CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 2-6-2011 02:06 PM | Show all posts
“Cikgu, Cikgu Zali!” memang Cikgu Khir tak boleh tengok aku senang. Mahu tak mahu aku terpaksa melangkah ke arah pintu rumah itu. Bagaikan sudah dapat mengagak yang mana satu guru tersebut. Manis sahaja orangnya.

“Inilah Cikgu baru yang bertugas, gantikan Cikgu Limah”

“Apa khabar?” tanyaku.

“Baik” lembut suaranya. Kecil molek orangnya.

“Ini Cikgu Nazali, masih single dan antara yang paling kacak dan popular di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ni” memandai saja Cikgu Khir memasarkan aku, wanita-wanita itu tergelak dan tersipu.

“Macam nak promosilah pulak. Siapa nama cikgu?” tanyaku.

“Kesuma Dewi” aku ternganga. Wujud lagi di zaman cyber nama orang seakan-akan dewa-dewi.

“Cikgu Kesuma ni keturunan Minang, itu yang namanya unik sikit” Cikgu Khir mengarang cerita. Aku pandang ke wajah Cikgu Kesuma yang bercermin mata tebal itu.

“Betul” ujar Cikgu Kesuma, memang Cikgu Khir boleh bertukar karier selepas ini. Wartawan cabuk lagi karat. Di dalam hati sempat lagi mengutuk.

“Malam ni datang rumah ya cikgu, kita buat makan-makan, bila sekolah dah buka nanti mesti semua sibuk, tak ada masa nak berkenal-kenal”

“Insyaallah” jawabku, serentak dengan Cikgu Kesuma. Mereka yang ada saling tersenyum. Adalah maknanya itu.

Selepas magrib aku bersiap-siap untuk ke rumah Cikgu Khir. Telefon bimbitku berbunyi. Kilah?

“Assalamualaikum abang”

“Waalaikum salam” jawabku.

“Abang ada nak datang kedai tidak, malam ni?”

“Apa hal?”

“Ada hal sikit. Itupun kalau abang tak sibuk”

“Hmm, abang ada jemputan ke rumah Cikgu Khir, malam sikit abang singgah, boleh?”

“Tak apalah macam tu, esok ajalah. Abang belum mengajarkan?”

“Belum tapi esok ada taklimat dan mesyuarat”

“Oh! Macam itu ya. Emm, tak mengapalah”

“Hal apa? Nak bawa ayah ke hospital?”

“Tak, hal lain”

“Nak pergi interview kerja?”

“Bukanlah”

“Habis tu apa?”

“Emm, kakak minta hantar duit, nak minta abang tolong uruskan”

“La, cakap ajalah dari tadi. Yang tupun susah sangat” pasal Syimah aku sanggup menyisihkan diri dari majlis tak rasmi Cikgu  Khir. Elok juga, kalau tidak tak pasal-pasal saja dia kenenkan aku dengan Cikgu baru itu. Dengarnya bujang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2011 02:17 PM | Show all posts
Aku pecut keretaku ke arah jalan besar. Dua puluh minit sudah sampai ke warung itu. Kilah sudah kelihatan sibuk melayan para pelanggan. Nampak sahaja kelibat aku dia segera keluar.

“La, abang ni kalutnya, bawa kereta macam kilat, cepat aja dah sampai”

“Ha lah, katanya penting” kami ambil tempat duduk berdekatan dapur kedai itu.

“Kilah tak sempat nak buat sebab balik kerja dah petang, bank dah tutup”

“Kak nak duit buat apa?”

“Nak beli tiket katanya”

“Tiket? Nak balik sini ke?”

“Dia tak cakap pulak, pasal kursus dia kot”

“Dia call?”

“Dia email”

“Bila?”

“Semalam”

“Banyak ke nak hantar?” dia mengeluh keletihan. Bawah matanya semakin gelap. Kurang tidur.

“Abang, Kilah cuma ada banyak ni” sekeping sampul surat tebal dikeluarkan.

“Ini duit simpanan Kilah, ada tiga ribu, dia minta lima” dia pandang kiri dan kanan. Dia tunduk mengambil sesuatu. Segumpal sapu tangan berpetak-petak ditolak ke arahku.

“Apa ni?”

“Yang ni gelang Kilah, mak bagi kami seorang dua urat, abang gadai atau jual, tengoklah dapat berapa, abang hantarkan pada kakak”

“Kilah! Tak kan kakak tak ada duit biasiswa?”

“Tak cukup agaknya abang, kakak tu jarang nak minta duit, selama dia pergi sekalipun belum sempat balik sebab tak mampu. Diapun kerja part time kat fast food untuk nak tampung belanja. Tolonglah abang, kalau dia ada duit dia tak akan minta. Jangan cerita apa-apa depan mak ya” hatiku terusik ketulusan hatinya. Bertuahnya Syimah punya adik sebaik Kilah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:22 PM | Show all posts
sian pulak dkt kilah.....pengorbanan seorg adik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:31 PM | Show all posts
Esoknya selepas mesyuarat aku terus ke pekan. Bungkusan berisi barang kemas itu aku buka. Dua urat gelang agak ringkas tapi sedikit tebal aku belek. Hatiku terdetik. Kalau aku gadaikan mungkin akan lelap sampai bila-bila. Aku punya rancangan lebih baik. Aku masuk ke bank, isikan borang dan membuat penghantaran secara TT atau telegraphic transfer ke akaun Syimah di Amerika. Lima ribu, seperti yang dimintanya. Aku bungkus kembali gelang itu dan masukkan ke dalam kocekku.

Malam itu aku sibuk sedikit dengan hal-hal berkenaan sekolah. Aku telefon sahaja kepada Kilah untuk memaklumkan hal wang itu.

Seperti biasa sebelum tidur aku periksa kotak e-mailku. Kosong. Aku tuliskan e-mail untuk Syimah.

Assalamualaikum pompuan Melayu terakhir!!
Buat apa? Sibuk ke? Kau ni memang pemalas betul, dulu nak hantar surat kau liat, sekarang ni nak hantar emailpun lebih kurang juga. Jangan nanti kahwin dengan aku kau buat malas masak nasi, aku gigit-gigit pipi kau.
Aku dah hantar duit yang kau pesan kat Kilah, lima ribu, nanti check ya. Cepat-cepatlah balik, sebelah rumah aku ada cikgu cun baru masuk. Aku takut dia mengorat aku.
Salam rindu dari aku, Zali
” send.

Persekolahan bermula, banyak sungguh aktiviti untuk bulan January, sukan yang paling menyibukkan aku.

“Hai cikgu, kenapa T.Shirt berkedut ni?” aku renung ke tubuhku, teruk sangatkah kedutnya? Alamak, berkeromot. Wajah Cikgu Kesuma yang tersengih di depanku membuatkan aku termalu sedikit. Nampak sangat malasnya aku kebelakangan ini.

“Nak minta tolong saya gosokkan pun boleh tapi saya charge, sehelai singgit” aku ketawa kecil. Boleh tahan kelakarnya Cikgu Kesuma Dewi. Sesekali kami bertukar-tukar makanan, aku beli, dia pula tentulah masak sendiri. Perempuan biasalah, belum kahwin, nak juga tunjuk kepakaran, nak naikkan saham.

“Cikgu Kesuma Dewi, jangan tak tahu Cikgu Zali tu tengah cari calon isteri katanya” usik Cikgu Salbiah yang agak senior.

“Oh ya, borang ada lagi?” kelakar sungguh Cikgu Kesuma.

“Belum cetak lagi” jawabku sambil mengambil pembesar suara ke tengah padang.
Pulang dari aktiviti sukan lewat petang itu aku berjalan beriringan dengan Cikgu Kesuma, orang Segamat. Jauh dia merantau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:40 PM | Show all posts
best... cepat2 sambung ya kak
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:46 PM | Show all posts
cikgu kesuma nak ngorat cikgu zali dahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2011 02:50 PM | Show all posts
ada pesaing baru nampaknya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 02:58 PM | Show all posts
“Saya ada saudara dekat kawasan sini, saudara jauh. Dia bantu abang sepupu dia buka warung kat Jalan Sungai Kob, kalau awak teringin nak makan luar, tomyam ke, jomlah ikut saya”

“Teringin juga, nak keluar seorang segan, lagipun tak ada kawan, bila-bila cikgu nak pergi beritahu aja, saya tak ada masalah”

“Maaflah nak bertanya sikit, itupun kalau cikgu tak keberatan”

“Tanyalah”

“Cikgu Kesuma tak ada ke tunang ke boyfriend, saya tanya ni sebab tak nak timbulkan salah faham pula. Ialah kita ni sama-sama bujang”

“Ada kot” jawabnya tersenyum.

“Oh gitu, tak apalah, tak naklah ada orang marah-marah pula”

“Alah cikgu, kita ni kerja satu tempat, keluarga jauh, kemudahan kurang, kenalah berbaik-baik. Siapa lagi yang nak membantu nak mengadu kalau bukan sesama kita”

“Betul, betul”

“Saya dengar Cikgupun tengah tunggu tunang balik dari luar negara?”

“Tunang? Belum lagi, harap-harap tu tak lama lagilah, Aminnn”

“Amin juga untuk cikgu” dia menyambut pula.

“Rombongan budak-budak ke perkemahan tu cikgu nak ikut ke?” tanyaku.

“Boleh aja, kita ni tak ada komitmen, tak ada hal”

“Alhamdulillah, ada juga kawan, kalau tidak jemulah saya, balik-balik nak melayan anak-anak murid”

“Kita buat kat mana tu?”

“Kita pergi Pantai Merdeka”

“Kenapa tak ke Pulau Langkawi? Tak jauh dah”   

“Ongkosnya Neng!” Cikgu Kesuma tersengih-sengih.

“PIBG?”

“Tak banyak tabung kita, nak minta duit dari ibu bapa, kesian pula, pergi ajalah tempat yang mampu. Kita kutip lima puluh seorang tu pun ramai yang dah bersungut”

“Ialah janji berkhemah, kat mana-mana pun sama aja” nampaknya Cikgu Kesuma juga seiring denganku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2011 03:29 PM | Show all posts
Hujung minggu itu aku ke bandar, banyak benda yang hendak dibeli dan ditempah untuk persiapan hari sukan, piala, medal, bendera dan macam-macam lagi. Makanan pula aku tempah pada Kilah, dia sanggup mengambil cuti semata-mata nak cari sumber pendapatan tambahan.

“Cikgu nak ke mana-mana lagi?” tanyaku kepada Cikgu Kesuma yang menjadi pembantuku.

“Saya ingat nak singgah pasaraya, nak beli barang-barang kegunaan saya yang dah habis, stok makanan”

“Boleh aja, sayapun nak beli barang sikit”

Kami singgah di pasaraya Hari-Hari yang terletak di tengah-tengah pekan, barang-barang di situ agak murah harganya terutamanya barang makanan.

Aku renung ke arah jam di lengan. Hari Sabtu, mungkinkah Kilah kerja? Aku telefonnya.

“Kilah, ada mana?”

“Office”

“Abang ada di Kulim, abang jemput nak?”

“Eh! Tak payah, Kilah boleh naik van”

“Satu jalan juga, abang ada kawan, cikgu juga”

“Hmm, seganlah”

“Segan apa pula, bukan tak ada hidung”

“Kawan lelaki ke perempuan?”

“Lelaki” aku tipu. Dia diam.

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Kilah dengan baju kemejanya. Berlari-lari anak ke arah keretaku. Senyumnya lebar dengan muka yang berminyak-minyak.

“Kenalkan jiran abang, Cikgu Kesuma Dewi” dia tergamam bila melihat Kesuma keluar dari kereta.

“Inilah adik I, Kilah, bakal tokey restoran satu hari nanti” aku bergurau, Kilah menarik muka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:31 PM | Show all posts
yeyyyy!!!!!...ada lg tk??
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:37 PM | Show all posts
bengang je Killah ada cikgu pompuan kat keta abang dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:41 PM | Show all posts
best3..br berkesempatan melayan cerpen setelah sekian lama menyepi..thee
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:41 PM | Show all posts
blings i baru masuk sini best ada cerita kat sini hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 04:55 PM | Show all posts
“Sorrylah, tipu sikit tadi tu, masuklah” aku kenyit mata padanya yang muncung sedepa. Kilah duduk di belakang, sunyi sahaja, langsung tak bersoal jawab seperti selalu. Mesti sangkakan hati aku sudah beralih arah dari kakaknya kepada Cikgu Kesuma.

“Kesuma, sebenarnya inilah bakal adik ipar I” aku bersuara bila keretaku sudah masuk ke kawasan perindustrian berteknology tinggi Kulim.

“Ha! Adik ipar, ingatkan girlfriend”

“Hmm, akak dia lah yang belajar di US tu”

“Faham-faham, nak ambil kakak kena mengorat adik dulu” pandai Cikgu Kesuma. Ketawa kecil dia. Aku pandang ke cermin kecil di atas kepalaku. Masam muka Kilah.

Selepas menurunkan Kilah di depan lorong masuk ke rumahnya aku segera bertolak balik. Malam nanti aku akan ke warung pula, sudah lama tak bergebang dengan Abang Halim.

Aku renung ke skrin komputer ribaku. Tiada sebarang berita dari Syimah. Pastinya sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan yang paling getir, penentu masa depannya.
Aku sudah mengira-ngira bulan, minggu dan hari. Tak lama lagi dia akan kembali. Tak terasa masa yang sudah lama berlalu. Dia pastinya sudah tidak sabar-sabar nak berjumpa ibu bapanya juga. Pak Su sudah semakin cergas, sudah berjalan tatih di dalam rumahnya dengan menggunakan tongkat.

“Kilah rasa tak bestlah abang ni dah kira curang” tak pasal-pasal bakal adik ipar sudah memberikan tohmahan tapi aku tak rasa bersalah sedikitpun. Kelakar lagi ada. Mulutnya lagi mancung dari hidung.

“Kenalah pasang spare tyre, mana tahu kakak kau balik nanti dengan Brad Pitt, asyik-asyik Brad Pitt di mulut. Adalah pengganti dia. Ok ke cikgu tu?” aku bertambah seronok mengusiknya.

“Tak maulah”

“Kenapa?”

“Tak padan dengan abang”

“Hei, memandai kau, cikgu sama cikgu padanlah, sama-sama bujang”

“Tapi abang handsome, cikgu tu kurus kering” terbeliak mataku merenung Kilah, pandai mereka cerita. Kesuma taklah kurus manapun.

“Nak tau tak rahsia orang kahwin?” aku buat isyarat tangan. Dia mendekatkan kepalanya kepadaku.

“Perempuan belum kahwin memanglah kurus, dah dapat sumber protin istimewa dari suami nanti kembanglah” bisikku.

“Ei, tak senonoh!” ditojahnya kepalaku jauh-jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 05:02 PM | Show all posts
hahahaha...apalaaa cikgu zali cakap mcm tu kat kilah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 05:07 PM | Show all posts
Ok...bagi chance kat you all buat poll...
Nak Cikgu Nazali dengan siapa?

KILAH
SYIMAH
KESUMA
SEMUA DI ATAS;)
TIDAK SEORANGPUN YG DI ATAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 05:10 PM | Show all posts
KILAH... yang lain2 tak mau...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 05:16 PM | Show all posts
zali dgn KILAH....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 228# cmf_blingblings


   kak blings, sungai kob tu area yg femes dgn nasi ayam periuk besar & tempat mandi-manda hulu paip tu ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 05:19 PM | Show all posts
star....amboih...napa Kilah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.096757 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list