CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] The EDGE telah digantung 3 bulan.

[Copy link]
Post time 25-7-2015 12:57 PM | Show all posts
......

Tiga Sebab Permit The Edge Digantung - KDN


Datuk Alwi ibrahim (gambar fail)KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian 'The Edge' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2015 12:59 PM | Show all posts
dcruins replied at 24-7-2015 07:58 PM
nampaknya pelowyat2 ni kena tunjuk lah duit billion tu masuk mana, atau mereka sendiri pun tak pasti ...

tadaklah tu...kalau ada takkan suruh najib tunjukkan akaunnya utk membuktikan tuduhan depa...ni undang2 madey...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 25-7-2015 01:23 PM
badaksumbu replied at 25-7-2015 12:51 PM
bp sebenarnya yg hang cuba nak ckp ni, kalau ikut report 2.6 bilion yg katanya masuk akaun najib,  ...


26 ribu juta translates ke 2.6 billion ler badak...yg 26 billion tu takkan hang sensitip sangat hal typo error ..sedangkap najib menipu unit ke cash dlm parlimen pun hang tak kisah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:22 PM | Show all posts
flying_cow replied at 24-7-2015 11:56 PM
Sundals2 kerajaan out there tak faham konsep investigative journalism. Sundals2 fikir tugas suratkha ...

Kerajaan saman Fitnah???.kehkehkehkehkeh....kerajaan ada kuasa melalui SKMM utk mengantung mana2 media yg dirasakan telah melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012...undang2 tu labu oiii..

The Edge lah yg patut saman kerajaan krn kerajaan gantung papernya..jumpa dimahkamah lah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:25 PM | Show all posts
makneng replied at 25-7-2015 12:55 PM
Mak nak tanya ni, pesbuk bila lak nak tutup? Jgn lahar mak.

Ko nak sangat ke pesbuk ditutup???..kalau betul2 nak pak boleh cadangkan......
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:25 PM
Ko nak sangat ke pesbuk ditutup???..kalau betul2 nak pak boleh cadangkan......

Cadang kan je pak.  Mak dh beralih arah ke insta.  Pesbuk so yesteryear.  Lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2015 01:28 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 25-7-2015 12:51 PM
bp sebenarnya yg hang cuba nak ckp ni, kalau ikut report 2.6 bilion yg katanya masuk akaun najib,  ...

Macam Tun lah...sat 42B, sat 27b, sat lagi 14b...yg mana satu tak tahu lah..sbb TUN tarak buat pembetulan..minta maaf jangan haraplah..najib silap dia betulkan fakta yg dia silap dlm parlimen tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:28 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-7-2015 01:20 PM
26 ribu juta translates ke 2.6 billion ler badak...yg 26 billion tu takkan hang sensitip sangat  ...

konfiden je hang buat kesimpulan kan utk semua benda kan,

ni i nak tanya soalan yg i dah tanya sebelum ni, duit 2.6 bilion tu confirm duit 1mdb ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2015 01:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:28 PM
Macam Tun lah...sat 42B, sat 27b, sat lagi 14b...yg mana satu tak tahu lah..sbb TUN tarak buat pem ...

tu sebenarnya yg sy terfikir pun, blh main2 petik2 angka, dah x tau mn yg betul sekrg ni, kita yg duk ikut dpd awal blh la translate, yg tak tau hujung pangkal baru nak join memaki hamun tu x payah ambik kira, senang konsep diorang ni,
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:33 PM | Show all posts
buang masa jer dengan "trial by media", bukti dah di tangan(document dah ada jangan lupa bayar pulak dengan pencuri document tu pulak.... ), buat jer lah report polis.... , nak takut apa? paper pro gomen macam utusan pun dah berkali-kali kalah di mahkamah melawan leader2 pembangkang, tunggu apa lagi??

tak payah buang masa macam style media2 Rupert Murdoch macam WSJ dan banyak lagi yang asyik nak buka silat "mahkamah media" jer memanjang....

beruntunglah kena ban 3 bulan jer walaupun kerosakan yang telah dibuat agak serius, nasib baik gomen m'sia tak kejam macam gomen temasek yang tembak mati terus portal The Real Singapore ibarat Kim Jong Un tembak mati pengkhianat nya pakai air defense gun atau dibagi makan anjing2 lapar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:38 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 25-7-2015 01:28 PM
konfiden je hang buat kesimpulan kan utk semua benda kan,

ni i nak tanya soalan yg i dah tan ...

biasalah...berlagak jadi hakim kedai kopi...tun suruh makan taik..depa akan makan taik tu..

bilakita kata..buat apa hang makan taik tu...depa boleh pusing...ehhh tu bukan taik lah...tu cokolat...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 25-7-2015 01:28 PM
konfiden je hang buat kesimpulan kan utk semua benda kan,

ni i nak tanya soalan yg i dah tan ...

Ada aku kata duit 1mdb?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:40 PM | Show all posts
makneng replied at 25-7-2015 01:27 PM
Cadang kan je pak.  Mak dh beralih arah ke insta.  Pesbuk so yesteryear.  Lol

kalau nak instra ditutup pun boleh dicadangkan...negara ni ada undang2 mak...bukan kita duduk dlm belantara tanpa sebarang undang2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:43 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 25-7-2015 01:31 PM
tu sebenarnya yg sy terfikir pun, blh main2 petik2 angka, dah x tau mn yg betul sekrg ni, kita yg  ...

sebab tu awai2 lagi dah diingatkan...tunggu lah audit dan PAC siasat....kan senang...ni tak?...semua nak sembang kencang..kalau betul tak pa jugak...ni pi sambung fitnah..mcm fitnah tu dah jadi makanan dan minuman depa dah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 02:12 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 01:43 PM
sebab tu awai2 lagi dah diingatkan...tunggu lah audit dan PAC siasat....kan senang...ni tak?...sem ...

maksud anda, akhbar UTUSAN ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 02:16 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 24-7-2015 04:40 PM
Takpalah, yang penting Najib dapat diselamatkan...............

Phew ! Lega dgr Najin dpt di selamat kan .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2015 02:34 PM | Show all posts

yg hang dok ckp dgn konfidennya pm malaysia songlap duit 2.8 bilion tu duit siapa yg dia songlap?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 02:37 PM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 25 July 2015| Kategori: Kunta Kinte,Utama | Add Comment »

The Edge Digantung Sebab Berkonspirasi Sabotaj Negara


1. Kritikan bahawa penggantungan The Edge Financial Daily sebagai satu langkah menghalang kebebasan bersuara dan mendedahkan penyelewengan adalah tidak tepat dan “mislead” masyarakat.

2. Hakikatnya The Edge telah menyiarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap 1 Malaysia Development Berhad selama lebih lapan bulan tanpa gangguan mahu pun tindakan undang-undang oleh Kerajaan. Adakah Perdana Menteri dan Kerajaan ini tidak demokratik?

3. Kerajaan hanya menggantung The Edge apabila telah muncul bukti dan kenyataan bahawa pemilik The Edge berkonspirasi dengan Justo, Sarawak Report dan beberapa pihak yang belum didedahkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib melalui serangan ke atas 1MDB.

4. Konspirasi menyerang 1MDB dan Perdana Menteri bukan lagi sekadar mendedahkan penyelewengan tetapi telah untuk menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. Ketika ini dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang yang turut membabitkan ringgit.

5. The Edge sebagai sebuah akhbar kewangan sepatutnya turut memberi tumpuan dan “highlight” kepada pencapaian ekonomi negara yang dianggap memberangsangkan oleh agensi penyelidikan dan penarafan antarabangsa. Namun mereka memilih untuk merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan gosip-gosip penyelewengan oleh Perdana Menteri.

6. Malah ketika kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat di peringkat Audit Negara, Parlimen dan pasukan petugas khas, The Edge berterusan mengulangi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat tanpa mahu menunggu keputusan siasatan yang sedang dijalankan.

7. The Edge juga bertindak jahat kerana hanya menyerahkan dokumen-dokumen yang diperolehi mereka kepada Polis beberapa hari lalu walaupun tuduhan dan dakwaan telah dibuat mereka sejak tahun lalu.

8. Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mendakwa beliau bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa.

9. Jika benar demikian, mereka telah membuat laporan polis dan menyerah dokumen sejak hari pertama mereka mendapat atau menyiarkan maklumat terbabit. Sebaliknya mereka menyiarkan sedikit demi sedikit tuduhan dan menyebabkan Malaysia berada dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.

9. Tujuan The Edge jelas sekali bertujuan mewujudkan ketidaksatbilan ekonomi dan politik bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan “jahat dan nakal”. Dan sekarang telah jelas ada konspirasi malah usaha menyunting dokumen yang diperolehi secara haram bagi mewujudkan prasangka ke atas kerajaan. – MYKMU.NET
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 25-7-2015 02:51 PM
badaksumbu replied at 25-7-2015 02:34 PM
yg hang dok ckp dgn konfidennya pm malaysia songlap duit 2.8 bilion tu duit siapa yg dia songlap?
...


So...hang tau la mai mana duit tu...? I'm all ears kalau najib nak come clean mai mana duit tu...tak perlu nak korna sana sini...akukenal rapat  dgn cousin dia dan aku au mcmana tahap kekayaan keluarga Tun Razak...so tak perlulah nak menipu duit tu dr dana keluarga Tun razak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kasibiman at 25-7-2015 03:33 PM
Anak_Nogori replied at 25-7-2015 02:37 PM
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 25 July 2015| Kategori: Kunta Kinte,Utama | Add Comm ...


4. Mmg le sbb taik dlm 1MDB la jadinya ringgit merudum. Kalu takde angin pokok takkan bergoyang.

5. Tiap2 bulan ada segment "state of the nation" mengupas trade data, fx reserves. kJ pon guest writer. Pandangan dan pendapat berbagai lapisan wakil perkhidmatan kewangan dikupas setiap minggu. Pencacai baca utusan toksah kencing la. Baca pon tak penah gamaknya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.088236 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list