CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 14

Dah kena warning

[Copy link]
Post time 19-5-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AZMIN BERI KATA DUA KEPADA PAS, SERAH KERUSI SG BESAR PADA PKR ATAU KELUAR KERAJAAN SELANGOR ISNIN INI

Terakhir dikemaskini: 19 Mei 2016
By HELME HANAFI


PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini.

Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.

"PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

"Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang," kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.

Ugutan Azmin dipandang sepi oleh Pemuda PAS.

"Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan," kata Nik Abduh.

Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.

The Star melaporkan kata dua itu datang dari Azmin yang mahu PKR bertanding di parlimen itu dan bukannya PAS atau Parti Amanah Nasional (PAN).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, telah menyampaikan perkara ini kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, dan exco PAS yang lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.

Bagaimanapun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk terus bertanding selepas mesyuarat lewat malam di rumah Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu.

Tiga anggota exco negeri dan beberapa pemimpin parti Selangor telah terbang ke Terengganu pada Rabu untuk mesyuarat tergempar.

"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam pilihan raya," kata sumber PAS Selangor.

Hadi mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.

Dalam pertemuan dengan exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang yang lebih baik jika berlawan dengan UMNO di Sungai Besar.

Beliau berkata, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina manakala jika PAS atau PAN akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk laluan kepada PAS di Kuala Kangsar.

Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada tahun 2013.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter awal bulan ini.-19/5/2016 Agendadaily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 01:40 PM | Show all posts
wowww.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:41 PM | Show all posts
keluar jerlah....pakatan tu dah takdo dah....baut hal memasing jer lah....

senang nak bertanding pun aman2 jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai dah poning
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:41 PM | Show all posts
apa masalahnya, jika nak bertanding, bertanding je lah ni kan negara demokrasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:43 PM | Show all posts
shamsadis replied at 19-5-2016 01:41 PM
apa masalahnya, jika nak bertanding, bertanding je lah  ni kan negara demokrasi

pkr p kacau kwsn pas bulih.....
kelako la politaik ni seme.... bn dgn cara die... pkr dgn gaya die.... dok bersatu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 01:48 PM | Show all posts
bagus
biar bergasak belaka
3,4, 5 penjuru kalu bulih
lobai kan kuat
rakyat kan dah nyampah giler babi dgn bn, mestilah depa beralih sokong lobai
apa ada hal lawan 3,4,5 penjuru pun
dok gitu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
No way PKR or PAN can win Sg Besar.It has to be UMNO or Pas.Kita tengok perkembangan mutakhir depa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adegan tarik tarik rambutt~
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:53 PM | Show all posts
ketum replied at 19-5-2016 01:49 PM
No way PKR or PAN can win Sg Besar.It has to be UMNO or Pas.Kita tengok perkembangan mutakhir depa.

tu lah kan, Pkr Pan lebih sesuai di kawasan urban... kawasan kampong baru Pas boleh ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai di Bod Politik
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 02:54 PM | Show all posts
sana kubu kuat BN la...toksah nk beranganla pembangkang nk menang kat situ...
kg mak mertuaku, aku tau ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 03:05 PM | Show all posts
Azmin, PKR & DAP kena ingat jugak, sokongan dari pengundi PAS ada jugak menyumbang kemenangan dia orang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 12:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 12:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.089069 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list