View: 6589|Reply: 36
|
Isteri sertai sukarelawan, Zaibo Jadi 'Suri Rumah'
[Copy link]
|
|
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/06/28/zaibo-suri-rumah/
PETALING JAYA: Pelakon veteran Zaibo kini mengalas tanggungjawab sebagai 'suri rumah' sejak lapan bulan lalu bagi memberi peluang kepada isterinya, Siti Hawa untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan sebuah agensi kerajaan.
Zaibo atau nama sebenarnya,Zainal Ariffin Abd Hamid, 60, berkata, dia berkorban menjaga lima anak tiri yang masih bersekolah berikutan isterinya sering diminta untuk terlibat menyertai misi bantuan dalam dan luar negara.
"Sejak lapan bulan yang lalu saya menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak kerana saya beri peluang kepada isteri untuk melakukan perkara yang dia suka.
"Dia dipilih untuk menjadi sukarelawan sebuah kementerian bagi menyertai misi-misi tertentu.
"Pada awalnya dia berat hati juga untuk terima, namun saya galakkan dia pergi dan saya bersedia mengambil alih tugasnya menjaga anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.
Zaibo ditemui pada majlis sumbangan anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) sempena menyambut Aidilfitri.
Zaibo berkahwin dengan Siti Hawa pada 3 Disember 2010.
Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.
Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.
"Saya tahu mungkin akan ada rakan artis yang pandang serong kepada saya, tapi saya tidak peduli janji saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang.
"Saya bersyukur dan menganggap ia merupakan peluang yang Allah bagi untuk merasai tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anak dan saya melakukannya dengan cara saya sendiri," ujarnya.
Sementara itu, ditanya hubungannya dengan sembilan anak tiri, Zaibo berkata, empat daripadanya sudah dewasa dan tinggal di Kuala Lumpur.
Manakala, lima orang yang masih bersekolah sudah menerima dirinya seperti ayah mereka sebenar.
"Sekarang memang hubungan saya dengan lima orang anak ini sangat rapat, tidur pun mahu sekatil semuanya.
"Malah anak yang kecil itu sentiasa bertanya saya jika dia ingin menukar nama bapanya kepada nama saya bila sudah dewasa," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow....hebat uncle zaibo. sanggup kawin janda anak 9. tabik la |
|
|
|
|
|
|
|
"Sekarang memang hubungan saya dengan lima orang anak ini sangat rapat, tidur pun mahu sekatil semuanya.
hati2 nk bg statement pun..nnt mcm2 org pk.. |
|
|
|
|
|
|
|
x silap meols zaibo & wifey heshe ni BFF masa zmn muda...pastu si wifey ni kawen org lain.... lps menjanda barulah si zaibo ni dtg sbb nk tolong so BFF ni. Drpd cerita wifey ni si Zaibo mmg syukur dpt kawen wifey tu sbb dpt keluarga expresss sbb heshe 50 thun x kawen2 |
|
|
|
|
|
|
|
Eh.. boleh ke suka2 tukar nama bapak kandung kpd bapak tiri?
Kecik hati bapak kandung. |
|
|
|
|
|
|
|
oh kahwin ek.. dia seronok kot jadi surirumah |
|
|
|
|
|
|
|
wife aku pernah berubat dgn wife zaibo tu
dia sukarelawan PLKN dlm bahagian benda2 mistik
standby in case ada budak 'kene kacau' |
|
|
|
|
|
|
|
Yg baby kecik tu ank baru dia ker?kalo ank baru sian pulok mak takda g jd sukerelawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkk..cucu la
|
|
|
|
|
|
|
|
suami siti hawa sebelum ni cerai ke meninggal? |
|
|
|
|
|
|
|
sukarelawan dapat gaji ker?..ker dapat elaun jer?.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak gossip kat rumah panas ritu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols pun dah keluar 9, syukur sujud sejadah melekat..
kalau tak mau keluar 10 11 12 13
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapannya boleh, tapi berkonsepkan dia angkat anak tu, dan letak nama dia di belakang nama anak tanpa BT @ BIN
contohnya MINAH JAIBO & bukannya MINAH BT JAIBO |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la jaga ank tiri cama ank sdr...dah la pandai masak |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm anak Tiara dgn arwah Hani Mohsin tu kn?
guna Mila effendi ke ape.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu nak juga kawin dgn janda anak ramai lg
sanggup susah senang tanggung beban ibu tunggal tu
dari yg tambah bini baru nak ank dara je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|