|
vip2 kene bli bulletproof vest la pasni.
baru rm800-2k aja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawakian tak rasis , tp main tembak jer kalau x puashati .. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 21-6-2016 05:46 PM
vip2 kene bli bulletproof vest la pasni.
baru rm800-2k aja.
Mana nak beli? |
|
|
|
|
|
|
|
vest saja tak cukup... kena helmet sekali...
|
|
|
|
|
|
|
|
ngengade je korang neh bulletproof bagai...ini sah2la kes mmg dah aimed.bukannya secara rambang.lainla kalo korang mmg suka kwn ngan gengster |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada kaitan dgn tung huat cmpany..:: |
|
|
|
|
|
|
|
Speku-maybe ada kaitan dgn ptahankan tanah adat dayak tempoh hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun rasa ada kaitan dengan company tu...harap2 lah pjenayah tu dpt ditangkap dengan segera. smpai bebunuh kerana tanah
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk cabut lari ke Australia
Gambar fail keadaan mayat Bill Kayong selepas ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri-Bintulu pada 21 Jun lalu.
KUCHING – Polis mengesahkan seorang suspek bergelar Datuk yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong dipercayai berada di Australia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar berkata, suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun lalu iaitu dua hari selepas kejadian.
“Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata, mereka dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.
Bill atau nama Islamnya, Mohd. Hasbie Abdullah ditemui mati di dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu ahli politik itu akibat terkena tembakan pada leher di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri-Bintulu ketika dalam perjalanan menuju ke pejabatnya pada 21 Jun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek
Datok BN
Dato Lee Chee Kiang
|
|
|
|
|
|
|
|
details pasal heols
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembunuhan Bill Kayong: Polis guna perintah rasmi bawa pulang suspek berpangkat 'Datuk'
Syah Hairizal Kamalul Arifin, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 17, 2016 12:44 MYT
KUALA LUMPUR: Polis akan menggunakan perintah rasmi kerajaan untuk membawa pulang seorang lelaki berpangkat 'Datuk' yang merupakan seorang suspek kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong, yang kini dilaporkan berada di Australia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar, memaklumkan suspek yang berpangkat 'Datuk' itu dilaporkan terbang ke Australia dua hari selepas insiden tembakan pada 21 Jun lalu.
"Dia (Datuk) antara tiga suspek yang diburu polis sebelum ini berhubung siasatan pembunuhan terbabit.
"Memang betul suspek telah ke luar negara dua hari selepas kejadian dan kita akan gunakan saluran rasmi untuk membawa pulang suspek," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya pemburuan suspek kini telah selesai dan kesemua telah pun dituduh di mahkamah.
"Semua telah selesai dan kita telah tuduh kesemua mereka bersama-sama Lee Chee Kiang dan hanya menunggu tarikh perbicaraan," ujarnya lagi.
Jelasnya sebarang perkembangan terkini siasatan pembunuhan hanya akan diketahui setelah perbicaraan ke atas semua suspek selesai mengikut ketetapan mahkamah.
Terbaru Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sementara Lie Chang Loon, 37 didakwa mengikut Seksyen 109 kerana bersubahat membunuh.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat jalan Miri-Bintulu pada 21 Jun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
muda lg hitman tu...baru 29
|
|
|
|
|
|
|
|
stars83 replied at 21-6-2016 10:13 PM
Mesti ada kaitan dgn tung huat cmpany..::
apakah ceritanya psl tung huat ni...
sampai kne bunuh2 |
|
|
|
|
|
|
|
psl perebutan tanah adat.
|
|
|
|
|
|
|
|
masa mel baca bill kayong x sangka dia seorang Islam...
masa pengebumian Bill Kayong dijalankan dua adat...cara Iban dan Islam...so ramai orang iban datang masa pengebumian Bil Kayong...
Inilah sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
yup, dia mualaf....
ini bg mhormati kaum keluarga arwah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dondangdendang replied at 18-7-2016 02:44 PM
yup, dia mualaf....
ini bg mhormati kaum keluarga arwah.
kan...sayu aja..mel suka baca cara mereka respek bill kayong...ni boleh kat serawak..kalau sini faham sendiri ajalah |
|
|
|
|
|
|
|
hihihi...kalau berita ni tembus kat smnjg haritu pun mmg kena kecam jg. nsb xda org yg viralkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melati_kesuma at 18-7-2016 05:10 PM
dondangdendang replied at 18-7-2016 05:00 PM
hihihi...kalau berita ni tembus kat smnjg haritu pun mmg kena kecam jg. nsb xda org yg viralkan... ...
tulah...nasib kan...apa pun tengok kes ni mcm mana...mmg dia protect pasal tanah...dhlah tempat kena tembak tu ramai orang...mmg target dh masa tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|