CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikilala_comei

Dayang Nurfaizah yang terbaru

[Copy link]
Post time 16-5-2013 05:59 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 15-5-2013 06:31 PM
tetap suka lagu dia ni

another song yang around 2003~ 2005 tue ape??
xingat la..tajuk yang ade 'Rindu'..
masuk AJL semi final xsilap...
i,m not sure..didnt remmber..huhu,..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 06:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 07:16 AM | Show all posts
Anuar disaran pinang Dayang



BUKAN mudah untuk mendapat peluang mengadakan satu sesi fotografi bersama dua orang penyanyi popular, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah lantaran kesibukan jadual masing-masing.

Akhirnya, peluang tersebut terlaksana apabila Anuar dan Dayang telah hadir pada sesi fotografi yang diaturkan sempena mempromosikan album terbaharu mereka iaitu Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini sudah berada di pasaran.

Biarpun tujuan utama adalah untuk mempromosikan album berkenaan, tetapi dapat bertemu kedua-dua penyanyi yang boleh dikategorikan sebagai gred A itu pada masa yang sama telah memberi peluang untuk mencungkil lagi cerita-cerita menarik tentang mereka berdua.

Antaranya, mengenai status hubungan yang terjalin antara mereka memandangkan agak kerap digandingkan bersama dalam pelbagai persembahan nyanyian yang diaturkan sehingga ada yang beranggapan mereka bercinta.

Bagi menjawab segala persoalan yang timbul tentang status hubungan mereka itu, Anuar menjelaskan langsung tiada jalinan cinta antara dia dan Dayang.

"Kalau orang melihat kami beraksi mesra di atas pentas ketika menyanyi bersama-sama, ia tidak bermakna kami ini bercinta kerana apa yang kami lakukan itu sebagai satu cara penghayatan ketika menyanyi.

"Saya sudah agak lama mengenali Dayang iaitu sejak tahun 1999. Secara jujurnya saya menganggap dirinya tidak lebih sekadar seorang adik dan berasa agak pelik kalau ada yang menyangka kami ini bercinta," jelasnya mengenai status hubungannya dengan penyanyi kelahiran Sarawak itu.

Apa yang menariknya, Anuar turut mendedahkan bahawa kemesraan yang ditampilkan itu telah menyebabkan ramai yang suka dengan gandingan mereka sehingga ada yang menyuruh mereka berkahwin memandangkan kedua-duanya masih solo.

"Ketika menjayakan sesebuah persembahan ada peminat bertanya kepada saya tentang khabar Dayang kerana menyangka kami bercinta, sedangkan kami memang amat jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk.

"Terdapat beberapa kejadian lucu yang saya alami apabila terdapat peminat yang menyuruh saya berkahwin sahaja dengan Dayang kerana dia suka melihat keserasian kami," ujarnya.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia kerap memilih Dayang sebagai rakan duetnya ketika mengadakan persembahan, Anuar menyatakan, dia begitu kagum dengan vokal dan bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu.

Mengakui terlalu selektif terhadap pemilihan penyanyi yang akan bergandingan dengannya, adik kepada Ziana Zain itu menjelaskan, dia lebih selesa bekerjasama dengan penyanyi yang rapat dengannya.



DAYANG mengakui dirinya masih kekal solo tanpa teman lelaki buat masa ini.


"Tidak dinafikan di Malaysia memang ramai penyanyi wanita yang sangat hebat, tetapi saya cuma memilih individu yang rapat dan sudah lama kenal supaya kerjasama itu menjadi lebih mudah.

"Bukan mahu terlalu memuji Dayang kerana secara ikhlasnya saya melihat dia merupakan antara penyanyi wanita yang hebat. Kalau menyanyi dalam keadaan sistem bunyi yang teruk dia masih mampu menampilkan persembahan yang baik," ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini dia sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita lain seperti Hetty Sarlene, Hunny Madu dan Amy Mastura. Namun begitu, sehingga kini dia belum pernah berkolaborasi dengan kakaknya sendiri.

"Permintaan itu memang ada dan sudah ada perancangan serta beberapa buah lagu telah dipilih, tetapi kombinasi suara kami memang tidak sesuai untuk berduet bersama," jelasnya.

Berkenaan dengan album Anuar Dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, ia mengandungi 14 buah lagu dan empat daripadanya menampilkan duet mereka menerusi lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih.

Komposer luar

Bercerita lebih lanjut mengenai aktiviti seni terbaharunya, Anuar memberitahu, dia sedang menghasilkan sebuah album khas menerusi rakaman konsert solo pertamanya iaitu Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 17 Februari lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Anuar, pada tahun ini buat pertama kalinya dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan untuk Minggu Setiausaha seperti kelaziman kerana telah menganjurkan konsert tersebut.

"Album khas ini dihasilkan atas permintaan ramai dan selepas itu saya akan memberikan tumpuan pula kepada penerbitan album baharu yang dijangka akan siap pada tahun hadapan.

"Pemilihan lagu pula masih lagi belum dilakukan, tetapi saya akan tampilkan konsep yang lebih ceria. Mungkin saya akan terus memilih lagu yang dihasilkan oleh komposer dari Indonesia," jelasnya.

Apabila diminta mengulas mengenai dirinya yang menggunakan khidmat komposer luar seperti album terdahulu, penyanyi itu menyatakan, langkah tersebut memberi kesenangan dalam proses pemilihan lagu.

Bukan hendak menafikan kebolehan dan kepercayaan komposer tempatan, tetapi Anuar menyatakan kebanyakan mereka agak sibuk kerana perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi yang lain.



ANUAR mengakui pelik andai ada yang menyangka dia bercinta dengan Dayang.

"Saya akui komposer di Malaysia memang ramai yang hebat dan bagus, cuma kalau saya hendak menggunakan khidmat komposer pilihan sendiri, ramai yang tidak boleh buat kerana terlalu sibuk.

"Jadi, saya lebih suka mengambil pendekatan dengan memilih lagu-lagu yang dihasilkan komposer Indonesia kerana lebih banyak pilihan yang dapat dibuat," ujarnya.

Selesa bersama

Dilihat agak malu-malu apabila mendapat pujian yang melambung, ternyata Dayang Nurfaizah tetap merendah diri dan berasa sangat bertuah kerana menjadi pilihan Anuar Zain untuk berkolaborasi bersama.

Berhubung dengan dirinya yang dikatakan mempunyai ikatan istimewa dengan penyanyi tersebut, Dayang turut beranggapan bahawa Anuar seperti seorang abang memandangkan pengalamannya yang luas selama 30 tahun dalam industri nyanyian.

"Kalau ada yang menyangka saya dan Anuar bercinta, ia merupakan satu perkara yang cukup pelik. Ternyata tidak terlintas langsung untuk kami bercinta dan kemesraan yang ditampilkan pula atas dasar profesional.

"Tidak dinafikan agak ramai peminat yang mahu melihat kami berdua berkahwin, cuma kami lebih selesa kalau berkolaborasi bersama di pentas nyanyian atau menerusi album," ujarnya yang masih belum memiliki teman lelaki.

Berkenaan dengan projek kolaborasi seterusnya bersama Anuar, penyanyi tersebut menyatakan belum ada perancangan lagi buat masa ini. Namun begitu, dia tidak akan menolak sekiranya dapat bergandingan bersama pada masa akan datang.

Mengenai projek terbaharunya pula, Dayang menjelaskan dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah single berjudul Bisikan Rindu untuk lagu tema drama bersiri Dahlia.

Selain itu, dia akan menjayakan sebuah showcase di The Venue, Pavillion, Kuala Lumpur pada 23 Jun ini.

"Ketika ini saya mahu mempromosikan lagu berkenaan terlebih dulu. Tentang album baharu pula perancangan itu memang ada dan kini sedang dalam proses pemilihan lagu yang sesuai," ujarnya yang kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2011 iaitu Sayang & Cahaya.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 07:34 AM | Show all posts
kulit macam dayang ni laa yg mat2 saleh suka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 07:46 AM | Show all posts
Dua2 nampak semakin muda....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah lah ambik lamaran Nuar Zaib..Karang Dayang happy hanya zahir tapi merana batin...

Berlambak lagi mamat berkaliber kat luar sana...Ko cari lah Dayang...Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2013 08:33 AM | Show all posts
ZaraPalarae posted on 15-5-2013 06:40 PM
errrkk lawa ker

** abis aku kena lahar dgn karatz lopak

lawa pada pandangan mata aku laaa...
mata korang aku tak tau laa pulak... hodoh ke.. buruk ke..

pada pandangan firasat aku dia nie ada aura pengoda...walaupun dia bukan sifat pengoda




Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:36 AM | Show all posts
biskut_milo posted on 15-5-2013 11:21 PM
Nampak macam dia pakai braces yg invisible ...korang ni pun...gelap sikit berkerak...Putih macam adi ...

tulah kan...ada je yg tak kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 08:47 AM | Show all posts
cantik and ssweet...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:24 AM | Show all posts
i sgt suka suara dayang....bila nyanyi ada style tersendiri.

pernah jumpa dia kat low yat....dlm thn lepas. simple jekkk....
kulit dia cantik lah...dan tak nampak gelap pun.
yg paling i suka, dia yg senyum dulu bila tgk i...then i senyum balik. sweet je dia ni...

tapi tu lah....tak berkenan betul bila dia terlalu mem beyonce kan diri dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:37 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 16-5-2013 05:59 AM
another song yang around 2003~ 2005 tue ape??
xingat la..tajuk yang ade 'Rindu'..
masuk  ...

Bisikan Rinduku..Theme song drama bersiri Dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:45 AM | Show all posts
dayang ni suara dia sangat sedap....dayang, kalau org xnak kat awak, awak terima lah saya nih..single and available lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:46 AM | Show all posts

sukaaaaaa dayanggg.
sore dia fuhhhhhh.. lagu favvy seandainya masih ada cinta tu...

btw, i suka kulit dia.. itu bukan berkerak.. sbb kulit dia sekata jek dr muka, leher, tgn, kaki..
n nmpak tanned yg glowing gituhhh.
i prefer her skin dr kulit adira tuh

korang ni kannn, kulit gelap dikata berkerak, kulit putih dikata maikel jeksen, mayat hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:48 AM | Show all posts
juliez posted on 15-5-2013 11:57 PM
selalu kalau kulit & looks mcm dayang ni berebut2 mat salih nak.. exotic katanya


kannnnnnnn. mcm azah aziz tu kannnn?
cantikkkkk laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:54 AM | Show all posts
kulit dia nampak polished, bersih la. Aku rasa kalau jumpa depan2 nie mesti cantik gak kalau tgk kulit dia. Anyway, dia dah ada handphone tak skarang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 09:58 AM | Show all posts
dia mmg kurus, body lawa, tp ada gak yg x kena pada pandangan aku.. gigi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 09:59 AM | Show all posts
komen aku tentang imej terbaru Dayang... Nija AF1 wannabe?





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:00 AM | Show all posts
off topic sat

apa lopak boh atas kepala dia???sabut nyok??
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:06 AM | Show all posts
noell posted on 16-5-2013 10:00 AM
off topic sat

apa lopak boh atas kepala dia???sabut nyok??

dah rope org dedulu nk g basuh kaen bawak tempayan atas pale..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:08 AM | Show all posts
cantik dia ni... tapi belum ada jodoh... rasanya tunggu Anuan Zain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179784 Replies : 4073
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22417 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73370 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7478 Replies : 82
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14794 Replies : 100
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5558 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.537555 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list