1) Ayam tambatan
Gelaran Ayam Tambatan membuatkan Saiful agak tertekan untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.
2) Bau-bau bacang
Bila kamu sudah berjaya dan kaya, maka ramailah yang mengaku menjadi saudara sedangkan mereka hanya sekadar saudara Bau-bau bacang saja.
3) Berat sebelah
Ramai yang mengutuk tindakan pengadil perlawanan bolasepak itu kerana keputusannya yang Berat Sebelah.
4) Cuci mata
Antara aktiviti yang saya suka laukakan ialah Cuci Mata di kompleks membeli belah berdekatan rumah saya.
5) Langkah kiri
Leman Langkah kiri kerana sebaik saja dia sampai ke majlis rumah terbuka, kambing bakar kegemarannya sudah habis.
Hakimi menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak di sekolahnya
Walaupun Syida dan Mazidah tidak mengenali satu sama lain namun mereka sebenarnya ada bau-bau bacang
Keputusan perlawanan yang berat sebelah ini membuatkan ramai peserta protes kepada pihak pengurusan
Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya
Skuad wanita negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 di tangan Denmark dalam aksi pertama Kumpulan C saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand 2 hari lepas
1) Buta Hati
Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.
2) Gaji Buta
Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.
3) Jalan Buntu
Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.
4) Kepala Angin
Susan nak layan orang yg berkepala angin mcm Amin tu
5) Lupa diri
Dia menjadi seorg yang lupa diri setelah berjaya dalam hidupnya.
Terkesima membaca pengorbanan seorang guru Bahasa Melayu yang sanggup meredah perjalanan berlumpur sejauh berpuluh-puluh kilometer. Kisah seorang guru dari Kota Bharu, Kelantan ini menjadi contoh apabila beliau sanggup melupakan rasa selesa yang wujud di kebanyakan sekolah di kawasan bandar sebaliknya beliau bersama-sama guru-guru lain tekad menabur bakti kepada anak-anak Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Syabas di atas pengorbanan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Selamat menyambut hari guru diucapkan kepada semua guru-guru tidak kira di mana jua berada. Guru-guru telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kita supaya kita dapat menjadi insan yang berguna pada masa depan. Tanpa guru, kita tidak mendapat pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Komitmen guru-guru dalam mengajar kita amat tinggi dan tanpa jemu.
Guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Pengorbanan guru amat murni kerana sanggup buat apa sahaja demi kepentingan kita
tanpa mengira penat lelah. Seharusnya kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sanggup luangkan masa mengadakan kelas tambahan, program berbentuk motivasi dan melatih dalam acara sukan demi kebaikan kita di masa hadapan. Mereka sanggup ketepikan hal peribadi demi kejayaan kita.
Bukan ganjaran yang mereka hendakkan dari kita tetapi melihat kita berjaya sudah cukup memuaskan hati mereka. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.
Kesungguhan mereka dalam mendidik, membimbing kita wajar kita kenang sehingga akhir hayat. Semoga guru-guru dapat teruskan mengajar walau rintangan di zaman sekarang amat tinggi.
Marilah kita sama-sama menghargai jasa-jasa guru. Semoga ingatan kita pada mereka membuatkan mereka terus bersemangat untuk mengajar pada generasi seterusnya. Terima kasih guru-guru kerana telah memdidik dan membimbing kami dengan sabar. Selamat hari guru. Semoga senyum selalu.