|
[Jenayah]
Angkara kekasih panas baran, remaja perempuan berusia 16 tahun koma dibakar!!
[Copy link]
|
|
hari tu kata dia ada guna ipad yang lokasinya kat bukit tunku kan?.... |
|
|
|
|
|
|
|
padan muke dah kena tangkap. Sesuka hati je nak bakar anak orang. Perangai mcm syaitoon!!! Benci giler tgk muke budak lelaki tu jeir lidah. Bajet cute tp perangai hampeh. Rasain lu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bayar je karpal singh kalau nak lepas |
|
|
|
|
|
|
|
sharfox posted on 24-8-2012 08:48 PM
Sakai tu kan nama suku orang asli di Semenanjung? Kalau dia orang Sakai, apa nak disensitipkan? La ...
mane ade suku sakai dlm org asli...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalwawi65 posted on 24-8-2012 10:57 PM
Jika pernah baca Buku Siri Bercakap dengan Jin 1 (SBDJ)- Episod 16 rasanya dulu penulisnya Tamar ...
Masih boleh diperdebatkan. Suku Biduanda yang membentuk eksklusif peperintahan di Nesmilan ada kaitan dengan Orang Sakai. Jangan menidakkan sejarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita panas ka sampai page 25.? |
|
|
|
|
|
|
|
sharfox posted on 26-8-2012 09:42 AM
Masih boleh diperdebatkan. Suku Biduanda yang membentuk eksklusif peperintahan di Nesmilan ada kai ...
Bagus perbincangan ni. At least dpat ilmu juga untuk pembaca lain. Sakai ni memang wujud kalau tak takkan ada nama. Orang kg aku masa aku kecik pun panggil orang asli ni Sakai. Semua org asli di panggil Sakai. Stahu aku puak Sakai ni yang terdapat di Negri sembilan. Ttg Suku biduanda pula , diketahui terbahagi kepada 2 bahagian iaitu "Biduanda Di Air" iaitu yang datang dari Sumatera dan "Biduanda Di Darat" iaitu golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun.
Point aku sebenarnya nak btahu ada orang asli yang tak suka gelaran nih kerana bila di sebut Sakai ( hamba abdi)seolah-olah semua orang asli tu orang Sakai.Itu yang Tamar Jalis kena sound dak orang asli tu. Dulu aku kat Cameron . kan ramai orang asli kat situ. Bila bergaul join dia orang tahu lah sdikit sebanyak adat dan budaya dia orang . Itu je. Apapun thanks. tambahan ilmu. Kesimpulan. Orang Sakai adalah satu suku dari orang asli tetapi ingat bukan semua orang asli itu boleh dipanggil Sakai. Takut tersalah panggil tak fasal gaduh pulak silap-silap kena ilmu dak Tok Batin.Ramai di kalangan kita yang salah faham tu.
p/s. Ini thread Angkara kekasih panas baran remaja 16 tahun kena bakar dah jadi perbincangan bab Sakai plak. Last edited by kalwawi65 on 26-8-2012 04:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Friday, 31 August 2012
Amir Dan Rakan Didakwa Cuba Bunuh, Bakar Remaja Wanita
KUALA LUMPUR β Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan cara membakar menggunakan petrol sehingga melecur anggota badan.
Turut didakwa rakan lelaki berkenaan dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim S. M Komathy Suppiah.
Teman lelaki wanita itu, Mohd Amir Mohd Anuar, 19, dan rakannya Muhammad Faiz Kamaruddin, 24, didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dengan membakarnya sehingga menyebabkan cedera sehingga 30 peratus pada anggota badannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan semak di belakang Puspakom, Wangsa Maju pada pukul 3.15 pagi, 13 Ogos lalu.
Mohd Amir, yang bekerja di Hotel Sheraton, di sini, diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Muhammad Faiz bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak diwakili peguam.
Pendakwaan, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes tersebut tidak boleh dijamin.
Sementara itu, pegawai penyiasat kes tersebut, Insp Chua Sze Yuan, yang hadir ke mahkamah hari ini ketika ditanya Komathy memberitahu mahkamah bahawa mangsa masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Hakim Komathy menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh. β Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk penjara sungai buloh rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
sharfox posted on 24-8-2012 12:31 PM
Ada ke suku Sakai buat rumah panjang Kat Sarawak? Agak2 la bikin statement kalo kurang akal pun.
...
Maaf jikalau terasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 31-8-2012 07:58 PM
Maaf jikalau terasa.
Iyo la Changa. Bukan nak mtk maap sebab tak betul fakta kan? Stended la forummer camni. Aku tak pernah salah. Ko tegur aku? Ko salah la....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|