CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nal

TOKOH - TOKOH PAHANG YANG DILUPAI

 Close [Copy link]
semantan This user has been deleted
Post time 17-7-2006 12:39 PM | Show all posts
heee.mungkin kita pernah beborok kut Imam perang weh.koi pun tak banyak tahu sangat.tapi dengar dari cita org tua2 n baca buku sikit.memang ada keturunan dia yang belajar silat.tapi silat yang dipelajari oleh arwah shamsudin asal dari terengganu.kalau tak silap koi lah.(kalu silap tol maap n betul kan.)arwah belajar dari Aki awang serabai dari keturunan Keluarga yunus.Dan memang silat ini ada campuran dari dato bahaman ataupun imam perang weh.sebab zaman dahulu ilmu mempertahan kan ini penting. bukan tak nak bukak.koi rasa skarang budok dah tak berapa minat dengan benda ini.lagipun anak-anak arwah shamsudin kebanyakkan tiada di cempaka.tapi koi dengar ada ura-ura nak bukak gelanggang. tapi tak tahu bila. sebenarnya ramai org lanchang yang tahu ilmu persilatan. tapi dia taknak tunjuk dan tak ramai yang nak mewarisinya.Contohnya kat kg bolok, teris, etc.lagipun bukan sikap kita org pahang yg nak menunjuk2.sebenarnya kebanyakkan org lanchang adalah dr rumpun yang sama.so bersaudaralah.mungkin jauh n dekat sahaja.pasal imam perang weh nie dia memang seorg yang berani dan tak pentingkan diri.dan untuk pengetahuan kg lanor pernah manjadi tmpt sultan pahang beradu semasa perang dunia ke dua.untuk tokok lain kat semantan dan pahang nanti koi cari dalam buku.masalahnya semua maklumat nie takdekat pahang. tapi ada kat kl.nanti koi cari.

[ Last edited by  semantan at 17-7-2006 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semantan This user has been deleted
Post time 17-7-2006 02:43 PM | Show all posts
koi mintak maap la pd nal.bukan maksud koi nak kata org tua2 kat temeloh tu masuk komunis, tapi untuk memperjuangkan tanah air tercinta.Betul kata nal tu.memang kalu nak ikutkan selepas era pecahnya empayar johor-riau, pahang adalah salah satu kuasa besar dan mempunyai kait rapat dengan acheh.disini timbul hulubalang-hulubalang yg berani dan perkasa.kan pekan terdapatnya kubur2 pembesar acheh.(kalu tak silap koilah).kepahlawanan ini disambung semasa era perang klang dan sebagainya.terdapat juga rakyat pahang yg terlibat dlm perang lain dinegeri tanah malayu.Dan dikatakan juga semasa perang klang hulubalang pahang nie membuka tanah sendiri.contohnya kg kuantan kat kuala selangor.dan kalau tak silap koi banyak juga nama yg mc kat phg.tapi memang org pahang nie masa dulu berani dan sifatnya yg setia kp sultan.ok lg satu sebenarnya sultan nie memberi pertolongan dlm senyap kpd pejuang org pahang.sebab tu ramai hulubalang pahang yg tinggal kat pekan atau kuantan.
berbalik kepada cerita komunis tadi, memang ramai org pahang yg masuk hutan untuk menentang penjajah.mereka nie ditekan oleh penjajah. dan sebenarnya ramai org melayu yg tersepit antara penjajah ngan komunis.dengan semangat dato bahaman dan rakan2 (ada diantaranya berketurunan pahlawan pahang).dan antara markas yg paling kuat adalah kg awah, temerloh.Sebenarnya mereka ini adalah dari kesatuan melayu muda pimpinan ishak hj muhammad.apabila pati ini diharamkan(krn berhaluan kanan), mereka masuk hutanlah akibat drpada tekanan penjajah.dan sebenarnya niat mereka hanya satu untuk menghalau penjajah dr bumi pahang dan malaysia.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 18-7-2006 12:44 AM | Show all posts
ISHAK HJ MUHAMAD
Anak Pahang yang bergiat dalam bidang penulisan dan persatuan di era 30 - 60 an. Dilahirkan di Kg. Segantang, Temerloh tahun 1909. Mendapat pendidikan sekolah melayu, Inggeris dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Bergiat aktif dengan Kesatuan Melayu Muda (1938). Selepas Perang Dunia Kedua bergiat cergas dalam PKMM.
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 18-7-2006 09:23 AM | Show all posts
nal...kau kenal tokok lain tak.leh kita forum lg.heee.ishak hj muhammad nie aku rasa dia kena isa kat kemunting.tapi masa dalam tahanan dia dah kurang aktif.ahmad boestamam lebih aktif lak.sehinggalah dia jadi ketua editor di utusan...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 18-7-2006 11:47 AM | Show all posts
Ishak Hj Muhamad (Pak Sako) memang telah ditangkap dan hanya dibebaskan pada tahun 1955.

Nama2 lain seperti Jaafar Hussin, Mahmud Baginda, Manap Siwang, Agus Salim, Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Kamaruzaman Teh, Ismail Tekan, Ibrahim Chik dll lagi. Huraian tak sempat lagi. lain kali yek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 12:39 PM | Show all posts
panjang ceritanya... timakasih bebanyak le ingatkan pasal sejarah pahang
Reply

Use magic Report

Follow Us
semantan This user has been deleted
Post time 18-7-2006 01:58 PM | Show all posts
kalu ada sesedara mereka nie leh lah masuk forem nie.koi nak sangat tahu sejarah mereka.kerana pemikiran mereka nie kritis.berani kerana benar.
Reply

Use magic Report

ImamPerangWeh This user has been deleted
Post time 18-7-2006 02:16 PM | Show all posts

TOKOH-TOKOH PAHANG YANG DILUPAI

Terima kasih semantan wehhh...koi tak tahu pun yang arwoh shamsudin tu belajor dengan awang serabai...tapi sapa awang serabai ni?....tokoh jugok ke?....awok duduk beloh mana kat lanchang tu?...koi ni jarang2 pegi sana, cuma kalau tugasan memerlukan koi akan kesana...Walaupun koi tengok kebanyakan tokoh pahlawan berasal dari pahang, tapi koi tetap pelik....kenapa orang pahang bila keluor jer dari pahang tak der semangat setiakawan macam orang2 kelantan...slang pun beruboh...dah tak bunyi orang pahang langsung...daripada koi belajor sampailer koi keja, mesti ada segelintir kawan2 koi yang malu nak cakap slang pahang....koi pulok jenis yang main belasoh jer cakap pahang...kena pulok duduk beloh-beloh ulu sikit, bapoklah pekatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semantan This user has been deleted
Post time 18-7-2006 04:46 PM | Show all posts
arwah awang serabai nie taklah tokoh.tapi di nie tinggi juga ilmunya. baik ilmu agama dan ilmu silat.aok duduk mana ImamPerangWeh.tapi ayah dia yunus.dalam keluarga yunis nie terdapat imam perang jugak.tapi koi xingat namanya.dia nie seangkatan dng imam perang weh.kira bersaudarala.kalu ikut pertalian arwah samhsuddin nie anak saudara atau cucu kepada arwah awang serabai.Arwah awang serabai nie tinggal kat rantau panjang.ramai gak yg belajar silat ngan dia.yg koi kenal dan mungkin boleh menjadi guru ialah mat silong.nanti koi cari lg maklumat pasal arwah awang serabai nie dan kaitan dengan ImamPerangWeh.

lg satu.koi bersetuju dngn aok "ImamPerangWeh".masa koi belajor dulu memang susah nak cari budok pahang ckp pahang.baik ckp kelantan.pastu memang org pahang nie tak bersatu.tengok persatuan anak negerilah.kalu persatuan anak negeri pahang buat aktiviti, org negeri lain yg dtg.mengapa dan apa.lg satu sekiranya negara kita diserang berapa ramai org pahang sanggup pertahankan tanah air mcm datuk nenek kita dahulu.tepuk dada tanya hati.............

[ Last edited by  semantan at 18-7-2006 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 18-7-2006 07:38 PM | Show all posts
bukan orang pahang tak nok cakap negeri pahang...... cuba deme semua bercakap dengan orang jerantut, raub,lepis, temerloh dan beloh kuantan. silap 2 macam itik dengan ayam. sorang koi, sorang kas dan sorang kawe. last sekali tak serupa orang pahang bunyinya. negeri lain tak palah boleh kata sekata jeh bunyinya tapi pahang dah lain. contoh kitalah kas orang jerantut buruk benor rasanya nak bahasakan diri kas dengan koi.heeeeeeeee...........
berbalik pada tokoh tadi......... imam perang weh ni belah mana yeh. lagi satu kat sekolah budu ada sekolah panglima garang.. ada sesipa tahu sejarahnya dan tak lupa tengku kudin dan orang kaya haji kat lepis. menarik juga kesohnya dia orang ni.
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 18-7-2006 07:55 PM | Show all posts
gambar Pawang NONG
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 19-7-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by ImamPerangWeh at 18-7-2006 02:16 PM
Terima kasih semantan wehhh...koi tak tahu pun yang arwoh shamsudin tu belajor dengan awang serabai...tapi sapa awang serabai ni?....tokoh jugok ke?....awok duduk beloh mana kat lanchang tu?...koi  ...


Kome rase la bukannya oghang Pahang tak emboh cakap Pahang, tapi kite kene ingat jugak, Neger Pahang ni besor, lain daerah lain slangnye. Kedua kemungkinan oghang Pahang ni malu sebab deme ni tak tau sejarah kepahlawanan dan sumbangan oghang Pahang sendiri dalam membentuk negare Malaysia ni. Kebanyaokan sejaroh yang ditulih dok memihak kepada oghang Pahang.
Kesimpulannye kite la generasi yang kene menguboh dan memberitahu agor kite ni bangge sikit.
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 19-7-2006 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by terang at 18-7-2006 07:38 PM
bukan orang pahang tak nok cakap negeri pahang...... cuba deme semua bercakap dengan orang jerantut, raub,lepis, temerloh dan beloh kuantan. silap 2 macam itik dengan ayam. sorang koi, sorang kas d ...


imam perang weh nie belah lanchang.kalu dulu org semantan lah.betul logat pahang nie berbeza mengikut arus sungai or daerah, tapi kita boleh dengar bunyi org pahang gak.nahunya tetap org pahang.laju dan leweh jre berbeza.apa kata kalau kita buat mcm org dahu beri salam dan senyum selalu.leh mengeratkan lg siraturrahim.jangan sampai x ngaku org pahang dah.
skrg nie koi ada dengar org mengutuk dato bahaman nie penakut n tak handal.koi tok leh nak beta kerana kita xde bukti, contoh warisan dato bahaman nie seperti silatnya, strateginya, ilmu agamanya.boleh wokme bagi koi dua tiga hujah yg ada bukti.senang koi nak berhujoh ngan budok2 nie.plzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

ImamPerangWeh This user has been deleted
Post time 19-7-2006 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by semantan at 19-7-2006 11:34 AM


imam perang weh nie belah lanchang.kalu dulu org semantan lah.betul logat pahang nie berbeza mengikut arus sungai or daerah, tapi kita boleh dengar bunyi org pahang gak.nahunya tetap org pahang ...



koi setuju dengan pendapat wokme semua tentang bunyinya lain antara satu daeroh dengan daeroh yang lain....tapi itulah pahang...itulah warisan...itulah identiti setiap daeroh tu....jadi koi rasa(pendapat koi ler) tak saloh nok cakap guna loghat daeroh masing2..yang penting sesama kita paham...dan secara tidok langsung ia memperkenalkan loghat daeroh kita kepada rodong2 kita....

bebalik kepada cerita dato bahaman yang diperlekehkan tu...ngikut ke ati koi ni, memang menyirap jer rasanya...cuma pesan koi, kalau nak tahu hebat x hebat datok bahaman tu,datangler ke lanchang @ temerloh @ ke pahang dan perlekehkan kewujudan dan perjuangan dato bahaman tu....tak payoh waris dato bahaman rasa koi, cukup dengan orang pahang jer bagi jawapannya...

sapa duduk beloh2 raub dalam forum ni...koi cuma nok bertanya jer...koi dengor kat raub dulu ada seorang tokoh(nama koi tak ingat)...tokoh ni terer dari segi ilmu persilatan mahupun keagamaan...dan yang paling koi nak tahu tu, ada anok muridnya yang masih bukok gelanggang di raub dan boleh mengajor ilmu silat macam cerita2 dongeng...boleh terbang, boleh buat kuasa dalam...betoi ke? koi dengor menda ni dari kawan koi yang duduk raub...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 20-7-2006 02:24 AM | Show all posts
Tentang memartabatkan loghat tu, koi sejutu ya amat.
Kalau oghang yang merendoh2 kan Dato' Bahaman tu hanye oghang yang bercakap tak gune otak, sbb oghang cam ni tak tau ape2.
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 7-9-2006 01:51 AM | Show all posts
mana kekawan yang suka borak pasal tokoh ni...... senyap jeh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2006 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by semantan at 13-7-2006 06:32 PM
koi nak ketengah juga pejuang nie.
abu samah nie org lanchang.beliau dugelar pengganas kerana masuk komunis.Tapi kita tahu sebab apa dia masuk komunis tak.perjuangan dato bahaman telah melekat kat ...



aku pernah melawat rumah abu samah kat kuala lanar tu
tengok sendiri kesan tembakan askar pada dinding rumah
kuasa Allah tiada yang mustahil, belaiu selamat dan sekarang ada di Thailand:hatdown:
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 21-11-2006 12:50 PM | Show all posts
Kamaruzaman TehNamenya ramei oghang yang tidak pernah mengenalinya, tetapi jiwa merdekanya patut dicontohi dan berjuang hingga ke akhir hayat.
Di tahan ISA dari tahun 1952 - 2003, kalo tak silap kawan, dibebaskan setelah berumur 80 tahun lebih dan disahkan oleh doktor tiada harapan hidup lagi.
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 21-11-2006 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 21-11-2006 12:50 PM
Kamaruzaman TehNamenya ramei oghang yang tidak pernah mengenalinya, tetapi jiwa merdekanya patut dicontohi dan berjuang hingga ke akhir hayat.
Di tahan ISA dari tahun 1952 - 2003, kalo tak silap k ...

siapa dia tu nal........cerita sikitlah latar berlakang dia.......... sekarang dia masih ada keh?
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 24-11-2006 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by terang at 21-11-2006 07:57 PM

siapa dia tu nal........cerita sikitlah latar berlakang dia.......... sekarang dia masih ada keh?


Nanti koi tulih, sibuk sesangat sekarang ni...Maaf yek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list