CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15560|Reply: 107

Kak Prik 'pasang badan' untuk pikat suami

[Copy link]
Post time 26-6-2016 08:23 AM | Show all posts |Read mode
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/06/25/shahora-pasang-badan/Sharifah Shahora 'Pasang Badan' Untuk Pikat Suami


PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahora memberitahu dia kini semakin mementingkan soal kecantikan diri dan pemakaian selepas peristiwa rumah tangganya bersama pengarah filem, Raja Mukhriz berantakan tahun lalu.

Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 41, berkata, apa yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menggembirakan hati suaminya kerana tidak mahu kejadian serupa berulang lagi pada masa hadapan.

"Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia.

"Saya juga kini rajin 'pasang badan' untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami," katanya kepada mStar Online.


   Shahora kini sedang sibuk dengan penggambaran program Akak-Akak Sangat.

Shahora pada tahun lalu bertindak mendedahkan di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya mengenai kecurangan suami yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Kejadian tersebut membuatkan rumah tangga mereka dingin ibarat retak menanti belah.

Dalam pada itu, Shahora berkata, Ramadan tahun ini menyaksikan dia tidak dapat berpuasa bersama suaminya itu kerana Raja Mukhriz kini berada di Sabah untuk menjalani penggambaran.

Bagaimanapun katanya, pemergian suami ke sana banyak mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri walaupun berjauhan.

"Dulu kalau nak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami.

"Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi Insya-Allah hari raya nanti dia akan pulang," katanya.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga, Shahora berkata, persiapan dilakukan secara sederhana namun mengakui sibuk terpaksa menguruskan pelbagai urusan tanpa bantuan suaminya.

Malah katanya, baju Melayu dan jubah untuk Raja Mukhriz juga dipilihnya sendiri selain melakukan beberapa persiapan lain.

"Persiapan biasa sahaja sederhana kerana paling penting kami dapat bersama-sama meraikan lebaran nanti.

"Saya teruja juga kerana ketiadaan suami saya dapat pilih baju untuknya pakai pada hari raya nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahora berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran program berjudul Akak-Akak Sangat bersama Sherry Alhadad.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2016 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Well Laki kak prik sungguh jelek raut wajah..ngeri tengok..tu pun gatal ciknet nak berselingkuh kat belakang..masih ada jugak yg melayan

Mohon kak prik jangan terasa ati kalo bace
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
@kakprik lawa & elegan dlm #akakakaksangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:12 AM | Show all posts
iolls suka cara akak shora handle masalah rumah tangga dia dulu..bila dia meletup ..dia tak salahkan pompuan tu jer..dgn laki2 dia sekali dia bash..hambekkk...nak menggatal sangat...tak macam sesetengah retis..yg beriya memaki pompuan ketiga jer...tapi laki diaorang, diaorang kaver umpama malaikat subuh...walhal tepuk sebelah tangan masakan berbunyi..yer dakkk...

alhamdulillah dah makin bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:13 AM | Show all posts
laki kakprik ni betol ke pegi buat penggambaran. jaga2 lah kakprik. takyah dikejarkan sgt heols yg terlajak hensem ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:14 AM | Show all posts
Buang yg keruh ambik yg jernih. Moga berbahagia.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau blom ada anak kah?

Yakinnya beliau memuja muji sang suami nun di sabah smpai 2 bulan.

Ntah2 dh berskandal baru kt sana, ntah2 dh kawen baru dah kak oi!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 26-6-2016 09:16 AM
Beliau blom ada anak kah?

Yakinnya beliau memuja muji sang suami nun di sabah smpai 2 bulan.

This ia the worst thing u can say to someone who just got through marriage crisis...kakprik pun mestilah aware in mind dan berhati2...x perlu nk ckp mende camni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2016 09:43 AM | Show all posts
pelik ngn jantanggg.. muke pecah rumah tp sibuk suh bini ketat, baju lawa2, muke putih mulus xmo jerawat or sebarang cela, badan kena ramping mcm x penah beranak, etc etc la... walhal diri sendiri muke penuh jerawat batu. badan boyot mcm pompuan peknen 7 bulan. busuk asap rokok. podahhhh!

#bukamengatapadasuamikakprikk
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:56 AM | Show all posts
Laki dia ni kaya kah? Muka mmg xhensem.. Tp mana tahu poket hensem.. Pompuan gedik zaman sekarang nak kikis duit je kerjanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 26-6-2016 09:41 AM
This ia the worst thing u can say to someone who just got through marriage crisis...kakprik pun me ...

Hahaha..tok sah nk puji melambung2. Senyap sudah. Bimbang nnti jd yg x elok, malu oi...   

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 10:51 AM | Show all posts
chinta89 replied at 26-6-2016 09:43 AM
pelik ngn jantanggg.. muke pecah rumah tp sibuk suh bini ketat, baju lawa2, muke putih mulus xmo jer ...

dekk.. jejan secara jujurnya nya tak perlu pada itu semua.. mereka perlu ada wang dalam poket shj.. kalau tidak masakan kapel beauty and the beast moncol kan..
sila emejins endiri kapel beauty and the beast malaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu tgk skandal para suami tu xde la cantik mana, cantik lg si isteri tp tang gedik tu je lebih
So isteri kena menggedik dgn suami sdr la kot tp kang dikata buang tabiat plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki sahora yg patut jaga badan. Boyot je aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 11:41 AM | Show all posts
ke mana @kakprik menghilang? dah lama tak online forum. Dek laba nak order sambal tumbuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
laki dia muka gitu pon ada skandal? Desperate sangat ker the other women? Anyway i am happy for her...semoga laki dia tu insaf dan tak buat lagi..anyhow Sabah tak jauh..only 2 and a half hour by plane...boleh buat suprise visit once a while...sure hubby excited...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 26-6-2016 09:43 AM
pelik ngn jantanggg.. muke pecah rumah tp sibuk suh bini ketat, baju lawa2, muke putih mulus xmo jer ...

Betul sangat2 tu.. tau nak bini cantik meletop, tapi diri sendiri tak reti nak jaga. Perut boroi padahal tak pernah mengandung pun.. mengalahkan bini yg dh mengandung beranak. Best betul jd lelaki ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa pun kak prik best especially bila digandingkan dengan Roy Azman
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 12:51 PM | Show all posts
addamnor replied at 26-6-2016 10:51 AM
dekk.. jejan secara jujurnya nya tak perlu pada itu semua.. mereka perlu ada wang dalam poket shj. ...

bang, kte tau bang.. cuba baca nada sindiran sikit. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 12:52 PM | Show all posts
virgo19 replied at 26-6-2016 12:08 PM
Betul sangat2 tu.. tau nak bini cantik meletop, tapi diri sendiri tak reti nak jaga. Perut boroi p ...

yg ptg duit bkepuk sis. lain2 lupakan adjaaaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 5.192067 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list