CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4431|Reply: 37

Hafidz Roshdi Tak Sabar Mahu Berpuasa, Terawih Bersama Isteri

[Copy link]
Post time 25-5-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Hafidz Roshdi memberitahu, sekiranya diberikan rezeki dia mengidamkan empat orang cahaya mata namun menyerahkan ketentuan tersebut kepada rezeki.


“Saya ikut rezeki dapat anak bila. Saya sudah mempunyai perancangan kalau boleh mahukan empat orang anak. Tapi itu semua bergantung pada rezeki,” katanya yang ditemui di Majlis Prebiu Media Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016.


Dia turut memberitahu pada minggu hadapan dia bersama isterinya akan berbulan madu di Medan, Indonesia. Sepanjang bulan Ramadan yang akan datang Hafidz begitu teruja dan tidak sabar untuk bersama-sama berpuasa bersama isteri dan berterawih bersama.
“Saya rancang untuk berpuasa dan berterawih bersama isteri disebabkan saya bercuti daripada menjalankan penggambaran. Rasa begitu teruja sekali,” katanya kepada Rotikaya.


Dalam pada itu, Hafidz Roshdi turut berkata dia akan cuba untuk mengurangkan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita lain apabila melakonkan sesuatu watak.
“Kalau boleh nak elakkan adegan bersentuhan itu sahaja. Saya nak cakap untuk mengelakkan terus takut terpegang dan tersentuh juga jadi saya lebih suka untuk mengurangkan adegan itu. Saya buat perkara ini bukan disebabkan isteri tetapi atas status saya sebagai suami,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Motifff dgt kau dikk.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:01 PM | Show all posts
okla. fine. so?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:06 PM | Show all posts
Senanya boleh je nak buat cerita2 tanpa pegang2 bagai. Dulu time puasa ada tayang cerita Iran, psl misteri, pembunuhan bagai. Tp elok je tutup aurat takde adegan berpegangan. As long as storyline ko bagus, ekspresi actors sume boleh je org layan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dek hafidz, moga brbahagia sllu n impian mnjdi knyataan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
okay.. kami paham..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2016 01:15 PM | Show all posts
Tajuk boring tak menahan.. Teringat majalah URTV, MANGGA dedulu. Nak dekat puasa@raya cerita stok2 cemni la..  Plis la, ada ke orang nak tau kisah biasa2 camni. Sekarang era kontroversi berat dan csi sehabis dalam ok... Dan bahang nuraka pun semakin mendekat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 01:49 PM | Show all posts
next topic pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya buat perkara ini bukan disebabkan isteri tetapi atas status saya sebagai suami,”

Kalau jd suami xleh pegang2..kalau bujang xpe? Ustat mana ajar die ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:08 PM | Show all posts
aduhai reporter ni takde modal lain ke...
ke pelakon ni yg takde citer nak bagitau wartawan
klise okk!!!
ingatkan berita isteri dia wat pembedahan plastik ke,
putihkan kulit ke biar jadi cantik..baru gempak sikitt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:09 PM | Show all posts
boooring .... cerita zaman juwi dolu2 ni ...
cerita2 macam ni ... boleh la pegi mereput .....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Izzue islam jr in the making

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bakal sendu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:55 PM | Show all posts
kesian sungguh bod gosip minggu ni, ini pun jadi bahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:03 PM | Show all posts
Qasa mcm bc majalah dulu, zaman juwie. ekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2016 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 25-5-2016 01:54 PM
"Saya buat perkara ini bukan disebabkan isteri tetapi atas status saya sebagai suami,”

Kalau jd  ...

mksudnyer..dia nk jga adat suami orgle.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 25-5-2016 03:10 PM
mksudnyer..dia nk jga adat suami orgle.

Ooo pegang2 tu ikut adat rupanya  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:54 PM | Show all posts
alahai... semua orang pun bila ramadhan mesti tak sabar nak buka dengan family..
so apa bezanya dia ni..
cam ni pun nak jadi berita ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:56 PM | Show all posts
cerita retis time ramadhan pergi bercuti ke eropah selama sebulan takde?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:35 PM | Show all posts
Slmt menyendukan diri

k bye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067352 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list