CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: always_typo

Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m (merged: ketam_msk_lemak)

[Copy link]
Post time 15-12-2006 10:50 AM | Show all posts
tak payah lari pakai spender cam yg lain kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2006 09:04 AM | Show all posts
Bagus! Bagus! TAPI  rasanya lebih BAGUS kalau dia x berlari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 02:58 PM | Show all posts
Menutup aurat tidak halang bersukan - Ruqqaya Al Ghasara            

Salmah Mat Husain

Sat | Feb 17, 07 | 01:03:29 PM

KOTA BHARU, 17 Feb (Hrkh) - Jaguh pecut Asia, Ruqqaya Al Ghasara memberitahu Kelantan merupakan negeri luar pertama menjemputnya secara rasmi selepas menjuarai sukan berprestij itu tahun lalu.



Beliau merakam ucapan terima kasih pada Nisa' dan kerajaan Kelantan kerana menjemputnya untuk hadir pada kejohanan Nisa' Games yang berlangsung di sini, hari ini dan esok.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana memberi ruang pada Nisa' untuk menampilkan acara sukan yang mempamerkan pesertanya menutup aurat.

"Menutup aurat tidak boleh dijadikan penghalang kepada wanita Islam aktif dalam bersukan kerana ia sedikit pun tidak menganggu seseorang maju dalam sukan," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang mula aktif dengan acara sukan sejak berusia 12 tahun dan tidak menafikan pelbagai halangan yang terpaksa dihadapinya sebelum menjulang pingat emas pada Sukan Asia Doha.



Antaranya, penampilan saya yang menutup aurat di tengah-tengah masyarakat dunia sewaktu beraksi menjadi rasa pelik serta janggal oleh peserta dan pengurus pasukan negara lain.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan mereka tidak pernah mendiskriminasikan walaupun penampilan saya sebegini, saya dilayan sebagaimana peserta lain," ujarnya.

Bukan itu sahaja, ujarnya dengan menutup aurat juga beliau dapat menonjolkan imej Islam sebenar walau di mana sahaja kita berada termasuk bersukan.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakannya itu dapat dijadikan contoh kepada semua atlet Islam supaya menutup aurat termasuk di Malaysia.

"Saya juga berharap atlet Malaysia iltizam dengan pakaian Islam serta menutup aurat walau di mana sahaja berada, termasuk ketika bersukan, sebab ia jelas tidak menghalang seseorang itu aktif dalam sukan," katanya.



Menurut Ruqqaya kerana pendiriannya sentiasa teguh dalam menutup aurat menyebabkan kedua ibu bapanya tidak menghalang beliau aktif dalam sukan.

Sebelum ini Ruqqaya pernah mencipta beberapa kejuaraan lain di kejohanan Liga Arab antaranya 100 meter dan 200 meter pada tahun 2003.

Beliau mempunyai tujuh adik beradik iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Ruqqaya juga akan menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan Universiti Bahrain. Sebelum itu belajar di Kolej Telok yang memberikan sokongan padu kepadanya sehingga berjaya dalam sukan.

Selepas menjulang pingat emas 200 meter tahun lalu, beliau menerima ucapan penghargaan daripada Raja Bahrain di atas kemenangan itu.

- Harakah -

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 03:21 PM | Show all posts
:pompom: :pompom:
bertudung bkn lg alasan xley bersukn!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 07:04 PM | Show all posts

Reply #8 kinky71's post

abes tuh x kan nak pakai pakaian longgar mcm jubah tuh???nanti mcm bendera berkibar2 lak...pikir lah logik sket...lgpon,adakah pakaian dia dpt menaikkan nafsu penonton???

aku rasa baju dia ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 15-12-2006 10:50 AM
tak payah lari pakai spender cam yg lain kan...



kononnya dgn berspender makin laju lagi lariannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.110099 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list