CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 1-10-2009 04:56 PM | Show all posts
wa..nak tengok nak tengok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 05:11 PM | Show all posts
Off topic.


Tadi saya ada ternampak 3 F-16 terbang kat area Damansara ke arah KL.  Ada sesiapa nampak?

Excercise dgn SG ke ? any news?
StellarEagle Post at 1-10-2009 16:41
ari kedua ke, ketiga  raya wa ada nampak 4biji PUTD punye HELI fly kat tanjung malim..dari arah utara g selatan..ada training ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 05:40 PM | Show all posts
bkn tengah ada latihan payung terjun TDM & TUDM dekat Chuping, Perlis ke skrg ni tp sampai bila ek??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 06:56 PM | Show all posts
Ahad, 04 Oktober 2009  |  LAMAN UTAMA
MUTAKHIR Kereta perisai baru ganti Condor, Sibmas


SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan tentera Malaysia di Lebanon.

Katanya, kerajaan sedang memilih kereta perisai baru atau Armour Personnel Carrier (APC) dari jenis pacuan 6x6 atau 8x8.

"Pembelian kereta perisai baru itu akan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Tahunan ke-56 PBTM di sini hari ini.



Beliau mengulas tuduhan pembangkang kononnya kerajaan sengaja membahayakan nyawa tentera yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon dengan penggunaan kereta perisai Condor dan Sibmas yang sudah berusia lebih 30 tahun.

Beliau berkata, pihak pembangkang tidak tahu apa yang mereka katakan kerana mereka sendiri tidak melawat tentera Malaysia yang bertugas di sana.

Antara yang dipertimbangkan ialah kereta perisai buatan Afrika Selatan dan Austria. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 07:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by windof at 4-10-2009 19:40

austria pandur


The Pandur 6x6 Light Armoured Vehicle


The Pandur 6x6 Armoured Reconnaissance Fire Support Vehicle


The Pandur 6x6 Armoured Recon Fire Support Vehicle


The Pandur 6x6 Armoured Personnel Carrier
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 07:44 PM | Show all posts
pandur 8x8

[img][/img]

[img][/img]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2009 07:54 PM | Show all posts
south african rooikat



will they maintain 2 type, apc and afsv or just one type multirole apc?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 08:04 AM | Show all posts
Kan pembangkang kate alat tak sesuai..apalagi tukar je la....'lesen besar' tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 09:18 AM | Show all posts
Imbuhan tambahan bela nasib bekas tentera

SEREMBAN 4 Okt. - Kerajaan bersedia menimbang cadangan pemberian imbuhan tambahan kepada bekas tentera yang berkhidmat di bawah 21 tahun termasuk untuk bekas-bekas tentera yang hilang upaya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kerajaan telah memberi persetujuan awal untuk memberi pertimbangan khusus bagi permohonan imbuhan tambahan untuk bekas tentera kurang upaya seramai 300 orang.

"Perdana Menteri telah meminta saya menyediakan kertas cadangan terperinci bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Awam memberikan pertimbangan agar imbuhan ini dapat diberi," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tahunan ke-56 PBTM di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, imbuhan tambahan tersebut adalah munasabah bagi bekas pesara itu bagi mengenang jasa mereka ketika berkhidmat dalam tentera.

"Selain itu, di kalangan penjawat awam yang perkhidmatan mereka lebih 25 tahun juga diberi imbuhan tambahan.

"Maka adalah munasabah bagi bekas tentera yang berkhidmat dari 10 ke atas hingga 21 tahun, diberi imbuhan bersesuaian sebagai mengenang jasa mereka ketika berkhidmat dalam tentera," katanya.

Mengenai bekas tentera kurang upaya, imbuhan munasabah juga akan diberi kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

"Walaupun belum ada keputusan muktamad daripada kerajaan, tindakan susulan akan dilakukan bagi membela nasib mereka ini," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:18 AM | Show all posts
Anggota ATM cedera digesa mendaftar

Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 4 Okt. - Anggota tentera yang cedera semasa operasi dan latihan digesa mendaftar segera dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memudahkan sumbangan disalurkan kepada mereka.

Panglima Briged Ke-2 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral, Datuk Zulkifli Mansor berkata, kerajaan melalui ATM akan sentiasa menjaga kebajikan anggotanya tetapi hanya mereka yang berdaftar akan menerima sumbangan.

"Kerajaan melalui ATM tidak akan melupakan segala jasa bakti dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankan kedaulatan negara.

"Jadi saya minta mereka yang cedera ketika menjalankan operasi atau semasa menjalani latihan dan masih belum mendaftar dengan pihak jabatan supaya berbuat demikian," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat 2 Briged yang meraikan anggota tentera dan kanak-kanak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kem Syed Putra di kediamannya di sini hari ini.

Majlis sumbangan tersebut dianjurkan ATM setiap tahun untuk memberi penghargaan dan penghormatan kepada mereka yang mengalami kecederaan semasa bertugas mempertahankan negara.

Pada majlis itu, Zulkifli bersama isterinya, Datin Dahlia Abdullah memberi sumbangan raya sebanyak RM300 kepada bekas anggota tentera yang hadir.

Menurut Zulkifli, setakat ini, seramai 85 anggota tentera yang hilang upaya telah berdaftar dan menerima sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran.

"Masih ramai anggota tentera yang hilang upaya belum mendaftar dan mereka tidak menerima sumbangan.

"Saya harap mereka akan segera mendaftar. Sumbangan ini akan dapat meringankan bebanan yang dialami mereka ketika ini," katanya.

Mereka yang masih belum berdaftar, boleh menghubungi Ibu Pejabat Markas 2 Briged di Ipoh di talian 05-2543555 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:18 AM | Show all posts
Kereta perisai baru ganti condor, Sibmas

SEREMBAN 4 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mengkaji pembelian kereta perisai baru untuk menggantikan Condor dan Sibmas yang kini digunakan oleh tentera Malaysia di Lebanon.

Katanya, kerajaan sedang memilih kereta perisai baru atau Armour Personnel Carrier (APC) dari jenis pacuan 6x6 atau 8x8.

"Sekarang ini, APC kita adalah 6x6 (jenis Sibmas) oleh kerana ini adalah merupakan peralatan keselamatan maka adalah munasabah ianya tidak dibuat secara tender terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-56 PBTM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tuduhan pembangkang kononnya kerajaan sengaja membahayakan nyawa tentera yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon dengan melengkapkan mereka dengan kereta perisai Condor dan Sibmas yang sudah berusia lebih dari 30 tahun.

Katanya, pembelian kereta perisai baru itu akan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) kepada Malaysia.

"Kita akan cadangkan supaya tender terpilih dilakukan untuk menilai sama ada 6x6 atau 8x8 sesuai di situ, rupa bumi dia adalah kecil tetapi saya fikir APC yang ada itu adalah bersesuaian dan tanpa ada seruan dari pembangkang pun memang kita berhajat untuk menggantikan yang ada kepada yang lebih terkini teknologinya," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:24 AM | Show all posts
apa lagi beli ler cepat................. peruntukan PBB tuh, klaim maksimum......... KLAIM jgn tak KLAIM........... mcm org tuh yg suka sgt kata klaim
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:25 AM | Show all posts
Memberi 'nafas baru' pada PD

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

TANGGAL 29 September 2009 pasti tercatat dalam lipatan sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila salah satu cabang pasukan itu, Tentera Darat Malaysia mendapat pengiktirafan yang cukup bermakna.

Ia bersempena pengisytiharan Port Dickson yang terkenal dengan kawasan peranginannya sebagai Bandar Tentera Darat.

Ketika membuat pengumuman itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah ditugaskan selama 14 tahun sebagai Menteri Pertahanan berkata, langkah itu dilakukan bagi mengenang jasa serta mengiktiraf para perajurit negara dan ATM yang banyak melahirkan rekrut tentera profesional.

Serentak itu, Najib berjanji kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Tugas membuat cadangan itu diserahkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima ATM.

Sememangnya dalam keadaan jasa dan pengorbanan anggota tentera tidak lagi begitu diingati oleh sesetengah pihak atau semakin tipis di kalangan rakyat, kerajaan telah membuat keputusan yang tepat.

Sesungguhnya sejak tahun 1933, apabila Port Dickson dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan yang dinamakan Kem Si Rusa, daerah itu dan anggota tentera seolaholah tidak dapat dipisahkan.

Pergilah ke mana ceruk sekali pun, kita akan bertemu dengan anggota tentera yang bertugas dan ditempatkan di kem-kem berkenaan. Ini sekali gus secara tidak langsung membangkitkan rasa selamat di kalangan orang ramai.

Namun pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tidak boleh terhenti sekadar pengisytiharan sahaja. Ia harus direalisasikan dalam bentuk tindakan atau perubahan yang dilihat mampu untuk membuatkan anggota tentera darat berasa dekat dengan pengisytiharan berkenaan.

Oleh itu, satu perancangan yang cukup rapi perlu dilakukan oleh Kementerian Pertahanan untuk mencadangkan kepada kerajaan apa yang seharusnya dilakukan bagi memperlihatkan Port Dickson adalah Bandar Tentera Darat.

Untuk permulaan, mungkin boleh meminta semua resort, hotel, motel, calet atau rumah tumpangan di daerah berkenaan memberikan potongan harga menarik kepada semua anggota tentera darat.

Potongan ini bukan sahaja kepada anggota yang bertugas di Port Dickson malah seluruh negara. Mungkin cadangan ini nampak remeh tetapi ia boleh menjadikan lambang bahawa selama ini segala aktiviti pelancongan dapat berjalan dengan lancar kerana adanya keamanan.

Situasi keamanan itu wujud berikutan pengorbanan anggota tentera di samping pasukan keselamatan yang lain. Oleh itu bukanlah keterlaluan kalau mereka diberi sedikit keistimewaan di 'bandar mereka sendiri'.

Kita yakin pengusaha-pengusaha terlibat tidak akan keberatan untuk berbuat demikian sebaliknya mereka pasti berbangga kerana mampu menyumbangkan sesuatu sebagai penghargaan kepada anggota tentera.

Selain itu, Port Dickson selepas ini harus menjadi lokasi utama sambutan hari tentera darat. Bagi menanamkan perasaan cinta dan menghargai pasukan itu, pada hari tersebut diadakan perarakan besar-besaran.

Perarakan berkenaan selain menjadi medan bagi tentera darat mempamerkan keupayaannya, ia juga boleh menarik perhatian generasi muda menyertai pasukan tentera.

Melalui langkah itu, sudah tentulah tentera darat akan lebih dihormati dan dikenali oleh rakyat dan sekali gus akan menyedarkan mereka betapa pentingnya sumbangan pasukan berkenaan.

Seperti kata Najib, pengalamannya memimpin Kementerian Pertahanan merupakan sesuatu yang manis sehingga menyedarkan beliau bahawa pengorbanan mereka terlalu besar kepada negara.

Selaras dengan pengisytiharan itu juga, mungkin kerajaan boleh menimbang mewujudkan satu institusi latihan ketenteraan yang lebih elit bagi melahirkan perwira-perwira negara yang berilmu.

Institusi ini mahu tidak mahu harus diletakkan setaraf dengan akademi tentera seperti Sandhurst di United Kingdom atau Westpoint di Amerika Syarikat. Ia bermakna apabila mana-mana pegawai tentera darat dilahirkan daripada institusi ini, mereka akan dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan menghiasi bandar Port Dickson dengan wajah-wajah pahlawan-pahlawan tentera darat. Paparan wajah ini adalah penting untuk menyedarkan orang ramai bahawa kesenangan dan keamanan yang mereka nikmati adalah hasil pengorbanan keringat, air mata dan darah perwira-perwira negara.

Malah bukan sesuatu yang melampau, kalau di pintu-pintu masuk ke Port Dickson didirikan pintu-pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan dan mengingatkan orang ramai dan pelancong bahawa mereka kini memasuki Bandar Tentera Darat.

Pada masa ini, laluan masuk ke Port Dickson lebih banyak dihiasi dengan papan tanda hotel-hotel, apa salahnya diletakkan juga namanama institusi tentera yang ada di situ.

Mungkin ada antara kita merasakan tidak perlu untuk berbuat demikian. Namun memetik kata-kata Najib, bukanlah sesuatu yang keterlaluan jika kejayaan ATM, disebut berulang kali. Ia memandangkan ada di kalangan orang ramai yang tidak tahu mengenai pencapaian ATM apatah lagi mengenang pengorbanan mereka.

Turut harus diberi perhatian oleh kerajaan ialah untuk memastikan segala kemudahan dan kelengkapan bagi anggota tentera yang menjadi warga Port Dickson berada dalam keadaan sempurna.

Langkah itu penting bagi mengelakkan jangan sampai apabila sesuatu berlaku atau dilihat oleh pihak luar, mereka menganggap pengisytiharan Bandar Tentera Darat hanyalah sekadar retorik.

Justeru perancangan yang cukup rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan pengisytiharan berkenaan benar-benar memberikan kesan dan faedah bukan sahaja kepada anggota tentera darat tetapi juga orang ramai.

Mungkin selepas ini banyak lagi langkah-langkah pengiktirafan terhadap anggota ATM dilakukan di kawasan-kawasan yang menjadi penempatan mereka di seluruh negara terutama kawasan tentera popular seperti di Kem Terendak, Melaka dan Kem Grup Gerak Khas di Sungai Udang, Melaka.

Apa pun tafsiran atau andaian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu mengenai pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat namun ia membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menghargai pengorbanan anggota tentera kita.

Masanya sudah tiba di saat kita menikmati pelbagai kejayaan, kesenangan dan ketenteraman, pengorbanan pasukan tersebut tidak harus dilupakan. Siang dan malam, mereka bertugas bagi melindungi keselamatan negara, oleh itu adalah wajar langkah-langkah lebih proaktif dilakukan bagi mengiktiraf jasa-jasa Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Semoga pengiktirafan kerajaan kepada Tentera Darat di Port Dickson akan membangunkan sesetengah pihak daripada mimpi mereka untuk memahami bahawa tanpa tentera, mereka tidak akan sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:38 AM | Show all posts
1333# guyfawke


BANDAR TENTERA DARAT.......... memang wajar tapi pengumuman yg dibuat ketika hendak diadakan election membuatkan org beranggapan ianya retorik politik. Sewajarnyalah ianya dirancang dgn lebih teliti dahulu sblm dibuat announcement spt di Lumut sbg Bandar Tentera Laut, dibuat sempena ulangtahun 75 HUT banyak aktvt yg dibuat samada didlm kem atau dibandar........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 10:04 AM | Show all posts
1334# jofizo

Yg adik wa cite (dia ni PTD) announcement tu kira ad-hoc ...perancangan ada le tapi belum decide lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 04:54 PM | Show all posts
PM tak perlu umum PD Bandar Tentera Darat: Pas

PORT DICKSON: Pas mahu usaha membangunkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan menjadi keutamaan di bandar itu dan bukannya mengisytiharkannya sebagai "Bandar Tentera Darat".

Naib Presiden Pas yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub berkata oleh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu mengumumkan perkara itu yang bertujuan meraih sokongan pengundi.

"Bukan saya tidak setuju tetapi kita katakan prioritinya ialah kita setuju untuk menjadikan Port Dickson satu destinasi pelancongan terbaik dunia. Jadi itu isu yang sebenarnya.

"Bukanlah datang di saat Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dan terus isytihar ini bandar tentera darat," katanya kepada media di Markas Induk Pas bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4 dekat sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil Ahad ini, calon BN yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, ditentang Pensuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar.

Katanya, jika menang Pas mampu membuat sesuatu dengan infrastruktur dan keindahan alam sedia ada dengan iltizam politik yang tinggi untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan di Bagan Pinang.

Mengenai isu Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang membaca sepotong ayat Quran ketika berkempen bagi pihak Pas di sini malam tadi, Salahuddin berkata perkara itu mungkin asing bagi orang Islam di negara ini tetapi ia tidak salah. - Bernama

Dah jadik modal politik dah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 12:24 AM | Show all posts
1335# guyfawke

wohooo adk bro PTD??
panglima tentera darat ke??
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 07:44 AM | Show all posts
1337# cmf_marsox

pegawai tadbir & diplomatik la bang...dia pun keje kat area situ pun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:26 AM | Show all posts
TUDM siasat pesawat kena baling penduduk Padang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.

“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.

“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.

Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.

Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal.

“Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:27 AM | Show all posts
TUDM siasat pesawat kena baling penduduk Padang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.

“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.

“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.

“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.

Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.

Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal.

“Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.070763 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list