CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Wanita NEKAD TERJUN KERETA Bekas Suami MENINGGAL DUNIA UPDATE Pg7 & 8

[Copy link]
 Author| Post time 3-3-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 patut diperketatkan untuk domestic abuse
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 3-3-2015 01:49 PM
rasanya 3xcerai kut..xkan dia nak bagi sekaligus..

tua dah jantan ni,dok layan baran dia..

Patut dia naik isim makwa
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:01 PM | Show all posts

tu la..

pas2 yang menjadi2 gila isem nya bila exwife dah ada kenalan lelaki..

makin menjadi2 la cemburu..

tu yang dia kata.."xdapat kat dia,orang lain pun xdapat"....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kang ade set2 jantan fefeling syumul salahkan arwah...mst ade yg kate knp xikut je si ex tu..

ak xphm jntan zmn sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:44 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 3-3-2015 09:33 PM
yang peliktu,jadi gila talak...talak tu dok kat sapa,cerai sampai talak 3,sapa yang bagi talak tu. ...

tula pasal....biasala laki mmg slalu gile talak..lolss
nanti cikgu kena carik laki penyabar ye mcm abg spider pon ok.. tgk wlpn kena maki slalu ngan botakchinpeng masih setia huhu...



Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:00 AM | Show all posts
ronin replied at 3-3-2015 08:33 PM
susah dik.....nampak membunuh tanpa niat kat situ....
delete my 1st reply kat abang
ikut emosi sangat2

ntah la bang rasa hopeless betul2 bila bacer kes macam ni
arwah d cerai kan 3 kali
bila dah tak boleh rujuk..
keganasan bermula
sampai meragut nyawa
feeling so hopeless sebagai seorang perempuan ....

apa2 pun ..
alhamdulillah akak tu meninggal
bunyi agak teruk kan bang
tapi ..
dari hidup dengan kecederaan otak gtu ..

Al-Fatihah.....

p/s tak yah reply bang .. sekadar apa yang adik rasa dari kes ni


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 05:07 AM | Show all posts
Mangsa terjun dari kereta bekas suami meninggal
03 Mac 2015 1:44 AM


ROSLIZA FADZIL menemani dua anak saudaranya, Mohamed Izzurddin, 11, (kiri) dan Mohamed Danish, 5, menunggu jenazah ibu mereka Rosniza Fadzil di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 2 Mac – Keluarga mangsa langgar lari, Rosniza Fadzil, 30, berharap suspek yang menyebabkan ibu tunggal itu terbunuh dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Kakak mangsa, Rosliza Fadzil, 35, berkata, nasib yang menimpa adiknya itu perlu dibela kerana selama ini dia sering dipukul dan diganggu oleh bekas suaminya.

Menurutnya, ibu kepada dua anak itu sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suaminya itu akhir tahun lalu.

“Dia sering diganggu oleh bekas suaminya kerana tidak dapat menerima bahawa hubungan mereka sebagai suami isteri telah putus.

“Adik saya sering mengadu mengenai perbuatan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu,” katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Rosniza menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HSB di sini pada pukul 4.06 petang ini.

Mangsa yang be­kerja sebagai tukang masak koma selepas terjun dari kereta dipandu bekas suami sebelum digilis sebuah kereta lain di Bukit Pinang di sini pada 26 Februari lalu.

Rosniza yang meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Izuddin Rosnizan, 11, dan Muhammad Danish Rohdi, 5 akan dikebumikan esok di tanah perkuburan Islam Kampung Lengkuas, Kepala Batas.

Dalam pada itu, Muhammad Izuddin yang kelihatan begitu sedih dengan pemergian ibunya berkata dia begitu sayangkan ibunya.

Dia setiap hari datang ke hospital sejak ibunya terlantar tidak sedarkan diri.

“Saya sayang mak, saya suka mak masak nasi dan ikan,” katanya yang kelihatan amat ter­kejut dengan kehilangan Rosniza itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes itu yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seorang lelaki berusia lingku­ngan 50-an yang merupakan bekas suami mangsa ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Asam Jawa, Pulai, Baling dekat sini kira-kira pukul 4 pagi Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Lelaki tersebut kini ditahan reman sehingga 5 Mac ini.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:09 AM | Show all posts
@ronin

yesss!!! yessss!! yesss!!!
bang Roooninnn~

ni kena sabit membunuh dengan niat kan bang kan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes itu yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

i really hope so
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 05:11 AM | Show all posts
OKT



Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-3-2015 05:09 AM
@ronin

yesss!!! yessss!! yesss!!!

Dik,  tu disiasat  di bawah 302 tak semestinya  akan didakwa di bawah 302. Sorry to dissapoint u dik  but how brutal the crime was,  it would be judged by motive and the circumstances leading to death.  It wasn't a premeditated act to murder but an accidental death.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 09:51 AM | Show all posts
ronin replied at 3-3-2015 08:33 PM
susah dik.....nampak membunuh tanpa niat kat situ....

ok dah tu..dah kena jel seumur hidup.. jawapnya sampai mati dlm jel.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 12:24 PM | Show all posts
ronin replied at 4-3-2015 09:32 AM
Dik,  tu disiasat  di bawah 302 tak semestinya  akan didakwa di bawah 302. Sorry to dissapoint u d ...
to be honest ..
i know ..
masa baca2 & menaip ni
deep down .. i know .....
susah nak sabit kan dengan kesalahan membunuh dengan niat
sebab dia boleh ja bagitau masih sayang dan nak memujuk ja
cuma........
tu la .. indenial
betul.. betul.... betul... tak adil





Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 01:45 PM | Show all posts
patut hakim kena pertimbangkan kalo OKT ada rekod domestic violent sblm ni jgn bagi ikat jamin... org2 mcm ni mmg ego tggi...xkan dilepaskan bekas isteri nya yg dianggap mcm harta suka hati aku nak buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 01:46 PM | Show all posts
gila talak tahap gaban..
menyampah btul2 ngn jntn2 cam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yakin monyet tua ni mmg niat nak membunuh & dia yg tolak arwah... percaya laa cakap si tua ni kata bini dia terjun kereta... tangan kena ikat kan? pintu dikunci tak? harap kena gantung si tua terkutuk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yakin monyet tua ni mmg niat nak membunuh & dia yg tolak arwah... percaya laa cakap si tua ni kata bini dia terjun kereta... tangan kena ikat kan? pintu dikunci tak? harap kena gantung si tua terkutuk ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2015 08:07 AM | Show all posts
Keluarga arwah tuntut balasan
Alor Setar: “Kami mahu keadilan dan meminta pihak berkuasa mengheret suspek ke muka pengadilan. Tindakan dia   melampau kerana pernah mengugut mahu mengikat sekali gus menjerut leher arwah  dua minggu lalu.

Mujur bapa saya yang tinggal bersebelahan rumah arwah terdengar pergaduhan mangsa dengan bekas suaminya. Kalau tidak, kami tidak tahu nasib arwah ketika itu.”

Begitu kata Rosliza Fadzil, 35, kakak sulung kepada Rosnizal, 30, yang disahkan meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini,   jam 4 petang, semalam.

Sebelum ini, mangsa   tidak sedarkan diri selain patah kaki kanan   parah di kepala selepas dipercayai dilanggar   kenderaan lain sebaik melompat keluar dari kereta dipercayai dipandu bekas suaminya dalam kejadian di Bukit Pinang, Pokok Sena, di sini, Khamis lalu.Menurut Rosliza, suspek sering   mengganggu adiknya yang juga tukang masak sehingga pernah menjerut Rosniza menggunakan tali di leher walaupun mereka sudah bercerai  hujung tahun lalu.

Suspek sangat ‘psiko’ kerana pernah mengugut mangsa ‘kalau aku tak dapat hang, orang lain pun tak boleh dapat hang’. Adik saya   tiga kali bercerai dengan bekas suaminya kerana suspek   kaki pukul, namun suspek masih menganggap arwah isterinya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSB, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah mempunyai dua anak, Muhammad Izzuddin Rosnizam, 11, dan Muhammad Danish Rohdi, 5, yang tinggal bersamanya.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas suspek dengan memberikan hukuman setimpal terhadapnya,” katanya.

  Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan mangsa meninggal dunia, semalam, akibat   parah  selepas dimasukkan ke HSB sejak Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini melakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini.





      Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 04:48 PM | Show all posts
Apa cerita pasal kes ini?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 04:58 PM | Show all posts
sedih tgok muke anak2 arwah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:15 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065902 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list