CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

Kak Dib, Baki, Linda Onn ditamatkan kontrak dr Suria FM #101, 4 DJ Baru #131

[Copy link]
Post time 30-6-2016 02:06 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 30-6-2016 09:26 AM
bosannnn gilerr kot tyzo and suraya tu ...pastu fefeeling gelarkan diri mereka rumi dan juli ....  ...

ooo..itu suraya hotfm dulu ke? no wonder.....ai rasa baru jer dengar suara Tyzo kat Selangor FM...hahhaha...now ai layan selangor fm jugak lepas kak dib dgn baki xde....mcm mana boleh terlepas kat suria plak....dulu masa baru2 berhenti kt suria mcm2 cerita pasal tyzo dengan suria...sudah berbaik kah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 02:13 PM | Show all posts
Themilo replied at 24-6-2016 04:47 PM
Iols suka ja suria fm, especially zaman awal2 dulu. Ada linda, halim, subi, tuah zulkarnain & the ul ...

waa..iols hampir melupakan kak vee...
dulu selalu dengar tergelak2 sorg2 dlm kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 30-6-2016 09:23 AM
Suria FM Sangkal Pengunduran Tiga Penyampai Akibat Salah Faham

Pihak pengursan stesen radio Suria ...

Bodo btol management suria ni .Iols dgr Suria Fm sebab 3 DJ ni jelah ,adibah noor,baki pagi2 .Linda on ptg2 .Hauk nau nau nau DJ yg ganti Linda on  tu .Halim othman pagi2 tu lemau terlebih pulak .Iols dgr Suria sebab nak lari daripada DJ2 yg  bingit di hotfm & era fm .Kalau suria pun  ltk Dj bingit jgk.Mintak mahap lah ,iols lagi rela dgr Lite FM,nasional fm ke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:23 PM | Show all posts
bodohnya notis seminggu je...
bosan la stesen radio skrg..jujur iols cuma dgr radio time linda onn n dj lin je..
lain2 sakit telinga aku..

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
patutla semalam aku dgr mcm sore tuah zulkarnain.. aritu kemain merajuk dgn suria sbb kontrak xsambung..

pastu aku dgr dj pompuan tu cakap.. bertemu dgn penyampai hot fm
. eh kataku.. .. suraya exhotfmm.. tersasul selamba jah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:49 PM | Show all posts
iols suka jay jay dan kc ismail
zaman radio rediffussion malaysia.

kc kerja dengan kru katanya
jj xtau ke mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 30-6-2016 02:21 PM
Bodo btol management suria ni .Iols dgr Suria Fm sebab 3 DJ ni jelah ,adibah noor,baki pagi2 .Lind ...

Kita seropaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:55 PM | Show all posts
aku dah lame x dgr radio..makin lame makin bosan radio2 ni sume.merapu x abis2.

aku masuk lagu2 yg aku suka dlm tumb drive pas tu cucuk ja dlm keta..aman ja x dgr org membebel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 03:04 PM | Show all posts
Ala... dah le Kak Dib ngan baki dah blah.. ni Linda pulak... abis aku nak dengar radio mana...
Tapi rasanya ni semua pasal duit...

Kool FM klu melaka berapa FM nya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:22 PM | Show all posts
eija2013 replied at 30-6-2016 02:04 PM
uolls tau sapa dengan HO pagi2 tue? suara ok...tapi x tau sapa

x dapat nak tangkap lagi
tapi kata AO
lupa .. nama penuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 05:20 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 30-6-2016 05:25 PM

Empat Penyampai Baharu Bakal Beri Suntikan Segar Suria FM
Stesen radio Suria FM pada Khamis memperkenalkan empat wajah baharu barisan penyampainya bagi menggantikan Adibah Noor, Baki Zainal dan Linda Onn yang diharap mampu memberi suntikan segar kepada stesen itu.

Empat deejay baharu itu ialah pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, Muhd Hafizudin Alimudin atau Fizi, Suraya Borhan dan Tuah Zoqarnain Idris atau Tyzo.

Pengurus Besar Program Suria FM, Subarma Moktaruddin atau Subi berkata, Zulin dan Fizi akan bergandingan bersama Halim Othman mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 pagi hingga 10 pagi.

Manakala Tyzo yang juga bekas deejay Suria FM akan digandingkan dengan Suraya menerusi slot Ceria Petang di Suria yang sebelum ini dikendalikan oleh Linda Onn.

Barisan penyampai baharu dan lama Suria FM bersama Pengerusi Kumpulan Radio Star, Datuk Dr Aminuddin Mohd Rouse  (lima dari kiri) dan Pengurus Besar Program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin (lima dari kanan).
Untuk rekod, Fizi sebelum ini pernah berkhidmat bersama stesen radio Ultra FM manakala Suraya pula dari stesen radio Hot FM.

Tyzo pula sebelum ini pernah berkhidmat di Suria FM dari tahun 2007 hingga 2013 mengendalikan segmen Malam Suria dan terkenal menerusi tagline MJ (Manja-Manja Je) dikalangan peminatnya.

"Keempat-empat wajah baharu ini kami pilih bukan sahaja berdasarkan bakat yang ada pada mereka tetapi pengalaman luas dalam bidang radio seperti Tyzo, Suraya dan Fizi.

"Manakala Zulin pula kami pilih selepas melihat potensinya sebagai penyampai radio selain dia menunjukkan minat mendalam dalam bidang ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Subi berkata, pemilihan empat wajah baharu itu diyakini dapat meneruskan empayar Suria FM ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan.



Dari kiri; Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi  bakal mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria.
Malah kata Subi, pihaknya telah merangka pelbagai perancangan bagi memastikan kedudukan Suria FM akan terus bertahan selain menjadi pilihan pendengar.

"Suria FM optimis dan berazam untuk membawa stesen ini ke tahap lebih tinggi dan penampilan empat wajah baharu ini dengan gabungan penyampai lama seperti Halim, Bob dan DJ Lin yang mampu menguatkan lagi jenama kami.

"Kita mahu melangkah ke hadapan dengan pelbagai strategi yang dan pengenalan empat penyampai ini adalah permulaan ke arah itu yang akan menjadikan Suria FM lebih segar dan ceria," jelasnya.

Sementara itu, Subi berkata, keputusan menggandingkan Zulin, Fizi dan Halim menerusi segmen Ceria Pagi Suria dilihat bertepatan kerana ia mampu menarik pendengar daripada pelbagai peringkat umur.

Malah pihaknya yakin dengan kemampuan Zulin dan Fizi mengendalikan segmen tersebut walaupun mereka masih baharu.

"Halim kita kekalkan kerana ingin memasukkan elemen seorang juruhebah manakala Zulin dan Fizi pula tampil dengan cara berbeza yang diyakini dapat menarik perhatian golongan pendengar daripada pelbagai peringkat umur.

"Zulin masih baharu tetapi dia mempunyai bakat yang cukup besar jadi Insya-Allah dia mampu melakukannya," katanya.

Kesemua penyampai baharu ini akan memulakan tugas mereka secara rasmi bermula Jumaat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 05:26 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 30-6-2016 05:28 PM
qqOfficial replied at 30-6-2016 05:20 PM
Empat Penyampai Baharu Bakal Beri Suntikan Segar Suria FM
Stesen radio Suria FM pada Khamis memperk ...

makanya DJ Baru Suria adalah Zulin ngan Fizi Ali (ex penyampai Ultra FM & bekas peserta On AIr Musim pertama)

dgn Tyzo and Suraya utk slot petang ..


what say chuolsssss?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 05:32 PM | Show all posts
watachiwa replied at 30-6-2016 11:46 AM
Tuah tu bukan kene buang ke dulu2? slot dia dulu2 sebelum LO n HO masuk suria tu sebelum slot DJ Lin ...

tuah kena buang masa zaman engku emran jadi big boss diorg ...la ni subi jadi big boss tu yg panggil balik sbb subi baik ngan tuah a.k.a tyzo ni ...

tuah ngan engku macam ada personal problem gakkk ...tu yg EE sacked tuah tu ....huhuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 05:33 PM | Show all posts
pauliza replied at 30-6-2016 02:21 PM
Bodo btol management suria ni .Iols dgr Suria Fm sebab 3 DJ ni jelah ,adibah noor,baki pagi2 .Lind ...

HO tu selayaknyaa laaa join klasik fm  ...hahaaaa...

zaman kejatuhan HO dulu pun heshe sanggup jadi DJ kat radio ganu.fm kann...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 05:34 PM | Show all posts
Themilo replied at 30-6-2016 11:51 AM
Suraya tu dulu senior iols kat UiTM Dungun, buat internship kat Media Prima, terus jadi DJ..

BT ...

upssss...meols tercarut senior chuols .... hehehh...



zizi dulu lepas quit suria, g berkelana kat indonesia jadi perunding prog radio sana ....ngan subi ....tapi subi dah balik malaysia ...tak pasti zizi stay sana lagi ke tak ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:53 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 30-6-2016 09:32 AM
tuah kena buang masa zaman engku emran jadi big boss diorg ...la ni subi jadi big boss tu yg pangg ...

meols speku tyzo tu rogayah under closet, bole cemolot dengan adi fashla.. boleh gitu kaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dpt bayangkan ceria pg akn jd hauk mcm segmen pg radio lain..sbb zulin tu kalo jd host mcm suka terjerit over..and aku cukup nyampah kalo ada 3 dj nnt semua berebut nk ckp .bg aku 2 just nice..rindu nk dgr adibah noor,baki n linda kt radio
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 06:53 AM | Show all posts
qqOfficial replied at 30-6-2016 05:32 PM
tuah kena buang masa zaman engku emran jadi big boss diorg ...la ni subi jadi big boss tu yg pangg ...

zaman EE ke? i tot zaman Kudsia start masuk jadi boss besar kat rangkaian radio astro..

masa tu Tyzo tu emroyan marah2..
but for me i suke suria kick dia sbb very rude to listener. serabut dgr dia merepek

smalam kan tyzo n suraya perkenalkan nama.. macam2 lah org x kenal suara diorg kan

pagi ni selalu aku dgr HO dgn Naim je.. eh ade Fizzie ke Fizrie ntah dgn Zulin plak..


aku rindu zaman2 HO+Nabil+Kenchana
zaman Sharifah shahirah+Nabil

zaman HO+Adibah masa pagi2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:05 AM | Show all posts
ai suspek suria nak tukar konsep pasang lagu2 moden like era or hot kot. tapi tolongla bob ringgo tu sangat menjengkelkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 08:13 AM | Show all posts
fizi haukkkk.. aku paling menyampah dgr dia jadi DJ masa kat ultra fm dulu. macam hadek2 bila bercakap. tolong la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.351334 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list