CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Selamat Hari Guru-16 Mei

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2009 11:56 AM | Show all posts
Erti pemberian sebatang rotan - Surat 2
SEKUNTUM mawar merah sebuah nukilan daripada seorang bapa kepada para guru yang pernah mendidik anak-anak saya dari mula mereka berada di tadika hinggalah ke menara gading.

Pada bulan Januari tahun 1990, setelah meminta izin daripada pengetua, saya pergi ke bilik darjah bertemu seorang guru perempuan yang mengajar di tahun lima SRK Taman Melawati. Tujuan saya menemui guru tersebut cuma ingin menyerahkan sebatang rotan untuk digunakan sekiranya beliau mendapati sukar untuk mendisiplinkan anak saya yang memang terkenal dengan kenakalannya.

Di pertengahan tahun ketika ibu bapa dikehendaki hadir untuk mengambil laporan kemajuan murid, sempat saya bertanya kepada guru berkenaan tentang kesan ‘sebatang rotan’ ke atas anak saya. Alhamdulillah, usaha saya menemui guru tersebut bukan sahaja memberi kesan positif kepada anak saya khususnya tapi kepada murid lain juga amnya.

Tujuan saya menukilkan contoh di atas kerana ingin berkongsi pengalaman atau pun cara orang lama berinteraksi dengan guru - golongan insan yang terlalu banyak jasanya kepada masyarakat.

Sebagai bapa kepada lima orang anak, izinkan saya memberi penghargaan kepada insan-insan mulia yang bergelar guru yang pernah membimbing anak-anak saya sehingga kesemuanya berjaya bertapak di menara gading.

Kepada guru-guru dan tenaga pengajar Tadika Wirawati, Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati, Sekolah Menengah Taman Melawati, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Sungai Petani, Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Kolej Matrikulasi Melaka, UiTM Shah Alam, UPM Serdang, MMU Cyberjaya, USM Pulau Pinang dan UTHM Parit Raja, terima kasih yang tak terhingga. Jasa kalian tiada ternilai. Selamat Hari Guru.

ALI ABDULLAH

Taman Melawati

Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2009 12:10 PM | Show all posts
Jual telur itik, wang 20 sen dari guru - Surat 3
ESOK Hari Guru. Sempena hari penuh bermakna kepada para guru ini, ingin saya menyingkap kembali betapa besar jasa dan kasih sayang guru saya sewaktu di sekolah rendah di kampung awal tahun 1960-an dahulu. Menitis air mata apabila terkenang kembali.

Datang daripada keluarga susah, saya seringkali tidak mempunyai wang poket untuk berbelanja. Selalunya emak akan membekalkan nasi bungkus dan air teh dalam botol. Inilah bekalan seharian saya ke sekolah.

Menyedari kesusahan keluarga, saya tidak merungut. Malah saya bersyukur kerana masih ada rezeki nasi bungkus dan air teh.

Namun sekali sekala teringin juga membeli makanan di kantin. Waktu itu dengan hanya lima sen sudah boleh dapat nasi lemak. Untuk membolehkan saya mendapat sedikit duit ini, saya kerap membawa telur itik dari rumah untuk dijual kepada guru di sekolah. Ketika itu emak membela dua ekor itik telur.

Saya tahu ada guru yang bersimpati dengan saya. Beliau (kini sudah arwah) paling kerap membeli telur itik yang saya bawa. Kadang kala dua biji atau tiga biji. Saya boleh mendapat 20 sen hasil jualan itu. Jumlah itu sangat besar pada ketika itu.

Malah saya menyedari ada kalanya cikgu itu bukan sangat memerlukan telur itik itu. Tetapi kerana rasa simpati dia membelinya juga. Itulah jasa dan budi baik yang tidak saya lupakan, di samping ilmu yang diturunkan kepada saya.

Saya juga tidak lupa jasa seorang lagi guru (juga sudah arwah) yang kerap memberi saya duit poket apabila membaca doa. Pada perhimpunan pagi, saya sering dipanggil ke hadapan untuk membaca doa. Selepas membaca doa cikgu ini akan memberi saya wang 20 sen. Saya tahu ia bukan upah tetapi ia cara beliau memberi wang kepada saya kerana dia tahu saya susah.

Guru ini kemudian telah berpindah tempat mengajar. Saya bersyukur kerana setelah berpuluh tahun tidak bertemu, saya dapat menemuinya bersama keluarga saya. Sangat gembira hati saya bila bertemu dengannya. Begitu juga dengan beliau. Bertukar-tukar cerita lama sangat menyentuh kalbu. Dan bertambah sayu hati saya bila mendapat tahu guru ini telah kembali menghadap Ilahi beberapa tahun selepas saya bertemu dengannya.

Itulah guru. Jasa bakti bukan terbatas hanya untuk memberikan ilmu, tetapi juga meluahkan kasih sayang sesama insan, terutama kepada yang kurang bernasib baik. Itulah mulianya hati guru yang telah mendidik saya menjadi insan berjaya.

Kepada guru-guru saya yang telah pergi meninggalkan alam fana ini, saya berdoa semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan diberi keampunan oleh Allah SWT. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

ANDALA,

Bagan Datoh, Perak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 12:12 PM | Show all posts
Kongres harap permohonan cuti guru 30 hari dilulus
JERANTUT 14 Mei - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) berharap kerajaan dapat mengumumkan berita gembira bagi golongan pendidik pada sambutan Hari Guru Sabtu ini iaitu cuti 30 hari setahun.

Pengerusi Kongres, Jemale Paiman berkata, permohonan itu telah lama dikemukakan dan ia merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, kelmarin.

''Cuti tahunan guru pada masa ini adalah tujuh hari. ia merupakan antara yang diperjuangkan Kongres membabitkan perkhidmatan dan kebajikan guru.

''Perbincangan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi itu menunjukkan tanda yang positif," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jemale yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) berkata, ketika ini para guru menikmati cuti tahunan sebanyak tujuh hari.

Dalam pada itu katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan termasuk kajian semula elaun guru yang bertugas di pedalaman dan peluang kenaikan pangkat guru lepasan diploma.

Pada pertemuan itu juga katanya, kerajaan sedia menimbang syor supaya guru besar dan penyelia di pejabat pelajaran daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menerima gred lantikan DGA36 manakala guru penolong kanan DG32 diletakkan di gred DGA34.

Katanya, kenaikan gred itu berasaskan beban tugas guru berkenaan kerana tanggungjawab tersebut mengganggu tugas pengajaran di kelas.

Menurutnya, perbincangan itu juga melibatkan perkhidmatan guru lepasan diploma DGA29 hingga DGA38 yang memperoleh ijazah dilantik ke Gred DG42 seperti jururawat U29 berijazah dilantik ke gred U42 dalam kementerian berkenaan.

''Kesatuan mahukan kaedah ini diguna pakai untuk guru di gred berkenaan yang memperoleh ijazah sebagai pengiktirafan perkhidmatan mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun," tambah beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by anya8797 at 14-5-2009 23:56
rossa...atira....

sekolah you all hari guru biasa buat apa?


aku lecturer... tapi aku anggap diri aku cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #29 Lina66's post

terima kasih lina... maklumle.. anak2murid aku ni semua kategori mat2 rempit
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:18 PM | Show all posts
selamat hari guru kpd semua cikgu2....
jasamu tetap dikenang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2009 12:19 PM | Show all posts

Balas #45 atira\ catat

hang nasihat lah sikit dia oag tu jgn merempit..
kang kene tangkap siapa yg susah..
mak bapak gak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 12:20 PM | Show all posts
selamat hari guru untuk bapaku dan sepupu-sepupuku (dlm 10 org aa)..
dan yang paling penting utk aku sendiri..semoga aku tetap tabah mengajar anak2 muridku yang sgt nakal ini dan semoga berkat segala ilmu yang aku curahkan pada anak2 kecil ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2009 12:26 PM | Show all posts

Balas #48 elnor_81\ catat

elnor guru gak ek...
selamat hari guru juga buat elnor..
semoga terus tabah dlm mendidik anak bangsa kita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 12:30 PM | Show all posts
Kajian naikkan elaun guru di pedalaman
KUALA LIPIS 8 Mei - Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menaikkan kadar elaun guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman selepas mengambil kira kepayahan yang terpaksa mereka lalui.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, kajian tersebut dibuat selepas pihaknya meninjau kesukaran hidup guru yang bertugas di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Dalam kajian itu menurut beliau, kerajaan akan menambah kategori elaun kawasan pedalaman kepada lima berbanding hanya tiga pada masa ini.

''Selepas meninjau kehidupan mereka (guru pedalaman), sewajarnya mereka diberi elaun yang lebih munasabah berbanding sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Lenjang dan SK Titom, Hulu Jelai, dekat sini hari ini.

Katanya, pada masa ini, terdapat tiga jenis elaun bertugas di pedalaman iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500 yang dibayar kepada guru mengikut kategori kawasan yang ditetapkan.

Menurut beliau, kerajaan akan meminta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) membuat kajian menyeluruh untuk menentukan jumlah bayaran elaun bagi lima kategori yang akan diperkenalkan itu.

''Kenaikan elaun itu nanti merupakan insentif agar guru lebih bersemangat menjalankan tugas di pedalaman yang tersisih daripada segala kemudahan.

''Kita bangga dengan guru yang bertugas di pedalaman kerana mereka cukup kental dan menunjukkan kesungguhan mengharungi kesukaran untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa," tegasnya.

Menceritakan pengalaman lawatannya ke kawasan pedalaman Sarawak baru-baru ini, Puad memberitahu, beliau berjumpa dengan seorang guru wanita yang sarat mengandung dan telah berkhidmat lebih lima tahun di kawasan yang jauh daripada keluarga.

''Namun guru wanita itu tetap menjalankan tugas tanpa rasa bosan dan kecewa," jelasnya.

Antara kes lain, katanya, ada guru yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan liputan talian telefon bimbit untuk menghubungi keluarganya.

''Saya terharu dan bangga kerana guru-guru di pedalaman berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif di sekolah dan kelas mereka agar setanding dengan di bandar.

''Mereka menggunakan sumber tempatan, kreativiti dan inovasi untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dengan baik," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 12:35 PM | Show all posts
Komitmen guru tingkatkan sistem pen didikan

Oleh MARZITA ABDULLAH

KUALITI sistem pendidikan tidak boleh me ngatasi kualiti guru-guru. Dengan perkataan lain guru yang sebenarnya menjamin kualiti sistem pendidikan di sesebuah negara.

Laporan Mckinsey ini diakui oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Oleh itu, falsafah ini selaras dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Guru berkualiti adalah suatu ke mestian dan bukan lagi keistimewaan dalam konteks pendidikan di negara ini.

Ini juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mi or Shaharuddin bahawa berkualiti itu mesti ada dalam diri seseorang guru.

“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wa wasan 2020,” tegasnya.

Kementerian Pelajaran katanya bertang gungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana guru berkualiti menjamin ‘kemen jadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.

“Ini juga ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kemenjadian adalah outcome yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya bukan output. Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi outcome ataupun kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang,” katanya.

Berdasarkan tema Guru Pembina Negara Bangsa ini juga beliau melihat peranan guru amat penting dalam membina negara bangsa justeru pelancaran buku Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.

SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pe gangan bagi guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguru an, pengetahuan dan kefaha man dan kemahiran pengaja ran dan pembelajaran (P&P).

Guru akan membuat pena rafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya ber banding dengan standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan penarafan kendiri adalah untuk guru me nambah baik kualiti diri dan tugas masing-masing.

“Mereka menggunakan ins trumen ini boleh mengetahui di mana diri dia, dia boleh berusaha mencapai standardnya yang kita tetapkan. Guru sendiri ataupun pihak-pihak tertentu boleh juga membuat penilaian terhadap guru,” katanya.

Namun tegas Asariah, SGM bukan suatu penilaian untuk menghukum guru dan bukan untuk dikuatkuasakan tetapi hanya untuk diuar-uarkan bahawa guru di negara ini mem punyai standard kualitinya sendiri seperti gu ru di negara lain terutama negara maju.

Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan me lihat di mana diri mereka dalam sistem. Bagi guru yang sering tertanya tentang ‘berkualiti’, apa standard yang mereka perlu ada maka SGM adalah petunjuknya.

Walaupun pembikinan SGM berasaskan ne gara luar namun penanda arasnya dibangun kan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.

Melahirkan guru berkualiti dan guru ce merlang pokok pangkalnya adalah bermula daripada pengambilan calon dan latihan yang diikuti oleh guru-guru berkenaan. Justeru kata Asariah, pengambilan guru yang ber kualiti bukan sahaja dengan kelayakan aka demik tetapi mengenal potensi seseorang itu yang boleh digilap untuk menjadi guru yang berkesan.

“Untuk itu calon perlu me lalui ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTest). Perkara yang kita tekankan ialah dari segi kematangan fikiran dan dalam MTeST itu ada satu kom ponen iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), yang me nekankan aspek yang kita kenal pasti daripada guru-guru selain adanya Malaysia Educations Se lection Inventory (MEdSI) oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA)’’ katanya.

Kementerian Pelajaran sen tiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara pengambilan guru-guru baru dan mengenal pasti calon yang ada potensi untuk dibangunkan sebagai insan guru yang berkesan.

Selain daripada ujian ini, calon-calon juga dikehendaki menghadiri temu duga untuk mengenal pasti kebolehan berkomunikasi, kematangan berfikir, cara menyampaikan idea dan berhujah dan ini telah diperke nalkan sejak 10 tahun yang lalu.

Kini Kementerian Pelajaran sendiri amat berbangga bahawa trend permohonan guru tidak lagi menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan akhir. Apatah lagi baru-baru ini bagi permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) banyak calon yang memohon adalah mereka yang mempunyai keputusan SPM cemerlang malah memperoleh keputusan 13 1A.

“Mereka meletakkan pilihan keguruan se bagai pilihan pertama berbanding lapan pi lihan yang lain. Bagi saya, itu telah mem perlihatkan kejujuran dan keikhlasan mereka untuk menjadi guru,” katanya.

Jika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru menjalani latihan dan apabila mereka keluar menjadi guru baru, mereka terus dinilai melalui Program Jaminan Kua liti yakni apabila ditempatkan di sekolah. Di sana mereka wajib meminta dinilai oleh guru besar dalam tempoh enam bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah.

Mereka dinilai daripada personaliti, P&P, kokurikulum dan aspek pengurusan dan dari semasa ke semasa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan memantau prestasi guru.

“Selepas enam bulan guru besar akan me mulangkan semula borang penilaian kepua san pelanggan kepada IPGM dan kita me nganalisis, apakah pandangan Guru besar terhadap prestasi guru-guru ini selama enam bulan,” katanya.

Dan untuk itu IPGM telah menetapkan kualiti standard bahawa guru baru mesti melepasi sekurang-kurangnya 80 peratus da ripada standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan.

Pada 2008, guru keluaran IPGM telah me lepasi standard kualiti guru permulaan yang ditetapkan dan ini memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 Kementerian Pelajaran.

Menyedari latihan praperkhidmatan itu ti dak boleh menjamin seorang guru untuk kekal berkualiti berkhidmat dalam tempoh 30 tahun akan datang maka program latihan dalam perkhidmatan guru amat penting agar mereka sentiasa mempertingkatkan kema hiran dan pengetahuan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Kemen terian Pelajaran menyediakan peluang untuk guru menambah ilmu, mendapatkan kema hiran dan kursus motivasi agar mereka peka tentang tugas dan tanggungjawab dan ke cintaan mereka terhadap profesion ini.

Mulai tahun lalu, Ketua Pengarah Pela jaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sendiri telah mengarahkan peruntukan terus kepada sekolah untuk melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah.

Tahun ini sahaja, kira-kira RM47 juta telah diperuntukkan kepada semua sekolah untuk sekolah menjalankan latihan di samping kur sus yang diadakan oleh IPGM dan pihak lain.

Dengan peruntukan itu guru besar melalui jawatankuasa latihan perkhidmatan peringkat sekolah akan membuat analisis keperluan la tihan dalam kalangan guru mengenai bidang yang diperlukan oleh guru dan pada pandangan Guru besar memang guru itu memerlukannya.

Mereka boleh mendapat khidmat dari IPGM atau pensyarah untuk datang ke se kolah melaksana kursus atau menghantar guru mengikuti kursus yang diperlukan.

Kata Asariah, cabaran untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah tanggungjawab bersama dan masyarakat tidak boleh me letakkannya kepada satu-satu pihak sahaja sebaliknya semua pihak bertanggungjawab, misalannya pihak IPGM bertanggungjawab melahirkan guru permulaan yang berkualiti.

Apabila guru ini ditempatkan di sekolah, sekolah pula perlu menyambut dan menyo kong agar guru ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Justeru IPGM me ngalu-alukan maklum balas daripada guru besar dan pengetua mengenai perkara yang perlu ditambah baik.

“Ini kesedaran kita. Setelah keluarkan pro duk kita, kita hantar kepada pelanggan. Pe langgan beri maklum balas apa yang perlu ditambah baik dan kita mengharapkan pihak sekolah terus membimbing guru.

“Maklumlah guru yang baru ini, walaupun sudah menjalani latihan selama empat tahun mereka perlu masa menyesuaikan diri. Untuk itu mereka memerlukan bimbingan yang berterusan daripada pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, latihan permulaan tidak mencukupi sebaliknya guru perlu latihan berterusan untuk pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang cara mereka perlu ber depan dan menangani cabaran semasa.

Justeru, kata Asariah, sokongan, komit men, kerjasama dan keterbukaan semua war ga pendidik menyahut cabaran itu merupa kan kunci kejayaan warga pendidik dan sis tem pendidikan itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 07:04 PM | Show all posts
SLAMAT ARI GURU TUK CEKGU HAKU...N SLAMAT ARI LAHIR TUK HAKU
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 07:15 PM | Show all posts
Selamat hari Guru buat bekas guruku Zabariah Wahab yang sekarang dah jadi Adun Bertam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by along3746 at 15-5-2009 12:26
elnor guru gak ek...
selamat hari guru juga buat elnor..
semoga terus tabah dlm mendidik anak bangsa kita...


a'ah along...terima kasih..doa2kanlah kami guru2 ni supaya byk bersabar menghadapi karenah anak2 murid zaman skarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 01:20 AM | Show all posts

Reply #24 logy's post

makasih aa... tahun ni sekolah kita org kena buat team koir lak utk hari guru peringkat daerah.. kira.. boley karaoke laa kat sini dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by zehra2 at 16-5-2009 01:20
makasih aa... tahun ni sekolah kita org kena buat team koir lak utk hari guru peringkat daerah.. kira.. boley karaoke laa kat sini dulu...


Aku ingat dah banyak buat research ...........ermmm   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 01:40 AM | Show all posts
selamat hari guru tukang bawak pelari duit ke ostrolia.... sejarahmu akan ku kenang.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 09:18 AM | Show all posts
happy teachers' day.....

to those  who have taught me......and to those whom i have the opportunity to teach with...

your presence humbled me........
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 09:40 AM | Show all posts
Selamat Hari Guru kat Atira, Anya, Rossa & semua guru2 kat CARI FORUM. Semoga korang makin enjoy mengajar.



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 09:46 AM | Show all posts
wahhhh.. kak bai....

cantiknyer munga......sedapnya makanan.......

tima kasih kak bai.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.820386 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list