CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2013 08:30 AM | Show all posts
Adi mengambil handphonenya lalu ditetap. Mak aiii 10 'missed call' dari Aaron. Rupanya dia ter'silent' la pula. Dia dan Damia saling berpandangan.

"Aaron, aku jumpa kau kat rumah nanti ya.. Aku nak hantar Damia ni ke ofis jap!" kata Adi dengan penuh tegas.

"Hantar ke ofis ke korang berdua nak keluar makan ni?" sempat lagi Aaron membalas dalam nada cemburu.

Lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau.

"Jumpa kat rumah petang ni!" Adi terus memecut keretanya.

Aaron diam.

"Macam mana Damia boleh ada dengan Adi ni? Jangan-jangan..." Aaron merasakan ada sesuatu yang Adi tengah sembunyikan dari dia.



                                                                   ********************  


Adi memberhentikan keretanya berhadapan dengan sebuah restoran lalu membuka tali pinggang keledar.

"Jom.." ajak Adi seolah tiada apa yang berlaku.

"Tadi bukan awak cakap kat Aaron nak hantar saya ke ofis?"

Adi hanya tersenyum lalu keluar daripada kereta. Dia membuka pintu untuk Damia.

"Kita makan dulu. Lepas makan, saya hantar awak balik ok?"

Damia mengangguk perlahan.



                                                              ********************


Aaron tidak senang duduk di rumah. Selagi Adi tidak jejak ke rumahnya, selagi itu bermacam-macam jenis syaitan yang menghasut dirinya.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.00 petang.

"Kau tak datang, siap kau!! Aku pergi rumah kau!" kata Aaron sendirian.

Beberapa minit kemudian, hon kereta dibunyikan. Aaron memandang ke luar jendela. Ya, Adi sudah pun sampai di rumahnya. Dia tersenyum sinis. Pintu rumah dibuka. Dengan langkah yang penuh keyakinan, Adi masuk ke perkarangan rumah Aaron.

"Sorry, sahabat.." ucap Adi terlebih dahulu lalu berjabat tangan dan terus memeluk Aaron.

"Kau ada sembunyikan aku apa-apa ke?"terus Aaron bertanya dengan penuh serius.

"Jemputla aku masuk dulu kot ye pun nak tanya bagai.."

Aaron diam sambil memandang tajam ke arah Adi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2013 08:32 AM | Show all posts
cerry_ice posted on 20-9-2013 08:19 AM
morning momey

he..he

tu la pasal hahahaha
bila lah agaknya nk kurus blik
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:45 AM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 12:32 AM
tu la pasal hahahaha
bila lah agaknya nk kurus blik

jgn makan nasik memalam jer
no high calory after 6pm dear momey
no ice n jadikan air limau suam minuman wajib pas makan
hehehe just my opiny


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 08:52 AM | Show all posts
Fazira masuk ke dalam bilik Damia sambil membawa beberapa fail untuk Damia tandatangan.

"Cik Damia, ini failnya.." Fazira menghulurkan fail-fail tersebut.

"Thanks."

Belum sempat Fazira mengundur dirinya, dia berpatah balik memandang Damia.

"Cik Damia ada masalah ke? Diam aje dari lepas keluar makan tengah hari tadi.."

"Sekarang dah pukul brape erk? Letih pula saya rasa.."

"Dah nak dekat 6.30 petang."

"Hmmm.. Saya tandatangan esok bole ke?"

"Boleh..boleh."

Damia bangun lalu mengemaskan mejanya sambil matanya yang kelihatan terlalu letih itu. Kemudian tiba-tiba Damia jatuh terduduk. Dia menangis. Fazira terkejut lalu mendapatkan Damia.

"Cik Damia.. cik ok tak ni?" Fazira cuba memapah Damia.

"Saya dah letih berfikir, Ira.." kata Damia sambil mengesat airmatanya.

"Mari saya pimpin Cik Damia ke sofa dulu.."

Mereka berdua duduk bersebelahan. Fazira sempat mengambil air masak lalu dihulurkan kepada Damia. Perlahan-lahan Damia meneguknya.

"Tolong saya, Ira.."

"Cik Damia nak saya tolong apa?"

"Saya takut.."

"Takut?"



                                                              ********************


Adi sudah bersedia sekiranya Aaron akan memperlakukan lebih dari apa yang dijangkanya. Aaron mengeluh sambil memandang Adi.

"Macam mana London? Dah settle semua?" tanya Adi yang tersandar di sofa itu.

"Aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku. Baik kau berterus terang.." Aaron mula bersuara.

"Sembunyi apa?"

"Macam mana kau boleh keluar dengan Damia?"

"Aku..." Belum sempat Adi menghabiskan ayatnya, Aaron bangun lalu terus menumbuk muka Adi.

"Kau nak potong jalan aku erk?! Damia tu hak aku! Tak ada sesiapa pun yang boleh milikinya selain dari aku!!" merah muka Aaron sambil dadanya turun naik.

Adi berdiri. Mereka berdua berdiri bertentangan. Kemudian Adi mengambil tali lehernya yang diletaknya di atas meja kopi lalu terus keluar dari rumah Aaron.

"Aku belum puas hati lagi dengan kau, Adi!!!!!" jerit Aaron yang tidak peduli langsung akan jiran-jirannya.

Adi memekakkan telinganya lantas masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 08:53 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-9-2013 08:45 AM
jgn makan nasik memalam jer
no high calory after 6pm dear momey
no ice n jadikan air limau suam  ...

oh yeke? tq2 sayam nk munge nii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:59 AM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 12:53 AM
oh yeke? tq2 sayam  nk munge nii..

mane cukup mungek
nak kepci
kakakakakaka


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2013 09:13 AM | Show all posts
Damia dan Fazira sama-sama turun ke lobi pejabat. Sebelum mereka bergerak ke parking, Fazira sempat memegang erat tangan Damia.

"Cik Damia kena yakin dengan diri sendiri. Saya yakin dan pasti, pilihan Cik Damia itu nanti akan membuatkan Cik Damia bahagia.."

"Doakan yang terbaik untuk saya.."

"Insyaallah." Fazira sempat berpelukkan dengan pegawai atasannya itu.

"Jangan buat Encik Adi tertunggu-tunggu. Sian dia.. Saya nampak keikhlasan hatinya itu pada Cik Damia.."

"Tapi saya bukan perempuan.."

"Suci? Lelaki yang ikhlas dan jujur sayangkan kita takkan pandang langsung bab tu. Lagipun dia tahu apa yang dah berlaku pada Cik Damia kan? Pegang dia kuat-kuat! Rugi lepaskan lelaki yang terlalu baik itu.."

Damia tersenyum. Dia sudah mendapat semangat setelah dapat meluahkan isi hatinya pada Fazira, pekerja yang teramat dia percaya itu.

"Saya balik dulu..dah nak maghrib dah ni."

"Ok, hati-hati ya Cik Damia.."

"Ok.."



                                                                ********************

Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, di dalam kota fikirannya asyik memikirkan akan keselamatan Damia. Apakah yang mungkin akan berlaku sekiranya Aaron tahu akan isi hatinya terhadap Damia? Tetapi, adakah Damia masih cintakan Aaron?

Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama 'ibu' di skrin handphonenya.

"Assalammualaikum, ibu.."

"Waalaikummussalam, sayang. Buat apa tu?"

"Tengah drive.."

"Yeke? Sorry ganggu."

"Tak pe, Adi pakai handfree.. Macam mana dengan Italy? Ayah?"

"Ibu dan ayah dah sampai Malaysia dah pun.."

"Ha? Tak bagi tahu Adi pun. Bila sampai?"

"Semalam."

"Yeke.. Nanti Adi balik jumpa ibu dan ayah ye."

"Dengan bakal menantu ibu sekali ke?"

"Ha?"

"Hahaha..Ibu main-main aje. Nak balik, bagi tahu ibu. Boleh ibu masakkan yang sedap-sedap."

"Okey. Ibu take care tau. Kirim salam ayah.."

"Insyaallah.."

Adi mematikan talian. Begitu kuat sekali naluri hati seorang ibu sehingga tahu hati anaknya sudah dimiliki oleh gadis yang bernama Damia.

"Aku mesti berterus terang dengan Damia. Dia terima aku atau tidak, aku akan terimanya dengan hati yang terbuka. Jika dia jodoh aku, pasti dia akan jadi milik aku. Pasti!" kata Adi sendirian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 09:16 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-9-2013 08:59 AM
mane cukup mungek
nak kepci
kakakakakaka

dah bg munge nk kepci plak
babap kang br tau!
hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 09:43 AM | Show all posts
momey posted on 20-9-2013 01:16 AM
dah bg munge nk kepci plak
babap kang br tau!
hikhik

opkos ler..skg mane aci dpt betis je
zaman nie aci men peha tau
mungek !!!!! mane kenyang
mbhaaahahaha
smbung lagi..no more aaron <== vote out
c'min adi <== vote in ~ altimatum

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 09:46 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-9-2013 09:43 AM
opkos ler..skg mane aci dpt betis je
zaman nie aci men peha tau
mungek !!!!! mane kenyang

errrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 10:04 AM | Show all posts
Sebaik sahaja Damia sampai di perkarangan rumahnya, dia ternampak kereta Aaron yang tersadar di sebelah halam rumahnya.

"Buat apa pula dia kat sini?" bisik hati Damia lalu keluar dari kereta dan terus membuka pintu pagar.

Aaron hanya diam sambil memerhatikan gerak geri Damia. Damia masuk ke dalam kereta lalu memarking keretanya di halaman rumah. Sebaik sahaja Damia keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dengan pantas Aaron berjalan lalu masuk ke halaman rumah Damia.

"U nak ape?"

"Apa hubungan U dengan Adi?" Aaron menggenggam kuat lengan Damia.

"Lepas lah!" Damia berjalan ke arah pintu rumah lalu membukanya.

Damia hendak menutup pintu semula namun Aaron dengan menggunakan tenaga lelakinya menolak Damia masuk ke dalam rumah lalu menguncinya.



                                                 ********************


Mak Mah menuang air kopi ke dalam cawan. Sebaik sahaja dia menghulurkan cawan itu pada Pak Hassan, cawan itu terjatuh lalu pecah atas lantai. Jantung Mak Mah berdegup laju.

"Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati la, abang.." ujar Mak Mah sambil mengurut dadanya.

"Tak ada apa-apa lah."

Mak Mah terus ke ruang tamu lalu mendapatkan telefon rumah dan terus menelefon Damia. Panggilannya tidak dijawab! Ini menambahkan kerisauan Mak Mah.

"Telefon siapa tu?" tanya Pak Hassan lalu merebahkan punggungnya di kerusi rotan.

"Damia.."

"Buat apa pula nak telefon dia?"

"Risau la.."

"Jangan ganggu dia. Mungkin dia banyak kerja tuu.."

Mak Mah diam. Namun jauh di sudut hatinya masih terfikir akan anak sulungnya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:08 AM | Show all posts
adi..adi..adi..adi...



kalo bkn dgn adi nnti kami bako..

hantu betul aron ni... Last edited by awanjingga on 20-9-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:09 AM | Show all posts
saje jek momey nie...tak suke
takmo takmo takmo
adi cpt la dtg
mencikkkk dgn aaron
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 10:12 AM | Show all posts
awanjingga posted on 20-9-2013 10:08 AM
adi..adi..adi..adi...

hahaha abeh aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 10:12 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-9-2013 10:09 AM
saje jek momey nie...tak suke
takmo takmo takmo
adi cpt la dtg

errr...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:15 AM | Show all posts
wat la damia call adi tp xbercakap
bio adi denga damia ngaku suka kt adi
pehlisssss
ku merayu padamu wahai momey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2013 10:21 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-9-2013 10:15 AM
wat la damia call adi tp xbercakap
bio adi denga damia ngaku suka kt adi
pehlisssss

ermmmm...
pelik! mcm tau2 aje apa aku nk tulis nii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:24 AM | Show all posts

adi..adi..adi..

vote in....he  hee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 10:47 AM | Show all posts
cerry_ice posted on 20-9-2013 10:24 AM
adi..adi..adi..

vote in....he  hee

rmai bebenor peminat adi
tmasuk aku!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:48 AM | Show all posts
tolong...tolong....naluri hati adi....please la pergi umah damia sekarang....damia dalam keadaan bahaya....aaron gile datang menyerang tuh...baran jekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.543849 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list