CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi

[Copy link]
Post time 27-4-2024 01:30 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, perbincangan itu diadakan sempena kunjungan hormat Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng, ke atas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di Putrajaya, semalam.

"Kedua-dua rakan sejawat itu telah bertukar-tukar pandangan mengenai landskap dan hala tuju pendidikan tinggi negara serta potensi kerjasama strategik yang boleh diterokai.

"Ia terutama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), sosiobudaya serta kolaborasi industri bagi pelajar-pelajar Malaysia, membabitkan perusahaan diterajui syarikat dari China seperti Huawei dan Geely," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, kerjasama penyelidikan dalam sektor teknologi maju seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran, teknologi tenaga hijau, mikrocip serta automotif, turut dibincangkan.

Katanya, Zambry dan Jinpeng juga berpendapat kerjasama dalam sektor penyelidikan terbabit boleh dipertingkat melalui penubuhan sebuah pusat penyelidikan peringkat nasional antara kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pemimpin berkenaan menggalakkan kerjasama strategik, terutama antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan China, dalam pelbagai program pembangunan sains dan teknologi, perkongsian sumber, data teknikal, fasiliti, latihan, penyelidikan serta dialog ketamadunan.

Menurut KPT, Memorandum Persefahaman (MoU) antara Chinese Service Centre For Scholarly Exchange (CSCSE) dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut dimeterai pada sesi pertemuan berkenaan.

Menerusi MoU itu, CSCSE dan MQA akan bekerjasama bagi memudahkan pertukaran maklumat dan kepakaran mengenai rangka kerja kelayakan negara, proses akreditasi, serta mempromosikan kerjasama antarabangsa untuk pengiktirafan kelayakan dan kemahiran yang diperoleh melalui pendidikan tinggi.

"Kerjasama itu akan turut memperkukuh lagi program mobiliti akademik, perkongsian penemuan penyelidikan serta amalan terbaik dalam bidang jaminan kualiti sektor pendidikan tinggi Kuala Lumpur-Beijing," menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kredit: Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19656 Replies : 77
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26275 Replies : 196
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4662 Replies : 69
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161916 Replies : 3925
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 1.715294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list