CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8311|Reply: 42

kawan baik suka perli di status fb

[Copy link]
Post time 22-5-2016 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Salam.
Ok cerita dia mcm ni. aku ada kawan baik kenal dah 13 tahun. dia dah kawen 3 tahun tp takde anak. dia tak keje, suami keje buruh. selalu ada masalah kewangan. nk kawen dulu pun aku bg pinjam duit, sampai sekarang tak habis byr lg.

aku byk bersabar dgn perangai dia-- jenis kuat sentap, kalau ada problem suka up status kt fb perli2 termasuklah kalau kecik ati ngan aku, semua org tau aku kawan baik dia, so apa yg dia post tu pasal 'kawan baik' opkos la org tau tuju kt aku. aku malu tp aku diam je tak balas apa2. kadang2 gatal je tangan aku nk reply atau post jugak ayat bangang2 kasi dia baca, tp mcm tak matang plak.

sakit hati jugak bila ada kawan2 lain perasan status tu tuju kt aku. padahal benda remeh je masalah kitorang.. mcm lambat reply wasap. cansel lepak dgn kawan2 lain sbb ada urgent matters, berlainan pendapat bila discuss sesuatu perkara..dia nk menang je.

kdg2 terfikir dia ni nk ambik kesempatan dgn kawan sendiri. dia jenis takde usaha pun ubah hidup dia. lepak pun aku yg selalu keluar duit, myk kete sume even hotel pon aku byr. bkn nk ungkit tp bila dia buat perangai tak matang tu aku jd terungkit semua benda.  

one more thing kawan2 lain ramai tak tahan dgn dia. tp aku bertahan sbb aku kesian kt dia, dia ank yatim.

aku nasihat suruh dia keje sebab aku nak dia bayar hutang aku. 3 tahun pinjam rm500 je tak habis2 byr lagi. aku tak mintak tp aku tak suka kawan tak amanah bila dia janji nak bayar sikit2.

kitorang tak bertegur lebih kurang 3 bulan. aku yg start diam dlu sbb aku dah tawar hati, aku letih. aku bkn diam terus cuma tak wasap dia 2 by 2 lagi dah. kalau kt group kawan2 kitorang still aku tegur semua or wish besday. aku cuma nk ruang utk diri sendri, aku letih nk hadap kawan mcm ni. aku bosan & makan hati

satu ari aku wasap dia personally aku mintak maaf n aku luah rasa hati aku. aku mintak dia ignore je perasaan aku kalau aku ni kawan tak guna pada dia. dia balas 'tq' je. so betul la segala status2 perli tu utk aku dan dia mmg nk aku tahu.


#oh btw aku ada sorang kawan baik masa zaman U still contact tp kitorang jauh beribu2 batu sbb dia sgt workaholic, susah nk jumpa. dia akan balas wasap 2,3 hari kemudian dgn kata2 yg baik & mmbina semangat. aku kekalkan kawan mcm ni dlm hidup sbb dia mmg sangat baik & jujur. bila free dan ada duit baru kitorang plan jumpa pegi holiday sama2. tak perlu ramai kawan kalau ramai2 pun menyusahkan hidup.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
setokinpurple replied at 22-5-2016 12:22 AM
Salam.
Ok cerita dia mcm ni. aku ada kawan baik kenal dah 13 tahun. dia dah kawen 3 tahun tp takde ...

Kwn awak tu dah tua..dah bsuami..mana ada status ank yatim..kalu bdk2 lainlah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ko unfollow je fb dia

org ckp kalau org tu jenis suka up status kt fb dia lonely xde apa nk buat

see mmg terbukti dia xde apa nk buat keje dia meratib je kt fb
my fb mmg aku dh lama unfollow kwn2 mcmni sikit up status..just follow org minima post status just sekali sekala dia share or up status tu ok lg..tp kalau dr pg smpai ke mlm muka dia mmg xla muak sgt uolss
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Main fb tenet siapa bayar. Hutang ko tak boleh bayar. Dah lah ko kasi pinjam duit. Hulur bayaq hotel minyak lagi mau sentap ngan ko. Cubalah ko pun jgn emosi. Aku kalau kawan gini aku cantas terus tak kuasa. Baru 3 tahun dgn perangai cam hapa pun boleh buat ko emosi jugak. Aku kawn dari kecik sejak umur 5 tahun buat perangai pun aku cantas. Malas nak semak. Tapi kalu ko ok, aku jawan je balik. Malas nak terasa apa. Cantas terus. Dah berapa kali cantas. Tapi aku jenis pemaaf. Itu kawan aku of nearly over 30 years.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 01:52 AM | Show all posts
sokong @idakamarudin

ko unfollow je...  so ko takkan nampak status dia...  hilang sakit kepala weih...  kalo ikutkan, bersepah2 kawan yang macam kawan ko ni...  kalo nak betul2 positive vibe sahaja yang ada di sekitar ko, unfriend terus...  takyah pening...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
orang tak sedar di untung macam tu, tak kawan pun tak rugi aih...
pedulikan saja.. hidup ko takkan rasa kekurangan pun kalau takde kawan macam tu..
tak payah la msg ke apa.. buat tak tau je..
fb pun ko buat buta je..
dia up status perli ko, ko up pulak tunjuk hidup ko tak rugi apa pun
esok dia dah nyampah, dia sendiri akan jauhkan diri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2016 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia up status perli. Ko respond minta maaf. Umpan mengena. Dia berjaya buat ko rasa bersalah. Hat dia tak bayar hutang dia buat dek tak bersalah. Dia dah naik atas kepala you tt oiii.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 03:57 AM | Show all posts
unfollow je fb dia.

aku rasa macam nak sokong je @munchkin.
saja je dia nak buat ko serba salah pasal benda remeh temeh
agaknya kalau ko tanya pasal hutang dia tu dia acah mengamuk
terus ko takut nak mintak.
agaknya kawan yang lain tu ignore dia pun pasal hutang jugak kot?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn x kn buat awak mcm tu..dia bkn seorg kwn yg baik dan hya mgambil ksempatan pd awak saja. Minta la duit tu pd husbnd dia sbb dia x bkerja.kmudian ignore je. Knp nk bkwn dgn org yg bg awak mslh,myusahkn hidup awak lps tu perli awak kt fb? Pffftt...dr sakit hati dan mgumpat,baik x payah bkawan tt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 09:44 AM | Show all posts
TT jgn biar diri anda diperlakukan begitu sekali. Baik berpada pada, jangan sampai kepala dipijak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nenas_tippy replied at 21-5-2016 04:48 PM
Kwn awak tu dah tua..dah bsuami..mana ada status ank yatim..kalu bdk2 lainlah

Yeke kalau dah kawen bkn anak yatim piatu? Dia yatim piatu masa umur belasan tahun lagi, dia kawen pun sbb nk ada org jaga dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 21-5-2016 04:55 PM
ko unfollow je fb dia

org ckp kalau org tu jenis suka up status kt fb dia lonely xde apa nk buat
...

Unfollow lama dah, bkn sbb tak bertegur tp semak suka sgt selfie, update status ntah apa2. Mmg jenis nk perhatian kot. Aku pernah nasihat kita ni dah tua takpayah la selfie2, lagi2 awk tu dah kawen.. Dia x peduli pun.

Kita kawan kena betulkan kawan.

Fb aku utk bisnes je. Aku stalk sebab nak tau dia sihat ke tak. tak bercakap pun mesti nk ambik berat jugak kawan2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
setokinpurple replied at 22-5-2016 10:46 AM
Yeke kalau dah kawen bkn anak yatim piatu? Dia yatim piatu masa umur belasan tahun lagi, dia kawen ...

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampumenjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-5-2016 06:03 PM
orang tak sedar di untung macam tu, tak kawan pun tak rugi aih...
pedulikan saja.. hidup ko takkan  ...

Up life aku kt fb? Mmg tak laa aku nye fb utk bisnes je takde personal fb.. Kalau nk tunjuk byk benda aku boleh tunjuk. Tumpang tempat cari rezeki je fb tu bkn nk tempat meroyan mcm org lain. Nk bukak thread ni pon pikir ratus kali.

Takde kawan pun tak mati lah.. Dia je hadap sgt kawan dgn aku yg busy cari duit xbyk masa nak enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 11:41 AM | Show all posts
block je fb betina tu

mulakan hidup baru.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2016 02:37 PM | Show all posts
baiknya tt ni. sgt penyabar.

kalau dh sampai perli2 aku... aku akan unfriend terus.

kawan yg baik takkan guna cara murah mcm tu nak perli,kutuk n malukan kawan sendiri.. n mcm nak tarik kawan2 lain yg tak tahu apa2 utk mengumpat sekali. elok ckp privately kalau ada apa tak puas hati.. ni dekat fb n semua org kenal boleh baca... dia malukan tt in public macam tu.. kalau aku mmg tak boleh terima lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2016 03:08 PM | Show all posts
Orang yang umpat, mengata kita pada orang lain, tak di panggil
'Kawan baik' tapi kita panggil 'kawan tak baik'. Tak perlulah dibuat kawan org macam ni. Kawan light lght sudah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 09:46 AM | Show all posts
setokinpurple replied at 22-5-2016 10:46 AM
Yeke kalau dah kawen bkn anak yatim piatu? Dia yatim piatu masa umur belasan tahun lagi, dia kawen ...

ye la mek oii..anak yatim tu status sesorg yg tak blh jaga diri sendiri. once dia dah lebih umur dan berdikari, tak di panggil anak yatim dah. bagi sedekah pun, bagi pada budak2 yg tak blh berdikari je..konsep ko pegang tu salah weh, cuba ko cek balik maksud anak yatim tu

so, masih kesian lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 10:51 AM | Show all posts
asal sentap je nk up status kat fb ka..so childish..pastu bole pulak awak pun nak terasa..kihkih.kalo saye la..saye ignore saje..pedulik apa sbb dia mane ada mention nama..bagi saya buang masa dan tenaga saje kalo nak amik tau pasal hal childish ni..

ape kate awak deactivate FB awak? kalo da takde FB ...hati awak pun bahagia sebab da tak payah nak fikir pasal status kawan2 kat FB..buat semak fikiran je ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 11:35 AM | Show all posts
lonely kawan ko tt.. sibuk melalak kat fb duk meratib orgtu begitu org ni begini tak sedar diri hutang tak bayar, myk kete g mana2 ko tanggung, pastu dh la idup tu likely biawak hidup, sebok plk duk perli memerli ko kat pesbuk..

tt, org mcm ni, kalau aku la, (n mmg aku buat), aku pegi je dari idup diorg. better takde kawan dari bkawan tp wat kte makan hati n mnyusahkan! unfriend je dari fb, wat ko berfikir je status2 hamjad dia.

kite pk perasaan org. sape nk pk perasaan kita?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082754 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list