CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 30-10-2009 10:19 AM | Show all posts
1398# jofizo

Al-fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 12:04 PM | Show all posts
Juruterbang pelatih maut pesawat terhempas
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Suhana Roslan

Mohd Ehsan Sayyid Abu Tahir

HULU SELANGOR: Seorang juruterbang pelatih terbunuh selepas pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan hutan berhampiran Kelab Golf Lembah Beringin, Bukit Beruntung, petang semalam.

Mangsa, Mohd Ehsan Sayyid Abu Tahir, 22, dari Taman Nirwana, Ampang, ditemui tercampak kira-kira 30 meter dari pesawat, berpakaian seluar jeans dan kemeja-T oleh unit pasukan penyelamat, kira-kira jam 8.35 malam.

Pesawat jenis Eagle 150-B milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang dipandu mangsa dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Subang kira-kira jam 4.20 petang, sebelum terhempas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Yahya Affandi, berkata mangsa sedang membuat penerbangan solo untuk ujian praktikal terakhir dari Ipoh ke Subang sebelum menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan kaki kirinya terkulai dan dahinya mempunyai garisan luka, dan jenazahnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu, untuk dibedah siasat.

"Saya dimaklumkan tiada penumpang dalam pesawat ini. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sepasukan anggota bomba dan penyelamat, polis dan Rela.

"Keadaan pesawat ketika ditemui dalam keadaan sempurna kecuali cerminnya pecah. Siasatan akan dilakukan DCA untuk mengesan kotak hitam bagi mencari punca kejadian," katanya pada sidang media di tempat kejadian di sini, malam tadi.

Sementara itu, seorang saksi, Syamsul Arif, 30, yang minum di gerai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian berkata beliau melihat pesawat itu berlegar-legar lebih 40 minit di kawasan itu sebelum terhempas.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, Syamsul berkata ketika itu hujan renyai-renyai dan kesemua yang berada di gerai itu tertanya-tanya sama ada pesawat itu sedang melakukan ujian pemanduan atau akan terhempas.

"Saya melihat pesawat itu tidak stabil, seakan-akan membelok ke kiri dan ke kanan, dan kadang-kala terbang ke atas dan ke bawah.


my....inform me this aircraft taxi right behind him during take off..sempat dengar arwah dok transmit..tp smlm mmg weather..dengan thunderstorm lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:09 AM | Show all posts
Jafridin nyaris maut dua kali di laut

Oleh TAN MING WAI


BAHAGIA...Jefri bersama keluarga tercinta.

HARI hampir senja. Konstabel Jafridin Mohamed Salleh melihat sejenak ke arah jam tangannya yang menunjukkan pukul 4 petang. Dia dan lima rakan setugasnya dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau berada di tengah Laut Sulawesi menaiki sebuah bot seperti biasa membuat rondaan mengawal keselamatan sempadan di perairan tersebut.

Mereka terlibat dalam Ops Tayang yang dilancarkan untuk memantau kegiatan dan ancaman lanun Filipina di sempadan perairan negara kita itu yang terletaknya beberapa pulau peranginan tumpuan.

Ketika itu, kelibat sebuah bot kecil yang dinaiki empat lelaki dikesan dari jarak kira-kira 400 meter. Menyangka ia hanya sebuah bot nelayan biasa, Jafridin dan rakan-rakannya tidak memberi perhatian terhadap bot itu.

"Suasana tiba-tiba kecoh apabila kami terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi dari arah bot tadi. Rupa-rupanya, bot kami dihujani peluru raifal, lantas kami terus baring dan mencari perlindungan dan pada masa sama kami sedar kumpulan lelaki berkenaan adalah lanun.

"Dalam keadaan kelam kabut, kami segera mencapai raifal M-16 kami untuk menembak balas. Dengan berlindung di sebalik dinding bot yang sangat rendah dalam keadaan duduk, nyawa saya dan rakan-rakan lain bagaikan di hujung tanduk kerana kami mungkin terkena tembakan rambang dari lanun tersebut.

"Tidak lama selepas itu, lanun terbabit menghentikan serangan dan berundur keluar dari sempadan perairan Malaysia dan kembali ke Filipina. Kami tidak mengejar kerana di luar sempadan berada di luar bidang kuasa. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan tidak mengalami sebarang kecederaan," demikian imbasan detik cemas Jafridin, 41, yang kini berpangkat Sarjan ketika memulakan perbualan.

Beliau yang kini merupakan Penolong Pegawai Penyiasat (AI0) Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memberitahu, insiden itu yang berlaku pada awal 1990-an merupakan pengalaman pertamanya terlibat dalam tembak menembak dengan musuh.

Walaupun tarikh insiden itu tidak diingati lagi, namun apa yang ditempuhinya pada hari itu masih segar terpahat dalam ingatan Jafridin.

Tidak lama kemudian, satu lagi detik cemas menguji ketahanan beliau. Kali ini, tiada tembak menembak berlaku, yang dicabarnya adalah alam semulajadi.

"Kejadian itu menimpa saya dan rakan-rakan ketika membuat rondaan berhampiran Pulau Kalapuan. Hujan lebat dan angin ribut tiba-tiba melanda dan dan laut turut bergelora.

"Bot kami dipukul ombak kuat setinggi empat hingga lima meter menyebabkan bot yang kami naiki terhoyong-hayang. Ia berlaku dalam tempoh lima minit sebelum keadaan terkawal, mujurlah rakan saya yang memandu bot mahir.

"Saya berpaut pada sebuah tong minyak untuk bersedia menghadapi kemungkinan bot akan tenggelam. Apa yang dilalui dalam tempoh lima minit cukup menakutkan dan menghantui fikiran membayangkan saya mungkin mati lemas ketika itu," ujarnya.

Kerjaya Jafridin dalam PDRM bermula apabila beliau diterima sebagai Konstabel pada 22 Mei 1988 dan selepas menjalani latihan asas kepolisan selama setahun di Pusat Latihan Polis (Pulapol), beliau dihantar ke Batalion 16 PGA Kota Kinabalu, Sabah.

"Memang sudah menjadi impian saya untuk menyarung pakaian seragam Sang Saka Biru sejak di bangku sekolah lagi, namun selepas tamat sekolah menengah, saya mencari nafkah sebagai pekerja kilang dahulu.

"Pada usia 20 barulah saya benar-benar bersedia untuk menyertai pasukan polis dan sejak itu, saya tidak lagi menoleh ke belakang malah kedua-dua orang tua pun merestui kehendak saya," jawabnya kepada soalan kenapa kerjaya kepolisan dipilih.

Kira-kira enam bulan kemudian, beliau ditukarkan pula ke Batalion 14 PGA Tawau dan ditempatkan di daerah Lahad Datu.

"Selepas 11 tahun berada di Sabah, akhirnya saya kembali ke Semenanjung, bertukar ke Bahagian Tatatertib di IPD Ampang Jaya dan menghabiskan empat tahun menjawat jawatan tersebut.

Segala titik peluh dan usaha yang dicurahkan Jafridin mula diperakui pucuk pimpinan apabila menerima kenaikan pangkat Sarjan pada 31 Oktober 2001.

Seiring dengan itu, beliau diberi kepercayaan baru menjawat jawatan yang dipegangnya sehingga sekarang.

"Selama lapan tahun saya menjadi AIO, saya percaya telah menjalankan tugas dengan sempurna. Hampir 99 peratus kes pemilikan dadah dan 80 peratus kes penagihan kendalian saya berjaya dituduh dan disabit kesalahan.

"Sebagai AIO, kepuasan yang saya kecapi adalah apabila setiap kertas siasatan yang dibuka dapat diakhiri dengan pesalah dapat disabit kesalahan," jelasnya.

Jafridin pernah mengendalikan kes penagihan dadah membabitkan seorang artis terkenal tanah air pada 2005. Kes tersebut sehingga kini masih dibicarakan di mahkamah.

Meskipun sudah 21 tahun menabur bakti dalam PDRM, perkataan kesal tidak pernah terlintas di fikirannya. Sebaliknya, di mana saja beliau ditugaskan, beliau berasa bangga dan berkhidmat dengan penuh komited.

Pada usia 41, Jafridin mengakui perjalanan yang perlu ditempuhinya dalam kerjaya polis masih jauh dan sekiranya berkesempatan, beliau ingin mencuba pula nasib di bahagian atau jabatan berbeza.

"Kalau diberi pilihan, saya berhasrat menyertai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial. Ini kerana ia merupakan cabaran yang baru bagi saya, amat berbeza sekali untuk mengendalikan jenayah kolar putih.

"Apa sekalipun, terserah kepada pucuk pimpinan untuk tentukan masa depan saya. Di mana saya diperlukan, di situ akan tetap saya berikan yang terbaik," azamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:09 AM | Show all posts
Cium tanah sebaik selamat mendarat

Oleh UMAVATHI RAMAYAH


BADRUL Hisham di Unit Udara PDRM, Sungai Besi.

MENGENALI Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) pastinya terbayang bahawa pasukan itu mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan yang unik. Segala kemahiran serta pengetahuan dimiliki oleh pegawai dan anggota pasukan tersebut semuanya berasaskan bentuk latihan yang telah dilalui mereka.

Memandangkan ia sebuah pasukan khas, maka modul latihan dan pengajarannya yang diterapkan sudah tentu berbeza sama sekali dengan unit-unit lain dalam PDRM.

Ini bagi membolehkan pasukan itu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan mampu ditugaskan ke mana sahaja tanpa mengira situasi.

Berbicara mengenai Unit Udara PDRM, kita kali ini berpeluang mengenali Deputi Supritendan Badrul Hisham Bahar Shah, 43, Pemeriksa Jurulatih dan Juruterbang Helikopter PDRM, pegawai tertinggi yang diberi peranan besar untuk menerajui unit tersebut.

Beliau sudah semestinya memiliki lesen Juruterbang bertauliah yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Tugas beliau antara lain ialah menjalankan pemeriksaan terhadap setiap juruterbang sebelum mendapatkan lesen penerbangan setiap enam bulan. Ini bermakna gagal atau lulusnya seseorang juruterbang itu terletak pada tangan beliau.

Jika Badrul Hisham bukan seorang yang berdedikasi, tabah, sabar dan mempunyai visi bagi meningkatkan tahap profesionalisme juruterbang di unit berkenaan, yakin beliau tidak akan berada di situ hari ini.

Membuka tirai perbicaraan mengenai kerjayanya, anak kelahiran Semenyih, Selangor ini berkata, pada asasnya, seseorang juruterbang harus mempunyai pengetahuan luas mengenai penerbangan terutamanya prosedur keselamatan, langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kecemasan serta teknik-teknik berkaitan penerbangan.

Seseorang juruterbang juga, baginya, tidak boleh panik sama sekali, sebaliknya sentiasa beringat dan mengambil apa jua langkah keselamatan. Ini kerana silap langkah hanya boleh mengundang ajal.

Menyingkap pembabitan awalnya dalam PDRM, anak kepada pasangan Allahyarham Bahar Shah Abdullah dan Norzaini Md. Shariff, itu pernah melalui beberapa pengalaman yang nyaris meragut nyawanya ketika menerbangkan pesawat.

Menceritakannya, beliau berkata, kejadian mencemaskan itu berlaku pada tahun 2002, ketika krew pesawat itu menyertai operasi penerbangan dari Sandakan ke Tawau.

Ketika itu pesawat yang diterbangkan Badrul Hisham tiba-tiba bertindak 'liar' dan mula melambung-lambung di paras ketinggian 2,000 ekoran tiupan angin kencang.

Walaupun menyedari nyawanya ketika itu di hujung tanduk, sebagai Kapten, Badrul Hisham terpaksa menenangkan keadaan dan meletakkan dirinya pada keadaan yang selesa supaya tidak panik.

Silap langkah mengendalikan pesawat itu pastinya akan mengundang ajal pada diri dan krew pesawat ditambah pula dengan kelajuan angin yang kencang yang mana keadaan itu amat berbahaya untuk pesawat meneruskan perjalanan.

Dalam hati Badrul Hisham, dalam nubarinya dan dalam dirinya cuma Allah, Allah, Allah yang bergema keluar dari bibirnya ketika itu.

"Hidup mati seseorang itu terletak pada tangan Allah S.W.T." bisiknya dalam hati sambil menarik nafas panjang.

Pantas, selepas perbincangan ringkas dengan tiga lagi krew pesawat, Badrul mengambil keputusan untuk meneruskan penerbangan kerana tidak dapat melakukan pendaratan cemas disebabkan hutan tebal.

Ketika itu pesawat itu diterbangkan kira-kira 500 kaki dari paras laut - paras terendah untuk membuat penerbangan.

"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ketika mengendalikan pesawat itu, saya merasakan diri saya seolah-olah sedang bertarung dengan harimau buas," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di Unit Udara PDRM, Sungai Besi baru-baru ini.

Alhamdulillah, kira-kira 30 minit kemudian, Badrul Hisham bersama krew pesawat yang lain berjaya mendarat dengan selamatnya di Sandakan.

Ketika itu wajah isteri serta anak-anak terbayang-bayang dan Badrul Hisham hanya mampu bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Sebaik sahaja mendarat, Badrul Hisham terus mencium tanah tanda kesyukuran kerana mengembalikan dirinya sempurna.

Bekas pelajar Sekolah Menengah King George V, Seremban itu menyertai PDRM pada 1987. Beliau yang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) kemudiannya memulakan tugas sebagai Platun Komandan, Pasukan Gerakan Am (PGA), di Batu Kawah, Kuching.

Kerana minat yang mendalam dalam penerbangan, empat tahun kemudian beliau memohon untuk memasuki unit udara.

Dalam kesibukan Badrul Hisham sebagai seorang pegawai polis, beliau tetap akan mencuri sebanyak masa yang mungkin untuk diluangkan bersama ahli keluarga tercinta.

"Selagi saya memiliki waktu lapang, masa itu akan saya luang bersama isteri dan empat anak-anak saya kerana merekalah sumber inspirasi dan kekuatan saya dalam hidup," katanya.

Beliau bertemu jodoh dengan kerani Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1990. Pasangan itu dikurniakan tiga putera dan seorang puteri yang berusia antara 10 hingga 18 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 07:19 AM | Show all posts
Korea Selatan berminat jual kereta perisai kepada M'sia

BANGKOK: Korea Selatan berminat untuk menjual kenderaan tempur perisai generasi baru NIFV K21 dan BlackFox kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Syarikat pengeluar Doosan DST kini sedang menjalankan usaha untuk menyakinkan kerajaan Malaysia bahawa kedua-dua jenis kenderaan perisai itu sesuai untuk kegunaan pasukan keselamatan negara.

Pengarah Pemasarannya, Kolonel (B) DaeSup Hwang berkata, pembelian kereta perisai itu akan melengkapkan 70 buah kereta kebal jenis PT91 buatan Poland yang kini digunakan oleh ATM.

"Kenderaan K21 direka untuk kegunaan pada persekitaran medan tempur di abad ke-21. Ia mempunyai banyak ciri canggih termasuk generasi ketiga sistem menangkis peluru berpandu," katanya dalam temubual selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat gerainya pada Pameran Pertahanan dan Keselamatan 2009 di sini hari ini.

Katanya, syarikat Doosan DST mempunyai pengalaman dalam membekalkan kenderaan berperisai untuk operasi pasukan pengaman Malaysia di luar negara.

Menurut beliau lagi, syarikatnya telah menjual 111 unit kenderaan tempur perisai KIFV (Korean Infantry Fighting Vehicles) kepada Malaysia antara 1993 dan 1995.

Malah presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Hang Seok Um, baru sahaja pulang dari lawatan ke Malaysia di mana dia menemui beberapa pegawai tertinggi ATM.

Lebih 158 pengeluar peralatan pertahanan dan keselamatan termasuk Sapura Secured Technologies, SME Ordnance Sdn Bhd dan Asian Defence Journal, menyertai pameran tersebut.

Naib Presiden Eksekutif Sapura, Wan Shaharuddin Wan Mahmood pula berkata, syarikatnya melihat pasaran global untuk pesawat tanpa pemandu Cyber Eye 2 keluaran syarikat itu selepas berjaya membekalkannya kepada pelanggan pertama, Tentera Udara Diraja Thailand, pada Oktober 2008.

"Kami melihat kepada lebih banyak negara Asia dan juga seluruh dunia untuk membeli pesawat keluaran kami," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:52 AM | Show all posts
Bukti setia kepada negara
Oleh Abu Bakar Al Sidek
bhnews@bharian.com.my

ANGGOTA tentera menunjukkan demonstrasi meredah halangan api.

Ramai remaja minat sertai Kompeni Askar Wataniah

LANGKAH Kementerian Pertahanan menubuhkan pasukan Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen menerima sambutan baik oleh penduduk, termasuk remaja tempatan.

Ini terbukti dengan pelancaran lima Kompeni Askar Wataniah kawasan Perak Selatan membabitkan Bagan Datoh, Teluk lntan, Pasir Salak, Kampar dan Lumut, yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, baru-baru ini.

Setakat ini, 97 daripada 222 kawasan Parlimen sudah pun menubuhkan Kompeni Askar Wataniah sementara baki 125 kawasan lagi akan ditubuhkan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang akhir 2011.

Setiap kompeni membabitkan 100 peserta berusia antara 18 tahun dan 40 tahun, tanpa mengira jantina, kaum atau agama.

Sempena pelancaran itu, turut diadakan Ekspo Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama dua hari yang dipenuhi dengan pelbagai pameran, pertunjukan statik interaktif oleh agensi di bawah Kementerian Pertahanan.
ADIK kecil ini bertuah dapat menaiki jip tentera.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid menyatakan penghargaan atas semangat juang dan patriotik yang ditunjukkan oleh remaja yang menyertai perkhidmatan sukarela itu.

Ia, katanya, menunjukkan tanda bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat bakti bagi mempertahankan negara.

"Penubuhan Kompeni Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen memberi suntikan semangat dan pendedahan kepada generasi muda untuk sama-sama memikul tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan tidak terserah kepada ATM saja," katanya.

Katanya, Askar Wataniah diharap bakal menjadi barisan pelapis kedua dalam pertahanan negara serta bersiap sedia menghadapi ancaman negara bila-bila masa yang diperlukan.
AHMAD Zahid bersama pegawai tentera melawat Ekspo Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, penubuhan Kompeni Askar Wataniah boleh menjadi penghubung antara ATM dengan rakyat jelata di samping berupaya meniupkan semangat generasi baru untuk menyumbangkan khidmat dan bersedia berkorban demi negara dengan slogan Satu Malaysia, Satu Wataniah, Satu Wawasan.

Sementara itu, remaja yang ditemui berkata, mereka berasa terpanggil untuk menyertai pasukan sukarela itu selepas tertarik dengan disiplin serta cabaran yang bakal dihadapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera.

Norain Ahmad Rizman, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama lrshadiah Batu 26, dekat sini, menyatakan minat untuk menyertai pasukan Askar Wataniah apabila tamat belajar kelak.

"Saya gembira bila melihat ramai remaja wanita menyertai perbarisan Askar Wataniah yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan," katanya.

Mohd Nazri Ariffin, 18, pelajar institut pengajian tinggi swasta di Ipoh berkata, peluang yang dibuka menyertai pasukan itu memberi suntikan semangat kepada remaja untuk membuktikan rasa kecintaan mereka kepada negara.

"Sebagai pewaris masa depan, remaja turut bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara, " katanya yang berharap dapat diterima menyertai pasukan Askar Wataniah selepas tamat belajar kelak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 08:52 AM | Show all posts
Kapal perang bersejarah
Oleh Noor Hazwan Hariz Mohd

KAPAL USS Blue Ridge yang berlabuh di Perlabuhan Klang baru-baru ini.

USS Blue Ridge mampu kesan pergerakan musuh di darat, udara dan laut

PELABUHAN KLANG: Sebut saja mengenai kecanggihan teknologi dan peralatan peperangan masa kini, pantas minda terbayang negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), China, Perancis dan Russia.

Dalam situasi peperangan, selain strategi dan kekuatan senjata, komunikasi dan penyampaian maklumat kepada armada dan bala tentera juga penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu operasi.

Berbekalkan dua enjin berkuasa diesel, USS Blue Ridge adalah satu kapal pemerintah terpenting dan memainkan peranan besar dalam formasi armada Tentera Laut AS, terutama membabitkan operasi di Asia.

Kapal berukuran 194 meter panjang dan 32.9 meter lebar itu memulakan perkhidmatannya sebagai kapal perang sejak ditauliahkan di San Diego, Amerika Syarikat pada 14 November 1970 dan perkhidmatannya dijadualkan tamat pada 2012.

Bagaimanapun, berikutan penambahan pelbagai peralatan dan sistem yang canggih, perkhidmatan USS Blue Ridge dilanjutkan sehingga 2020.
EKLUND (kanan) menunjukkan tempat simpanan sauh kapal USS Blue Ridge.

Sesuatu yang istimewa dan amat berharga mengenai lawatan kapal ini ke Malaysia adalah kerana ia sebuah kapal yang dikelaskan sebagai kapal `command & control', yang mana ia berfungsi sebagai kapal pemerintah bagi keseluruhan armada ketujuh Tentera Laut AS yang ditempatkan di Asia.

Kapal itu berjaya membuktikan kewibawaannya berdasarkan sejarah perkhidmatan ketika perang Vietnam, operasi Desert Shield dan Desert Storm di Iraq.

Pegawai Perhubungan Awam USS Blue Ridge, Leftenan Muda Shawn Eklund, berkata armada ketujuh adalah satu-satunya angkatan dalam pasukan Tentera Laut AS yang diperintah secara terus oleh seorang pemerintah dari sebuah kapal, berbeza dengan pemerintah armada lain yang berpusat di pangkalan.

Mengenai fungsi utama kapal perang itu, beliau berkata, USS Blue Ridge diklasifikasikan sebagai kapal pemerintah sesuai dengan kelengkapan dan teknologi perhubungan serta pengesanan canggih bagi mengkoordinasi pergerakan dan formasi keseluruhan armada ketujuh dalam sesuatu operasi, latihan dan peperangan.

"Ia mampu menjalankan operasi mengesan pergerakan musuh di darat, udara dan laut dengan berkesan serta menyalurkan maklumat mencukupi bagi tindakan selanjutnya." katanya ketika ditemui di atas kapal itu yang berlabuh di Terminal Star Cruise, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Operasi kapal yang diketuai Pegawai Pemerintah, Kapten Thom Burke itu menghabiskan lebih tiga suku daripada usianya berkhidmat di perairan seluruh dunia.

Malah, kapal yang berpangkalan di Yokosuka, Jepun itu sudah 30 tahun tidak belayar di perairan negara asalnya.

Ia dikatakan kapal pemerintah terbaik pernah dibangunkan, menjalankan tugas bagi mengumpul maklumat yang diterima hasil risikan di seluruh dunia untuk dikumpulkan dalam satu sistem komputer pusat.

Walaupun fungsi utamanya sebagai kapal komunikasi, aspek keselamatan dan persenjataan tidak diabaikan.

Kapal ini dilengkapi empat laras senjata automatik .50 kaliber, dua senjata automatik 50 mm dan membawa dua helikopter Seahawk SH60 sebagai penjejak dan pemusnah kapal selam.

Eklund berkata, sepasukan kru pertahanan kapal ditugaskan sepanjang masa bagi menangkis ancaman kapal kecil terhadap kapal itu.

Biarpun sudah berusia, ia masih mampu untuk belayar gagah meredah samudera dengan membawa kekuatan anggota sehingga lebih 1,200 orang, termasuk 268 pegawai dan 1,173 lain-lain anggota.

Seperti kapal perang lain dalam armada Tentera Laut ASS, USS Blue Ridge juga mempunyai kekuatan anggota yang terdiri daripada berbilang latar belakang, etnik dan kewarganegaraan.

Sesuai dengan status sebagai kapal pemerintah dan tempoh pelayaran yang mengambil masa lama, pentadbiran di atas kapal itu turut mementingkan keselesaan dan gaya hidup sihat.

Ini termasuk penyediaan ruang makan yang selesa, makanan berkhasiat, gimnasium, pusat dobi, kedai gunting rambut, kemudahan karaoke serta pusat penghantaran dan penerimaan mel, sekali gus membantu mengubat rindu anak kapalnya pada tanah air.

INFO: USS Blue Ridge

    * Berusia 39 tahun.
    * Dinamakan sempena pergunungan Blue Ridge di timur Amerika Syarikat.
    * Fungsi utama sebagai Kapal Pemerintah bagi Armada Ketujuh Tentera Laut AS.
    * Fungsi kedua sebagai Kapal Pemerintah bagi Operasi Pasukan Khas Amfibia dan Komander Pasukan Pendaratan.
    * Kelajuan maksimum 23 knot dengan dua enjin diesel.
    * Dilengkapi lebih 600 komputer berkuasa tinggi bagi pengumpulan maklumat dari seluruh dunia.
    * Peralatan perhubungan dan pengesan pergerakan tercanggih serta terkini.
    * Mampu membawa sehingga lebih 1,200 anak kapal pada satu-satu masa.
    * Membawa dua helikopter SeaHawk SH60 sebagai pesawat pertahanan kapal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 08:52 AM | Show all posts
Azam jadi juruterbang tercapai
Oleh Wan Faizal Ismayatim

SHAIFUL FAREEZ dan Zulkhairry Hisham dijulang rakan seperjuangan selepas menamatkan kursus asas Kuartermaster Udara di Pangkalan Udara Gong Kedak, Jertih, Terengganu.

25 pelatih terima sayap Kuartermaster Udara di Pangkalan TUDM Gong Kedak, baru-baru ini

JERTIH: Seramai 25 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sayap Kuartermaster Udara bagi helikopter Nuri dan pesawat angkut, selepas masing-masing berjaya menamatkan kursus berkenaan, baru-baru ini.

Dalam majlis penganugerahan yang diadakan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, di sini, kesemua pelatih itu menerima sayap masing-masing yang disampaikan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Daripada jumlah itu, seramai 14 pelatih Kursus Kuartermaster Siri 18/08 terdiri daripada lapan anggota TUDM, tiga Tentera Darat, tiga Tentera Laut dan seorang anggota Unit Udara Bomba yang dianugerahkan sayap pesawat Nuri.

Bagi Kursus Kuartermaster pesawat angkut Siri 04/09 pula menyaksikan seramai 11 anggota TUDM layak dianugerahkan sayap masing-masing.

Semua pelatih bagi kedua-dua kursus menjalani Kursus Ilmu Penerbangan enam bulan di Pusat Latihan Terbang 2, Kolej Tentera Udara, sebelum dihantar ke Pusat Latihan Taktikal (Heli) Nombor 3 Skuadron dan Pusat Latihan Taktikal Terbang (Pesawat Angkut) Nombor 1 Skuadron untuk menjalani fasa penerbangan peralihan pesawat.
Rodzali menyampaikan anugerah kepada anggota TUDM yang berjaya menamatkan kursus.

Ketika peringkat latihan peralihan pesawat, semua pelatih melalui dua fasa iaitu latihan dan penerbangan dan selepas berjaya menamatkan semua peringkat dan fasa latihan, barulah mereka layak dianugerahkan dengan Sayap Kuartermaster Udara.

Rodzali dalam ucapannya berkata, peranan Kuartermaster sangat penting dan relevan kepada TUDM sejak penubuhan pasukan itu, daripada melakukan penerbangan peperangan menentang komunis suatu ketika dulu hinggalah penerbangan bantuan kemanusiaan dan bencana alam pada masa ini.

Katanya, bagi memastikan TUDM kekal sebagai organisasi yang unggul, ia bukan saja memerlukan pesawat serta peralatan canggih, tetapi turut merangkumi sumber manusia yang kompeten.

"Seseorang anggota hanya mampu kompeten dalam pelaksanaan tugasnya dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta sikap positif terhadap tanggungjawab.
ANGGOTA TUDM menunjukkan lencana Sayap Kuartermaster Udara Siri 18/08 dan 04/09 selepas menamatkan kursus asas, baru-baru ini.

"Justeru, saya amat berharap proses pembelajaran tidak berakhir di sini, sebaliknya diteruskan dengan usaha gigih supaya menjadi aset yang bernilai kepada TUDM," katanya.

Rodzali turut mengingatkan anggotanya supaya sentiasa menjaga disiplin diri dan menjauhi penyalahgunaan dadah yang dikesan turut membabitkan segelintir anggotanya kerana TUDM tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan itu.

Sementara itu, Pelatih Terbaik Pesawat Nuri, Sarjan Udara Shaiful Fareez Ismail, 22, berkata walaupun belum bergelar juruterbang, beliau kini menanam impian agar hasrat mengemudi pesawat TUDM akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor itu berkata, impian sejak kecil untuk menyertai TUDM sudah tercapai dan kini beliau memusatkan tumpuan untuk mempelajari segala ilmu berkaitan penerbangan sebelum layak bergelar juruterbang.

Katanya, sejak menyertai TUDM ketika berusia 18 tahun, bapanya, Koperal Ismail Mohd Zain, 48, yang juga bekas anggota TUDM banyak memberi dorongan dan kata-kata perangsang sehingga beliau mencapai ke tahap sekarang.

"Suatu hari nanti, saya berazam menjadi juruterbang helikopter, tidak kira apa juga bidang tugas sama ada untuk peperangan mahupun penerbangan biasa," katanya.

Pelatih terbaik Pesawat Angkut, Sarjan Udara Zulkhairry Hisham Sulaiman, pula yang sudah sembilan tahun bertugas bersama TUDM, berkata beliau lebih gemar memfokuskan tugas di belakang tabir selaku jurutera penerbangan.

"Saya lebih seronok membaiki pesawat atau helikopter di bengkel kerana ia adalah tanggungjawab yang besar kerana kita perlu memastikan segala persiapan dan pesawat berada dalam keadaan baik sebelum penerbangan boleh dilakukan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 04:35 PM | Show all posts
TUDM dapat bantuan China selenggara Sukhoi


BEIJING: Malaysia memperkukuhkan hubungan ketenteraan udaranya dengan China dan memohon bantuan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) negara itu untuk penyelenggaraan dan sokongan logistik jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Sukhoi.

Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata, Malaysia juga bercadang untuk membeli sesetengah barangan kelengkapan tentera China.

"China telah berkembang menjadi kuasa besar di rantau ini dan mempunyai teknologi yang lebih maju, dan hubungan kita dengan China kini semakin bertambah baik," katanya kepada Bernama di sini.



Rodzali adalah antara panglima tentera udara dari 34 negara yang berada di sini untuk menghadiri forum antarabangsa selama dua hari mulai hari ini sempena sambutan ulangtahun ke-60 Tentera Udara PLA (PLAF).

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari China, Jen Xu Qiliang, di ibu pejabat PLAF, malam tadi.

"Mereka boleh membantu kita dalam banyak bidang seperti untuk bahagian dan penyelenggaraan untuk jet pejuang SU-30. Sebenarnya, Malaysia juga sedang mencari sesetengah produk tentera China," kata Rodzali

TUDM mempunyai 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 buatan Rusia manakala China juga memiliki banyak pesawat pejuang buatan Rusia termasuk Sukhoi SU-30.

Rodzali berkata, TUDM akan mengukuhkan kerjasama dengan PLAF. Pada masa lalu ia telah menyertai program pertukaran pegawai dan perkongsian maklumat keselamatan serantau.

Terdapat enam anggota tentera Malaysia kini mengikuti pengajian di Universiti Pertahanan China dan Maktab Turus China dan negara itu bersetuju untuk menghantar pelajarnya menuntut di Kolej Pertahanan Malaysia tahun depan. Ia adalah kumpulan pertama pelajar China.

Delegasi TUDM akan menghadiri pertunjukan udara PLAF dan menyaksikan pameran peralatan tentera udara di Shahe di sini esok selain melawat Muzium PLAF pada keesokannya.

Kumpulan itu juga akan melawat pangkalan udara Jining di Shandong pada Isnin untuk menyaksikan pameran jet pejuang buatan China sebelum pulang ke Kuala Lumpur. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 04:36 PM | Show all posts
musti ramai yg pening nih........ beli kat lain, maintainance kat lain.......... ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 04:43 PM | Show all posts
TUDM dapat bantuan China selenggara Sukhoi


[fly]menyaksikan pameran jet pejuang buatan China[/fly]
jofizo Post at 6-11-2009 16:35


jeng-jeng..jangan kita dok sebuk gripen la..rafale la..skali J10 yang plak dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 05:08 PM | Show all posts
8x8 apc la murah sikit............
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 06:33 PM | Show all posts
Malaysia memperkukuhkan hubungan ketenteraan udaranya dengan China dan memohon bantuan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) negara itu untuk penyelenggaraan dan sokongan logistik jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Sukhoi.

musti ramai yg pening nih........ beli kat lain, maintainance kat lain.......... ekeke


China ada fighter Su-30MKK & MK2 (versi family fighter Su-27), & mrk buat sendiri hasil ToT drp Rusia iaitu versi Su-27SK yg dikenali sbg J-11 (pelbagai versi).

Su-30 & J-11 (aka Su-27) mempunyai byk commonality dlm spare parts, so, mmg bijak kalau kita dptkan supply drp licensed OEM di China, selain Rusia. Selain tu, India pun maintain Su-30MKI ngan industri pertahanan depa, so kita pun blh outsourced ngan India.

Tang logistics SU-30 MKM dah terjamin kalau kita blh depend ngan China & India alone.

Kos tentunya dlm rega Renminbi (Yuan PRC) & Rupee India, cost-effective.

jeng-jeng..jangan kita dok sebuk gripen la..rafale la..skali J10 yang plak dapat...


Tak mungkin ... although, J-11 (Su-27SK) maybe ... I say again, maybe a remote (highly unlikely) possibility.

In any case, fighter replacement definitely not from China. But we might evidently benefitted in terms of Su-30MKM's supplies of spareparts & maintenance from PRC aerospace industry.

Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata, Malaysia juga bercadang untuk membeli sesetengah barangan kelengkapan tentera China.

...."Mereka boleh membantu kita dalam banyak bidang seperti untuk bahagian dan penyelenggaraan untuk jet pejuang SU-30. Sebenarnya, Malaysia juga sedang mencari sesetengah produk tentera China," kata Rodzali


Ahhhhaaaaaaa, tah2 kes misil SAM KS-1A masih on the table.

Yes, itu yg kita mau, teknologi ToT missiles. Worth the J/V with China!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 12:25 AM | Show all posts
Airbus A400M Dilivery To Be Delayed

KUALA LUMPUR: Malaysia’s order for four Airbus A400M military planes will proceed but delivery will be delayed by at least three years to 2016, a senior official said Friday.

The European aircraft manufacturer suffered a major blow on Thursday as South Africa cancelled a multi-billion dollar contract to buy eight of the aircraft because of delays and a huge cost rise. South Africa and Malaysia were the only two non-European orders for the A400M. Malaysia placed its order in 2005 for the four planes originally due to be delivered in 2013.

“There is no cancellation, the deal is still on but delivery will be delayed by three or four years,” a senior defence ministry official told AFP. “The delay is due to the delivery issue, it is not our problem. It is our commitment to boost our existing fleet,” added the official, who declined to be named. Details on how much Malaysia would pay for the planes were not revealed at the time, and the defence official could not specify the cost on Friday.

The A400M has been bedevilled by cost overruns and delivery delays over its massive turbo-prop engines. The entire 20-billion-euro (28-billion-dollar) project was put in doubt at one point. The first planes were to have been delivered at the end of this year, but the programme is running at least three years late. In cancelling the order on Thursday, South African government spokesman Themba Maseko said “the cost escalation would have placed an unaffordable burden on the taxpayer” in an economic downturn. He said the cost skyrocketed from 1.2 billion dollars when the contract for the A400M was agreed five years ago to 6.1 billion dollars now.

A total of 180 of the aircraft have been ordered by seven NATO nations: 60 for Germany; 50 for France; 27 for Spain; 25 for Britain; 10 for Turkey; seven for Belgium and one for Luxembourg. In July, seven European countries agreed to renegotiate their contract to buy the aircraft by the end of the year, thereby providing a lifeline. -- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 12:28 AM | Show all posts
1413# robotech

yes...akhirnya ankel mao product jadi pilihan gak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:13 AM | Show all posts
haiyoo..ini airbus bila mau sampai da..berjanggut tunggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 12:04 PM | Show all posts
Timor Leste anugerah pingat kepada PDRM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Buat pertama kalinya, Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao menganugerahkan pingat dan surat penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu, baru-baru ini.

Penghargaan tersebut berikutan rasa puas hati kerajaan Timor Leste terhadap perkhidmatan dan sumbangan pasukan yang menyertai misi keamanan kali ini.

Pingat dan surat penghargaan itu diserahkan kepada 136 pegawai dan anggota Pasukan Formed Police Unit (Mal-FPU) Briged Tengah termasuk tiga pegawai perubatan tentera.

Timbalan Pengarah 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin berkata, kerajaan Timor Leste turut menugaskan pasukan Mal- FPU untuk menjaga keselamatan Presidennya, Jose Ramos-Horta atas rasa percaya dan yakin terhadap khidmat yang diberikan.

''Penyerahan pingat dan surat penghargaan kepada setiap pegawai dan anggota yang terlibat merupakan satu tanda penghormatan terhadap jasa PDRM bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan kepulangan pasukan Mal-FPU Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dari misi PBB Timor Leste di padang kawad PGA di sini semalam.

Seramai 136 anggota dan pegawai menyertai misi selama enam bulan di negara itu mulai 7 April lalu sehingga 30 Oktober baru-baru ini.

Misi PBB ke Timor Leste ini merupakan kali ketujuh membabitkan PDRM sejak mula diperkenalkan pada 2003.

Sementara itu, Komander Mal- FPU, Deputi Supritendan Mohd. Abduh Ismail berkata, antara tugas penting yang diamanahkan pada misi kali ini termasuk membuat kawalan keselamatan kediaman Gusmao.

''Selain itu, pasukan kita turut bertanggungjawab mengiringi pergerakan Perdana Menteri dan keluarganya di majlis-majlis tidak rasmi.

''Paling tidak boleh dilupa dan mencabar adalah mengiringi 23 banduan yang terlibat dalam cubaan membunuh Ramos-Horta dan Gusmao dari penjara untuk hadir perbicaraan di mahkamah," katanya.

Tambahnya lagi, pasukan Mal- FPU turut memberi sumbangan kepada masyarakat daerah Lucia selain menghantar pegawai perubatan ke sekolah dan kampung-kampung daerah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:21 PM | Show all posts
Wednesday, November 4, 2009

Cope Taufan to Bring U.S., Malaysian Air Forces Together for Training

The U.S. Air Force and Royal Malaysian Air Force are set to train together Nov. 9-20 in Malaysia during exercise Cope Taufan.

Nearly 100 U.S. Airmen will take part, along with eight U.S. Air Force F-15 Eagle aircraft.Cope Taufan is a live-fly exercise that involves dissimilar basic fighter maneuver training and dissimilar air combat tactics training with the Royal Malaysian Air Force’s fourth generation fighters - the F/A-18D Hornet and MiG-29 Fulcrum.

The exercise gives U.S. and Malaysian airmen an opportunity to exchange techniques and procedures, enhancing their ability to work together when needed.

The U.S. and Malaysian Armed Forces have a long history of cooperation, taking part in common humanitarian assistance and disaster relief efforts, training exercises, and professional exchanges.

Other noteworthy U.S.-Malaysia bilateral training events in 2009 include Keris Strike, a bilateral Army exercise, and Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT), a bilateral Navy exercise that includes participation across the Malaysian Armed Forces.


JERAM SISIK, Malaysia (June 24, 2009) - Malaysian Army Maj. Norul Hisyam shows the distinctions between edible and poisonous plants to U.S. Marines as part of a jungle survival course during Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT). Exercise Cope Taufan, Nov. 9-20, will be the latest in a series of regular training events between the U.S. and Malaysian Armed Forces.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 01:04 PM | Show all posts
RMAF Seeks China's Logistic Support For SU-30MKM Fighters
By Vincent Low

Malaysia is strengthening its military air ties with China and has sought the assistance of the People's Liberation Army (PLA) in maintenance and logistics support for Malaysia's fleet of Sukhoi SU-30 fighter jets.Royal Malaysian Air Force (RMAF) chief Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud said Malaysia was also looking into acquiring some Chinese military ware.

"China had risen to become the superpower of the region and is advanced in its technology as well and our relationship with China is getting better and better," Jen Rodzali told Bernama Friday."They can help us in many areas, like for parts and maintenance of the SU-30. In fact, Malaysia is also looking into some of the Chinese military products."

The RMAF has 18 Russian made SU-30 fighter jets while China also has large numbers of Russian made fighter jets including the Sukhoi SU-30.Jen Rodzali was among the air force chiefs from 34 countries invited for a two-day international forum starting today in conjunction with the PLA Air Force (PLAF) 60th anniversary.

He met his Chinese counterpart, General Xu Qiliang, at the PLAF headquarters on Thursday night.Jen Rodzali said the RMAF would strengthen cooperation with the PLAF and in the past had participated in the exchange of personnel and regional security information.At least six Malaysian military personnel were attached to China's Defence University and Staff College and China has agreed to send its first student to the Malaysia Defence College next year.

The RMAF delegation will attend a PLAF Air Show and Air Force equipment exhibition at Shahe Airfield near here on Saturday before visiting the PLAF Museum on Sunday.The group will also visit Jining Airfield in eastern Shandong province on Monday to witness an exhibition of China-made fighter jets before returning to Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 01:11 PM | Show all posts
Modul latihan Rela, JPAM diubah


Pengisian dimantapkan bagi menarik lebih ramai penyertaan generasi muda


KLUANG: Modul latihan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kini diubah bagi memantapkan lagi usaha menarik lebih ramai generasi muda untuk menyertai dua agensi itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pengubahsuaian itu dilakukan berikutan pengisian modul latihan sedia ada kurang menarik minat generasi muda sehingga menyukarkan usaha untuk menambah keahlian JPAM dan Rela.

Beliau berkata, pengubahsuaian modul latihan itu perlu dibuat berdasarkan kehendak serta cita rasa generasi muda supaya mencapai matlamat untuk pembesaran dua agensi terbabit.

"Modul latihan yang ada sekarang dikenal pasti kurang menarik sehingga menyebabkan usaha kita untuk menarik penyertaan generasi muda menyertai dua agensi itu agak sukar.

"Sekarang kita sudah melaksanakan pengubahsuaian di sesetengah tempat yang mengenal pasti pendekatan sesuai serta memenuhi cita rasa generasi muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Perhimpunan Belia Parlimen Sembrong di Taman Sri Lambak, di sini, semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Ketua Pengarah JPAM, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, R Vidyananthan serta Adun Paloh yang juga Exco kerajaan negeri, Hoo Seong Chang.

Lebih 5,000 belia daripada pelbagai persatuan menyertai perhimpunan yang julung kali diadakan di kawasan Parlimen Sembrong itu.

Sementara itu, beliau berkata, sembilan juta generasi muda di negara ini dikenal pasti masih belum menyertai mana-mana persatuan.

Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan terbabit untuk mencari pendekatan sesuai dan relevan untuk menarik minat mereka sekali gus membantu mencapai matlamat menambah keahlian.

"Sekarang ini difahamkan hanya dua juga golongan muda terbabit secara serius dalam persatuan sukarela dan usaha perlu digandakan untuk menarik sejumlah besar lagi yang belum menyertai mana-mana persatuan.

"Penyertaan mereka dalam persatuan akan membantu mencapai matlamat kita untuk menyatukan generasi muda, kerana keadaan politik ketika ini tidak mampu ke arah itu, begitu juga dengan pendidikan yang sedikit dipolemikkan," katanya.

Beliau berkata, selain Kementerian Dalam Negeri dan beberapa kementerian yang berkaitan merangka program untuk menarik penyertaan generasi muda dalam persatuan dan dijangka diumumkan dalam tempoh enam bulan lagi.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementerian sudah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berikutan penyelesaian beberapa isu seperti permit kemasukan pekerja asing, sijil lahir dan permohonan taraf kenegaraan yang tertunggak sudah diselesaikan dua bulan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Ini termasuk permohonan kenegaraan lebih 32,000 pemohon yang diselesaikan pada Oktober lalu.

[img][/img]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193786 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4977 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23576 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063661 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list