CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Gila 'Selfie' Pada Persembahan Anuar Zain - Usung Go Pro Keliling Dewan (pg.6)

[Copy link]
Post time 30-4-2014 03:08 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 03:10 PM | Show all posts
@achik2009 iols tolong uols tepek pic

Gila 'Selfie' Pada Persembahan Anuar Zain
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:23 AM


[size=0.75em]Memukau... persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya pada Selasa.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA:  Kegilaan mengambil gambar secara ‘selfie’ (self-portrait photograph) yang menjadi trend penggemar media sosial ketika ini merupakan tarikan pada persembahan Anuar Zain sempena minggu setiausaha di Hotel One World di sini pada Selasa.

Gambar-gambar selfie itu kemudiannya dikongsi di laman sosial terutamanya Instagram menerusi hastag antaranya  #anuarzain dan #terindahanuarzain.

Malah Anuar juga berjaya memukau suasana apabila beliau sendiri menggunakan ‘monopod’ untuk merakam gambarnya bersama-sama peminat.

“Apa kata kita selfie dulu… siapa nak selfie dengan saya…?” antara kata-kata Anuar sebaik sahaja selesai menyampaikan tiga buah lagu.

[size=0.75em]Anuar menggunakan 'monopod' untuk bergambar bersama rakan media.


Persembahan yang dikenali sebagai Terindah… Anuar Zain itu dihadiri kira-kira 700 tetamu yang kebanyakannya peminat penyanyi itu termasuklah setiausaha-setiausaha syarikat bersama bos masing-masing.
[size=0.98em]Keterujaan masyarakat terhadap media sosial menjadi penyebab Anuar tidak menggunakan banyak ruang pentas sebaliknya lebih selesa untuk bersama peminatnya di meja makan.

Malah peluang itu digunakan sepenuhnya oleh peminat untuk merakamkan gambar-gambar selfie bersamanya.




Persembahan Terindah… Anuar Zain tidak perlu disangkal kerana kekuatan vokal Anuar berjaya menggamatkan suasana tatkala menyampaikan 12 buah lagu antaranya Keabadian Cinta, Bila Resah, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Terindah, Sedetik Lebih danLelaki Ini.

Anuar turut mempersembahkan lagu daripada album terbaharunya iatu Terindah dan juga Kembali Padamu Ilahi  sebagai mengingati rakannya yang telah meninggal dunia.
Anuar berkata, persembahan berkenaan benar-benar istimewa  kerana buat pertama kali dia terlibat secara langsung daripada urusan persembahan dan juga produksi.

“Matlamat saya adalah untuk pergi lebih jauh, bukan hanya sebuah persembahan tetapi untuk memberikan sesuatu yang lebih bermakna,” katanya.

[size=0.75em]Peminat yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar secara 'selfie'.


Malah dia juga menganggap persembahan itu bukan sahaja sekadar hiburan sebaliknya dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain.
[size=0.98em]Persembahan sempena minggu setiausaha ini sepatutnya diadakan pada 8 April lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada 29 April sebagai menghormati tragedi pesawat MH370 yang dipecayai hilang di Lautan Hindi.
Ia juga merupakan acara termahal Anuar apabila tiket menyaksikan persembahannya dijual dari RM843 sehingga RM1,383.

Pada kosertnya sebelum ini  iaitu  ‘Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 16 Februari 2013, beliau mengenakan tiket sehingga RM698.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 03:34 PM | Show all posts
walaupun ada yg mempertikaikan kenapa tiket mahal mengalahkan retis antarabangsa... tapi sekurang2nya aku hepi sebab ada jugak sorang penyanyi tempatan yg berani letak harga diri begitu mahal sampai tiket ribu2 tapi masih lagi sold out...   siapa kata penyanyi tempatan murahan...yang penting..kena pandai jaga 'harga diri'.. jangan kat chow kit atau kat mydin pun nak bersidai... kalau dah level tu.. konsert free pun belum tentu penuh....  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 04:07 PM | Show all posts
lagu raya dia best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 08:14 PM | Show all posts
Anuar Zain Usung Go Pro Keliling Dewan

30 Apr 2014, 01:58am   |   Miss Ayu



Penyanyi popular, Anuar Zain pada Selasa membuatkan ramai peminat menjadi tidak keruan ketika muncul dalam persembahan istimewa sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor.

Semuanya gara-gara pelawaan Anuar yang mengajak peminat-peminatnya untuk berselfie bersama-sama. Lebih menarik, Anuar turut membawa monopod dan kamera Go Pro keliling dewan untuk merakamkan saat-saat indah bersama peminat.



Setiap kali Anuar turun ke bawah pentas, suasana menjadi gamat dengan jeritan peminat yang berlumba-lumba mendapatkan Anuar untuk bergambar bersama. Bahkan peminat-peminat saling mencemburui apabila Anuar meluangkan masa agak lama di sesuatu sudut sehingga ada satu ketika Cheryl Samad yang bertindak sebagai pengacara majlis terpaksa masuk campur kerana keadaan menjadi agak tidak terkawal.

Bagaimanapun, GUA kagum dengan kesabaran dan kemesraan Anuar melayan kerenah peminat-peminatnya yang seakan-akan lupa diri. Anuar bijak mengambil hati dengan cuba bersikap adil dan sentiasa mengukir senyuman. Mungkin itulah pesona Anuar yang sehingga kini sukar ditandingi oleh mana-mana penyanyi lelaki lain.



Persembahan yang diberi nama  'Terindah… Anuar Zain' itu dimulakan dengan hidangan makanan tengahari yang terdiri daripada set makanan barat yang merupakan pilihan Anuar sendiri. Hanya kira-kira jam 2.30 petang barulah Anuar menunjukkan kelibat dengan menyampaikan lagu 'Keabadian Cinta'.

Ketika ini, peminat Anuar sudah tidak lagi mempedulikan hidangan pencuci mulut yang terhidang di atas meja, sebaliknya pandangan terus terarah ke atas pentas bagi menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi. Malah, ramai juga yang berlari ke hadapan pentas untuk merakam gambar atau video Anuar.

Selesai menyanyikan tiga lagu, Anuar mula bersembang dengan peminat-peminat. Pada saat ini jugalah dia membangkitkan mood berselfie. Setelah itu, adik kepada Ziana Zain ini meneruskan persembahan dengan beberapa lagu lagi termasuklah satu lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang berjudul 'Kembali Padamu Ilahi'. Jelas Anuar lagu itu dicipta oleh Allahyarhamah Dalilah Tamrin,  seorang pesakit kanser payudara semasa hayatnya.



Sementara itu, persembahan yang diatur sendiri oleh Anuar Zain Network ini juga diwarnai dengan beberapa kejutan seperti peminat dihadiahkan dengan sekuntum bunga setiap seorang serta mendapat produk penjagaan kulit L'Occitane.

Acara yang mengambil masa kira-kira empat jam ini menyaksikan Anuar Zain menyampaikan 12 buah lagu keseluruhannya. Seperti persembahan Minggu Setiausaha Anuar terdahulu, persembahan kali ini turut diakhiri dengan sesi eksklusif bersama peminat yang membeli tiket VVIP dan VIP.





Credits: gua.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 08:15 PM | Show all posts
mixed posted on 30-4-2014 03:10 PM
@achik2009 iols tolong uols tepek pic

Gila 'Selfie' Pada Persembahan Anuar ZainDiterbitkan: Ra ...

TQ @mixed...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2014 08:32 PM | Show all posts
berapa lagu dia nyannyi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 08:33 PM | Show all posts
aseela posted on 30-4-2014 08:32 PM
berapa lagu dia nyannyi?

12 buah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 08:37 PM | Show all posts
achik2009 posted on 30-4-2014 08:33 PM
12 buah....

12 buah je...hmm...
tak termasuk selingan cabutan bertuah..sesi fotografi bagai...
apa dapat bawak balik (dulu time mawik...tak salah aku..dapat cawan teh muka dia)...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau roslan aziz kata cara bang nuar nyanyi salah... Pd telinga ai ttp best...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:31 PM | Show all posts
Aisyehmen @achik2009 iols igt tajuk tuh
Nuar jen usung gro sambil berselfie
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:31 PM | Show all posts
Makin cantik lah heshe
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:34 PM | Show all posts
Oo....dia guna hat yg mcm galah panjang time selfie tu...
Ada jugak mak teh tgk cikki2 dan cikpon2 dok pakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 09:37 PM | Show all posts
mixed posted on 30-4-2014 09:31 PM
Aisyehmen @achik2009 iols igt tajuk tuh
Nuar jen usung gro sambil berselfie

motip??...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 09:39 PM | Show all posts
Untunglaaaa pd yg jd setiausaha, aku surirumah haram laki nk bwk... Ggrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 10:50 PM | Show all posts
Hmmm... ngape abam nuar tak pena nak bawak lagu rindu belaian..... masa konsert.... best kot lagu tu klu push... memamg soul....(tapi aku bukan pergi pon.....lariiiiiikkkk)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2014 10:57 PM | Show all posts
muka nuar jen neh makin lama makin pelik.
dah nak setarap dengan zahida nyang rapik
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols bwak my PA yg ala2 PA Mastura @ BAKtC tu Uolsss.. Cayaang cgt dia..
Without heShe im lost gitu Uolss

P/s.. meloncat sakan dia nk berselfie dgn  Abam Nuar Jeng tu nnti Last edited by prettymanja on 30-4-2014 11:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung jd s/u
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 12:01 AM | Show all posts
ramai nye fan bag nuwo nie...kelas kau jahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.381403 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list