CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15451|Reply: 98

Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia - A Razak Mohaideen

[Copy link]
Post time 16-6-2016 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-6-2016 12:46 AM

Sukar Promosi Filem, Artis Malaysia Paling Sibuk Di Dunia - A Razak Mohaideen

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/06/16/razak-kesal-pelakon/

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 5:36 AM

Oleh: ROZAIMI ZUBAIDI
mstar@thestar.com.my



Prof. Datuk A Razak Mohaideen


SHAH ALAM: Pengarah filem Profesor Datuk A. Razak Mohaideen melahirkan rasa kesal terhadap segelintir artis popular tanah air kerana kurang memberi kerjasama dalam mempromosikan sesebuah filem diterbitkan.

A. Razak berkata, meskipun diberikan notis selama tiga bulan namun mereka sukar untuk memberi kerjasama dalam menjayakan sesebuah promosi yang sudah dirancang lebih awal.

"Artis di Malaysia ini merupakan artis paling sibuk di dunia kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menghadiri sesebuah promosi yang hendak dilakukan meskipun telah diberi notis awal selama tiga bulan.

"Ini bukan kali pertama masalah sebegini terjadi kerana saya merasakan semua pengarah dan penerbit filem juga mengalami masalah sama dalam mendapatkan kerjasama daripada para pelakon untuk melakukan promosi," katanya kepada mStar Online.

A. Razak ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelakon Anak Mami Nasi Kandaqdan anak-anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, di Dewan Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, di sini pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Sheila Mambo, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz, Elisya Sandha, Azhari Zain dan Azmeer.

Tambah Razak,sebagai seorang pelakon, mereka harus memberi kerjasama dalam mempromosikan setiap filem yang dilakonkan supaya dapat menarik minat penonton untuk menonton.

"Saya juga tidak salahkan mereka kerana mungkin mempunyai banyak komitmen yang lain tetapi sebagai seorang pelakon, mereka harus juga mempunyai masa untuk melakukan promosi dalam menjayakan sesebuah filem.

"Jadi sukar untuk kami melakukan siri jelajah dalam mempromosikan sesebuah filem kerana tiada penglibatan daripada para pelakon itu sendiri," katanya.

Dalam pada itu bercerita mengenai filem Anak Mami Nasi Kandaq yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti beliau berkata ini merupakan rangkaian filem anak mami ke-7 hasil arahannya setelah hampir 10 tahun sejak filem terakhirnya Nana Tanjung 2.

Tambahnya, filem ini masih mengekalkan keadaan masyarakat, adat, budaya 'anak mami' serta mengekalkan genre komedi berbentuk satira dan mengangkat tema kekeluargaan.

Filem ini mengisahkan seorang pengusaha restoran nasi kandar, iaitu Mamu Nizam yang telah lama duda bergelut untuk melariskan perniagaannya yang mundur.

Dengan bantuan 5 anak-anaknya, dia berjaya bangkit semula dan kemudian jatuh hati dengan seorang pembantu wanita (lakonan Qi Razali).

Namun apa yang Mamu tidak tahu, Faridah (Qi) mempunyai agenda tersendiri bagi mengorek rahsia restorannya. Keadaan bertambah kecoh apabila anaknya yang bernama Fitri mengetahui rahsia besar Faridah itu secara tidak sengaja.

Filem ini turut dibarisi oleh Fasha Sandha, Chik Pak Man Telo, Maria Farida, Nur Risteena Munim, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha Aziz dan Elisya Sandha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 08:47 AM | Show all posts
fasha x datang ke? diorg ni pg promosi dapat duit ke? kalau bg duit mesti diorg pg kot. kalau macam hollywood beria2 artis tlg promote.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 08:56 AM | Show all posts
kt hollywood kekdg pelakon die dibayar ikut keuntungan movie. yg tu lg masyuk. tu pasal diorg gegila promote movie sendiri. kt malaysia aku tak pasti
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh
Relevan lg ke movie dia nie .
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknye retis tu pon x smgt nak promot psl movie dah hazab sgt dikerjakan super director ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:14 AM | Show all posts
buatla kontrak balance 50% payment akan bayar lepas promo filem...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2016 09:20 AM | Show all posts
tayang 1 syawal? ko tayang 30 syawal pun ade ke nak tengok cerita tahap -3 bintang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:41 AM | Show all posts
aku suka filem2 pasai mami penang ni..paling best mami jarum dgn anak mami kembali..yg ada arwah azean irdawaty..bukan suka apa..suka tengok lakonan pelakon2 yg best cakap penang...

paling best cakap loghat penang
-Kartina Aziz
-Azean Irdawaty
-Sheila Mambo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 10:07 AM | Show all posts
Betol ke ape yg aku paham Qi memondan dlm movie ni? maigaddd.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
balakkampung replied at 16-6-2016 09:41 AM
aku suka filem2 pasai mami penang ni..paling best mami jarum dgn anak mami kembali..yg ada arwah aze ...

betul. plg meluat nk tgk series mokcun! bahasa utara yg "menjengkelkan". over betullah loghat depa dalam series tu. series tu ok je jalan cerita tp disebabkan bahasa utara dlm tu mcm over jadi malas nk tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan nya, sapa yang tak datang? Artis manakah yang paling sibuk di dunia itteww?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:21 AM | Show all posts
Sampai mati la dia ni asik buat cerita pasal mamak penang
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:42 AM | Show all posts
Adeakukesah11 replied at 16-6-2016 09:00 AM
Aduh
Relevan lg ke movie dia nie .

entahnya.. mcm xleh move on nk mami kan pilem2 dia.. kemong la zmn mami dh blalu. industri lagi perlukan cter2 berwibawa la skg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:47 AM | Show all posts
wujud lagi pakcik mamak nie

citer hampas lg mau bersuara psl promosi filem  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:15 AM | Show all posts
korang je tak suka..org utara suka sgt cerita dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:36 AM | Show all posts
aku ok ja kalau prof bt cita mami2 mamak2 ni. biasanya mmg lawak sbb pelakon sempoi. kalau cita lain mmg x tgk la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 11:39 AM | Show all posts
kena buat staggered payment kot .. kekeke
30% hold leps promosi abis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:08 PM | Show all posts
aku tengok cerita anak mami dia.. kelakar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:29 PM | Show all posts
bukan ke selalu dah ada dalam kontrak bab2 promosi nie? so kalau xde kerjasama promosi pilem kira langgaq kontrak la...sue jer la prof..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 16-6-2016 10:16 AM
betul. plg meluat nk tgk series mokcun! bahasa utara yg "menjengkelkan". over betullah loghat depa ...

Meols boleh layan loghat utara balqish semundur n erma fatima jah. Umie aida n norish karman punya loghat fake sgt nmpk. Obviously sejelas jelasnya loghat kedah dia dibuat2  

Yg si azwan kombos pn xmenjadi. Bercampur aduk sgt bcakap, skjap kl skjap kedah. Saya-depa, patutnya chek-depa la kan  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070399 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list