CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16009|Reply: 35

kisah kawan aku dan bomoh siam

[Copy link]
Post time 30-6-2016 02:51 AM | Show all posts |Read mode
hihi- korang nak percaya atau tak- terpulang tapi cerita berkisar pasak kisah sorang mamat nie- biar dibahasakan diri sebagai aku

tahun 1994- masa highland tower punya kes- aku dapat intern kat penang- kawasan bayan lepas dgn sorang kawan, so startlah kita orang plan tempat tinggal dsb, kebetulan kawan aku nie ada contact sedara punya member punya menantu- kita orang boleh menumpang rumah dia kat kawasan teluk kumbar.

so one day kita orang bertolaklah dihantar oleh parents partner aku nie kesatu rumah kat georgetown/tanjung, jumpalah brother tu, rupanya dia dah kahwin dan wife dia baru deliver anak dan tinggal dirumah itu (kat georgetown tu), so kita orang untuk masa tu akan menumpang rumah brother tu kat bayan lepas tanpa wife dia.

ok- wife dia nie cantik- muda dari kita orang lagi- way muda tapi brother tu tak sepadan, pendik dan gelap kurus melengkung, aku anggap mungkin jenis ayat power kut.

so tgh hari tu kita orang geraklah kerumah brother tu kat teluk kumbar naik lori dia- dia nie driver lori, sampai rumah dia aku perasan yang rumah dia nie jauh sikit kedalam dan 2 dari rumah jiran dia kosong.

first week aku kat sana, aku perasan brother nie x pernah sembahyang- actually aku dan partner aku pun masa tu lok lak jugak, anyway pada 2nd week satu peristiwa terjadi- kita orang balik satu malam tu- malam minggu dari makan, tetiba bawah satu pokok, si brother nie terduduk macam kena hempap sesuatu, panik kita orang, lepas tu dia bangun perlahan lahan ajak kita orang balik rumah, sampai kat rumah, ruang tamu dia suruh aku ambik lilin dalam satu kotak bawah katil dia, aku pun pergi bilik dia, tarik kotak tu bawah katil, tu dia dlm kotak tu aku jumpa banyak benda- among other jubah bomoh siam. terkedu aku- anyway aku ambik lilin - warna kuning, dan bawak ke dia, opps lupa dia suruh bawak botol sekali.

sampai kat dia dia ambik lilin tu dan pasang, baca ntah apa apa, senyap jee aku tak dengar pun dan masukkan lilin yang menyala tu dlm mulut dia, dan kemudian ludah dlm botol tu dan tutup. baru nampak dia ok tak memicit kepala lagi, dia suruh kita orang buang botol tu kelaut, kita orang pun pergilah ke jetty teluk kumbar tu dan buang - naik motor, OTW ke jetty aku bonceng member aku- mungkin sebab takut kut tapi aku perasan senyap jee keadaan masa tu dan rasa lama sangat, sampai kat jetty nelayan tu kita orang campak jee botol tu dan balik, nasib baik tak ada apa apa jadi.

sampai kat rumah ajee, kita tengok brother tu dah masuk bilik tido, so kita orang masuk bilik kita orand tido tapi actually x boleh tido, macam macam kita orang fikir.

esoknya pepagi brother tu dah pergi keje so tak ada peluang jumpa till malamnya brother tu panggil kita orang, dia cerita yang dulunya dia ini bomoh siam tapi dah berenti sejak dia convert, kita orang angguk ajeelah.

one fine day, tgh lepak depan TV- tengok satu cerita nie - videolah masa tu, tetiba brother tu cakap pada aku dan member aku- korang nak barang power tak- kita orang masa tu bebudak lagi- nak ajeelah walaupun tak tau kat mana nak ditalanya-hihihii, dia kata esok korang cari daun serai- itu ajee.

esoknya kita orang selepas beli daun sirih kat kedai india, start upacara mengurut - dia urut kejap ajee guna minyak dan lepas tu daun sirih tu balut dan balut sekali lagi guna kain putih yang emmang dia sediakan- kita orang disuruh terus masuk tido walaupun jam baru lebih kurang 9 malam, yang anehnya kita orang memang mengantuk selepas diurut

malamnya- perghhhhhh mimpi power punya, memacam perempuan datang, esoknya aku rasa lain- normally kalau wet dreams rasa lain tapi ini rasa lain, lepas aku kahwin baru aku tau - itu rasa sebenar selepas ehem ehem.

start pada tu aku jadi macam perhatian pompuan- sebelum nie aku sure pompuan tengok aku pun x selera- dahlah gemuk, pendik pulak tu dgn perut boroinya- sebijik macam fei mao.
ingat lagi satu kes ada satu pantai tu OTW dari teluk kumbar ke balik pulau- aku dah lupa nama dia, tgh aku lepak lepak tepi pantai, datang satu grup awek nie, seorang tu selamba ajee duduk sebelah aku nak kenalan lepas tu duduk rapat giler, perghhh tak pernah aku jadi macam tu, siap tanya rumah kat mana free x dsb, alhamdulillahlah iman aku dan member ada sedikit, kita orang tak ajak dia datang rumah, anyway awek tu siap ajak kita orang mandi sekali kat laut, siap boleh dukung dukung lagi.

the stories goes on kita orang nie macam senang sangat nak mengayat awek tapi macam aku cakap tadi nasib baik ada iman walaupin sikit.

kita orang continue tinggal dgn brother tu till bini dia habis pantang dan balik rumah tu kat teluk kumbar- at that time kita orang dah rasa x sedap tinggal rumah tu- sebab bini dia dahlah cantik- sexy pulak tu- perghhh godaan especially time weekend yang mana brother tu keje outstation(bawak lori)

setelah bincang dgn member aku kita orang pindah ke rumah memember yang kita orang baru kenal masa tinggal kat sana tapi memember nie kaki ganja pulak- lantaklah, boleh join sekali

final cerita tu masa aku balik kg, aruah abah aku tengok aku semacam ajee, dia tanya aku- apa ko buat kat sana??? aku jawab- practicallah, tak ada apa apa, aruah abah aku senyum ajeee, malam tu masa tido aku rasa semacam ajeee, hmmmm

lepas tu aku pelik- tak ada awek minat kat aku lagi, ada sekali tu aku confident jee cuba ayat satu awek seagate nie- hihihi, siap kena maki lagi sedangkan sebelum tu ayat sikit ajee sure melekat punya, member aku pun alami benda yang sama.

Anyway aku rasa Allah sayangkan aku sebab kalau continue aku ada benda tu sampai bila aku boleh tahan godaan, bukan aku cari awek tapi awek yang cari aku dan seterusnya- hihihihi

tentang bomoh siam tu, sejak pindah rumah aku jumpa dia sekali ajee taopi masa tu selepas aku balik kg dan dia dah tak ramah sedangkan sebelum nie ramah giler dgn kita orang, selepas complete intern aku dah x pernah kesana, teringin nak jumpa memember serumah yang kaki ganja tu tapi totally lost contact



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis dah cite?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis dah cite?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 01:37 PM | Show all posts
best cite ko.. abih yg ko setubuh tu dgn sape? hantu raya?

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
wah aruah abah ko pndai ngubatkn org jgk ke?seb baik dh ilang ilmu siam tu,dashyat gak power dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:26 PM | Show all posts
kira ko sembuh tu arwah abah ko yang ngubatkan ke camne?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 05:33 PM | Show all posts
mula-mula kata suruh cari daun serai.. pastu daun sirih pulak..

dia kata esok korang cari daun serai- itu ajee.

esoknya kita orang selepas beli daun sirih kat kedai india, start upacara mengurut
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:34 PM | Show all posts
ingatkan nak main masak-masak.. lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Cantik sgt ek bini dia.. cantik tarap sape.. mira filzah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 09:15 PM | Show all posts
cerita tu member aku punya cerita- hihi, baca pada awal ada mention
-daun sireh, daun serai tu salah taip
-yang mengubat tu member aku syak bapak dia sebab masa balik dari penang tu bapak dia tgk dia semacam ajee tanya apa dia buat kat sana dan tersenyum
-bapak member aku nie seorang yang pendiam tak banyak cakap, tak pernah pulak dia cerita yang bapak dia nie pandai mengubat tapi ada satu kes tu member aku cerita, actually member aku  nie sekampung dgn aku zaman sekolah dulu- cerita dia macam nie
kita orang memang suka mandi waterfall- masa tu tahun 1989 atau 1988  mcm tu, time masa cuti sekolah, tiap tiap hari kita orang pergi waterfall

satu hari- dlm jam 10, aku pergi rumah member aku nie, dia keluar setelah aku panggil dia- dia kata bapak dia tau yang kita orang selalu pergi waterfall- aku cakap kat dia, macam mana bapak dia tau,

dia kata tadi bapak dia kata semalam tgh malam ada orang kepala botak badan sisik datang  nak jumpa member aku nie tapi bapak dia tak bagi, mmm pelik sebab bapak dia kata mamat botak tu siap mention masa tgh hari matahari atas kepala kita orang buat apa, berapa orang dsb dan orang botak tu marah sebab kita orang main baling baling batu kena rumah dia, apa yang bapak dia cerita sebikik apa yang berlaku.
last sekali member aku mention yang orang ekpala botak tu hantu air dan kita orang tak boleh kesana lagi- hmmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 09:18 PM | Show all posts
berbalik kepada bini bomoh siap tadi, favorite word dia kat ember aku- "pai kelai kelai" sebab member aku selalu mengacau dia masa dia sidai baju-  hihi lawak member aku mengajukkan dan gajakan posisi seksi minah tu berkemban sambil sidai baju
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:40 AM | Show all posts
Haha. Citer best. Tapi aku baca ulang2 ayat sebab tak bape phm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:52 AM | Show all posts
vicheatjoe replied at 30-6-2016 09:18 PM
berbalik kepada bini bomoh siap tadi, favorite word dia kat ember aku- "pai kelai kelai" sebab membe ...

peh selamba badak sidai baju sambil berkemban dengan budak bujang tinggal sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 08:22 AM | Show all posts
bini dia tu orang mesia ker?

pai kelai kelai tu apa maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:38 PM | Show all posts
cam arwah bpk haku dulu..dia leh tau apa haku wat..hengat dulu pas tusyen curi2 naik bas p bando..amik ko blk je umh abis kena mrh...bebel..pelik cane dia tau...sdgkan haku naik bas kt umh kwn haku lak tu...pastu ada 1 kes abg haku p jb tkmo blk2 umah pas keje sana..arwah bpk haku solat hajat seru nama dia..blk abg haku melalak2 kt kg..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
  dahsyat  bapak2 dulu..aa apa pai kelai   kelai...? Bini org thai ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2016 11:57 PM | Show all posts
bini dia orang malaysia, asal x taulah pulak, beginning story ada cerita yang rumah parents dia kat geopgetown

pai kelai kelai- maksud dia pi main jauh jauh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:35 AM | Show all posts
vicheatjoe replied at 1-7-2016 11:57 PM
bini dia orang malaysia, asal x taulah pulak, beginning story ada cerita yang rumah parents dia kat  ...

bini dia tu warga malaysia la... tapi orang keturunan siam kut.. cakap "pai kelai kelai" tu bunyi mcm bahasa siam ja... kawan2 TT yg pi buat internship tu keturunan siam ke?

Soalan..

(1) kisah pasal mamat tu terduduk bawah pokok mcm kena hempap tu, kemudian balik dia masukkan lilin menyala dlm mulut & ludah keluar tu.. apa kisahnya? cer huraikan sikit... dia kena hempap dgn apa? & apa yg masuk dlm botol tu?

heheh satu jer soalan :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2016 11:44 PM | Show all posts
k_a_a replied at 2-7-2016 09:35 AM
bini dia tu warga malaysia la... tapi orang keturunan siam kut.. cakap "pai kelai kelai" tu bunyi  ...

masa berjalan tu tetiba sibomoh siam tu terduduk pegang kepala macam ada benda hempap kepala dia, dgn sakit digagahkan juga jalan sampai rumah dia dan masuk ke ruang tamu, disitu aku disuruh masuk bilik dia ambik lilin dlm kotak bawah katil
di ruang tamu apabila lilin dah dipasang . kepala lilin yang menyala tu dimasukkan dlm mulut
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nazza at 27-10-2016 09:46 PM

Salam, apa nama brother tu ye. Ada alamat @ contact no tak.Susahnya nak dapat Jodoh, umur dah masuk 46. Minta tolong sangat2. Email saya nazza99@gmail.com
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.088306 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list