CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 16

[Tempatan] Tak perlu lagi PRK jika ada lagi kematian wakil rakyat

[Copy link]
Post time 30-5-2016 10:00 AM | Show all posts |Read mode
TEMERLOH 29 Mei – Sistem pilihan raya kecil yang lazimnya diadakan selepas kematian penyandang kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar dikaji semula kerana dilihat sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Mohd. Sharkar Shamsuddin

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pelaksanaan PRK dilihat tidak lagi relevan berbanding pilihan raya umum yang melibatkan seluruh negara selain menelan kos dan masa untuk mengadakannya.

“Dicadangkan supaya pada masa akan datang tidak ada lagi sistem pilihan raya kecil kerana sudah tentu ia memerlukan perbelanjaan yang merupakan duit rakyat. Sekiranya kekosongan kawasan tersebut adalah milik Barisan Nasional (BN), maknanya parti akan melantik wakil mereka di situ.

“Begitu juga sekiranya kawasan tersebut kawasan pembangkang, mereka boleh melantik siapa sahaja sebagai wakil. Ini menjimatkan masa dan perbelanjaan,” katanya selepas program Sentuhan Kasih di Dewan Seri Bintang di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengasas Yayasan al-Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu.

Pada majlis itu, Yayasan al-Qalam menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 300 penerima daripada golongan kurang berkemampuan selain memberikan rawatan menerusi perubatan cara Islam percuma kepada warga emas.

Mohd. Sharkar berharap cada­ngan tersebut dapat dipertimbangkan demi kebaikan semua pihak khususnya negara dan rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan dua calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar iaitu Budiman Mohd. Zohdi dan Datin Mastura Mohd. Yazid merupakan pemilihan yang tepat.

Katanya, selain Budiman yang berpengalaman sebagai wakil rakyat, pemilihan Mastura dilihat amat tepat memandangkan beliau pastinya lebih memahami aspirasi Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam memperjuangkan nasib masyarakat di kawasan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
apsal? dh goyang? ini bukan zaman dulu2 org dok pangkah parti..skrg ni org tgk calon..silap pilih calon..melingkup la even sebelum tu majoriti banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 30-5-2016 10:03 AM
apsal? dh goyang? ini bukan zaman dulu2 org dok pangkah parti..skrg ni org tgk calon..silap pilih ca ...

PRK dijalankan kalo lebih dari dua tahun dari dewan bersidang la bang.. Dari dulu mcm ni.. Bukan goyang ke apa..
Diorang kira bukan dari tarikh pilihanraya tapi dari dewan bersidang.. Tu sg besar dan kuala kangsar masih ada pilihanraya lagi walaupun meninggal genap2 tarikh PRU lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 10:42 AM | Show all posts
alasan utamanya sbb KOS hokehh.duit kekdahnya.yg ko songlap,tiris melingkupkan negara makan  berjuta,berbilion tu ko tanak kira??sapa suruh ko beli jiwa,undi rakyat dgn duit??aku nak kata sepenuhnya sokong sistem prk yg ada skrg tu takla..tapi nak kata membantah tidak jugak.kira okey je.tapi jgnlah jadikan alasan duit tu sebagai faktor utama nak ubah sistem. nak muntah darah aku mendengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 10:50 AM | Show all posts
sgt pelik bila alasan bazir duit rakyat kuar distu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 10:52 AM | Show all posts
Rituh aku balik lalu latar keluar kot ijok tu. Sentap betul kena tahan dgn polis suh ke tepi (kena berenti) sbb berbelas2 kereta nak lalu. Dahlah banyak betul roadblocknya, drpd nak sampai awal, jadi lambat!
Tapi a good thing, diorang turap gak jln2 yg banyak potholes n jalan yg senget benget tu. Walaupun ala2 caca merba kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2016 10:53 AM | Show all posts
goyang le tewwww
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 10:54 AM | Show all posts
cub a yg mati tu wakil rakyat pembangkang.... sakit demam pun cadang buat prk sbb tak dpt bertugas katanya hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2016 10:59 AM | Show all posts
mmg la bazir duit rakyat.

bukan pasal prk pon.
pasal 'janji2 prk' on the spot.
elok je penyandang meninggal, dan2 esoknya
tros nak buat sekolah, balairaya, stadiom bagai
kat kampung2 terlibat.

takpasal2 bajet kecemasan berbiliyon lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Choyy la.. Xbaca artikel..
Ingat PRK wakil meninggal lepas 2 tahun
Rupanya xnak buat langsung

Bimbonya wana pagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 30-5-2016 10:59 AM
mmg la bazir duit rakyat.

bukan pasal prk pon.

Sudahnya bajet tempat lain terpaksa hold dlu... Kesian tempat yg sepatutnya dpt peruntukkan tapi kme tarik balik sbb nak bagi dkt kwsn PRK...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkahkajang dulu tu ok pulak, walhal Bukan ada ADUN mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkahkajang dulu tu ok pulak, walhal Bukan ada ADUN mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa tak lantik saja calun kedua undi terbanyak ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 30-5-2016 11:01 AM
Choyy la.. Xbaca artikel..
Ingat PRK wakil meninggal lepas 2 tahun
Rupanya xnak buat langsun ...

tu la..heran gak ada bimbo dok membangkang..kelaut lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 30-5-2016 10:42 AM
alasan utamanya sbb KOS hokehh.duit kekdahnya.yg ko songlap,tiris melingkupkan negara makan  berjuta ...

Memang la kos tinggi bila setiap kali prk, adalah projek baru.     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2016 05:57 PM | Show all posts
kalau yb tu calon bebas mcmn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.092464 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list