CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8735|Reply: 124

[Tempatan] nak lagi: tidak tolak ‘jodoh ketiga’, kata Faiz Hashim

[Copy link]
Post time 19-7-2016 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 19-7-2016 01:57 PM

Cukup dua isteri tapi tidak tolak ‘jodoh ketiga’, kata Faiz Hashim
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



KUALA LUMPUR, 19 Jul — Pujian dan sanjungan yang diterima memaparkan keindahan poligami menjadikan Muhammad Faiz Hashim berasa syukur dengan kebahagiaan yang ada.

Ketua Pemuda Umno Indera Mahkota berkata dikurniakan dua isteri memadai buat masa ini, namun “tidak menolak” seandainya bertemu lagi jodoh pada masa depan.

“Sekiranya Allah beri rezeki lebih kepada saya dan itu jodoh, saya tidak tolak. Buat waktu ini dengan kekangan masa, komitmen keluarga dan kerja, saya rasa cukup dengan dua yang saya ada.

“Sebab bagi saya, tiada guna saya menambah [isteri] jika saya mendatangkan mudarat kepada mereka.

“Sebaliknya jika boleh memberi nikmat kepada mereka, tiada masalah. Soalnya, jangan memudaratkan. Itu saja,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO kelmarin.

Faiz berkata walau dilihat berjaya mendamaikan Norfadhilah Syed Mohd Idris, 35, dan Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30, namun beliau  terpaksa berdepan kesukaran pada mulanya.

Tempoh setahun diperlukan bagi memesrakan kedua-dua isterinya, terutama isteri pertama Norfadhilah yang terguris menerima madu, tambahnya.


Dikurniakan lapan cahaya mata, termasuk lima daripada perkahwinan awal, Faiz berkata kisah rumah tangganya yang kini menjadi buah mulut masyarakat ada hikmah tersendiri.

“Inilah anugerah Tuhan kepada saya untuk berkongsi kepada masyarakat bagaimana kita dapat menjalankan poligami secara harmoni.

“Apabila menjadi viral, lebih ramai yang mahu berjumpa dan minta pandangan. Ini satu fardhu kifayah atau dakwah halus membantu pasangan yang bermasalah dari segi poligami.

“Bukan diri saya yang dipertonton kepada umum tetapi saya menjadi medan rujukan kepada suami atau wanita yang menemui jalan buntu bagaimana mahu memulihkan rumah tangga,” katanya.

Faiz, 35, juga menggesa masyarakat berhenti memandang negatif terhadap mereka yang mengamalkan poligami.

Jika tanggapan negatif masyarakat berterusan terhadap poligami, tambahnya, golongan ibu tunggal dan anak dara tua (andartu) gagal mendapat pembelaan.

“Di akhir zaman ini, poligami diharuskan Islam tetapi kita menampakkan ia macam satu benda yang keji dan tidak elok.

“Sedangkan jika ia dijalankan secara harmoni, banyak manfaatnya seperti dapat membela nasib ibu tunggal.

“Kedua, membela nasib andartu. Hari ini secara terang berapa ramai ibu tunggal yang menanggung anak ramai tidak mendapat pembelaan dan kasih sayang seorang suami?” soalnya.

Diminta memberikan nasihat kepada pengamal poligami, Faiz berkata, perkahwinan yang sah tidak seharusnya dirahsiakan.

Katanya, suami perlu beringat, poligami yang dirahsiakan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Ramai berpoligami sama ada terang atau sorok. Yang sorok ini bahaya kerana apabila meninggal dunia, bagaimana hak anak-anak mereka?

“Saya sanggup membantu lelaki yang takut berterus terang dengan isteri pertama, menjadi seorang yang mendapat kekuatan untuk tidak menipu dan berterus terang walau apa jua berlaku.

“Mereka akan berasa ada jalan atau idea macam mana hendak buat. Hidup dalam keadaan menipu, pasti rasa tidak tenteram, serba salah dan sebagainya,” katanya.

mmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 01:58 PM | Show all posts
Syukur alhamdulillah. Kahwin pun dengan anak dara belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:59 PM | Show all posts
masa tengah kaya raya umno ni, jangankan 2..
nak pasang 4 pun bini boleh senyum lebar..
tunggu tuhan uji bila ko susah..
tengok sapa yang tinggal nak melayan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:05 PM | Show all posts
“Sedangkan jika ia dijalankan secara harmoni, banyak manfaatnya seperti dapat membela nasib ibu tunggal.

“Kedua, membela nasib andartu. Hari ini secara terang berapa ramai ibu tunggal yang menanggung anak ramai tidak mendapat pembelaan dan kasih sayang seorang suami?” soalnya.



sembang kencang. bini baru ibu tunggal ka? ka andartu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 02:05 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 19-7-2016 02:05 PM
“Sedangkan jika ia dijalankan secara harmoni, banyak manfaatnya seperti dapat membela nasib ibu tun ...

cakap pandai
pilih dara juga
ptui
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:11 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 19-7-2016 02:05 PM
“Sedangkan jika ia dijalankan secara harmoni, banyak manfaatnya seperti dapat membela nasib ibu tun ...

bini kedua umur 30. anak dah 3. so kawin umur berapa? 25, 26 tahun. ANDARTU lah sangat harktepuihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
uztad beserban pun pilih anak dara, dri pilih ibu tunggal anak5 baik kawen anak dara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersangka baik.bini no 2 ibu tunggul kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabi suruh bela nasib janda bukan andartu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:26 PM | Show all posts
kehkehkeh umno dan kawen banyak berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan makhluk sama dalam thread gambar cium pipi tu ke...sedap je ko nak menambah lg satu :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 02:59 PM | Show all posts
miszclassique replied at 19-7-2016 02:56 PM
Ni bukan makhluk sama dalam thread gambar cium pipi tu ke...sedap je ko nak menambah lg satu :huff ...

ya si gatal tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:11 PM | Show all posts
aku pun nak jadi Ketua Pemuda Umno la mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:27 PM | Show all posts
sipendiam replied at 19-7-2016 02:26 PM
kehkehkeh umno dan kawen banyak berpisah tiada

Dikurniakan lapan cahaya mata, termasuk lima daripada perkahwinan awal, Faiz berkata kisah rumah tangganya yang kini menjadi buah mulut masyarakat ada hikmah tersendiri.


huntung laaaa, chuols ada?



Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 19-7-2016 03:11 PM
aku pun nak jadi Ketua Pemuda Umno la mcm ni...

Jadi ketua cawangan pun dah boleh.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:29 PM | Show all posts
jenis jantan bangga tengok faraj pelbagai

mcm sial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
edisi  sampah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:32 PM | Show all posts
yg baik gini kita jadikan la teladan.
yg buruk kita jadikan sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dan petik nama tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu lah tu sister according to ipan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.724107 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list