CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18309|Reply: 66

Bekas model Spender; Nazrief Nazri berharap sangatttt nak jadi Duta Produk !!

[Copy link]
Post time 6-6-2016 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 6-6-2016 05:39 PM


Selepas memilih untuk bergerak sendirian sejak empat bulan lalu, pelakon Nazrief Nazri mengakui semakin selesa biarpun terpaksa mengurus kerjaya sendiri. Nazrief, 25, yang sebelum ini bernaung di bawah syarikat pengurusan Uprising Entertainment Sdn Bhd selama setahun enam bulan berkata, dia tidak mahu digelar kacang lupakan kulit semata-mata enggan menyambung kontrak. Pelakon ini menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas majikannya melainkan atas dasar pilihan sendiri.
“Alhamdulillah, kerjaya saya sekarang berjalan lancar dan jadual kerja padat sehingga hujung bulan ini. Memang bukan mudah nak bergerak sendiri kerana sebelum ini semuanya diuruskan pihak pengurusan. Cuma saya belajar secara perlahan-lahan terutama dalam soal pengurusan. Memandangkan sebelum ini saya pernah bergerak sendirian, jadi ia tidak terlalu sukar. Ditambah pula sepanjang bersama mereka, kebanyakan pihak produksi pun berhubung terus dengan saya jika terdapat sebarang tawaran berlakon.
“Saya keluar dengan cara baik tanpa paksaan daripada mana-mana pihak atau timbul perselisihan faham. Mereka menerima keputusan saya dengan terbuka. Walaupun sebelumnya mereka memujuk beberapa kali, tetapi akur dengan keputusan yang dibuat,” katanya.
Menurut Nazrief, perkara itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor jika dia meneruskan kontrak bersama syarikat itu.
“Apabila kerjaya diuruskan syarikat pengurusan, saya mengharapkan lebih daripada mereka. Saya menyasarkan kerjaya saya berkembang maju. Salah satu daripadanya adalah mendapat tawaran sebagai duta produk.
“Namun, apabila sepanjang tempoh saya bersama mereka tidak ada peluang itu, saya tidak berkecil hati. Malah jauh sekali nak menyalahkan mereka. Saya pasti perkara itu sudah diusahakan dengan sebaik-baiknya, tetapi mungkin belum rezeki saya.
“Sebagai artis, saya pernah bertanyakan perkara itu. Bukannya mahu bersikap tamak, tetapi itu adalah hak saya juga,” katanya.
Disebabkan itu, timbul persoalan daripada Nazrief berkenaan fungsi pemotongan 20 peratus daripada setiap tawaran kerja yang diperoleh.
“Sejujurnya jumlah 20 peratus itu banyak. Rasa tak berbaloi pula dengan apa yang saya peroleh selama ini. Bukan apa kebanyakan tawaran berlakon saya yang usahakan. Disebabkan itu, saya berfikir lebih baik bergerak sendiri. Sekurang-kurangnya jumlah bayaran saya boleh menampung perbelanjaan lain,” katanya.
Belum ada kekasih
Berkongsi mengenai kisah peribadinya, Nazrief mengakui dia masih solo selepas kali terakhir bercinta dua tahun lalu.
“Selepas putus, saya selesa berkawan dengan semua orang. Mana yang sesuai dan berkenan di hati, baru saya menjalin hubungan secara serius. Tetapi, sehingga sekarang belum ada. Jadi kalau ada sesiapa yang tenampak saya dengan wanita, mungkin itu baru berkenalan. Buat masa sekarang, saya selesa tanpa sebarang komitmen dalam perhubungan,” katanya.
Berkenaan kenyatannya yang enggan bercinta dengan artis, Nazrief menjelaskan perkara itu hanyalah salah faham.
“Saya tidak penah bermaksud apa-apa. Jangan salah faham kerana kenyataan saya itu berdasarkan persoalan jika diberi pilihan. Sebab itu, saya menjawab kalau boleh tak nak bercinta dengan artis. Sejujurnya, saya memang cuba mengelakkan daripada bercinta sesama artis. Bukan apa, saya sendiri sudah terbabit dalam bidang ini, jadi saya mahu kekasih atau bakal isteri daripada bidang lain,” katanya.
Nazrief menjelaskan, dia tidak mahu jika bercinta sesama artis hubungan itu akan berdepan masalah kerana kesibukan kerjaya masing-masing.
“Dalam perkara ini saya tetap percayakan jodoh dan ketentuan Allah. Kalau saya menolak tetapi jodoh mengatakan sebaliknya, saya perlu terima,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya mengenai bekas model spentot ni :
- heols berharapp sangaaaattt jadi duta produk walaupun hakikat baru setahun dua jagung dalam industri seni.
- bila retis under company management retis, kena hadap la 20% - 30 % byrn kena tolak utk masuk dlm poket company
- heols taknak kapel dgn rerakan retis....mahu cari kapel berlainan bidang katanyerrr
- adakah heols ni rogayah dlm lemari atau straight forward..kekdahnyaaa ...
- adakah heols mampooooo bertahan berbelas-belas tahun persis 'kembar' heols abam fahrinnnn...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time tgk dia dlm "demi cinta ain"..ingatkan pelakon extra je..x sangka antara lead actor sbb dia x de rupa jadi hero la
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 05:58 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde aura utk jadi hero
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadilah hero slot Akasiasia. Mst basah acik2 kepam tgk sampai jenuh nak tadah dgn baldi. Konfem populariti naik


Motep chuols letak gambar heshe shirtless?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa dia ni pelakon ke? Motip sejuk beku?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2016 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Motiff gamba b×××xe ditepek di bulan remdan..zizik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
..aku rasa dia nih berlakon ok jeh..1st time tgok dia citer 'Lari Mira'..tp masa tu berlakon mcm kayu...la nih mcm dah ok sket...suker gaya2 dia yg ala2 pendiam n tak byk ckp tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
meola tertengok kt youtube heshe kene terjah wake up call oleh TV3... tidur bogel kah heshe di hotel? @katibism @qqOfficial
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 6-6-2016 07:06 PM
meola tertengok kt youtube heshe kene terjah wake up call oleh TV3... tidur bogel kah heshe di hotel ...

Kot ye pun chuols bbuka lah dulu. Lpas buka baru boleh imejin org b*g*l.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 6-6-2016 08:08 PM
Kot ye pun chuols bbuka lah dulu. Lpas buka baru boleh imejin org b*g*l.

meols x poser hari ni...anak2 pun x pose (yg sulung pun x poser walaupunn dh 9 thun)...laki OT...so xde sapa yg berpose hari 1st puasa thn ni  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 08:46 PM | Show all posts
walau sado camne pun dia ni aku cam xleh terima je dia jd hero..dlm citer yg demi cinta ain tu.. tah la cam x kena... sorryyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
X minattttt
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 09:01 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-6-2016 07:06 PM
meola tertengok kt youtube heshe kene terjah wake up call oleh TV3... tidur bogel kah heshe di hotel ...

tertengok konon... apa chuols on je lappy chuols tu terus direct ke utube pehtu otomatik play video heols kah? sah2 chuols yg menggeletis pegi klik nk tgok heols tidur shirtless khennn
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 6-6-2016 09:05 PM
Orix replied at 6-6-2016 09:01 PM
tertengok konon... apa chuols on je lappy chuols tu terus direct ke utube pehtu otomatik play vide ...


asalnya meola tgk video diorg wake up call mia ahmad...alih2 terlink ke video diorg wake up call nazrief ni chuols... x sangka heshe tido x kunci pintu dan tido berbugil  

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku panggil mamat ni kojek.....sejak berlakon dalam cite ape ntah diyana amir ngan johan asari...memuke ingt de kaitan sedara mara ngan fahrin sbb muka tu iras fahrin versi adik2....tp lama kelamaan makin sado plak....drpd berlakon budak bajingan je asalnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih terjojoi body tp tetap sendu
Pui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 10:31 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-6-2016 09:04 PM
asalnya meola tgk video diorg wake up call mia ahmad...alih2 terlink ke video diorg wake up call ...

Comelll jahhh heshe bangun tdo ...hehee...alaaa mesti pki boxer jahh tu ...x pun kain pelikatt jahh ...gitchuu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
X kenal pn..n x malu nya mengaku nk jd duta produk..blakon pn baru bbrp helai drama ada hati nk jd duta
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 10:50 PM | Show all posts
sado2 nak gi mana?

iols je ke rse laki kt malaysia ni mostly jd sado sebab nak show off n laki malaysia ni igt kalau sado tu dh atrractive? kadg2 iols terfikir, laki melayu ni faham ke tak eh maksud personaliti menarik n classy act?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.078179 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list