Sudah! Henti buat cerita bohong SUDAH lama saya perasan taktik pelakon wanita ini. Saya akui lakonan dia memang hebat. Bukan saja di televisyen tapi di luar televisyen pun dia memang pandai berlakon. Lakonan dia menjadi bertambah mantap apabila semakin hampir acara-acara besar seperti anugerah-anugerah tertentu yang memungkinkan namanya dicalonkan. Jadi, pada masa itulah dia mula mencipta kisah-kisah bohong untuk menarik perhatian masyarakat bagi mempengaruhi mereka untuk mengundinya. Kepada pembaca di luar sana, saya ingatkan, jangan sesekali tertipu dengan helah artis wanita seorang ini. Dia memang gilakan publisiti murahan dan sanggup melakukan apa sahaja agar kisahnya terpampang di akhbar. Kalau anda terbaca apa saja cerita peribadi termasuklah soal kahwin dan sebagainya, ingatlah pesan saya... itu semua bohong... sekali lagi saya ulang, bohonggg!!! Sebelum ini sudah macam-macam kontroversi dia bikin sehingga bolen dikatakan saban hari kisah panasnya menjadi perhatian umum. Dan apabila hendak masuk sahaja tahun baru, dia sudah memasang strategi untuk mendapatkan publisiti bagi meraih perhatian kerana terdapat beberapa acara penting yang telah dirancang pada tahun hadapan. Artis ini memang bijak bersandiwara tetapi kita semua tidak pernah terfikir, selama ini dia telah menipu kita dengan cerita-cerita yang tidak benar. Saya senantiasa berpesan kepada diri saya. Apabila kita sayangkan seseorang itu, kita perlu mengkritiknya. Kalau kita terlalu banyak memuji, maka artis ini akan menjadi gajah yang akan memijak apa saja yang ada di depan matanya. Saya tidak mahu menjadi mangsa seekor gajah betina. Kerana gajah kalau dia naik minyak, dia akan memijak apa saja termasuklah kebun-kebun pisang dan juga menyondol batang balak sekalipun. Jadi, sebelum gajah betina ini naik minyak untuk mendapat publisiti muka depan akhbar, cepat-cepatlah kita sediakan senapang patah. Artis macam inilah menyebabkan dunia hiburan menjadi kalut. **dipetik dari Mstar Online.
Adakah ini FS dan jejai yang selalu buat propa kata nak kawin tu...? |