CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13650|Reply: 82

Dengarnya: Geli baca alasan artis berpakaian seksi

[Copy link]
Post time 27-1-2011 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya: Geli baca alasan artis berpakaian seksi

HMetro
2011/01/27

TAK tahulah nak buat reaksi macam mana apabila Cik Normah membaca kenyataan berani mati selebriti yang jenis suka tayang badan tak tentu hala. Rasa nak gelak berguling pun ada, menangis pun ada sebab macam tak percaya alasan yang dikeluarkan daripada bibir si empunya badan.

Cik Normah faham, jiwa muda memang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Macam pakai barut bayi atau dalam bahasa mudah, bertuala! Bahagian penting saja yang ditutup olehnya.

Siapa tak suka tengok belahan dada atau pangkal peha yang sikit saja lagi nak menampakkan bahagian tertentu. Tetapi, macam makanan, kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat. Paling kelakar apabila gambar seksi campur seksa terbabit akhirnya terpampang dalam blog, akhbar mahu pun majalah. Ketika itu, mulalah keluar alasan berjela-jela termasuk ‘selesa berpakaian begitu’, ‘jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian’ dan paling lawak mesti bermodalkan ayat ‘keluarga lebih mengenali saya’.

Tolonglah! Kepada mereka yang berkenaan, berbeza dengan orang biasa, artis atau personaliti popular sentiasa jadi perhatian dan ikutan terutama generasi muda. Jadi sedikit sebanyak imej memang perlu dijaga. Jangan kata pula tak mahu hipokrit, itu pun alasan klise sebab kalau tanya mana-mana emak bapa, tentu mereka segan kalau badan anak dara mereka menjadi tayangan perdana. Tapi tak tahulah kalau ada keluarga yang jenis tak kisah dan berbangga.

Cik Normah pernah muda dan faham gelora yang sedang membuak-buak. Memanglah berfesyen ikut kesesuaian majlis, cuma kalau setakat pergi karaoke nak pakai singkat-singkat, apa cerita? Habis, dalam perjalanan ke majlis itu tiada ke mata yang melihat?

Bukanlah Cik Normah hendak berceramah, tetapi sebagai wanita, Cik Normah sendiri jadi malu apabila sesetengah artis, popular atau tidak, berpakaian seperti hendak tak hendak saja lagaknya. Ketika itu, rasa jatuh sangat maruah sebagai seorang perempuan. Kalau kita sendiri tak jaga maruah kita, siapa lagi yang hendak berbuat demikian?


* Cik Normah sudah geli, anda pula bagaimana???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 07:21 AM | Show all posts
saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis...
ni bukan geli tp meloya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 07:42 AM | Show all posts
cik normah tak kata artis bagi alasan mengikut kehendak pereka fesyen ke???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 07:47 AM | Show all posts
tanya secara halus hanya akan menampakkan kejahilan artis
seharusnya hal cam wartawan dah tak perlu ditanya secara halus lagi dah
tanya direct je kat diorang, " tak takut dosa ke pakai cam ni?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 07:51 AM | Show all posts
cik normah tak kata artis bagi alasan mengikut kehendak pereka fesyen ke???
hanuma Post at 27-1-2011 07:42


cik normah x sebut pon pesyencuma dia sebut beri alasan je
tp mcm tu je maksud dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 07:53 AM | Show all posts
tak pun wartawan tny je mcm ni...ko ni jual bdn ke????  untung berapa 1 mlm????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2011 08:13 AM | Show all posts
saya tak geli tapi terangsang...muahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 08:17 AM | Show all posts
tanya secara halus hanya akan menampakkan kejahilan artis
seharusnya hal cam wartawan dah tak perlu ditanya secara halus lagi dah
tanya direct je kat diorang, " tak takut dosa ke pakai cam ni?"
munzaman Post at 27-1-2011 07:47


jawab mereka: "saya tidak mahu hipokrit"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 08:32 AM | Show all posts
yg siwartawan pon watper ditanya sokalan cam tue !
jawapan yang standatlah yg akan diberi oleh retis mana2 pon !
xkan g birthday parti pakaian spt nak kekubor  !
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 08:38 AM | Show all posts
cik normah ketinggalan zaman, mulut je yg ke depan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 08:41 AM | Show all posts
Artis2 sexy ni xde plak kene band! ke psl org pangkat besor2 tu suke tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 08:41 AM | Show all posts
wrtwn ni hipokrit... yg majalah mempelam tu seksi gilos mcm mjlh playboy tu keje sapa.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:19 AM | Show all posts
hish .. kalu tak seksi.. karang tak laku maa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:30 AM | Show all posts
Kekadg wartawan pun dok promosi gak artis2 yg berpakaian tayang2 badan... pastu kutuk pula... kenapa kutuk kat akhbar...elok dan2 kutuk depan2 muka retis yg takda maruah nak pakai singkat2 nih... dah ramai sgt retis malaysia tak kira umur pakaian bagai org tak cukup iman... lebih2 lagi kalau anugerah2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 1# koboi


    xkan org yg berakhlak nk pakai pakain cmtue..... x logik laa nak wat statement "jgn menilai kita dari pakaian "

    puiblisiti murahan...statement xley blah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:34 AM | Show all posts
saya tak geli tapi terangsang...muahahahaha
alphawolf Post at 27-1-2011 08:13



chebedah rasa mcm nak geli-geli la...noks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 09:35 AM | Show all posts
berpakaian sedemikian adalah umpan...
so kita tgk siapa yg makan umpan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:35 AM | Show all posts
kalau cik normah ni nak cakap geli
sila pegi soh wartawan majalah mempelam tu kuburkan majalah mempelam tu dulu
cik normah pn ala2 hipo gituh...
konon geli padahal nan hado..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:37 AM | Show all posts
lain kali para retis sekalian jwbla gini "sharing is caring, ini suma utk peminat sy"
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:40 AM | Show all posts
neh kes si minah tepong gomak gamaknya eh..wartawan nak tanya "x takut dosa?"pun ala2 nak kene cermin diri dulu..almaklumlah mostly wartawan neh lelaki tapi zahirnya bermakeup n berblouse wanita..kene pk dosa diri sendiri dulu kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.133167 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list