CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 9

lagi retis ffeeling disantau.. Muntah keluar benang!

 Close [Copy link]
Post time 6-6-2016 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MUNTAH KELUAR BENANG, AWEERA BIMBANG
6 Jun 2016. 12.53 PM
13106
Hiburan


Aweera

Penyanyi Aweera berkongsi pengalaman aneh apabila mengalami demam dan muntah mengeluarkan benang beberapa bulan lepas.

Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 25, mengakui sering batuk sejak tiga bulan lalu dan kerap demam.
Bagaimanapun menurut Aweera, selepas mendapatkan rawatan di klinik doktor mengesahkan kerongkong dan tonsilnya sihat.

“Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi.

“Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan saya. Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud.

“Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang-orang Syirik dan Khurafat kerana saya tidak pernah mempunyai musuh selama ini,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Selain itu menurut Aweera, dia sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas.

“Saya pelik kerana ketika latihan vokal saya tidak mempunyai masalah tetapi apabila tiba hari persembahan, vokal saya ‘koyak’.

“Saya mengaku doktor suruh berehat daripada menyanyi seketika, tetapi itulah mata pencarian saya. Kalau saya tolak tawaran yang diberikan, bagaimana saya hendak tanggung hidup saya?” ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera turut mengulas mengenai dakwaan selalu membatalkan persembahan di saat-saat akhir jika mendapat tawaran lebih lumayan.

“Tuduhan itu tidak adil kepada saya kerana saya juga mangsa. Urusan persembahan diuruskan syarikat rakaman, Sony Music.

"Contohnya baru-baru ini saya dikatakan tidak datang ke sebuah anugerah hiburan anjuran sebuah portal. Sedangkan saya sendiri tidak tahu saya dijemput sebagai penyanyi undangan untuk majlis tersebut.

“Disebabkan itu saya menerima tawaran daripada pihak lain. Tidak timbul isu saya tolak tawaran saat akhir kerana menerima bayaran lebih tinggi. Pihak pengurusan tidak maklumkan kepada saya tentang penglibatan saya dalam majlis anugerah tesebut. Akhirnya nama saya yang busuk.

“Saya sebenarnya sudah letih apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya tanpa orang tahu mengenai situasi sebenar,” jelasnya kesal.

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya selepas sambutan hari raya nanti.

Sumber - AstroGempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 10:19 AM | Show all posts
sampai dua benang kau nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 10:57 AM | Show all posts
mohon katup benang segera
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 11:39 AM | Show all posts
artis pprt mana lah yg felda dok percaya santau2 nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2016 11:40 AM | Show all posts
oh si aweera ekk? (post dulu baru baca)
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2016 01:40 PM | Show all posts

sempat kutip tacang

x katup lgi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 03:46 PM | Show all posts
bleh merge dengan benang lagi satu.
Cite sama je ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.217975 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list