 17-8-2006 01:31 PM
dalam oven je kak bai..
Author: Baiduri Othman    Time: 18-8-2006 12:58 AM
Title: Reply #67 ciku_nunu's post
Saya dah perap chicken wings dgn bahan2 dia tadi. Simpan dlm peti ais. Maybe besok je bakar dlm oven. Thanks ciku_nunu.
Author: mrs_livingstone    Time: 21-8-2006 11:32 PM
Originally posted by NoorMasri at 16-5-2005 07:19 PM
akak kalau buat BBQ, ada 4 cara yg sering akak buat:

cara I --> perap ayam guna rempah tandoori + yogurt
cara II --> perap ayam stail rempah sate (ni bila malas nak potong kecik2 isi ayam ...

kak noor(atau sapa aje yg tahu)
kalau samal tumis letak dlm ikan belah beakang tu kan,sambal tu tumis sampai masak dulu lah ya?
Author: maisya    Time: 22-8-2006 08:20 AM
Originally posted by mrs_livingstone at 21-8-2006 11:32 PM

kak noor(atau sapa aje yg tahu)
kalau samal tumis letak dlm ikan belah beakang tu kan,sambal tu tumis sampai masak dulu lah ya?


biasanya orang tak tumis sambal tu, sumbat jer terus kat ikan, nanti ikan tu pun nak digoreng jugakkan.
Author: cranko21    Time: 22-8-2006 08:36 AM
Yup.. betul kata maisya..
kenalah masak dulu the sambal at least (akak selalu buat 1/2 cook).. kalau mentah2 nanti masa mengoreng ikan.. nanti ikan kat luar masak..  sambal yg di sumpat tu akan rasa mentah.
Author: Baiduri Othman    Time: 22-8-2006 10:15 AM
Hari tu saya bakar chicken wings dlm oven. Saya perap chicken wings dgn garam, ketumbar, bawang putih, lada & gula apong. Bila dah masak, memang sedap. Lupa nak ambik gambar.
Author: ladyvedt    Time: 22-8-2006 01:08 PM
weekend lepas my sis nye birthday so kitorang buat menu ayam panggang..nanti kita paste gambo dalam nih k....
Author: mrs_livingstone    Time: 22-8-2006 11:36 PM
Originally posted by maisya at 22-8-2006 08:20 AM


biasanya orang tak tumis sambal tu, sumbat jer terus kat ikan, nanti ikan tu pun nak digoreng jugakkan.

Originally posted by cranko21 at 22-8-2006 08:36 AM
Yup.. betul kata maisya..
kenalah masak dulu the sambal at least (akak selalu buat 1/2 cook).. kalau mentah2 nanti masa mengoreng ikan.. nanti ikan kat luar masak..  sambal yg di sumpat tu akan r ...

gracias!gracias!
:tq:
Author: hanieliza    Time: 27-8-2006 05:18 PM
baru-baru ni masa kak nonie datang umah kakliza kami buat BBQ..






AYAM BAKAR BBQ

bahan A:
1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

NOTA:
jika nak buat BBQ..keluarkan ayam dan bakar ditempat dapur arang BBQ...
kalau nak lagi cepat masak BBQ tu.. masukkan semua bahan [ayam dan bahan perapan tu] dalam kuali dan tutup. Biarkan mendideh dengan bahan perapan tu.]



SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b serbuk lada hitam
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 labi bawang besar bombay [cincang halus]
1 s/b butter

Cara.
1. Panaskan butter dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan semua bahan lain dan akcau sampai mendideh dan pekat.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran dan ayam untuk hidangan.

Author: pinatbate    Time: 27-8-2006 06:09 PM
ni memang betul-betul meleleh air liur saya...
Author: myasha    Time: 28-8-2006 12:15 AM
errr saper ada resipi ayam bbq madu........? yg selalu diaorg jual kat tepi jln tu....help me please....
Author: cranko21    Time: 28-8-2006 09:16 AM
myasha


resepi ayam bbq madu yg akak selalu mudah jer....

kisaran halia & bawang putih
kicap cair
madu secukupnya

just marinate  ayam tadi dgn halia, bawang putih dan kicap - biarkan sebentar.
kemudian masukkan madu dan biarkan selama 10 - 15 minit sebelum membakar.
masa membakar tu... sapukan lebihan sos dari perapan tadi...
Author: myasha    Time: 28-8-2006 09:50 AM
thanks kak cranko....nak try ahh nanti......hehehehheeh.....
Author: ladyvedt    Time: 29-8-2006 11:49 PM
menu my sis nye birthday..ader jugak french loaf with mushroom sup-tak sempat nak amik gambo


my mum's ayam panggang



coleslow



mixed spirali(tak sure btul ke nama dia)
Author: ladyvedt    Time: 29-8-2006 11:52 PM
[quote]Originally posted by ladyvedt at 29-8-2006 11:49 PM
menu my sis nye birthday..ader jugak french loaf with mushroom sup-tak sempat nak amik gambo


my mum's ayam panggang


http://i90. ... [/quot

brown sos pun ader....additional jeee...ikut cita rasa memasing
Author: Diba_79    Time: 30-8-2006 09:09 AM
yang, letak ler resipi skali.....
Author: ladyvedt    Time: 4-9-2006 05:08 PM
Originally posted by Diba_79 at 30-8-2006 09:09 AM
yang, letak ler resipi skali.....


for that pasta akak leh nengok dalam thread pasta..yang coleslow n ayam tuh nanti saya bubuh k...buzy haa...tq
Author: hanieliza    Time: 5-9-2006 01:46 AM
cuti merdeka baru ni kkaliza masak..









AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setbal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan alda hitam dan coleslaw.





[archived]

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:24 AM ]




Welcome to CARI Infonet (https://mforum2.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4