CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Jehan Miskin Sah bergelar suami pd Julie Camelia Rhee pg.7

[Copy link]
Post time 2-5-2013 04:53 PM | Show all posts
Aneem posted on 2-5-2013 03:56 PM
Kredit to FB beliau.
Tenkiu Uhn-nee..

awek dia nie kalo muka mcm nie nampak ok..kalo simpulkan rambut tu kurang ok sikit...dah jodoh kan...ok jer lar yg nak bersama seumur hidupnye dia org...semoga berbahagia la yer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 04:56 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 2-5-2013 04:43 PM
Faiznur keje finance. Skg jd VP kt institusi kewangan, lebih kurang cam gitu lah. Yang jd doktor tu  ...

ooo..confused pulak faiznur dgn farah hani tu..
Dah kawin ke faiznur..

ermm..i lebih minat nak tau pasal faiznur dr jehan...sbb faiznur di zaman kegemilangannya mmg cukup hebat..


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 05:11 PM | Show all posts
Tahlah, tak sure faiznur dah kawin ke belum. Mcm tak kot. Abg sulung, nasrullah tu dh lama kawin ngan cina. Genetik bapak kot, taste muka cina. Nasib baik jehan ni lelaki, tak payah cari wali. Kesian kan kt bapak dia jd camtu. Cuma aku tak confirm ayah dia masih ada atau tak. Ada sesiapa yg tau? Harapnya anak2 jehan mewarisi baka genius datuknya. Profesor matematik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 05:15 PM | Show all posts
wah original gwiyomi la nanti
haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 06:34 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 2-5-2013 05:11 PM
Tahlah, tak sure faiznur dah kawin ke belum. Mcm tak kot. Abg sulung, nasrullah tu dh lama kawin nga ...

rasanya dulu penah baca kat forum ni psl bapak dia yg prof tu dah meninggal...
kalau betul la apa yg forumers dok citer kat thread tu, katanya bapak dia ada sakit keturunan..
harap2 tak dpt kat anak2...

btw, mmg diorg ni sume tak taste dgn org melayu kan..mmg ikut selera bapak dia betul..
anak2 cucu mesti pandai2 dpt baka campur2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 06:54 PM | Show all posts
Melayu+pakistan+afghanistan+cina+korea=???
Tlg betulkan kalau ada silap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2013 06:58 PM | Show all posts
sweet je wife dia...camni la baru natural beauty kan..kyotaa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 08:07 PM | Show all posts
penah jumpa dia shopping dgn gf dia kat zara OU sometime in summer 2011. if that's the same girl that she's marrying, then....takdela cun mana pon. i tau that girl is his gf sbb dia panggil minah tu 'baby' ingatkan minah cina local. but then again that might have been a different girl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 08:10 PM | Show all posts
maxim posted on 2-5-2013 01:10 AM
biar btol weh..xpe la yg penting korean katanya

ahhhh sah same girl that i saw with him dulu. ok la at least bukan muka plastik like other korean celebs. tak guna gak muka lawa2 tapi plastik, bila keluar anak muka buruk abis sbb maknye mmg originally buruk
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 08:47 PM | Show all posts
sweet gak gf jehan ni. badan kecik2 mcm vivy yusof
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 08:57 PM | Show all posts
aku rasa anak derang nanti..mesti chantik atau ensem.. sbb jehan.. kulit sila cerah macam maknyer!

sbb aku tgk ramai anak2 korea yg mix blood.. gler lawa2.. comey..

tp anak si @teky .. mak pak melayu dominan.. tp anak die macam anak korea.. konpom aci kerat jari ikot bini die..nak arapkan teky.. nan hado saja..

Comments

diammm kauuu??!!!!  Post time 3-5-2013 07:25 AM
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 10:04 PM | Show all posts
i kenal je gf/future wife jehan ni..dulu sama office. minah tu walaupun korean,tapi macam minah saleh je.
sekolah kat canada, then sambung kat jepun.. so, dia ni boleh cakap byk bahasa gak la.. overall, she's a nice girl.
all the best to the couple.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:04 AM | Show all posts
mesti cun or ensem anak dia nanti.boleh jadi bintang kpop!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:05 AM | Show all posts
nw111 posted on 2-5-2013 04:56 PM
ooo..confused pulak faiznur dgn farah hani tu..
Dah kawin ke faiznur..

faiznor nih siapa? zaman kegemilangannya ia buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:59 AM | Show all posts
lotionmilo posted on 3-5-2013 12:05 AM
faiznor nih siapa? zaman kegemilangannya ia buat apa?

faiznur miskin kakak jehan bekas ratu gymnast negara..
pernah menang byk pingat di zaman glamernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 01:01 AM | Show all posts
tak sangke jehan tak memilih rupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 01:27 AM | Show all posts
tahniah jehan.. semoga bahagia hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 03:20 AM | Show all posts
sape2 ade gambo bakal bini die x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 07:18 AM | Show all posts
Jehan sorok identiti isteri

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


JEHAN sudah bercinta dengan bakal isterinya selama lima tahun.

SEJAK putus cinta dengan pelakon putih gebu, Jue Aziz, pada pertengahan 2008, cerita Jehan Miskin tidak begitu kerap lagi dipaparkan di dada-dada akhbar. Sebabnya, pelakon drama Awan Dania itu lebih senang berdiam diri dan meneruskan kelangsungan hidupnya dalam bidang seni.

Begitupun, secara tiba-tiba Kosmo! dikhabarkan bahawa Jehan bakal berkahwin pada Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea.

Memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai identiti bakal isteri dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, bagaimanapun, Jehan berkongsi sedikit mengenai debaran dan juga pertemuan pertama kali bersama bakal isterinya itu.

Kosmo!: Tahniah Jehan. Dengar cerita anda bakal berkahwin Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea?

JEHAN: Ya, betul.

Boleh kongsikan debaran yang dirasai?

Saya sebenarnya terlalu sibuk mengarah dan menerbitkan sebuah drama 13 episod berjudul What Is untuk 8TV. Jadi, debaran untuk menempuh alam perkahwinan itu tidak terasa sangat.

Bagaimanakah persiapan yang telah anda lakukan buat masa ini?

Masih ada sedikit lagi yang berbaki. Walaupun saya sibuk, ada orang membantu menguruskan perkahwinan saya. Saya juga sudah serahkan tanggungjawab mengarah drama tersebut kepada orang lain jadi saya boleh fokus kepada perkahwinan ini.

Apakah perasaan anda apabila bakal bergelar suami orang pada Sabtu ini?

Saya sebenarnya teruja. Bukan sahaja kerana bakal berkahwin, tetapi saya juga teruja kerana bakal bertemu dengan anak saudara saya, Skye, yang tidak pernah saya temui hampir setahun lamanya. Dia duduk di Amerika Syarikat, disebabkan itu kami jarang berjumpa.

Boleh kongsikan siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati anda itu?

Buat masa ini saya tidak mahu lagi mendedahkan identiti bakal isteri saya. Biarlah semua orang tahu siapa orangnya ketika majlis pernikahan dan persandingan Sabtu ini.

Di manakah anda menemui bakal isteri?

Saya bertemu dengannya di sebuah gimnasium. Saya sendiri menegur dan meminta nombor telefonnya untuk mengenali dia dengan lebih dekat.

Sudah berapa lama kalian berkenalan?

Sudah lima tahun. Walaupun dia berasal dari Korea, dia sebenarnya bekerja di Malaysia.

Boleh ceritakan sedikit mengenai majlis perkahwinan anda Sabtu ini?

Saya akan bernikah dan mengadakan resepsi di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan akan menjemput 100 orang termasuk keluarga terdekat dan rakan rapat sahaja. Majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 2 petang dan akan dimulakan dengan acara nikah, diikuti majlis persandingan.

Kenapakah anda terus ingin bernikah dan tidak bertunang terlebih dahulu?

Saya rasa ia (bertunang) buang masa. Pada saya, pertunangan itu tidak perlu. Memang ia adalah adat, tetapi saya tidak mahu menyusahkan keluarga bakal isteri untuk banyak kali turun ke Malaysia. Begitu juga dengan keluarga saya yang kebanyakannya menetap di Amerika Syarikat.

Kenapakah anda mengambil pendekatan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkahwinan anda?

Ini perkahwinan saya. Saya tidak mahu riak dan lebih suka ia dibuat secara sederhana.



Credits: kosmo.com.my

Last edited by achik2009 on 3-5-2013 07:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 07:24 AM | Show all posts
Jumaat Mei 3, 2013

Nikah Gadis Korea, Jehan Miskin Harap Tiada Pihak Kecil Hati

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin berharap tiada pihak yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea pada Sabtu ini (esok) kerana ia diadakan untuk keluarga dan teman rapat sahaja.

Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.

"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis akad nikah akan diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini kira-kira pukul 2 petang dan selepas itu disusuli dengan majlis bersanding dan minum petang.

Pada majlis tersebut, Jehan akan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala pakaian bakal isterinya itu ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.

Jehan enggan mendedahkan siapa bakal isterinya sehinggalah pada hari pernikahan itu nanti.

Katanya, perancangan perkahwinan itu sudah bermula sejak tiga hingga empat bulan lepas dan pada masa sama dia sibuk dengan kerja-kerja pengarahan drama seram, What If.

"Mujurlah ada rakan-rakan yang membantu dalam persiapan perkahwinan saya. Saya juga gembira mempunyai pengurus perkahwinan yang bagus iaitu Zaid Sulaiman (Zahar Wedding Planner).

"Mereka menyenangkan kerja-kerja saya tatkala saya sibuk menyelesaikan tugasan penggambaran,” katanya.

Walaupun sibuk untuk bergelar raja sehari, dalam masa yang sama dia terpaksa memberikan tumpuan terhadap pembikinan drama pertama arahannya itu sebaik mungkin

Drama tersebut akan disiarkan bermula 5 Jun depan menerusi saluran 8TV yang dibarisi pelakon utamanya Josiah Hogan.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.344205 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list