CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5810|Reply: 57

[Tempatan] Nyaris dirogol dalam tandas restoran makanan segera, McDonald’s

[Copy link]
Post time 25-5-2016 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 26-5-2016 11:26 PM

PETALING JAYA: Kepantasan dan keberanian seorang wanita berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol dalam tandas sebuah restoran makanan segera di Johor Bahru minggu lalu.

Ketika kejadian jam 6.10 pagi Jumaat lalu itu, mangsa bersama rakannya ke tandas sebuah restoran makanan segera di Taman Mount Austin.

Beliau kemudiannya membetulkan rambut di hadapan sinki luar tandas itu berseorangan, sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba menggunakan tangannya untuk menutup mulut mangsa dan cuba mengheretnya ke dalam tandas OKU.

Menurut laporan China Press, suspek kemudiannya memukul kepala wanita itu dan menghentak kepalanya ke dinding dalam cubaan untuk melemahkan mangsa.

rpe
Wanita itu sempat melarikan diri, tetapi lebam di bahagian muka dan badan, manakala suspek pula berjaya melarikan diri dengan menyamar sebagai pekerja restoran makanan segera itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh yang dihubungi akhbar itu mengesahkan telah menerima laporan berhubung serangan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun DavidLim memuat naik gambar dan kejadian itu ke laman media sosial berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Menurut catatan Facebook itu, suspek dikatakan adalah seorang lelaki berbangsa Melayu dan berbadan sasa.

Selepas diheret ke dalam tandas OKU, mangsa menerusi celah pintu ternampak ada orang lalu dan segera menjerit.

Rakan mangsa yang terdengar jeritan itu segera pergi ke tandas untuk memeriksa keadaan, manakala suspek pula sempat mengambil beg tangan mangsa dan menyamar sebagai pekerja restoran untuk keluar dari tandas berkenaan.

Menurut catatan dalam Facebook itu lagi, rakan mangsa segera merampas beg tangan wanita itu sementara suspek bertindak meninggalkan tandas berkenaan dengan tenang.

Rakan mangsa kemudiannya pergi memeriksa keadaan mangsa dan mendapati baju wanita terbabit sudah kotor dengan dahinya berdarah dan rambutnya juga kusut-masai.

Catatan dalam Facebook itu turut menyatakan ada pihak yang mendakwa suspek adalah pekerja restoran makanan segera terbabit dan bercuti pada hari kejadian.

Malah, pengurus restoran itu juga didakwa berada di tempat kejadian, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Rakan lelaki mangsa yang cuba menjejaki dan merakam gambar suspek bagaimanapun gagal, kerana suspek segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki kereta Perodua Kenari berwarna emas.

Menurut catatan dalam laman media sosial itu, polis tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan meminta mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu cedera di kepala dan bahunya serta terdapat pelbagai kesan lebam di badannya.

Difahamkan, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari restoran makanan segera itu untuk disiasat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 02:51 PM | Show all posts
wuihhh takutnya....kat mana2 pun x selamt dah skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:55 PM | Show all posts
wauu bahaya ni.. sebab perogol ni calm bila dia nak lepaskan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti perogol ni da pro
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila apa kat restoran fastfood pon boleh nak merogol? Semoga perogol itu di henyak lori babi smpai lunyai!:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:04 PM | Show all posts
tekanan jiwakah beliau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2016 03:09 PM | Show all posts
baru ni dh blaku kat stesen myk.. ni tjadi lagi kat restoran plk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:34 PM | Show all posts
bau bau ikan la kes ni....abam rasa pempuan tu dah kacau rumah tangga kakak saspek kot...saspek bengang terus selak seluk dan cili petpet mangsa sampai lebam-lebam... emm abam agak je laaa.

Kalau abam jadi saspek, tak kan la kat jamban restoran segera abam nak enjut-enjut kemut....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja restoran tu plak, menaiki kenari emas. Sila trace malaun ini dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:40 PM | Show all posts
takutnya...   x  kan nak masuk toilet, kena org teman kut..
      masuk sorang2 bahaya pulak..isshhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:43 PM | Show all posts
lembabnya manager restoran tu..
banyak sangat melantak burger ke sampai tak mampu buat apa-apa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kerja jawa johor yg mengaku melayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:00 PM | Show all posts
Mana2 pun dah makin tak selamat sekarang.  Selalunya kalau restaurant makanan segera ni ada yang jenis dua tingkat dah selalunya toilet kat bahagian atas.  Bahagian atas selalunya kurang orang berkuntum berbanding dibahagian bawah.  So kalau gi berdua elok le mintak kawan temankan kalau nak ke toilet penjenayah ni cepat je bertindak kalau ada peluang.  Kita le yang nak kena lebih berhati2 selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:37 PM | Show all posts
sempat ke nak merogol kat tempat2 macam tu. macam pelik pulak. bukan senang kot proses tu. lain la kat umah..
ntah la. banyak betul benda pelik. Semoga kite semua dilindungi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:40 PM | Show all posts
yerla musim hujan kan sejuk... main tgkp je mana2 pompuan buat bahan rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lelaki melayu berbadan sasa?

aiyohh menakutkan... aku harap esok kawan aku dpt join aku kt gym..

kang berdua je dgn mamat gym sasa masalah pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fulusss replied at 25-5-2016 04:37 PM
sempat ke nak merogol kat tempat2 macam tu. macam pelik pulak. bukan senang kot proses tu. lain la k ...

murah betol pensel skrg yea?

senang btol nk dapat... wlupun dgn cara paksa mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:03 PM | Show all posts
btw laki yg kawan mangsa ckp si suspek menyamar jd pekerja kedai tu adakah suspek pakai baju uniform restoran fast food tu??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm india la plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana rakaman cctv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079215 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list