CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16552|Reply: 203

[Tempatan] Ibu gantung diri selepas bunuh anak. Update #54, #93. Ibu mungkin dibunuh

[Copy link]
Post time 20-7-2016 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-7-2016 01:10 AM

Ibu gantung diri selepas bunuh anak

http://www.hmetro.com.my/node/152930

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 12:40 AM



Kota Samarahan: Seorang ibu dipercayai membunuh dua anaknya sebelum menggantung diri di rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan di sini, malam tadi.


Mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui tergantung dalam tandas rumahnya, manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia empat dan tujuh tahun ditemui dalam bilik tidur kira-kira 8 malam.


Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan.


Menurutnya, polis membuat pemeriksaan di rumah itu dan menemui dua kanak-kanak lelaki di bilik tidur dengan mulut berwarna hitam.


"Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala adiknya berusia empat tahun dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jantung Kota Samarahan.


"Pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang wanita tergantung dalam tandas," katanya.


Katanya, polis menemui botol cecair peluntur dalam keadaan penutupnya terbuka berhampiran mayat kanak-kanak berkenaan, disyaki digunakan wanita itu untuk membunuh anaknya.


"Kemungkinan wanita terbabit membunuh anaknya dulu sebelum menggantung diri. Tiada unsur jenayah lain ditemui di lokasi kejadian," katanya.


Mayat dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 08:37 AM | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 20-7-2016 04:02 PM

Kerana tidak tahan lagi dengan penderitaan ditanggung akibat kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami, seorang ibu dipercayai telah bertindak membunuh anaknya dengan memberi minum cecair peluntur sebelum menggantung diri di mereka di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dianggarkan berlaku pada jam 8 malam itu, ibu berkenaan, Rohani Mohamad, 37, yang sedang proses perceraian dipercayai telah mengalami tekanan perasaan dan kemurungan selepas ditinggalkan suaminya yang berasal dari Saratok.


Menurut laporan, mangsa mengelami tekanan selepas tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas tujuh bulan berpisah dengan suaminya, malahan dia dan anak-anak tidak menerima sebarang nafkah daripada suaminya bagi menyara kehidupan mereka.


Kerana kesempitan hidupnya itu, mangsa bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 4 dan 7 tahun terpaksa mengharapkan belas ihsan keluarga angkat mereka tinggal di rumah berkenaan.


Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern, berkata pihak polis menolak terdapat unsur jenayah dalam kes ini kerana gagal menemui tanda-tanda pergelutan.


"Ketika ditemui, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu sudah pun meninggal dunia, manakala adiknya dalam keadaan kritikal.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan."


"Kita tidak menolak kemungkinan si ibu meracun kedua-dua anaknya sebelum bertindak menamatkan riwayatnya. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,"
katanya.


Menurut saksi, ketika kejadian hanya mangsa yang bersama-sama anak lelakinya di rumah mereka, manakala ibu bapa angkat wanita itu berada di kebun berhampiran.


Dalam kejadian malam tadi, mayat Rohana ditemui tergantung dalam tandas di rumah berkenaan, manakala kedua-dua anak lelakinya, Adam Hadiman, 7, dan Mohd Ikmal Danish, 4, ditemui dalam bilik tidur, dengan keadaan bibir kehitaman. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui botol cecair peluntur di sisi mayat dua kanak-kanak lelaki itu.


* semoga bapak sialan malang bertimpa2 lps ni...




Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:39 AM | Show all posts
desakan kehidupan ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bunuh diri...seret anak2 sekali...
Bagus sangat dikk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:43 AM | Show all posts
sedihnya baca berita camnih
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bodoh:::
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2016 08:47 AM | Show all posts
bangsa ape ni?

ishhh3 bunuh diri bleh settle masalah yer
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bapaknya yg punya hal ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 09:00 AM | Show all posts
desakan hidup ke yg mendorong dia amik keputusan nekad
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:23 AM | Show all posts
pagi2 member wassap iols pasal nie...siap letak gambar anak2nya pulak tu...

cute2 anak2nya....putih...anak2 lelaki...

len kali, kalo rasa2 nak bunuh diri, pastikan bunuh diri sendiri ajer...jgn libatkan orang lain yang tak bersalah

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:25 AM | Show all posts
tertekan sungguh akak baca berita bunuh diri..bunuh anak mcm ni...kalau ko nak mati pun kak, tak pyh la heret anak sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai..kira last resort la ye untuk this mom? Seramnya baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki kau buat hal ke dek
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok cerita suicide pakai bleach ni mesti yg minum tu mengelupor kepanasan. Kesian anak2 dibunuh ibu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:15 AM | Show all posts
mungkin elok juga budak-budak tu mati sekali..
kalau mak je mati, sapa nak jaga dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:20 AM | Show all posts
utang brangkali..
sian ank2 jd mangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 10:25 AM | Show all posts
bunuh diri jalan penyelesaian paling mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 10:36 AM | Show all posts
aduh bunuh diri ke, penyelesaian plg mudah

dgn anak2 sekali dibawanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sungguh... terkesan di hati la cite2 sel2 otak rg tua x bhubung ni.... :
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm..kesian anak2 diheretnye sekali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.090984 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list