CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30040|Reply: 117

Oja dah kahwin kali ke 3 selepas dituduh punca Diana rafar bercerai .

[Copy link]
Post time 30-6-2016 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 30-6-2016 07:54 AM

Oja 'Hilang' Setahun Selepas Dikaitkan Punca Diana Rafar & Zamarul Berpisah
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas  dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37,  berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.

"Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.
"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga.

Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.

Oja turut dikaitkan sebagai individu yang menjadi puca kepada peristiwa berkenaan.

Dalam pada itu, Oja berkata, ketika kontroversi sedang hangat diperkatakan, dia sedang membuat persiapan untuk bertunang dengan teman wanitanya.
Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana wanita berkenaan dan keluarga tidak terpengaruh dengan gosip selain tahu tentang kedudukan sebenar.
[size=15.008px]


"Sebenarnya saya sudah mengenali Diana sejak zaman remaja lagi dan pernah terlibat dalam penghasilan kerja-kerja studio serta projek singlenya bersama Linda Rafar.

"Sebagai kawan lama sudah tentu saya sedia membantu untuk menyiapkan projek itu dan ingin saya tegaskan ketika itu saya sebenarnya banyak berurusan dengan Linda dan suaminya.

"Entah di mana silapnya, nama saya mula dikaitkan dengan Diana dan saya betul-betul terkejut kerana ia telah menjadi satu kes serius sebelum saya mengambil keputusan untuk menyendiri dan menjauhkan diri,” katanya.
[size=15.008px][Oja bersama isteri terbaharunya bagi perkahwinan ketiga.
[size=0.75em]


Jelasnya lagi, dia menghilangkan diri bukan kerana bersikap lepas tangan tetapi tidak mahu isu berkenaan terus berpanjangan yang pada akhirnya memberi masalah lebih besar.

"Alhamdulillah, tindakan itu sebenarnya banyak membantu dan secara peribadi saya berasa amat gembira melihat Zamarul dan Diana kembali hidup bahagia selepas kontroversi itu.
"Isu tersebut dah setahun lebih berlalu dan saya kini bahagia dengan isteri tercinta,” ujarnya tersenyum.

Berkongsi tentang kehidupannya kini, Oja berharap perkahwinan ketiganya itu adalah yang terakhir selepas pernah dua kali bercerai sebelum ini.

"Saya pernah berkahwin pada 2001 namun hanya bertahan selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dani Nur Atiqah, 13 tahun yang kini dibawah jagaan saya.
"Perkahwinan kedua pula pada tahun 2007 namun jodoh kami tidak panjang sebelum berpisah pada 2010 dan kami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Daniel Ashraf yang berusia tujuh tahun," katanya.
[size=0.98em]Sementara itu dalam perkembangan lain, Oja kini bersedia untuk kembali ke dunia hiburan bersama kumpulan yang diberi nama Tunable Band di mana mereka sudah menghasilkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya ciptaannya berjudulKenangan Indah Di Aidilfitri.
Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 04:09 PM | Show all posts
tah la tak kenal pun ko dik
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:19 PM | Show all posts
Saper ni?

Niari iolz noob sangat... Zarul iolz tak kenal... dato Rafiena tu pun tak kenal.
Tak cam langsung sesatu.

Back to topik... heolz ni da tiga kali kawen? Umoq baru 37 da byk rekod cerai-berai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:20 PM | Show all posts
siapa dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
wow oja.. dulu glamer hokkayy... kiranya dia, ruhil ni satu geng.. nat wat camner.. karier semakin sendu.. dah x glamer..


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:24 PM | Show all posts
oja mana ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ooh yg muka cute2 ni
tau tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:30 PM | Show all posts
kalo jenis kahwin cerai dah lebih 2 kali, for sue ada something wrong yang tak kena dengan ko ni dekk  
BTW, akak macam familiar jaaa, tapi still takleh nak recall.. sapa dia nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah tak sangka dah 37 rasa mcm masih muda je

Tahniah oja
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagu hitz oja ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagu hitz oja ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X kenai ni.muke pun ala2
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:11 PM | Show all posts
Heols kecik2 ensem hokei..da beso ni jer nmpk busuk ckit sbb berambut pnjang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif up kan kisah lama ko dik??
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:39 PM | Show all posts
M.Rose replied at 30-6-2016 05:17 PM
Motif up kan kisah lama ko dik??

ini je intipati cerita:

Sementara itu dalam perkembangan lain, Oja kini bersedia untuk kembali ke dunia hiburan bersama kumpulan yang diberi nama Tunable Band di mana mereka sudah menghasilkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya ciptaannya berjudulKenangan Indah Di Aidilfitri.
Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.



cerita atas-atas tu bunga-bunga je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 06:27 PM | Show all posts
alahai..
so anak2nya lain2 mak la..
sorang bini, satu anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ingat oja ni perempuan. n kena gosip dgn zamarul.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 07:06 PM | Show all posts
sapa dia nih??
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by perembes at 30-6-2016 08:07 PM

nyanyian  hatiku  ini
ku persembhkn   pdmu
hnya kau  adik  tersayang
dan  kini  ku   kehilangan

xsgka  aku  masih  ingat lirik  lagu dasira si oja neh...   
kaset oja peneman ms jaga kedai runciit dkg dlu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oja who???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.076839 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list