CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11134|Reply: 72

Fitnah Terhadap Syed Ali Terus Tersebar..

[Copy link]
Post time 13-3-2012 10:52 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Syed Ali sekali lagi berhadapan dengan fitnah terbaru apabila terus dikaitkan sebagai seorang lelaki mengamalkan hubungan sejenis.

Pelakon berusia 26 tahun ini berkata, dia berasa sedih dan terkilan kerana tuduhan kononnya dia menjalin hubungan dengan pelakon Azam Pitt sebelum ini belum pun reda, kini dia kembali dikaitkan dengan fitnah seumpama itu.



“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh seorang teman semalam (Ahad) mengenai penyebaran fitnah yang mendakwa saya seorang gay untuk kali kedua. Saya benar-benar rasa amat terkilan dengan perkara itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Syed Ali turut meluahkan rasa kurang senangnya mengenai tuduhan itu menerusi akaun Facebook miliknya pada Isnin yang antara lain beliau menyindir pihak-pihak tertentu dengan mengucapkan terima kasih kerana memfitnahnya.

Kata pelakon drama Jiwa Kacau itu, dia berasa terkejut dengan tuduhan terbaru yang mendakwa dia membawa “teman lelaki” dan berpegangan tangan di lokasi penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

“Menurut kawan saya, tuduhan itu dipaparkan di sebuah laman blog hiburan sejak dua minggu yang lalu.

“Padahal perkara itu tidak berlaku dan tidak logik sama sekali kerana takkanlah saya hendak berkelakuan sedemikian di lokasi penggambaran yang menjadi tempat saya bekerja," katanya.



Syed Ali berkata walaupun dia enggan melayan dakwaan liar sebegitu, dia tidak menafikan tuduhan tersebut mengaibkan dan boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

“Saya tahu fitnah adalah asam garam dunia artis tetapi apa yang dilemparkan kepada saya adalah sesuatu yang berat dan memalukan.

“Apabila perkara itu tidak betul tetapi ia terus diperkatakan, saya jadi buntu dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk saya menghadapinya.

“Ini bukan kali pertama saya didakwa gay, kini fitnah ini timbul semula. Saya bimbang jika orang terus melabel saya lelaki seperti itu apabila sering dikaitkan dengan isu yang sama,” katanya dengan nada kesal.

Terbaru mengenai kerjaya lakonannya, Syed Ali kini sedang terlibat dengan penggambaran drama Digi Road Trip untuk siaran Astro.

Dia juga baru sahaja menamatkan penggambaran drama 20 episod berjudul Bonda di bawah arahan Azman Yahya (Jinggo) terbitan JS Pictures.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 10:56 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Pelakon Syed Ali sekali lagi berhadapan dengan fitnah terbaru apabila terus dikaitkan ...
freekey Post at 13-3-2012 10:52


sori freekey iols dah bukak kat sini

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=616697&extra=page%3D2&page=7


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:58 AM | Show all posts
Reply 2# maxim

rajin maxim mengingatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:00 AM | Show all posts
sapa syed ali? alamak .. kene gugel lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:19 AM | Show all posts
sampah manalah yg dicitekan dlm thread ni

sumpah aku x knal
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:27 AM | Show all posts
sebelom ni pun kena gosip gini gak...bertabah la nok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2012 11:30 AM | Show all posts
janji ko xbuat dahla..org klu nk memfitnah senang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:30 AM | Show all posts
syed ali dan syed aiman (laki linda rafar) ni adik beradik ker? muka lebih kurang jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 11:42 AM | Show all posts
Dia ni berlakon citer apaa eeek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:48 AM | Show all posts
Reply 9# aayz

Haritu ada tertengok satu drama kat tv2, dia blakon ngan jue aziz...dlm citer tu dia asalnya fonen...btukar jd lelaki sejati lpas jatuh chenta nga jue aziz...haha...lupa lak nama drama tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:52 AM | Show all posts
Reply 10# Eura


    Dia ni bukan pernah berlakon dgn Elyana dlm Astro tu ke..series tajuk apa ntah..Renjis kot!Sorry kalo salah!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:53 AM | Show all posts
dia ni dulu kan housemate kak senduk kheennn
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:07 PM | Show all posts
sapa mamat nie?and sapa Azam Pitt?

seriously rasa byk sgt artis skg nie n mmg tak kenal who is who pun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:09 PM | Show all posts
nasib baik pakai bedak xbertampong cam abe freekey..atas putih bawah hitam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:24 PM | Show all posts
dia ada berlakon dgn A.Aida  dlm drama bersiri kat TV1 pagi 11.30 setahun yg lps..lupa pulak drama apa..
kisah bdk muda jatuh cinta dgn org lebih berusia...nmpk sweet sngt dia dgn A.Aida..
...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:25 PM | Show all posts
apsal bnyk yg x kenal ni...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 12:58 PM | Show all posts
azam pitt konon...muka xsemengah ada hati bajet cam brad pitt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 01:00 PM | Show all posts
alah..kalau xbuat xkan org kata..selalunya "fitnah" nie betul jew..tgk muka pung cam konsep2 abe freekey jew..muhaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 01:01 PM | Show all posts
Reply 17# Balbo

bukan nama bapak dia pit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 01:02 PM | Show all posts
hang kalau tak mau difitnah gay, jgn la dok pakai baju lagu tu...dgn riben kat leher...mcm darai ya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.092270 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list