CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] Wan Azizah isytihar dapat sokongan majoriti untuk jadi Menteri Besar

[Copy link]
Post time 14-8-2014 02:16 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 14-8-2014 02:14 PM
Ha ha ha...kelakar budak Tak mau bayar ptptn ni

orang nak bagi free, dia nak bayar pula
tak tercapai fikiran aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 14-8-2014 02:15 PM
Tolak wan azizah = sokong mat toyo.... Haha....

Orang Tak mau bayar ptptn mcam tu lah....baru aku tau kaedah matematiknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:17 PM | Show all posts
abas8888 posted on 14-8-2014 02:02 PM
surat  senarai YB yang sokong WAWI ni memang benar wujud..disimpan oleh Ezam dalam enam kotak fail.. ...

macamana kotak boleh hilang? ada org padam lampu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
x abis2 lagi.... sudah2 la nenek oii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 14-8-2014 02:07 PM
AN tergedik2 nak suruh aku komen ye... dan tuduh  menyorok blakang pintu ye.. mmg dasar umno betul ...

Alasan tak boleh bla..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:18 PM | Show all posts
susah hati nampak ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 02:18 PM | Show all posts
ladydutch posted on 14-8-2014 02:05 PM
so ada lagi ke yang rela BERMB kan semula Khir toyo kalau tak nak wan azizah?
sanggup ke tengok mb  ...

boleh .. asal MB tu bawak saya sekali ...

(tak habis2 laaa dgn disneyland diaaaa!!!)

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:18 PM | Show all posts
dauswq posted on 14-8-2014 06:11 AM
majoriti terpaksa bersetuju la hendaknya
apa rakyat boleh buat, melainkan undi ngan harapan org ...

macam lama lagi drama ni nak habis ya?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 02:19 PM | Show all posts
if kak jijah jadi MB, PR will lose a vote from me.. dah elok2 anak tempatan dan orang yang berkaliber jadi MB, si pendatang ni sebok nak rampas kuasa demi agenda parti.. bagus la jugak PR tak menang hari tu.. Tuhan bagi sikit terus kucar-kacir camni..bukak pekung di dada sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Next

samaada bubar dun, khalid tetap nak jadi mb, ataupun khalid sukarela letak jawatan

pas bersama pakatan ataupun keluar
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:20 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-8-2014 02:13 PM
So..nama2 dun pas Selangor yg wan jijah klaim sokong dia tu siap ada akuan sumpah tu buat lah PC m ...

dun2 PAS betray la tu sblm 17hb punya kpstn..
takkan tak faham lg pak cik AN

mereka mengingkari arahan majlis ulamak parti PAS, bkn arahan keseluruhan parti PAS..
erdogan mane leh tahan pak2 lobai mcm nasaruddin, mp temerloh bila depa ni bersuara..tambah2 lagi bila ada ura2 mcm bergabung ngan umno
depa senada ngan khalid samad, mujahid rawa, hatta, husam tu...

sbb tu saya ckp sblm ni dlm PAS, ade 2 puak - erdogan & ulamak..
tp org tu kate saya saje mereka-reka sbb nak memecahbelah..
padahal mmg betul pun..
kalau tak,tak delah arwah mb kedah dulu kena sabotaj dek glgn erdogan ni...


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
emmaisa posted on 14-8-2014 01:50 PM
majoriti rakyat selangor nak ke ds wan azizah jadi mb?


Xnak la ooiii.. nyampah plak aku dgn dia sekarang. Elok2 imej lindungan kaabah, skrg mengada2 sgt nak jawatan. Ko duduk penang sna jaga kawasan ko la nenek.. marahnya aku

Mungkin perlu bubar aje dun. Mana tau jijah kalah kat kajang, mmg xkan merasa jadi MB la gamaknya. Last edited by tipuware on 14-8-2014 02:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:24 PM | Show all posts


Dua ADUN PAS sokong Azizah kerana Pakatan

Dua ADUN PAS yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi mengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan Rakyat terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang hadir pada sdiang media menyokong Wan Azizah.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:24 PM | Show all posts
emmaisa posted on 14-8-2014 02:18 PM
macam lama lagi drama ni nak habis ya?

tgg jelar sape yg menang
aku dapat rasakan kepimpinan PAS terpaksa ingkari arahan majlis ulamak PAS buat pertama kali dlm sejarah parti mereka..
mereka lebih rela mengekalkan glgn erdogan dlm parti dr berpecah-belah ...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:25 PM | Show all posts
ladydutch posted on 14-8-2014 06:16 AM
orang nak bagi free, dia nak bayar pula
tak tercapai fikiran aku

Kalau PTPTN Freeee.... semua student jadi macam kome lar,
PEMALAS NAK MAMPOS! tapi x mampos2.
Sekarang PTPTN pun free kalau 1st class. So nk free blaja rajin2 lar,
ni belajar macam bangla belajar buat simen, nak free,
dapat duit, beli hp baru, bawak awek masok hotel idok?
how imbecile.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:25 PM | Show all posts
saya sebagai anak jati selanor
juga pengundi berdaftar
minta supaya DYMM bubar je DUN
takyah rebut2..kasi kami rakyat memilih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 02:27 PM | Show all posts
set umno kecewa baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:28 PM | Show all posts
Sayangi selangor
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:28 PM | Show all posts
harga yg perlu PAS bayar .....  tu tak termasuk lagi yg d katakan 'pengundi bukan Islam'  yg d agung2kan oleh puak2 PKR ....

tunggu jer lah keputusan rasmi dari PAS ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 02:29 PM | Show all posts
BN jangan harap kerajaan campuran

MENYUSULI pemecatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan perkenan Sultan Selangor untuk dia meneruskan tugas sebagai menteri besar, ramai orang atas pagar berharap akan wujud kerajaan campuran Pas - BN di negeri itu.

Ini diimpikan dengan masuknya Khalid sebagai ahli Pas, apa yang dia sendiri kata sedang diberi pertimbangan dan akan membuat keputusan selepas membersihkan diri daripada tohmahan bekas partinya.

Penyokong Pas yang mula muak dengan kongkalikong politik Anwar Ibrahim dan perlahan-lahan sedang meneutralkan diri, pun juga menaruh harapan serupa.

Konflik MB Selangor yang tercetus daripada idea Anwar mahu isterinya menggantikan Khalid menyebabkan Anwar dan PKR hilang legitimasi untuk memperjuangkan isu-isu lain yang lebih penting. Anwar kini dilihat seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.

Mengenai kerajaan campuran, jangan terlalu berharap!

Ia boleh diimpikan tetapi realiti politik tidak semudah itu untuk Pas menerima BN sebagai rakan kongsi membentuk Kerajaan Selangor yang baharu.

Mursyidul Am Pas sendiri adalah penghalang No 1. Lihat kenyataan-kenyataannya selama ini yang begitu mendalam dendamnya kepada Umno selepas parti itu ditendang keluar BN pada 1978. Dan kita pun sedia tahu bagaimana patuhnya pemimpin dan ahli Pas kepada Tok Guru Nik Aziz.

Justeru, apa yang paling hampir akan berlaku ialah 12 Adun Umno - BN Selangor hanya menyokong Khalid terus memegang jawatan MB jika berlaku usul undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang Dun akan datang, yang dijadualkan pada November.

Kerajaan campuran, merujuk pada kes di Selangor adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dengan gabungan anggota Exco daripada Pas dan BN.

Soalnya, apakah Pas atau Khalid begitu terdesak serta tidak mempunyai pilihan untuk melantik barisan anggota Exco yang baharu?

Harimau tua

Harus diingat bahawa Pas pada masa ini pun, tanpa Khalid mempunyai 15 anggota Dun. Dan saya juga percaya, akan ada seorang, dua atau tiga Adun PKR sekurang-kurangnya yang akan mengikut jejak Khalid meninggalkan PKR. Pada masa ini pun sudah terbayang wajah mereka di ruang minda saya namun tidak manislah untuk saya menyebut namanya!

Dalam kenyataannya kelmarin, Muhyiddin Yassin pun sekadar berkata bahawa 12 Adun Umno - BN hanya akan menyokong Khalid terus sebagai menteri besar. Siapa juga pun tahu bahawa itu yang paling mampu boleh dilakukan oleh BN untuk memastikan projek Langat 2 dapat direalisasikan.

Ada juga pandangan dari dalam Umno sendiri, adalah lebih baik untuk pemimpinnya sekadar diam, jangan membuat sebarang kenyataan kerana berdasarkan sejarah silam, sebarang kenyataan sangka baik Umno terhadap pakatan - seperti cadangan

Kerajaan Perpaduan - akhirnya akan balik menikam. Umno dituduh terhegeh-hegeh minta bergabung kerana tidak mampu lagi bertahan!

Justeru, saya terfikir ada baiknya bagi Umno untuk sekadar tunggu dan lihat hingga hingga sampai masa sidang Dun pada November. Pada masa itu, sokonglah untuk Khalid kekal jika benar mahu menyokong.

Apa pun, kenyataan Muhyiddin itu tidaklah sampai menjejaskan. Namun lebih elok berjaga-jaga. Mana tahu kalau-kalau pemimpin Pas nanti ambil langkah buat pusingan U. Bukan tidak biasa!

Apa pun, Umno janganlah bermimpi lebih daripada itu. Analogi saya, kedudukan Umno di Selangor pada masa ini tidak lebih seperti harimau tua. Walaupun lembu gemuk sudah di depan mata, lauk yang paling lazat itu hanya sekadar boleh dilihat, paling lebih dijilat sahaja kerana taringnya sudah tiada.

Pada pandangan saya, tiada pemimpin dalam barisan atas Umno Selangor sekarang yang diyakini rakyat seperti Khalid. Justeru, Khalid janganlah diganggu ataupun diberi sokongan yang tidak ikhlas untuk dia dimangsakan pula pada masa akan datang, selepas jadi mangsa politik PKR.

Lagi pun, Khalid asalnya daripada dalam mangkuk Umno juga, gayanya kurang lebih seperti Umno. sebab itu pada pilihan raya kecil Ijok yang pertama kali dia bertanding pada 2007, dia pernah tersasul meminta penyokongnya mengundi BN. Dia sertai PKR, pun kerana kecewa dengan permainan politik dalaman Umno yang menyaksikan seorang tokoh ekonomi negara sepertinya, tewas di tangan ahli politik kampung dalam perebutan jawatan ketua cawangan di Kuala Selangor.

Jadi dengan kekalnya Khalid sebagai MB, sudah cukup bagi Umno untuk bermesra-mesraan dengannya, sama-sama menguruskan negeri sebagai pembangkang yang konstruktif demi kepentingan rakyat.

Hannah Yeoh

Sebenarnya, masa depan Khalid dalam politik pun masih lagi samar. Walaupun dia nampak kuat, pengekalan jawatannya seperti yang diumumkan telah mendapat perkenan Sultan Selangor kelmarin setakat bersandar pada "sehingga ada perkembangan terbaru."

Setidak-tidaknya sehingga sidang Dun akan datang pada November, Khalid masih menteri besar. Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh jika mahu panggil sidang khas, hanya boleh melakukannya dengan arahan Khalid sebagai MB. Mustahil Khalid mahu adakan sidang Dun untuk orang beri undi tidak percaya terhadapnya!

Ada yang bertanya, bagaimana Khalid boleh beritahu Tuanku Sultan bahawa dia masih mendapat sokongan majoriti Adun - isu yang sama dibangkitkan Saifudin Nasution dan Tony Pua - sedangkan majoriti dalam Dun Selangor sekarang adalah ahli PKR,

DAP dan Pas yang masih dalam pakatan.

Itulah juga soalan yang sama kita boleh tanya semula kepada Saifudin dan Tony Pua, bagaimana mereka sendiri boleh yakin bahawa kesemua Adun itu menentang Khalid?

Ironinya, Khalid memberitahu demikian kepada Tuanku Sultan atas nama formaliti bahawa setakat ini tiada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya dalam sidang Dun, yang bermakna dia mendapat sokongan majoriti mengikut rekod sedia ada.

Yang penting, Tuanku Sultan mempunyai kuasa untuk memberi perkenan terhadap Khalid.

Jika tidak mempercayai Khalid, baginda boleh sahaja memanggil Adun-Adun untuk menghadap dan bertanyakan sendiri pandangan mereka sama ada mereka mahu Khalid kekal ataupun sebaliknya.

Ini pernah dilakukan oleh Sultan Perak pada Februari 2009 yang menyaksikan Nizar Jamaluddin akhirnya terpaksa turun dari kerusi MB.

Sekarang ramai mengandaikan Khalid akan sertai Pas, yang sekali gus akan mengubah komposisi kerusi dalam Dun Selangor dengan pertambahan kepada Pas - daripada 15 kepada 16 kerusi - manakala PKR berkurang kepada 13. DAP kekal 15 dan BN, 12.

Jika berlaku undi tidak percaya terhadap Khalid dengan andaian dia dan Pas akan dapat sokongan Adun BN sebagaimana yang telah diumumkan oleh Muhyiddin, akan ada 28 Adun berpihak kepada Khalid. Dan diandaikan pula kesemua Adun PKR kekal menentang, begitu juga DAP, pun juga 28 undi. Ini bermakna keputusannya seri.

Ramai yang garu kepala bagaimana konflik ini boleh disudahkan dengan keputusan yang demikian.

Jawapannya ada pada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, Adun DAP yang selain satu undi sebagai Adun, dia juga mempunyai satu undi penentu atau casting vote sebagai Speaker. Dengan ini, undi yang menentang Khalid boleh jadi majoriti mudah, 29.

Ertinya, Khalid belum tentu selamat untuk kekal jawatannya selepas November.

Apa pun, jangan ditolak kemungkinan akan ada Adun PKR yang melompat menyertainya.

Sekurang-kurangnya untuk masa sekarang, kita boleh tarik nafas lega.

http://www.sinarharian.com.my/ko ... n-campuran-1.307254

p/s: bagi wana, khalid ni  ego dan degil..lebih2 lagi kalau orang burukkan dia dengan tuduhan belum tentu betul atau tidak..kan khalid nak saman PKR.. so good luck semua bagi pelakon dalam drama ini..popcorn round 2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159890 Replies : 3913
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25883 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066358 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list